Thursday, September 4, 2014

Playboy terkenal dijatuhkan hukuman penjara selama 80 tahun



Playboy terkenal dijatuhkan hukuman penjara selama 80 tahun | Seorang playboy terkenal Taiwan berikrar akan mengemukakan rayuan selepas dia dijatuhi hukuman penjara hampir 80 tahun kerana merogol 14 wanita dan merakamkan insiden tersebut. Mahkamah Tinggi Taiwan mendapati Justin Lee, 29, yang juga anak seorang hartawan bersalah kerana menyerang 14 wanita secara seksual dan membuat rakaman secara haram. Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Lee untuk membayar pampasan bernilai AS$1.16 juta (RM3.7 juta) kepada mangsa yang terlibat, menurut laporan AFP.



.

Penemuan mengejutkan lelaki tanpa kepala yang tertiarap di tepi jalan


Penemuan mengejutkan lelaki tanpa kepala yang tertiarap di tepi jalan | Seorang lelaki dipercayai dibunuh beberapa hari lalu dijumpai tidak berkepala di Jalan Gombak Lama, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mayat mangsa ditemui di tepi cerun jalan dibungkus dengan beberapa helai pakaian serta diikat dengan pita pelekat oleh orang ramai yang kemudian terus menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat terbabit ditemui dalam keadaan meniarap serta kepala mangsa dipercayai dipotong daripada bahagian leher menggunakan senjata tajam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mangsa dan lelaki itu turut memakai seluar jeans dan berkasut semasa ditemui. Katanya, mayat kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-Metro




.

[Gambar] Pusat bebas cukai terbesar di dunia yang terletak di Haitang Bay


[Gambar] Pusat bebas cukai terbesar di dunia yang terletak di Haitang Bay | Sebuah pusat membeli belah bebas cukai yang terbesar di dunia telah dibuka di sebuah bandar pesisir pantai di tenggara negara ini, sekali gus menjadi daya penarik baharu kepada pelancong ke negara ini. Menurut portal Mail Online, pusat membeli belah Haitang Bay yang terletak di pusat bandar Sanya dan mempunyai keluasan sehingga sejuta kaki persegi. Isnin lalu, beribu-ribu pengunjung membanjiri pusat membeli belah itu yang menyediakan kedai-kedai secara berasingan di dalam bangunan tiga tingkat yang berbentuk atrium kaca ketika dibuka secara rasmi.

Pusat membeli belah di wilayah Hainan itu merupakan syurga kepada pelancong-pelancong yang meminati fesyen mewah, barangan kemas mewah, koleksi wangian berjenama, manisan dan juga minuman keras yang diimport. Agensi berita Xinhua melaporkan, Haitang Bay juga menghimpunkan kira-kira 300 jenama antarabangsa di bawah satu bumbung sekali gus menjadi yang pertama himpunan jenama mewah termasuk jenama Prada, Rolex dan Giorgio Armani, yang dikategorikan sebagai kedai bebas cukai di Tembok Besar China.

Pusat membeli belah yang dikendalikan oleh Kumpulan Bebas Cukai China itu, dibina dengan kos sebanyak 500 juta pound (RM2.6 juta) bagi menggantikan sebuah tapak kedai yang sesak. Pembinaan pusat membeli belah gergasi itu juga merupakan sebahagian usaha untuk menaiktaraf Pulai Hainan sebagai destinasi pelancong bertaraf dunia menjelang akhir dekad ini. April 2011, Pulau Hainan membuka dua kedai bebas cukai sebagai program percubaan yang diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran China. -AP




.

Ngeri.. Lelaki bertindak penggal kepala sendiri dalam satu kes bunuh diri di luar negara


 
Ngeri.. Lelaki bertindak penggal kepala sendiri dalam satu kes bunuh diri di luar negara | Seorang lelaki memenggal kepalanya dalam satu tindakan membunuh diri apabila mengikat kepalanya pada sebatang tiang sebelum memecut keretanya. Polis berkata, lelaki berkenaan, Tomas Rivera, 51, dari Port Jervis, mengikat hujung rantai pada tiang lampu dan satu lagi pada lehernya sebelum memecut kereta Honda CRV. Sebaik kereta itu bergerak laju, rantai itu menjerut lehernya dan menyebabkan kepalanya putus daripada badannya sementara kereta itu terus bergerak merempuh beberapa kereta di sekitar kawasan berkenaan. Sumber polis berkata: “Ia sungguh mengerikan. Dia mahu memastikan tindakannya berjaya.” Siasatan awal menunjukkan lelaki itu membunuh diri dan polis tidak mengesyaki ada orang lain terbabit. - Agensi




.

Amalan pelik di New Delhi semata-mata untuk buang sial



Amalan pelik di New Delhi semata-mata untuk buang sial | Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya. Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ. Seorang pemandu membawa anjing liar dinamakan Sheru itu ke majlis berkenaan sebelum disambut meriah tetamu yang hadir.

Mangli yang tidak pernah bersekolah mengakui sedih terpaksa berkahwin dengan anjing itu, namun bersedia melakukan pengorbanan demi mengubah nasib dan masa depannya. “Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan berkenaan. “Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya. Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.


“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan terhadap anak saya,” katanya. Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan. “Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,” kata Sri. Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.

Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu. “Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya. Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. - Agensi




.

Kemalangan tragis membabitkan seorang pengurus mayat yang maut serta merta di tempat kejadian


Kemalangan tragis membabitkan seorang pengurus mayat yang maut serta merta di tempat kejadian | Seorang pengurus mayat terbunuh selepas kereta dipandunya melanggar pembahagi lebuh raya dan melambung ke laluan bertentangan di Kilometer 271.4 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, pagi semalam. Kejadian jam 7 pagi itu mengakibatkan Bong Kwee Woon, 31, dari Jalan Temiang, dekat sini, parah di kepala dan maut di tempat kejadian. Menurut sumber, Bong memandu Toyota Camry dari arah utara menghala ke Seremban dan sebaik tiba di lokasi kejadian, dia dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya.

Katanya, kereta itu kemudian melambung ke lorong bertentangan dan dipercayai dilanggar dua kereta lain serta terbalik. “Akibatnya mangsa tersepit dan mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya di sini, semalam. Sumber berkata, pemandu dua lagi kenderaan tidak cedera dan membuat laporan di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

“Mangsa berjaya dikeluarkan sepasukan enam anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Nilai atau balai polis berhampiran. Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut punca kejadian mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!