Friday, September 5, 2014

Lelaki kejam, sanggup upah penagih untuk bunuh isteri sendiri



Lelaki kejam, sanggup upah penagih untuk bunuh isteri sendiri | SEORANG lelaki yang sanggup mengupah seorang penagih dadah untuk menikam isterinya sampai mati didakwa bersalah melakukan pembunuhan. Menurut Daily Mail, tertuduh, Mohamed Ali, 65, menawarkan bayaran 1,000 pound (RM5,200) kepada Frederick Best, 47, untuk melakukan perbuatan kejam tersebut. Mangsa, Amina Bibi dipercayai ditikam lebih 70 kali dalam insiden menggemparkan di kediaman mereka di Forest Gate, timur London. Mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh anak sulung mereka yang berumur 11 tahun pada September lalu.

Hasil siasatan polis mendapati bebanan hutang dan hubungan sulit bersama adik iparnya mungkin menjadi motif utama Ali bertindak demikian. “Amina ada menyimpan sejumlah besar wang di rumah mereka dan suaminya mungkin merancang untuk mencurinya dengan ‘bantuan’ Best,” kata jurucakap pihak berkuasa. Difahamkan, Best diberkas di kediamannya kira-kira empat hari selepas insiden pembunuhan tersebut dan hasil siasatan lanjut turut membawa kepada penahanan Ali tidak lama selepas itu. Kedua-dua mereka disabit bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan oleh Woolwich Crown Court. -AP




.

Kucing ini punya keupayaan yang luar biasa



Kucing ini punya keupayaan yang luar biasa | KUCING peliharaan John dan Sharon Bowler boleh dianggap kucing nakal kerana gemar mencuri pakaian jiran dengan harapan pemiliknya akan kagum dengan kemahirannya itu. Sejak Ghostie dipelihara lebih setahun lalu, ia telah membawa pulang ratusan pakaian yang diambil dari ampaian jirannya.

Menurut John, setiap kali Ghostie pulang ke rumah ia pasti membawa pulang pakaian jiran hingga menyebabkan mereka malu. “Ia pernah bawa balik cawan kopi. Dalam tempoh sejam Ghostie boleh bawa tujuh sarung kaki dan baju kanak-kanak,” katanya dipetik Mail Online Menurutnya, setiap hari juga dia dan isteri terpaksa memulangkan pakaian yang dicuri untuk dipulangkan. -AP




.

Kejam! Ibu penggal kepala anak sendiri dan mengaku tiada penyesalan


Kejam! Ibu penggal kepala anak sendiri dan mengaku tiada penyesalan | Seorang ibu yang memenggal kepala anaknya yang berusia 16 bulan dengan pisau memberitahu polis, dia tidak menyesal membunuh kanak-kanak itu. Feng Tai, 31, mengaku dia mulanya mencekik bayi itu sehingga mangsa pengsan di rumah keluarganya sebelum memenggalnya ketika dia masih bernyawa. “Memang saya membunuhnya dan tidak menyesal. Dia tidak perlu menderita kerana dia sudah bebas,” katanya kepada polis. Abang wanita itu, Feng Tsao, 34, berkata: “Adik saya tertekan sejak melahirkan anak itu dan suaminya bekerja jauh serta jarang balik.

“Keluarga kami membantunya. Keluarga mentuanya juga bantu. Tetapi, dia sering tertekan. “Dia menelefon saya pada tengah malam untuk memberitahu dia membunuh anaknya. Saya mulanya tidak percaya, tetapi apabila tiba di rumahnya, dia menunjukkan kepala anaknya. Sungguh mengerikan.” Polis menemui mayat mangsa tertanam di belakang rumah keluarga itu di bandar Anguo di wilayah Hebei, timur laut China.

“Feng Tai mengaku membunuh anaknya, tetapi dia jelas kelihatan tidak sihat. Kami meneruskan siasatan sementara wanita itu dihantar untuk pemeriksaan psikiatrik,” kata jurucakap polis. Bercakap menerusi telefon dengan wartawan tempatan, bapa bayi itu. Liu Yen, berkata: “Ia tragedi buruk. Saya tidak ada pilihan lain kecuali bekerja jauh dari keluarga. Saya tahu isteri saya tidak gembira, tetapi kami perlukan wang.” - Agensi




.

Bila lelaki mabuk terpaksa berpura-pura jadi Superman



Bila lelaki mabuk terpaksa berpura-pura jadi Superman | Seorang lelaki mabuk yang terpaksa berpura-pura menjadi ‘Superman’ bagi menghentikan tindakan seorang kanak-kanak menjerit, ditangkap selepas cedera setelah terjun dari sebuah bangunan apartmen dengan hanya berseluar dalam. Tang Lei, 25, memberitahu polis di Suqian, dia memecah masuk sebuah rumah di apartmen berkenaan selepas minum bersama beberapa kawan. Katanya, dia menyangka rumah itu kosong. Bagaimanapun, dia terkejut apabila anak tuan rumah itu terjaga. “Untuk memastikan dia tidak menjerit, saya memberitahunya akan terbang pulang ke tempat asal saya.

“Dia tidak percaya dan memberitahu saya, ‘jika anda Superman, buktikan anda boleh terbang atau saya akan menjerit.“Saya tidak mempunyai pilihan. Saya menanggalkan pakaian sehingga tinggal seluar dalam serta berjalan ke tingkap. “Saya lihat ada bumbung di bawah dan yakin saya boleh terjun ke situ,” kata Tang di hospital. Polis kemudian menemuinya dalam keadaan luka. Dia kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah atas tuduhan merompak. - Agensi



.

[Gambar] Wanita derita penyakit misteri, miliki tangan terbesar di dunia



Wanita derita penyakit misteri, miliki tangan terbesar di dunia | Seorang wanita warga Thailand yang menderita penyakit misteri dengan memiliki dua tangan gergasi yang menyakitkan tidak mempunyai pilihan terpaksa memotong kedua belah tangannya untuk meredakan kesakitan yang dialaminya. Akhbar Daily Mail melaporkan, Duangjay Samaksamam, 59, dari wilayah Surin, Thailand dipercayai memiliki tangan paling besar di dunia seberat 9.5 kilogram setiap satu, menderita penyakit yang jarang-jarang berlaku, selain menyebabkan anggota badannya membengkak. "Tangan saya sangat berat sehingga saya tidak mampu mengangkatnya untuk menyikat dan menyampu rambut. Saya mengalami kesakitan yang amat sangat untuk memakai pakaian.

 "Beberapa orang doktor menasihati saya, satu-satunya cara bagi menangani penyakit ini ialah dengan memotong tangan saya supaya saya boleh bergerak bebas. Tapi saya tidak mahu melakukannya," katanya. Beberapa orang doktor pakar percaya pemilik kedai runcit itu merupakan satu-satunya individu di dunia ini yang menghidap penyakit Macrodystrophia Lipomastosa iaitu penyakit yang menyebabkan tangan membengkak dari bahu hingga ke jari di kedua-dua belah tangan. Menurut Duangjay, dia pernah menjalani pembedahan bagi merawat penyakit berkenaan ketika dia berusia 25 tahun.

Bagaimanapun pembedahan itu bukan sahaja gagal mengubatinya malah menyebabkan keadaannya semakin buruk. Kerana malu dengan keadaan yang dialaminya, Duanjay menghabiskan masa selama 20 tahun `berkurung' di dalam rumah dan tidak pernah bersekolah. Namun, Duangjay tiada pilihan apabila dia terpaksa menguruskan kedai runcit milik ibu bapanya yang kini telah uzur. Keadaan yang dialami Duangjay itu juga menarik perhatian doktor dari seluruh dunia dan ramai yang cuba mengubatinya dengan menghilangkan bengkak berkenaan, namun gagal. -AP




.

Awas, bahaya makan kerang-kerangan ketika ini


Awas, bahaya makan kerang-kerangan ketika ini | Orang ramai dinasihati supaya tidak mengutip atau memakan kerang-kerangan di kawasan perairan sekitar Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelam, dekat sini kerana dicemari toksin 'paralytic shellfish poisoning' (PSP). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pemeriksaan pada sampel tiram dan plankton menunjukkan bacaan toksinnya adalah di antara 317 hingga 3,560 mikrogram (ug) per 100 gram. "Bacaan toksin itu melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu 80 ug/100g di mana ia boleh memudaratkan pemakannya termasuk meninggal dunia sekiranya gagal mendapat rawatan dengan segera," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pengukuhan Komuniti Perikanan Pahang di sini, Khamis.

Pencemaran toksin itu adalah kali pertama berlaku di perairan negeri ini dan mula dikesan selepas beberapa individu mengalami keracunan makanan selepas memakan kerang jenis tiram di kawasan itu pada November tahun lepas dan Ogos lepas. Toksin itu dikesan menerusi pemeriksaan di Pusat Bio Sekuriti Jabatan Perikanan negeri terhadap sampel tiram di kawasan berkenaan susulan kejadian lapan pekerja Indonesia yang mengalami keracunan makanan selepas memakan tiram di pelabuhan itu pada 1 Ogos lepas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussain berkata pihaknya sedang menyiasat punca pencemaran toksin di perairan berkenaan dan sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya memasang papan tanda melarang orang ramai mengutip atau makan kerang-kerangan di sekitar kawasan berkenaan. "Kita akan menganalisis sampel air di kawasan tersebut setiap minggu bagi menentukan kadar toksin di perairan negeri dan akan mengeluarkan amaran jika didapati ia tidak selamat untuk orang ramai," katanya. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!