Saturday, September 6, 2014

Cara penduduk Palestin dapatkan sumber air bersih



Cara penduduk Palestin dapatkan sumber air bersih | Para penduduk Palestin mula bertindak menggali perigi bagi mencari sumber air bersih, ekoran masalah kekurangan bekalan air yang mula membelenggu masyarakat di semenanjung Gaza sejak dua minggu lalu. Selepas dua minggu ketiadaan bekalan air ekoran peperangan yang tercetus di kawasan tersebut selama 50 hari sebelum ini, seorang penduduk Palestin, Abu Osama terpaksa bertindak sendirian seperti beratus penduduk lain dengan menggali perigi berhampiran rumah masing-masing.

Sejak kempen serangan Israel tercetus hampir dua bulan sebelum ini, yang menyebabkan bekalan air dan elektrik terputus, Osama mengambil saat gencatan senjata ketika ini untuk melakukan kerja-kerja mengorek perigi. "Bekalan air yang dibekalkan oleh pihak perbandaran masih belum tiba sejak lebih daripada dua minggu lalu dan terdapat 50 orang ahli keluarga berada di dalam rumah. Sebahagiannya termasuk kanak-kanak yang ramai. "Oleh itu saya menentukan untuk menggali sebuah telaga untuk mengambil air secara terus bagi kegunaan seisi rumah," katanya yang berumur 45 tahun. - AFP




.

Perdana Menteri jadi sasaran serangan ilmu hitam oleh musuh politik


Perdana Menteri jadi sasaran serangan ilmu hitam oleh musuh politik | Perdana Menteri Thailand yang baharu, Prayuth Chan-ocha mendakwa beliau menjadi sasaran serangan ilmu hitam oleh musuh politik beliau. Akhbar Bangkok Post, hari ini melaporkan Prayuth yang memimpin rampasan kuasa tentera pada Mei lalu mendakwa beliau mengalami sakit leher dan tekak akibat 'sumpahan' oleh mereka yang menentang kerajaan junta.

"Sekiranya anda memilih untuk menggunakan ilmu hitam, sila teruskan,'' kata Prayuth selepas mempengerusikan satu mesyuarat, semalam. Prayuth menerima sokongan sebulat suara ketika pemilihan sebagai Perdana Menteri baharu di Parlimen pada bulan lalu. Beliau mengetuai rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan Yingluck Shinawatra pada 22 Mei. - DPA




.

Apakah di sebalik bulu lembut yang besar dan tebal itu?


Apakah di sebalik bulu lembut yang besar dan tebal itu? | SIAPA sangka di sebalik bulu lembut yang besar dan tebal itu sebenarnya adalah seekor arnab daripada baka Angora Inggeris yang memiliki bulu sepanjang lebih 25 sentimeter (sm). Justeru, bagi berkongsi keunikan arnab itu, ia kini dibawa ke seluruh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada pertunjukan Persatuan Angora California Utara. Pemiliknya, Betty Chu berkata, tugas menyediakan haiwan peliharaannya itu untuk menghadiri pertunjukan adalah sesuatu yang sukar selain memerlukan ketelitian yang tinggi.


 “Saya menggunakan gunting untuk memotong bulunya supaya ia kelihatan sentiasa kemas dan bersih. Selain itu saya juga guna berus khas dan alat pengering rambut agar bulu Ida kelihatan lebih cantik,” katanya dipetik Daily Mail Walaupun luaran Ida kelihatan besar dan berat kerana diselubungi bulu tebal, namun sebenarnya ia hanya seberat kira-kira 3 kilogram sahaja. Menurut Chu, bulu Ida tumbuh kembali kira-kira 2.6 sm sebulan dan ketebalan bulu yang dimiliki arnab tersebut mungkin menjadikannya arnab dengan bulu paling panjang dan lembut di dunia. -AP




.

KUBUR BERNYAWA - EBRIZA AMINNUDIN




KUBUR BERNYAWA - EBRIZA AMINNUDIN | Niat sekumpulan remaja Kolej Imanshah menenangkan fikiran di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama tahun terakhir itu nampaknya malah menjadikan hidup mereka tunggang langgang. Tanpa disedari, mereka telah membangkitkan roh yang sudah lama tertanam di situ. Namun kehadiran berulang kali roh itu membuatkan ada antara mereka tertanya-tanya, dari mana asal usul roh itu dan apa yang ia mahukan daripada mereka.

Apbila Jhaznarul dan Firdee nekad membongkar misteri itu, mereka menemui sesuatu yang sangat mengejutkan. Ya, memang ada kisah disebalik kewujudan roh itu, namun apa yang mengejutkan ianya ada kaitan dengan keluarga kedua mereka, dan ianya satu kisah silam tragis yang telah menimpa roh itu. Siapakah sebenarnya identiti roh itu dan kaitannya dengan kedua remaja ini? Mampukah mereka menyelesaikan misteri roh tersebut?



Tajuk : Kubur Bernyawa
Penulis : Ebriza Aminnudin 
Halaman : 465 muka surat
Harga : RM19.90/RM22.90





.

Anda pernah dapat SMS kononnya memenangi hadiah cabutan wang tunai dari sebuah syarikat minyak terkenal?



Anda pernah dapat SMS kononnya memenangi hadiah cabutan wang tunai dari sebuah syarikat minyak terkenal? | Seorang lelaki licik memperdaya orang ramai dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mereka memenangi hadiah cabutan wang tunai dari sebuah syarikat minyak terkenal. Mangsa yang yakin, akan menghubungi nombor tertera dalam SMS terbabit sebelum diarah untuk memasukkan wang tunai dalam akaun bank untuk tuntutan hadiah. Sebaik sahaja melakukan transaksi, nombor tersebut gagal dihubungi.

Sehingga kini, suspek mengaut keuntungan berjumlah RM8,997 membabitkan sekurang-kurangnya enam kes di Semenanjung dan negeri ini. Bertindak atas maklumat ekoran satu kes penipuan melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun dan juga bekerja sebagai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Februari lalu, suspek berusia 40 tahun itu akhirnya ditahan polis dalam serbuan di Kudat semalam. Dalam kejadian itu, mangsa menerima SMS memenangi cabutan bertuah dari Shell dan menghubungi satu nombor telefon yang dijawab seorang lelaki dikenali sebagai Hj. Mohd. Yusof.

Lelaki tersebut kemudian mengarahkannya memasukkan wang tunai RM2,500 untuk tuntutan hadiah ke dalam satu akaun menggunakan mesin deposit tunai (CDM) sebelum suspek gagal dihubungi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Saiman Kasran berkata, siasatan awal polis mendapati, suspek turut terlibat dalam lima kes serupa di Semenanjung dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!