Sunday, September 7, 2014

Subhanallah.. 5 Tahun Kumpul Dana Di Malaysia Untuk Ke Mekah


Subhanallah.. 5 Tahun Kumpul Dana Di Malaysia Untuk Ke Mekah  | Selepas bertungkus lumus dan berjimat cermat selama lima tahun, tiada saat yang lebih menggembirakan bagi Muhammad Nahil Bajidung selain ketika dia berangkat ke tanah suci untuk menunaikan haji tahun ini. Lelaki berasal dari Gowa, Sulawesi Selatan itu berkata, dia puas kerana ‘perjuangannya’ selama lima tahun lalu tidak sia-sia. Kata Muhammad Nahil, 42, pada 2008 selepas setahun bekerja sebagai buruh di sebuah ladang kelapa sawit di Malaysia, dia kembali ke Gowa dan mengunjungi pejabat urusan haji tempatan untuk mendaftar namanya bersama ibunya, Judi Tapui Tambu, untuk mengerjakan haji.

Namun, kata Muhammad Nahil, dia kecewa kerana setiap seorang perlu memiliki wang sekurang-kurangnya Rp40 juta (RM 10,790) sedangkan ketika itu dia hanya memiliki Rp20 juta (RM 5,390). “Saya kemudian berunding dengan pegawai di situ dan meminta kebenaran supaya kami dibenarkan membuat bayaran secara ansuran,” katanya. Selepas diberi kebenaran, Muhammad Nahil sekali lagi pergi ke Malaysia untuk mengumpul dana sehingga wang secukupnya selesai dibayar. Katanya, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran dia tetap bersabar sehingga wang yang diperlukan berjaya dikumpul.

“Dan inilah hasilnya. Saya dan ibu diberi peluang mengerjakan haji tahun ini,” katanya sambil menahan air mata di depan ibunya. Menceritakan perasaannya sejurus sebelum berangkat, Muhammad Nahil berkata, tiada ungkapan tepat dapat menggambarkan kegembiraannya. “Tambahan pula ibu saya kurang sihat kerana mengalami masalah sakit urat serta strok, tapi kerana kesungguhan untuk ke tanah suci, dia tetap berazam menyempurnakan ibadah itu walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda,” katanya. -Mstar




.

Saintis dedahkan keajaiban dan kandungan air zam-zam


Saintis dedahkan keajaiban dan kandungan air zam-zam | KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain. Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah. Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan. Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air. Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk. "Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa," katanya. Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air.

Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan 'kehebatannya'. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti. Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan. Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu. Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.

Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan. Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya. Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman. Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit.

Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar. Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran. Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.





.

Khabar terkini Muhammad Syafiq, Penuntut Perubatan Universiti Zagazig, Mesir yang parah selepas tayar teksi dinaiki meletup



Khabar terkini Muhammad Syafiq, Penuntut Perubatan Universiti Zagazig, Mesir yang parah selepas tayar teksi dinaiki meletup | Penuntut Perubatan Universiti Zagazig, Mesir yang parah selepas tayar teksi dinaiki bersama tiga rakan lain meletup dalam kejadian di negara itu dilaporkan masih belum sedarkan diri. Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari ketika dihubungi berkata, Muhammad Syafiq Abdullah Hashim yang mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang itu belum sedarkan diri. Katanya, waris penuntut berkenaan juga sudah selamat tiba di Mesir.

"Muhammad Syafiq Abdullah Hashim masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta bernafas menggunakan alat bantuan. "Saya sudah melawatnya dan berjumpa dengan doktor yang merawatnya. Semua pihak termasuk pihak universiti dan hospital memberi perhatian penuh terhdapnya," katanya. Beliau berkata, Muhammad Miftahuddin Sufiyan yang mengalami kecederaan ringan sudah dibenarkan keluar wad kelmarin dan hanya menjalani kesan trauma akibat kejadian itu.

Katanya, Muhammad Aizuddin Abdul Razak dan Shukri Muslim Maulana Mahamad Anuar turut dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan. Dalam kejadian 4 petang kelmarin (waktu Malaysia), Muhammad Syafiq parah manakala tiga rakannya mengalami cedera selepas tayar teksi dinaiki mereka meletup dan kenderaan itu terbabas di Jalan Bilbis, Kaherah. Mereka yang menaiki teksi dalam perjalanan pulang ke Zagazig dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!