Tuesday, September 9, 2014

Turkish Airlines bakal ganti samsung sebagai penaja jersi Chelsea?



Turkish Airlines bakal ganti samsung sebagai penaja jersi Chelsea? | TURKISH Airlines dilapor akan menggantikan Samsung sebagai penaja pada jersi skuad Chelsea selepas kontrak syarikat elektronik itu tamat pada penghujung Liga Perdana Inggeris musim 2014-2015. Syarikat penerbangan keempat terbesar di Eropah itu sebelum ini telah mengadakan perjanjian komersial dengan Lionel Messi dan Kobe Bryant untuk jenama mereka.Selain itu, Turkish Airlines juga pernah menaja kelab gergasi seperti Barcelona dan Manchester United selain skuad kebangsaan Turki.

Samsung sebagai syarikat elektronik yang sinonim dengan warna biru telah menaja Chelsea sejak tahun 2005 selepas Ketua Eksekutif kelab itu, Peter Kenyon berkata, "pasukan tersebut akan mewarnai dunia ini dengan warna biru."Pengurus Chelsea, Jose Mourinho (kiri) dan Peter Kenyon ketika majlis pengenalan tajaan jersi pasukan itu pada 2005. Chelsea kemudian memperbaharui kontrak tajaan itu sehingga tahun 2013, tetapi telah dikejutkan kadar publisiti yang lebih kecil daripada syarikat berkenaan.


Perjanjian penajaan antara Turkish Airlines dengan Chelsea dianggarkan berjumlah £18 juta setahun. Pada penghujung tahun lalu, Chelsea bersetuju dengan kontrak tajaan jersi daripada Adidas bernilai £300 juta. Bagaimanapun jumlah itu menunjukkan Chelsea masih berada di belakang Manchester United dalam penjualan produk komersial dan penjenamaan.-AP




.

MH17: Laporan penuh nahas penerbangan


MH17: Laporan penuh nahas penerbangan | Laporan awal nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada Julai lepas menunjukkan bahawa pesawat itu berkecai di udara akibat kerosakan struktur selepas terkena sebilangan besar objek bertenaga tinggi yang menembusi pesawat daripada luar. Laporan 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda hari ini menyatakan bahawa tiada petunjuk bahawa nahas MH17 di timur Ukraine itu, yang mengorbankan kesemua 298 orang dalam pesawat, disebabkan kesilapan teknikal atau tindakan anak kapal. Ia berkata corak kerosakan yang dikesan pada fiuslaj depan dan bahagian kokpit pesawat tidak konsisten dengan kerosakan yang dijangkakan apabila mode, enjin atau sistem pesawat gagal berfungsi.

"Hakikat bahawa banyak kepingan struktur pesawat bertaburan di kawasan yang luas menunjukkan bahawa pesawat berkecai di udara," kata lembaga itu dalam laporan itu. Laporan itu mengandungi maklumat awal siasatan terhadap nahas membabitkan pesawat Boeing B777-200 yang didaftarkan sebagai 9M-MRD yang melakukan Penerbangan MH17 dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 17 Julai. Menurut laporan itu, semasa kejadian, Penerbangan MH17 sedang terbang di Paras Penerbangan (FL) 330 di ruang udara tanpa sekatan wilayah maklumat penerbangan Dnipropetrovs (FIR) di timur Ukraine.

"Ukrainian State Air Traffic Service Enterprise (UkSATSE) telah mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang membataskan akses ke ruang udara di bawah FL320 di bahagian selatan FIR," kata laporan itu. Ini disebabkan permusuhan di antara kumpulan-kumpulan bersenjata dan pasukan tentera Ukraine. Penerbangan MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Mereka terdiri daripada 193 warga Belanda dan 43 warga Malaysia, 27 rakyat Australia, 12 warga Indonesia, 10 warga United Kingdom, empat rakyat Jerman, empat warga Belgium, tiga rakyat Filipina, seorang warga Kanada dan seorang warga New Zealand.

Laporan itu menyatakan bahawa pesawat Boeing 777-200 itu terbang mengikut arah, kelajuan dan ketinggian yang tetap apabila rakaman data penerbangan berhenti. Kedua-dua rakaman perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) terhenti pada jam 13.20:03 (dalam waktu seragam sejagat). Transmisi terakhir melalui radio yang dibuat oleh anak kapal MH17 bermula pada jam 13.19:56 dan berakhir pada jam 13.19:59. Transmisi terakhir melalui radio oleh pusat kawalan menara trafik Dnipropetrov (ATC) kepada Penerbangan MH17 bermula pada jam 13.20:00 dan berakhir pada jam 13.22:02. "Anak kapal tidak memberi respons kepada transmisi ini," kata Lembaga Keselamatan Belanda dan menambah tiada isyarat kecemasan diterima oleh ATC.


Laporan penuh nahas dalam tempoh setahun 

Siasatan penuh berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, dijangka mengambil masa setahun bagi mendapatkan bukti tambahan dan punca sebenar kejadian, kata Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam laporan awalnya, hari ini. Jelas DSB, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan pesawat MH17 itu terhempas dan berkecai selepas ditembusi sejumlah objek berkelajuan tinggi semasa penerbangan. Tambahnya, berdasarkan laporan awal insiden itu, pasukan penyiasat akan memulakan siasatan bagi menyiapkan laporan secara muktamad dalam tempoh setahun.




.

Lihat alasan pelakon ini selepas dia ditahan kerana membunuh suami sendiri



Lihat alasan pelakon ini selepas dia ditahan kerana membunuh suami sendiri | SEORANG aktres naik berang sehingga membunuh suaminya yang memaksa dia untuk berlakon dalam filem lucah bagi menjelaskan hutang perniagaan, lapor Makkal Osai. Aktres Shruti Chandralekha, 22, dari Bangalore ditahan kerana membunuh suaminya, Peter Prinzo,35. Menurut akhbar tersebut, selain Chandralekha yang merupakan pelakon beberapa filem Tamil dan Kannada, polis turut menahan dua orang disyaki bersubahat dengan kes pembunuhan ini pada Januari lalu.


 Mereka menanam mayat itu di Palayamkottai di daerah Tirunelveli. Dilaporkan bahawa Prinzo telah meminjam wang dengan kawannya untuk memulakan perniagaan secara online. Bagaimana pun perniagaannya itu gagal dan dia berada dalam tekanan seterusnya memaksa Chandralekha berlakon dalam filem lucah. Pihak polis membuat tangkapan sejurus abang mangsa membuat laporan mengenai kehilangannya. -AP




.

Kejam!! Lelaki bunuh anjing dalam mesin basuh kemudian muat naik gambar ke Internet


Kejam!! Lelaki bunuh anjing dalam mesin basuh kemudian muat naik gambar ke Internet | Polis semalam melancarkan siasatan berhubung kes penderaan haiwan selepas seorang lelaki memuat naik gambar ke Internet yang menunjukkan dia membunuh seekor anjing dengan memerangkapnya di dalam mesin basuh. Gambar itu yang dimuatnaik oleh lelaki yang menamakan dirinya Jacky Lo menunjukkan seekor anjing kecil cuba memanjat keluar dari mesin basuh itu sementara satu lagi menunjukkan haiwan berkenaan bergelut untuk mengelak dirinya daripada lemas ketika mesin itu berpusing.

 ‘Lo’ berkata dia memuat naik gambar itu untuk menunjukkan ‘cara paling pantas untuk memandikan anjing.’ Menjawab satu soalan oleh seorang pengguna yang bertanya sama ada dia membunuh haiwan itu, ‘Lo’ menjawab dalam ruang komen di bawah gambar itu: “Ya. Ia sudah mati. Anda mahu melihatnya?” Hampir 20,000 pengguna Internet di Hong Kong menandatangani petisyen menerusi online menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki itu. - Agensi




.

Pesawat Colombia terhempas di kawasan hutan Amazon



Pesawat Colombia terhempas di kawasan hutan Amazon | Seramai 10 penumpang dan anak kapal pesawat Colombia yang terhempas di kawasan hutan Amazon, semalam, disahkan terkorban. Menurut pegawai pasukan penyelamat, Gustavo Ortega, lapan penumpang dan dua anak kapal terkorban akibat nahas berkenaan. Beliau menambah, mereka yang terkorban ialah enam lelaki, tiga wanita dan seorang remaja perempuan, yang mana kesemuanya merupakan warga Colombia. Pesawat dengan nombor pendaftaran HK-4755 PA 34 Navajo berlepas dari Lapangan Terbang Araracuara di selatan negara berkenaan pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan semalam. - AFP

Lelaki veteran berjaya menghasilkan sebatang pokok epal yang sangat unik



Lelaki veteran berjaya menghasilkan sebatang pokok epal yang sangat unik | Seorang lelaki veteran di Tangmere, West Sussex, England berjaya menghasilkan sebatang pokok epal yang mampu mengeluarkan sebanyak 50 jenis buah epal berbeza, termasuk jenis epal yang jarang ditemui. MailOnline melaporkan, Peter Collett, 83, menanam pokok tersebut menggunakan tunas yang dicantumkan daripada pelbagai jenis pokok epal bagi menghasilkan spesimen pokok unik berkenaan.


Ciptaan tunas pokok tersebut turut membolehkan Collett yang juga merupakan seorang ahli Royal Horticultural Society Fruit Group Committee memenangi pelbagai anugerah. Selain itu, Collett yang mempunyai setengah ekar kebun epal mengambil masa selama 30 tahun bagi menanam sebanyak 130 jenis pokok epal serta 30 jenis pokok buah-buahan lain seperti plum, pear, ceri dan delima.


Antara epal yang dihasilkan ialah epal jenis Ashmead's Kernel yang ditanam buat pertama kali di Gloucestershire pada 1700-an. Selain itu, epal lain yang jarang ditemui yang turut ditanamnya adalah Wonder, Red Devil, Laxton's Epicure, Spartan dan Crawley Beauty, manakala epal Api Noir adalah antara epal terkecil yang turut ditanam di kebun miliknya.
Collett yang merupakan bekas pengetua sebuah sekolah mula memupuk minatnya terhadap buah epal ketika Perang Dunia Kedua dengan meluangkan cuti musim panasnya dengan memetik buah epal di rumahnya di Norfolk.


"Kami diberi cuti panjang bagi membantu membawa hasil tanaman buah-buahan. Kemudian saya mula bekerja di sebuah kebun buah-buahan pada 1943 dan kembali ke sana enam tahun kemudian kerana saya suka bertani. "Datuk dan moyang saya juga merupakan seorang tukang kebun, jadi bakat itu turun kepada saya. Britain mempunyai beratus-ratus jenis epal, jadi saya mula menanam pokok buah tersebut," katanya. -AP




.

[Gambar] Kemalangan tragis melibatkan sepasang suami isteri maut dan anak mereka cedera parah di Jalan Lipis-Merapoh



[Gambar] Kemalangan tragis melibatkan sepasang suami isteri maut dan anak mereka cedera parah di Jalan Lipis-Merapoh | Sepasang suami isteri maut manakala anak perempuan mereka cedera parah selepas kereta yang dinaiki tiga beranak itu bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 59 Jalan Lipis-Merapoh di Kuala Lipis, Pahang awal pagi Isnin. Dalam kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu, pasangan suami isteri, Muhamad Zulfahmi Awang, 24 dan Siti Zulaikha Mohd Zaha, 21, maut di tempat kejadian manakala anak mereka, Nur Fatin Irdina, 2, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan, berkata, ketika kejadian tiga beranak itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Raub menaiki kereta jenis Hyundai Getz manakala bas ekspres terbabit dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Menurutnya, ketika melalui tempat kejadian, kedua-dua kenderaan telah bertembung dan menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian depan. "Berikutan itu, Muhamad Zulfahmi yang memandu kereta tersebut dan isterinya Siti Zulaikha yang berada di tempat duduk penumpang depan meninggal dunia akibat tersepit.

"Anak mereka pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya pada Isnin. Tambahnya, siasatan awal mendapati, keadaan lokasi kemalangan gelap manakala laluan berselekoh. "Mangsa, Muhamad Zulfahmi yang berkerja sebagai penjual ikan dan isteri berasal dari kampung sama iaitu Kampung Anak Ikan Dalam, Jerteh. "Kita masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kemalangan ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.

15 gambar kejadian kebakaran yang melibatkan lebih 100 rumah di Kg Tanjung Batu Logpond, Tawau



15 gambar kejadian kebakaran yang melibatkan lebih 100 rumah di Kg Tanjung Batu Logpond, Tawau | Lebih 100 rumah atas air di Kampung Tanjung Batu Laut di Logpond, dekat sini, musnah dalam kebakaran.


Kejadian bermula pada jam 7 malam tadi mengakibatkan lebih 400 penduduk hilang tempat tinggal. Sehingga jam 8.45 malam tadi, bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran.


Difahamkan, bomba berdepan kesukaran untuk masuk ke kawasan kampung berkenaan berikutan laluan yang sempit. Setakat ini, bomba masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.20 petang sebelum menghantar lebih 30 anggota bersama empat jentera dan kenderaan utiliti ke lokasi.


"Jumlah sebenar rumah terbakar serta penduduk yang hilang tempat tinggal masih belum dapat dipastikan. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya. -BH





P/S - Sumbar gambar dari FB





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!