Thursday, September 11, 2014

Penemuan mengejutkan sebuah lubang yang dipenuhi 500 mayat



Penemuan mengejutkan sebuah lubang yang dipenuhi 500 mayat | Sebuah 'kubur' panjang yang dipenuhi kira-kira 500 mayat orang awam, termasuk kanak-kanak ditemui di daerah Hamidat, di sini baru-baru ini. Penemuan lubang umpama parit yang mengejutkan di utara Iraq itu dipercayai membabitkan mayat tahanan kata jurucakap kerajaan wilayah Mosul. Mayat itu dikatakan dari penjara Badoosh yang menjadi mangsa tindakan kejam kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL). "Kami menemui sebuah kubur besar di barat Mosul dipenuhi orang awam termasuk budak. Mereka dipercayai berasal dari puak Izadi Kurd, yang secara khusus menjadi sasaran ISIL," katanya.

Laporan media tempatan menyebut, sejak Jun lalu, kumpulan ISIL semakin mengganas selepas menawan Mosul dan Tikrit, yang terletak kira-kira 140 kilometer barat laut Baghdad. Difahamkan, kumpulan itu berjaya mengawal timur Syria dan kawasan utara serta barat Iraq. Susulan konflik itu, Arab Saudi, Qatar dan beberapa negara Teluk Parsi kini terpaksa berwaspada susulan kebimbangan serangan itu akan merebak ke negara mereka. Bagaimanapun, pegawai kanan Iraq mendakwa, ISIL mempunyai hubungan rapat dengan perisikan Saudi dan dipercayai secara tidak langsung disokong oleh rejim Israel. -AP




.

Pasangan suami isteri ditemui mati dengan kejam dalam satu insiden di Nilai


Pasangan suami isteri ditemui mati dengan kejam dalam satu insiden di Nilai | Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul dalam rumah mereka di sebuah ladang buah di Kampung Gebok, Mantin, di sini, hari ini. Pasangan berusia lingkungan 30-an terbabit ditemui oleh pasangan peniaga buah kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mereka mahu mengambil buah naga di ladang berkenaan. Sumber berkata, peniaga terbabit yang tidak melihat mangsa di ladang bertindak masuk ke dalam rumah mereka yang terletak dalam ladang itu untuk mencari dan terkejut sebaik menemui kedua-duanya dalam keadaan berlumuran darah dan sudah mati.

Menurutnya, peniaga terbabit kemudian menghubungi polis untuk siasatan lanjut. Tambahnya, mayat lelaki ditemui terlentang dalam sebuah bilik manakala isterinya ditemui di luar bilik dan kedua-dua mangsa mempunyai kesan kecederaan di kepala disyaki dipukul dengan objek tumpul. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi kejadian. -Metro




.

Ini kisah Nick yang memiliki lidah yang sangat panjang



Ini kisah Nick yang memiliki lidah yang sangat panjang | Nick Stoeberl, 22, artis dan pelawak dari bandar di California ini tidak pernah bosan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pemilik lidah terpanjang di dunia sejak dua tahun lalu. Awal tahun ini, Guinness World Records akhirnya mengukur lidahnya dan mengisytiharkan lidah Stoeberl sepanjang 3.97 inci (10.08 sentimeter) dari pangkal hingga ke hujungnya. Ia bermakna dia mengatasi rekod dicatatkan Stephen Taylor, 52, warga Britain yang lidahnya 3.86 inci (9.8sm). Stoeberl memilih masa yang tepat memasuki Buku Guinness World Records Edisi 2015 - koleksi ke-60, mula dijual semalam. - Agensi



.

Gelagat aneh pencuri ini memang sangat mengejutkan



Gelagat aneh pencuri ini memang sangat mengejutkan | Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil di rumah mangsa. Polis sempat merakam gambar dia terlena sebelum mengejutkannya. Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis. Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur.Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.


Davis kelihatan benar-benar lena sehinggakan tindakan polis itu gagal menyedarkannya. Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak. Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil. Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.- Agensi




.

[Gambar] Bayi dilahirkan dengan lapan anggota badan



[Gambar] Bayi dilahirkan dengan lapan anggota badan | Seorang bayi lelaki di Uganda yang dilahirkan dengan lapan anggota badan dilaporkan semakin pulih selepas doktor berjaya membuang 'kembar yang menumpangnya', bulan lalu. Bayi itu, Paul Mukisa yang berusia tiga bulan dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan di Nabigingo, sebuah perkampungan kecil di timur Uganda. Ibu bapa Mukisa, Margaret Awino dan Boniface Okongo bergegas ke hospital daerah berhampiran sejurus melihat keadaan anak mereka itu, namun hospital berkenaan menolak anak mereka daripada dirawat di situ kerana ketiadaan kepakaran dalam kes tersebut.

Mail Online melaporkan, mereka kemudiannya merujuk kes anak mereka di Hospital Mulago di Kampala, ibu negara Uganda. Di situ, sebuah pasukan pakar bedah diketuai perunding pakar bedah pediatrik, Dr. John Sekabira menilai tahap kesihatan bayi itu dan mendapati, Mukisa bukan sahaja mempunyai empat anggota tambahan, malah dia turut mempunyai dada tambahan, namun jantung dan hati bayi tersebut berada pada bahagian badan yang salah. Malah, doktor mendapati kembar yang menumpang Mukisa turut berkongsi sebahagian daripada tulang pelvis.


Doktor kemudiannya membenarkan Mukisa keluar hospital selama tiga bulan kerana saiz badannya tidak sesuai untuk menjalani pembedahan bagi memisahkan kembarnya. Pada 18 Ogos lalu, tiga pakar bedah menjalankan pembedahan ke atas Mukisa selama tiga jam dan pembedahan itu berjaya memisahkan bayi itu daripada kembar yang menumpang pada badannya.

Satu daripada doktor bedah yang terlibat dalam pembedahan Mukisa, Dr. Nasser Kakembo berkata, bayi itu diberikan bius secara umum dan badan serta batang tubuh kembar yang menumpangnya yang mempunyai dua tangan tetapi tidak mempunyai jantung dipisahkan daripada badan induk bayi itu. Tambahnya, hanya berlaku kehilangan darah yang sedikit dan tiada komplikasi sampingan berlaku selepas pembedahan itu dan selepas tiga minggu pembedahan itu, Mukisa kini boleh menyusu daripada ibunya. - AGENSI




.

Awas wang not RM100 disyaki palsu



Awas wang not RM100 disyaki palsu | Polis merampas 32 not RM100 dipercayai palsu hasil pemeriksaan terhadap dua lelaki yang ditahan di kedai makan di Pasir Gebu, 7.30 pagi ini. Ketua Polis Daerah seberang Perai Utama (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata kedua-dua suspek berusia 24 dan 39 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung pembabitan mereka dalam aktiviti jenayah. Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek pihaknya turut menemui enam kepingan logam dipercayai perak pelbagai berat.

 "Berhubung rampasan wang tunai berkenaan, kami kini sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui keasliannya sebelum dapat disahkan sama ada adalah palsu atau sebaliknya serta sumber ia diperolehi. "Siasatan juga dilakukan untuk mengesan sekiranya suspek turut menggunakan wang berkenaan untuk membeli barang," katanya. Kedua-dua suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!