Friday, September 12, 2014

[Gambar] Bapa pelakon terkenal dunia mati mengejut di Singapura



[Gambar] Bapa pelakon terkenal dunia mati mengejut di Singapura | Bapa pelakon Nicole Kidman meninggal dunia di sini dan polis berkata mereka sedang menyiasat kematiannya. Laporan media menyatakan Tony Kidman, seorang pakar psikologi di University of Technology, Sydney, berada di sini untuk melawat adik perempuan pelakon berkenaan, Antonia. Menurut polis, mereka dimaklumkan seorang lelaki dalam lingkungan usia 80-an meninggal dunia di hospital. " Polis sedang menyiasat kematiannya," kata seorang jurucakap. "Dengan sedihnya kami dimaklumkan mengenai kematian mengejut Dr Tony Kidman.


"Dalam tempoh 43 tahun di University of Technology, Sydney, Tony banyak menyumbang sebagai rakan sekerja, penyelidik dan pengamal perubatan," kata Naib Canselor Profesor Attila Brungs dalam satu kenyataan. Nicole Kidman dilahirkan di Hawaii dan dibesarkan di Australia. Beliau pernah membintangi filem 'Moulin Rouge' dan 'Cold Mountain' dan menang Oscar Pelakon Wanita Terbaik pada 2003 dengan lakonannya sebagai Virginia Woolf dalam filem 'The Hours.' - REUTERS

Cara paling kejam kerana tunjuk perasaan



Cara paling kejam kerana tunjuk perasaan | Tiga pemandu bas di ibu negara Paraguay ini menyalib diri mereka sebagai sebahagian daripada mogok lapar selepas mereka dibuang kerja. Elvio Cristaldo dan Eligio Martinez mengambil keputusan menyalib diri mereka di San Lorenzo,pinggir bandar raya Asuncion selepas dipecat kerana membantah waktu bekerja yang lebih singkat. Rakan mereka, Clemente Lovera, selain menyalib dirinya, juga menjahit mulutnya dan enggan makan selagi dia tidak dibenar kembali bekerja.


Bapa dua anak itu bagaimanapun dipaksa menelan makanan cecair menerusi penyedut sambil dia baring bersama-sama dua bekas rakan setugasnya. Cristaldo, 39, memberitahu radio tempatan: “Saya tidak akan menyerah walaupun tindakan ini sungguh menyakitkan.” Ketiga-tiga lelaki itu mengadakan tunjuk perasaan di dalam khemah berhampiran agensi Pengangkutan Kebangsaan Paraguay. - Agensi




.

Kejadian pemujaan setan dikhabar masih diamalkan



Kejadian pemujaan setan dikhabar masih diamalkan | Sebuah keluarga dipenjara semalam kerana mencungkil mata seorang kanak-kanak berusia lima tahun dengan sudu ketika melakukan pemujaan setan. Dalam kejadian itu, Fernando Caleb Alvarado Rios diarah menutup mata oleh ibunya di depan datuk, neneknya serta ibu dan bapa saudaranya sambil mereka menari mengelilinginya dan memuja syaitan. Tetapi apabila Rios terlalu takut untuk melakukan apa yang disuruhnya, ibunya, Maria del Carmen Garcia mengambil sudu dan mencungkil mata kanak-kanak itu bersama-sama anggota keluarganya yang lain.

Mereka ditangkap apabila jiran yang mendengar bacaan mantera yang kuat dari rumah keluarga itu dan melihat kanak-kanak itu menjerit kesakitan. Semalam, dua tahun selepas kejadian pada Mei 2012 itu, sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas setiap tertuduh. Seorang saksi berkata: “Kami mendengar jeritan dan mengetuk pintu rumah itu. Tetapi tidak seorang pun membukanya. Kami memanggil polis yang kemudian memecah pintu rumah itu.”

Anggota polis, Benet Curiel memberitahu mahkamah, mereka menyaksikan lima orang dewasa berpakaian seperti syaitan mengerumuni kanak-kanak itu di dapur. “Dua wanita terbabit berlumuran darah. Kami terpaksa mengacu pistol untuk memaksa kumpulan itu melepaskan budak berkenaan sebelum memanggil ambulans. Seorang daripada mereka memberitahu budak itu anaknya dan mengaku bertindak mencungkil mata mangsa,” kata Curiel. - Agensi




.

Contoh hukuman terhadap sesiapa yang belasah pencuri



Contoh hukuman terhadap sesiapa yang belasah pencuri | Tindakan keterlaluan tiga pengawal keselamatan yang membelasah seorang remaja lelaki yang cuba ‘memancing’ wang tabung masjid sampai mati memakan diri apabila mereka dipenjara selama setahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh, Mohd. Aswenry Majon, 31, yang berasal dari Kota Marudu, Sabah dan dua warganegara Indonesia, Iweldo Putra, 20, dan Pondri Neriko, 21, mengaku salah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadap mereka. Mengikut pertuduhan pindaan, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan niat bersama telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah ke atas Mohamed Shah Reza Fauzi@Muhammad, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Pandan Indah di sini pada pukul 5 pagi, 3 Disember tahun lalu. -Kosmo




.

Produk elak gigitan nyamuk Aedes berjaya dihasilkan


Produk elak gigitan nyamuk Aedes berjaya dihasilkan | Sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menghasilkan sejenis sabun dan losyen badan yang boleh menghalang gigitan nyamuk terhadap manusia. Ketua projek penyelidikan produk tersebut, Dr. Mohamad Shukor Yusof, 58, berkata, idea menghasilkan dua produk jenama Vecto itu timbul selepas perbincangan oleh 13 pakar perubatan dan saintis yang merupakan bekas pelajar Matrikulasi UKM.

“Secara kebetulan, ketika perjumpaan Februari lepas, Malaysia mengalami wabak denggi yang agak teruk, jadi kami berbincang bagaimana mahu membantu rakyat negara ini. “Ketika penyelidikan dijalankan, kami memutuskan untuk menggunakan daun serai wangi serta gabungan beberapa herba lain yang terbukti dapat mencegah nyamuk daripada menggigit manusia,” katanya. -Kosmo
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!