Saturday, September 13, 2014

Identiti lelaki Malaysia yang bawa isteri dan dua anak 'berperang' di Syria


Identiti lelaki Malaysia yang bawa isteri dan dua anak 'berperang' di Syria | Seorang lelaki rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang membawa keluarganya warga Singapura ke Syria untuk berjuang menyertai kumpulan militan dan jihad di negara itu. Akhbar The Star melaporkan, isteri lelaki itu yang merupakan warga Singapura adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia 18 dan 14 tahun. Laporan yang memetik sumber berkata, lelaki itu membawa keluarganya ke Syria pada November tahun lalu tetapi mereka tidak tinggal bersama. "Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra dan anak lelaki (anak tirinya) menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS)," katanya sumber kepada akhbar tersebut.

Menurut sumber itu, isteri lelaki itu pula bekerja sebagai tukang masak, manakala anak perempuan (anak tiri lelaki itu) mengajar kelas bahasa Inggeris kepada anak-anak anggota kumpulan militan di Syria. Keluarga tersebut dipercayai berada di beberapa lokasi di Syria, dan kemungkinan tinggal di timur Hama, lokasi kumpulan militan ditubuhkan. Pihak berkuasa cuba menyiasat mengapa mereka membuat keputusan untuk ke Syria, dan menurut sumber, pihak berkuasa percaya keputusan mereka itu mempunyai kaitan dengan bekas suami wanita tersebut.

Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang juga Menteri Dalam Negeri mendedahkan perkara itu di Parlimen dan menyatakan terdapat beberapa rakyat Singapura menyertai 12,000 warga asing mengambil bahagian dalam konflik bersenjata di Syria termasuk pasangan ibu bapa yang membawa bersama anak-anak mereka. Seorang lagi lelaki, Haja Fakkurudden Usman Ali, 37, membawa isteri dan tiga anaknya berusia 2 hingga 11 tahun ke Syria.

Haja merupakan rakyat Singapura kelahiran India, kata Teo ketika mengumumkan kes tersebut pada Mac lalu. Beliaumendedahkan beberapa orang rakyat Singapura merancang menyertai kumpulan pemberontak di Syria tetapi mereka berjaya ditahan sebelum berlepas dan sebahagian daripada mereka masih disiasat. Akhbar The Star sebelum ini melaporkan lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan di Syria. -AP




.

Kembar punya ketagihan pelik dan akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan mereka



Kembar punya ketagihan pelik dan akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan mereka | SESETENGAH orang mempunyai tabiat menggigit kuku yang dianggap tidak sihat kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Tetapi, kembar berumur 50 tahun dari Bradford, England ini mempunyai ketagihan pelik akibat masalah gangguan makanan atau Pica yang menyebabkan mereka cenderung memakan bahan tertentu. Adele mendakwa dia gemar memakan lilin sejak berumur lapan tahun dan ia langsung tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatannya. Kembarnya, Anita memberitahu dia mengalami Pica ketika hamil kira-kira 24 tahun lalu.


"Saya mula mengidam objek yang berbau seperti tiket bas lama dan akhirnya menemui bau sama pada buku terpakai. Rasanya juga lebih enak seperti memakan bar coklat," katanya. Ahli psikologi, Marcia Karp memaklumkan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang ketagih untuk mengambil 'makanan' pelik sepanjang hidup mereka. "Sebagai contoh, Pica mungkin dialami sesetengah wanita hamil dan kadang-kadang disebabkan oleh defisit mineral," jelasnya. -DM




.

Insiden kebocoran kertas peperiksaan UPSR, rakyat perlu penjelasan mengenai punca disebalik kejadian tersebut


Insiden kebocoran kertas peperiksaan UPSR perlu penjelasan mengenai punca disebalik kejadian tersebut | Aktivis Sosial, Datin Paduka Marina Mahathir dilihat mempersoalkan insiden kebocoran kertas peperiksaan melibatkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disifatkan memerlukan penjelasan mengenai punca disebalik kejadian tersebut. “With all the exam leaks, the one question I find not asked is: why? Are people so desperate to pass Standard 6 that they need to leak the papers? Are there people not even confident that their kids can pass Standard 6 without seeing the questions first? (Dengan segala kebocoran (soalan) peperiksaan, satu soalan saya dapati tidak ditanya ialah: mengapa? Adakah orang begitu terdesak untuk lulus Darjah Enam sehingga mereka perlu soalan bocor? Adakah terdapat orang (ibu bapa) yang tidak yakin bahawa anak mereka boleh lulus Darjah Enam tanpa melihat soalan pertama?).

“Of course I'd like to know the answers to Who? And How?(Sudah tentu saya ingin tahu jawapan kepada siapa? Dan bagaimana?),” tulisnya di laman Facebook, Marina Mahathir semalam. Status yang di muat naik oleh Marina turut disokong oleh rata-rata yang menjadi pengikut beliau di laman sosial tersebut. Dalam status yang sama, anak kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ini turut dilihat memberi kenyataan sebagai berkongsi pengalaman kepada pautan dan persolan yang diajukan oleh pengikutnya. Beliau dalam kenyataan tersebut menyifatkan segelintir ibu bapa seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan anak-anak mereka.

“I remember when my daughter was doing her trial UPSR exams, some parents found out that there were questions in the maths paper that had not been covered in class yet. So their darlings wouldn't know how to answer and may get a B instead of an A. They made the school redo the test! So the kids got stressed twice over. I don't get it. The smart kids would have still gotten better results regardless,” katanya. Sebelum ini, Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan telah memaklumkan bahawa ujian bagi subjek Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan pada 11 September didapati bocor dan ujian tersebut terpaksa ditangguh.

Kurang 24 jam isu kebocoran subjek Sains, Lembaga Peperiksaan turut mengeluarkan kenyataan dengan membatalkan kertas ujian peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 kerana didapati turut bocor. Memetik kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang dilaporkan oleh Berita Harian hari ini sebagai berkata, empat lokasi ‘hotspot’ telah dikenal pasti terbabit dalam kes kebocoran kertas UPSR 2014 namun butirannya dirahsiakan supaya ia tidak menganggu proses siasatan pihak berkuasa. Seramai 473,175 calon UPSR terpaksa menduduki semula ujian bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini. - mD




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!