Sunday, September 14, 2014

Derita isteri punya suami cemburu buta



Derita isteri punya suami cemburu buta | Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila menikam rakan sekerja isterinya berulang kali hingga mati hanya kerana melihat mereka berjalan bersama. Media tempatan melaporkan Qin Han, 39, yang sudah lama menyangka isterinya Du, 33, mempunyai hubungan sulit menyerang dan menikam mangsa dikenali sebagai Zhao di khalayak ramai. Seorang saksi berkata, kejadian berlaku dengan begitu pantas dan Qin tidak melarikan diri selepas melakukannya.

“Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah. Namun Qin cuma duduk di situ seolah-olah menunggu polis datang menahannya.“Isterinya menjerit dan meraung. Saya mendengarnya menjerit ‘Apa saya nak buat sekarang’” katanya. Jiran pasangan itu berkata, mereka sering bertengkar kerana sifat suami yang cemburu buta malah Qin kerap menuduh Du meniduri lelaki lain. Sifat cemburu itu dikatakan mendorong Qin mengekori isterinya ke tempat kerja untuk ‘mencari bukti’ kecurangannya.


Dia juga tidak mempedulikan cubaan Zhao yang menafikan tuduhannya dan cuba meredakan keadaan. “Malah dia nampak semakin marah walaupun mangsa berkali-kali cuba memberi penjelasan,” kata saksi. Menurutnya, Qin mengeluarkan pisau dan menikam Zhou ketika mangsa cuba beredar dari situ. Ketika ditahan, Qin yang juga berlumuran darah didengar berkata kepada isterinya: “Jagalah anak-anak kita. Ini bukan salah kamu.” - Agensi




.

Saat gembira pasangan suami isteri nyaris bertukar menjadi mimpi ngeri


Saat gembira pasangan suami isteri nyaris bertukar menjadi mimpi ngeri | Seorang wanita bertindak tangkas menarik suaminya yang hilang imbangan badan daripada terjatuh ke dalam gaung ketika suaminya sedang membaca ikrar perkahwinan mereka di tepi sebuah tebing gunung. Mail Online melaporkan ketika kejadian Peter Bolton sedang membaca ikrar perkahwinannya berupa sajak karya Walt Whitman bertajuk Leaves of Grass di Gunung Atalay, Santa Fe, di sini apabila dia tiba-tiba hilang imbangan badan dengan tangannya terkapai-kapai di udara sambil menjerit meminta bantuan.


Isterinya, Faith yang kebetulan berada di sisinya ketika itu bertindak pantas memegang tangan Bolton dan menariknya daripada terjatuh ke dalam gaung. Ketangkasan Faith itu berjaya menyelamatkan nyawa suaminya, sekali gus mengelak saat gembira mereka bertukar menjadi mimpi ngeri.


Pasangan itu berkahwin pada 22 Ogos 2009. Kejadian itu berlaku pada bulan lalu sempena ulang tahun kelima perkahwinan pasangan itu yang turut dihadiri beberapa rakan terdekat. Saat-saat mencemaskan itu berjaya dirakamkan oleh salah seorang rakan Bolton yang bertindak memuat naik ke dalam laman sosial. -AP




.

Arkitek ini menghasilkan rekaan pelik pada sebuah kediaman


Arkitek ini menghasilkan rekaan pelik pada sebuah kediaman | Tidak pernah terbayang akan ada kediaman berkonsep tergantung, lebih-lebih lagi di tebing tinggi berhadapan lautan luas di pinggir Australia. Portal berita melaporkan rekaan yang dihasilkan arkitek negara itu dari Modscape's Ambitious Designs. Siput laut atau teritip yang melekat dan tergantung di bawah kapal atau perahu memberi ilham kepada pereka firma berkenaan."Rekaannya ini sesuai dengan permintaan pelanggan yang inginkan sesuatu yang luar biasa di kawasan pantai di Australia.


"Rumah ini bukan sahaja tergantung di tebing bukit, malah memiliki pemandangan Lautan Hindi yang indah," kata jurucakap firma tersebut. Kediaman mewah itu memiliki lima tingkat, selain digantung di tebing dengan menggunakan pin keluli kejuruteraan tinggi. Beberapa arkitek dan pakar kejuruteraan daripada firma berkenaan akan bekerjasama membina rumah pasang siap ini.




.

ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART - SARA AISHA




ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART - SARA AISHA | Menariknya kisah novel terbaru yang ditulis oleh penulis drama adaptasi 'Jodoh Itu Milik Kita' ini. Membacanya menjadikan lulu terbuai dengan kelatah pasangan ini Orked Amani dan Syamil Imran. Pada mulanya pertemuan tanpa dirancang antara mereka ni seolah-olah menjadi ikatan pula apabila panggilan spontan dari Orked pada Syamil iaitu Encik Sayang menjadikan dia wanita yang istimewa dalam hati Syamil, siap gelar Miss Sweetheart lagi hehe.

Dan siapa sangka mereka ni ternyata ada jodoh pula selepas perkahwinan mereka diaturkan oleh keluarga. Yelah bagi Syamil, dia gembira sangat bila dapat tahu Miss Sweetheart bakal jadi isterinya. Namun sebaliknya pula buat Orked, sebab dia sedar tiada sedikit pun rasa cinta dalam hatinya buat lelaki itu.

Keadaan semakin nampak kekok bila kekasih lama Orked dan bekas kekasih Syamil ternyata masih ada perasaan terhadap mereka. Dan bila mereka bergabung untuk melakukan sesuatu yang bertujuan memisahkan pasangan ini, malah menjadikan hubungan mereka kian tertaut dan Orked mulai sedar dia jatuh sayang pada suami sendiri. Dengan itu dia nekad menyelesaikan masalah itu, dan biarlah dia kekal bahagia dengan suami sendiri, Syamil.



Tajuk : Encik Sayang Dan Miss Sweetheat
Penulis : Sara Aisha
Halaman : 619 muka surat
Harga : RM24/RM27



Sebuah novel yang pasti akan membuatkan anda ulang baca berkali-kali.. :)




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Kanak-kanak perempuan Malaysia maut terpelanting di Australia


Kanak-kanak perempuan Malaysia maut terpelanting di Australia | Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat kematian kanak-kanak perempuan Malaysia yang terpelanting "seperti anak patung" dari kenaikan berputar di Royal Adelaide Show. Menurut kenyataan polis Australia Selatan, kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu yang dilaporkan melawat Australia dengan keluarganya, tercampak dari kenaikan AirMaxx 360 petang semalam. Mangsa dirawat oleh paramedik dan dibawa ke Hospital Adelaide tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. Saksi, Malinda Dunwoodie, berkata beliau berada hampir dengan kenaikan itu apabila terlihat kanak-kanak terbabit "terbang di udara".

"Ia amat mengejutkan - macam filem seram...semua orang menjerit ," katanya kepada akhbar The Advertiser. Kenaikan berukuran 15 meter panjang itu berbentuk labah-labah gergasi dan mampu membawa 24 orang pada satu-satu masa. Seorang jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia memberitahu AFP bahawa pihaknya sedang berusaha dengan Konsul Kehormat di Australia Selatan untuk membantu keluarga terbabit. Seorang pegawai agensi kesihatan dan keselamatan pekerjaan Australia Selatan (SafeWork SA), berkata kenaikan itu yang beroperasi untuk kali pertama di situ, akan ditutup sehingga acara berakhir untuk siasatan. - AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!