Monday, September 15, 2014

Punca pengantin maut beberapa jam selepas kahwin


Punca pengantin maut beberapa jam selepas kahwin  | Sepasang pengantin meninggal dunia beberapa jam selepas majlis perkahwinan mereka akibat menyedut gas beracun dari generator kuasa ketika tidur. Pasangan itu meninggalkan majlis perkahwinan dan pulang ke rumah baru mereka di Lahij, bandar di selatan Yaman. Apabila tiba, mereka mendapati bekalan elektrik terputus, menyebabkan pengantin lelaki memasang generator di sebelah biliknya.

Akhbar tempatan melaporkan, anggota keluarga yang datang untuk lawatan tradisional meraikan pasangan pengantin mengetuk pintu tetapi tidak berjawab. Mereka kemudian memecahkan pintu itu serta berkejar ke bilik tidur dan mendapati pasangan itu terbujur kaku. -AP



.

Bomba berjaya lucutkan brearing motorsikal yang melekat di jari



Bomba berjaya lucutkan brearing motorsikal yang melekat di jari | Gara-gara memakai 'bearing' motosikal di jari manis untuk dijadikan cincin, seorang pemuda terpaksa menahan kesakitan beberapa jam pada Sabtu sebelum alat itu berjaya dilucutkan. Itupun dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Karak Abdullah Yaakob, berkata lelaki berusia 27 tahun tersebut sebelum itu sekadar suka-suka menyarung 'bearing' berkenaan tiga hari lepas sebelum ia mula membengkak awal pagi Sabtu.

"Keadaan itu menyebabkan mangsa dengan ditemani ibunya ke Klinik Kesihatan Karak kira-kira jam 12.14 tengah hari untuk mengeluarkan bearing tersebut namun gagal. "Mereka kemudian pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Karak untuk mendapatkan pertolongan, dan setelah hampir setengah jam, barulah ia berjaya dilucutkan dengan menggunakan alat pemotong besi, playar dan kikir," katanya ketika dihubungi di sini Ahad. Menurutnya, lelaki itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan serius kemudian ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan.




.

Gambar selfie ini menjadi viral sekelip mata



Gambar selfie ini menjadi viral sekelip mata | Seorang penggali kubur yang merakam gambarnya dengan mumia lelaki yang mati 23 tahun lalu digantung kerja, semalam. Dalam sekeping gambar, Celestino Reyna dilihat tersenyum di sisi mayat lelaki yang baru digalinya semula. Anak saudara si mati juga kelihatan di gambar itu. Mayat berkenaan digali untuk ditanam semula dalam kubur yang sama dengan isterinya di sebuah tanah perkuburan di Guardamar del Segura. Ketika anak saudara si mati menyaksikan penggali kubur itu membawa naik semula mayat berkenaan, mereka terkejut melihat mayat itu sudah menjadi mumia.

Selepas merakam gambar itu, anak saudara si mati yang namanya tidak disiarkan berkongsi gambar itu dengan rakan sekerjanya menerusi Whatsapp dan ia menjadi viral dalam sekelip mata. Bagaimanapun, dia mendakwa tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa. “Saya tidak menyangka ia membawa padah. Saya juga tidak bertujuan untuk menghina bapa saudara saya,” katanya.


Sementara itu, penggali kubur berusia 55 tahun itu digantung tugas dan dipindahkan ke bahagian lain sementara pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan. Seorang anggota majlis, Felipe Aldeguer, bagaimanapun berkata, Reyna tidak bersalah dalam hal itu. “Dia hanya bertindak bodoh dengan mengikuti kehendak keluarga si mati,” katanya. Mayat boleh menjadi mumia secara semula jadi apabila ia direndam dengan air berasid, bercampur dengan suhu sejuk dan kekurangan oksigen. - Agensi




.

Air Asia dengan tawaran tambang serendah 51 sen


Air Asia dengan tawaran tambang serendah 51 sen | AirAsia dan AirAsia X menawarkan promosi dengan tambang penerbangan bermula dari serendah RM0.51 dan potongan 50 peratus bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ke semua destinasi domestik dan antarabangsa. Tempoh tempahan bagi promosi itu ialah dari 15 hingga 21 September ini dengan tempoh perjalanan segera bermula dari 16 September 2014 hingga 31 Mac 2015. Tambang promosi itu tersedia di laman web www.airasia.com dan juga applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan peranti android, selain laman mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com.

Status kandungan kopi jenama DCL Red Guara Cafe selepas analisis kimia


Status kandungan kopi jenama DCL Red Guara Cafe selepas analisis kimia | Analisis dilakukan Bahagian PenguatKuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kopi jenama DCL Red Guara Cafe bebas daripada sebarang bahan racun kimia berbahaya. Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) Mazlan Ismail berkata, kopi jenama DCL Red Guara Cafe itu disahkan selamat digunakan hasil analisis kimia dilakukan sebelum ini. Menurutnya, kandungan kimia atau racun perangsang seks berbahaya tidak ditemui pada produk DCL Red Guara Cafe. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!