Wednesday, September 17, 2014

Terkini! Keadaan serpihan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine



 Terkini! Keadaan serpihan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine | Serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, masih belum dikeluarkan dari lokasi nahas dan dikhuatiri dicuri oleh penduduk tempatan untuk dijual sebagai besi buruk. Laporan portal berita The Guardian selepas mengadakan lawatan ke lokasi kejadian pada minggu lalu menyatakan, enjin dan serpihan badan pesawat terbabit masih terdampar di sekitar wilayah Donetsk yang menjadi lokasi pertempuran antara kumpulan pemberontak pro-Rusia dan tentera Ukraine. Menurut laporan itu, banyak barang peribadi 298 mangsa nahas tersebut bertaburan di sekitar lokasi kejadian termasuk kasut, majalah, basikal dan permainan kanak-kanak.

Turut dilaporkan, penduduk kampung Rozsypne yang terletak berhampiran kawasan nahas mengambil banyak serpihan kenderaan tentera yang musnah atau ditinggalkan akibat pertempuran kumpulan pemberontak dan tentera Ukraine untuk dijual sebagai besi buruk. "Buat masa ini, mereka tidak mengambil serpihan pesawat MH17 selepas puak pemberontak memberi amaran agar tidak berbuat demikian. "Penduduk kampung yang didapati mengambil barangan peribadi dan berharga milik mangsa telah memulangkannya semula kepada kumpulan pemberontak," tambah laporan berkenaan.

Pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan insiden itu, masih belum meneruskan misi di lokasi kejadian memandangkan tahap keselamatan yang membimbangkan ekoran pertempuran antara puak pemberontak dan tentera Ukraine walaupun kedua-dua pihak bertelagah menandatangani perjanjian gencatan senjata pada 5 September lalu. Dalam perkembangan terbaharu, pasukan pemantau antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) diserang selepas berkunjung ke lokasi nahas pesawat MH17, menyebabkan sebuah daripada kenderaan yang digunakan rosak teruk akibat serangan meriam dan terpaksa ditinggalkan.

Timbalan Pengarah OSCE, Alexander Hug berkata, enam anggota pertubuhan yang terlibat dalam kejadian berkenaan tidak mengalami kecederaan dan menganggap insiden itu sebagai kejadian yang tidak boleh diterima. "Saya menggesa kedua-dua pihak menghormati perjanjian gencatan senjata yang dimeterai di Minsk supaya situasi di wilayah Donetsk dan Luhansk kembali pulih," katanya. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu didalangi oleh kumpulan pemberontak atau tentera kerajaan. - AFP



.

Wanita nekad bunuh diri dengan terjun dalan kandang buaya



Wanita nekad bunuh diri dengan terjun dalan kandang buaya  | SEORANG wanita warga emas bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kandang buaya. Menurut Bangkok Post, wanita tersebut yang dikenali sebagai Wanpen Inyai, 65, melompat ke dalam kandang yang menjadi tempat tinggal lebih 1,000 ekor reptilia ganas itu di Ladang & Zoo Buaya Samut Prakarn di Thailand. Insiden berlaku pada Jumaat lalu selepas mangsa dilaporkan meninggalkan rumahnya di Bangkok pada hari yang sama.

Saksi mendakwa terlihat wanita tersebut sengaja terjun ke dalam kandang buaya manakala rakaman kamera litar tertutup di zoo terbabit mengesahkan dia menanggalkan kasutnya sebelum membunuh diri. Pegawai penyiasat polis Muang Samut Prakarn, Kolonel Preecha Iamnui berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pemilik dan kakitangan zoo terbabit menggunakan kayu panjang untuk menghalau berpuluh-puluh ekor buaya yang cuba mengoyakkan mayat mangsa. Sunan Tharmnat, kakak kepada Wanpen berkata, mangsa berada dalam keadaan tertekan dan lebih banyak mendiamkan diri selama beberapa hari sebelum menghilangkan diri.

Dia kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Rom Klao mengenai kehilangan Wanpen tetapi dimaklumkan untuk menunggu selama 24 jam seperti yang dikehendaki undang-undang. Gambar mayat Wanpen yang dikoyak oleh seekor buaya tersebar di Internet pada hujung minggu lalu. Ladang ternakan tersebut memelihara kira-kira 100,000 ekor buaya dan turut terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan.-AP



.

Alahai.. Kereta baru beli alami kemalangan setelah tinggalkan kedai tempat beli kereta


Alahai.. Kereta baru beli alami kemalangan setelah tinggalkan kedai tempat beli kereta | Sebuah Porsche baru berharga RM263,000 kemalangan selepas pemandunya merempuh beberapa kereta lain tidak lama selepas meninggalkan kedai tempat dia membeli kereta itu. Kejadian berlaku apabila pemandu itu, Ping Ch’ang, 27, membelok keluar dari garaj kedai berkenaan untuk pulang. Dia tertekan pedal minyak dan merempuh deretan kereta di lampu isyarat. “Dia cuba menukar lorong tanpa memberi isyarat dan tertekan pedal minyak menyebabkan keretanya meluncur laju dan melanggar kereta di depan,” kata seorang saksi.

Jurujual Porsche, Qiang Chiu berkata: “Kami masih melambai ke arahnya apabila dia menekan minyak dan melanggar kereta lain. “Kami meluru ke tempat kejadian. Pemandunya selamat, tetapi keretanya teruk. Kami sudah mengingatkan dia kereta itu memang laju.” Ping mungkin perlu berbelanja RM300,000 lagi untuk kereta Porsche Boxster putih itu dan empat kereta lain yang dilanggarnya. Jurucakap polis berkata, wanita itu perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan itu memandangkan kereta lain semua berhenti ketika kejadian. -Agensi




.

Kejam!! Lihat apa lelaki ini buat pada kekasihnya..



Kejam!! Lihat apa lelaki ini buat pada kekasihnya.. | Seorang lelaki yang pernah didapati bersalah kerana membunuh dan dibebaskan dengan ikat jamin, memecah masuk rumah teman wanitanya, membunuhnya sebelum memasak jantung, paru-paru dan otak mangsa. Joseph Oberhansley, 33, didakwa melakukan kekejaman itu selepas memasuki rumah teman wanitanya, Tammy Jo Blanton, 46, di Jeffersonville, Indiana, Khamis lalu. Polis menemui mayat Tammy di bilik mandi dengan kecederaan teruk di kepala, leher dan perut. Menurut kenyataan polis, mereka menemui pinggan berlumuran darah dan tulang serta peralatan memasak juga dipenuhi darah.

Tammy dilapor menelefon polis jam 3 pagi, 11 September lalu dengan mengadu Oberhansley, 33, cuba memasuki rumahnya. Polis mengusir lelaki itu, tetapi mereka kembali semula ke rumah berkenaan jam 10 pagi atas desakan rakan sekerja Tammy. Mereka kemudian menemui mayat mangsa di dalam tab mandi dengan sebahagian tempurung kepalanya pecah. Menurut laporan tangkapan, Oberhansley mengaku memasak sebahagian otak kekasihnya dan memakannya. Bagaimanapun, ketika dihadapkan ke mahkamah semalam, Oberhansley mendakwa dia tidak melakukan kekejaman itu. Dia memberitahu hakim mahkamah Clark County: “Anda silap orang.”

Dia dituduh membunuh, melakukan kekejaman terhadap mayat dan menceroboh, tetapi menafikan semuanya. Oberhansley mempunyai sejarah jenayah sejak 2000 lagi apabila didapati bersalah membunuh tanpa niat dan cuba membunuh teman wanitanya ketika itu, Sabrine Elder, 17, dan mencederakan ibunya. Hanya beberapa hari sebelum pembunuhan itu, Sabrine melahirkan anak Oberhansley. Dia dibebaskan pada 2012, tetapi pada 2013 dia didapati bersalah mencekik seorang lelaki di sebuah bar. Dia dibebaskan dengan ikat jamin dua minggu lalu. - Agensi





.

Subhanallah.. Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi


Subhanallah.. Azan iringi pengebumian jenazah Mohd Lotfi | Jenazah Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang meninggal dunia selepas Maghrib (waktu Syria), kelmarin, selepas bertarung nyawa enam hari lalu kerana koma akibat diserang hendap 9 September, selamat dikebumikan bersama rakan seperjuangannya dari Malaysia yang turut terkorban. Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui Facebook rakannya, Akel Zainal II yang berada di negara bergolak itu, awal pagi semalam, memaklumkan, jenazah Mohd Lotfi atau diberi gelaran Abu Musab tiba di Kafr Zetta, Syria selepas waktu Maghrib. “Sepatutnya jenazah dijangka tiba esok (hari ini), Alhamdulillah tiba lebih awal dari jangkaan.

Jasadnya masih lagi berpeluh dan darah terus mengalir dari kesan-kesan luka walaupun selepas sehari syahid. Ketika jenazah diturunkan ke liang lahad, azan Isyak berkumandang,” katanya. Seorang lagi rakannya yang turut berada di Syria, Ahmad Salman Abdul Rahim turut memuat naik status berhubung urusan pengebumian Mohd Lotfi. “Kelewatan urusan pengebumian berlaku kerana beberapa proses dokumentasi dan sebagainya yang perlu diselesaikan di Hospital Antarkia, Turki, sebelum dibawa masuk ke Syria. Namun syukur pengurusan Ajnad Al Sham khususnya bertungkus lumus menjaga dan menguruskan proses rawatan di Turki sehinggalah kembali ke Syria,” katanya.

Beberapa gambar ketika urusan pengebumian Mohd Lotfi turut dirakamkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kafr Zatay, berdekatan pusara sahabatnya, yang terkorban dalam kejadian serang hendap itu, Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, atau diberi gelaran Abu Muhajir. Kejadian terbaharu ini menjadikan tiga rakyat Malaysia terkorban di Syria setelah menyertai kumpulan Ajnad Al Sham memerangi tentera Bashar al-Assad. Sebelum ini, dalam kejadian 20 Ogos lalu, Zainan Harith, 52, atau dikenali Mat Soh dengan gelaran Abu Thurab meninggal dunia selepas dibedil kereta kebal tentera al-Assad. -AP




.

Penemuan mayat bayi lelaki itu memang menggemparkan kerana bayi itu...



Penemuan mayat bayi lelaki itu memang menggemparkan kerana bayi itu... | Penemuan mayat seorang bayi lelaki berhampiran Taman Wilayah Jinjang menimbulkan tanda tanya apabila mangsa lengkap berpakaian, termasuk dipakaikan sarung tangan dan kaki. Dalam kejadian jam 10.30 pagi kelmarin, mayat bayi itu dibuang individu tidak bertanggungjawab di tepi longkang berhampiran sebuah stesen minyak. Mayat bayi cukup sifat itu turut dipakaikan baju dan seluar berwarna merah jambu.


 Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat bayi itu ditemui pekerja memotong rumput sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu.“Mayat bayi itu tersangkut pada batu di tengah longkang. Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya. Beliau berkata, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung bayi itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membantu siasatan. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!