Thursday, September 18, 2014

Punca seorang ahli politik dihalau keluar pesawat



Punca seorang ahli politik dihalau keluar pesawat | Bosan dengan kelewatan dan pembatalan penerbangan yang acap kali berlaku, para penumpang pesawat Pakistan yang berang semalam menghalang seorang ahli politik daripada menaiki pesawat selepas terlewat selama dua jam. Satu rakaman video yang dimuat naik menunjukkan sekumpulan penumpang melaungkan kata-kata ‘Malu, Malu’ ketika mereka menghalang bekas Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik, daripada memasuki pesawat dan mengusirnya keluar ke bangunan terminal. Pesawat itu, yang dikendalikan oleh Pakistan International Airlines (PIA), akhirnya berlepas dari Karachi ke Islamabad tanpa Malik. Seorang lagi ahli politik, Ramesh Kumar Wakwani, juga dihalang daripada menaiki pesawat berkenaan kerana turut tiba lewat. - REUTERS



.

Pengalaman perit seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka 24 jam



Pengalaman perit seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka 24 jam | Seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka 24 jam terpaksa menanggung azab hampir tiga jam selepas jari telunjuk tangan kirinya tersepit pada mesin simpanan wang syiling di sekitar Bachang, di sini, pagi semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa Rohaila Rashid, 21, cuba mengeluarkan sesuatu yang tersekat di bahagian bawah mesin wang syiling itu sebelum jari telunjuknya tersepit. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, Razali Che Are berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Tambah Razali lagi, jari telunjuk mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh kurang dua jam dan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian jari telunjuk tangan kiri diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian. "Jari telunjuk mangsa akhirnya dapat dikeluarkan pada jam 8.54 pagi dengan selamat dan difahamkan mangsa dibenarkan pulang selepas pemeriksaan X-ray pada jari telunjuk mengesahkan tiada keretakan tulang," katanya. -Metro




.

Hukum konsert artis, yang ditaja oleh syarikat judi ataupun arak


Hukum konsert artis, yang ditaja oleh syarikat judi ataupun arak | Mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak adalah aktiviti yang haram dan ditegah oleh agama Islam. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, setiap individu beragama Islam itu seharusnya sedar bahawa bekerja di bawah sumber yang tidah sah dalam Islam sudah dikira salah dan dilarang. "Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima.

 "Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram.) "Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu. Mohamad Shukri diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar pada Rabu yang melaporkan konsert seorang artis pada hujung minggu lalu mendapat tajaan sebuah syarikat perjudian.

Dalam pada itu, Shukri turut menegaskan kepada semua penyanyi tempatan supaya berhati-hati apabila mendapatkan penaja untuk apa-apa acara sekalipun kerana jika ia daripada sumber yang salah, pendapatan yang diterima itu haram.| Sekiranya seeorang penyanyi itu mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat perjudian atau minuman keras, mereka boleh menolak dengan cara yang baik. "Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak? "Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri," tegasnya. -Mstar




.

Punca yang pelik untuk memutuskan pertunangan



Punca yang pelik untuk memutuskan pertunangan | Seorang gadis tempatan memutuskan pertunangan selepas dia melihat tunangnya memakai stokin koyak ketika lelaki itu mengunjungi rumahnya. Gadis itu yang hanya dikenali sebagai Souad, sebelum ini bersetuju menerima lamaran lelaki berkenaan selepas mengetahui dia mewarisi harta bapanya. “Pertunangan mereka hanya berkekalan sehingga minggu lalu apabila lelaki itu mengunjungi rumah tunangnya. Tidak lama selepas tiba, gadis itu menghantar mesej pesanan ringkas kepada bapanya yang berbual di ruang tamu bersama tunangnya, meminta pertunangan itu diputuskan.

“Dia juga meminta bapanya melihat stokin yang berlubang yang dipakai tunangnya,” lapor akhbar Al Riyadh. Menurut akhbar itu, mesej gadis itu kepadanya berbunyi: “Ayah, lelaki ini tidak sesuai untuk saya. Lihat stokinnya yang berlubang.” Si bapa bersetuju dengan permintaan anaknya lalu memutuskan pertunangan mereka. - Agensi




.

[Gambar] Rupa anak lembu ini menjadi viral di laman sosial



[Gambar] Rupa anak lembu ini menjadi viral di laman sosial | Seekor anak lembu yang dilahirkan dengan tiga mata dan dua hidung di Ladang Byram, di sini, menarik perhatian orang ramai khasnya penganut agama Hindu untuk melihat sendiri keunikan haiwan berkenaan. Pemiliknya, M Thangamani, 62, berkata, anak lembu betina itu dilahirkan jam 6.45 pagi Isnin lalu, namun haiwan berkenaan didapati mati jam 7.45 malam kelmarin selepas 37 jam dilahirkan. Beliau berkata, keunikan haiwan itu menarik perhatian masyarakat India dari beberapa negeri selepas berita mengenai kelahiran lembu pelik itu mula menjadi viral dan tersebar di laman sosial termasuk Facebook.

“Sebelum anak lembu ini dilahirkan, saya terjaga secara tiba-tiba jam 2 pagi dan ketika itu hati saya resah seperti petanda sesuatu yang pelik akan berlaku menyebabkan saya tidak dapat melelapkan mata.“Pada pagi itulah saya menyaksikan kejadian paling mengejutkan dan pelik dalam hidup selepas mendapati anak lembu ini dilahirkan dengan tiga mata dan dua hidung. Dua mata di sisi kiri dan kanan seperti lembu normal manakala satu lagi berada di tengah-tengah kepalanya,” katanya.


Thangamani berkata, anak lembu istimewa itu dilahirkan seekor lembu betina yang dibelinya dari sebuah ladang di Pantai Remis, Perak, pada 2008 dan tidak mengesan sebarang tanda pelik dengan haiwan berkenaan. Dia yang merasa bertuah dengan kelahiran anak lembu berkenaan pada mulanya bercadang menyerahkan haiwan berkenaan kepada sebuah kuil berhampiran, namun hasratnya itu terbantut selepas ia mati. Kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk melihat haiwan pelik itu dipercayai menyebabkan lembu betina berkenaan merasa terganggu dan enggan menyusukan anaknya. -Metro




.

Tahukah Anda?? Simptom Ebola sama seperti denggi


Tahukah Anda?? Simptom Ebola sama seperti denggi | Simptom jangkitan virus Ebola (EVD) sama seperti penghidap demam denggi di Malaysia namun memiliki ciri tambahan iaitu risiko sentuhan dengan pesakit EVD atau berkunjung ke negara terjejas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam. Beliau berkata simptom yang mempunyai persamaan itu ialah demam, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak, sakit perut, muntah, cirit-birit, ruam dan kelesuan. "Di Malaysia, mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit seperti EVD juga merupakan suspek kes demam denggi, jadi untuk mengaitkan pesakit ini dengan EVD mereka perlu ada ciri-ciri tambahan iaitu ada sentuhan dengan pesakit terbabit, atau menetap dan melancong ke negara penyakit ini sedang aktif," katanya.

Bagaimanapun, wabak EVD mungkin berlaku jika seseorang itu baru pulang dalam masa 21 hari dari negara seperti Guinea, Liberia, Sierra Leone serta Nigeria dan mengalami simptom berkenaan. Dr Subramaniam berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan kepada Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia di Hilversum, Belanda bagi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di kementeriannya semalam. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!