Sunday, September 21, 2014

Lelaki ini berharap usahanya bakal menambat semula hati isterinya



Lelaki ini berharap usahanya bakal menambat semula hati isterinya | Seorang lelaki sanggup menunggu di kedai Apple selama 44 jam untuk membeli telefon iPhone 6 dalam usaha menambat semula hati isterinya. Darius Wlodarski mula beratur di Cabot Circus, Bristol di barat daya England, Rabu lalu, hampir dua hari sebelum telefon bimbit terbaru itu mula dijual. Dia antara yang berada di barisan depan sebelum orang lain beratur kerana mahu memastikan dia dapat membeli telefon itu. Wlodarski, 41, kelahiran Poland yang berpisah dengan isterinya, Joanna bulan lalu mengaku masalah rumah tangganya berpunca daripadanya.

“Selepas 20 tahun berkahwin, dia meninggalkan saya bulan lalu kerana saya bukan suami dan bapa yang baik. “Saya banyak melakukan kesilapan. Saya mahu meminta maaf kepada isteri dan anak saya.” Selepas membeli iPhone pertama untuk isterinya beberapa tahun lalu, Wloddasri berharap model terbaru itu akan menggembirakannya, sekali gus bersedia untuk memaafkannya. - Agensi




.

Kejiranan bertindak kurung haiwan peliharaan kerana adanya lelaki yang ketagih makan kucing



Kejiranan bertindak kurung haiwan peliharaan kerana adanya lelaki yang ketagih makan kucing | Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan. “Apa salahnya makan kucing,” kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan. Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu.


Seorang jurucakap polis berkata: “Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.” Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini.“Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,” katanya. Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui ‘masakan Vietnam.’ “Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,” katanya.- Agensi




.

Dia digelar penyelam air laut paling dalam di dunia



Dia digelar penyelam air laut paling dalam di dunia | Rekod Dunia Guinness semalam mengumumkan penyelam Mesir sebagai penyelam air laut paling dalam di dunia selepas berjaya menyelam pada kedalaman 332.35 meter. Ahmed Gabr mula menyelam sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) semalam, dan menamatkan selaman pada pukul 12.20 pagi hari ini selepas hampir 14 jam berada di dalam air lapor Ahram Online.

 Pengiktirafan disampaikan wakil Guinness di Timur Tengah Talal Omar, di atas kapal MV Aeolos. Sebelum ini, rekod dipegang Nuno Gomes dari Afrika Selatan yang menyelam pada kedalaman 318.25 meter pada tahun 2005. -AP



.

JUJURLAH NIKAHI AKU - UMIE NADZIMAH




JUJURLAH NIKAHI AKU - UMIE NADZIMAH | Novel ini menceritakan mengenai Nurin Asyfa, seorang gadis istimewa yang ditakdirkan memiliki keluarga yang pilih kasih disebabkan kekurangannya. Layanan mak dan adiknya Zurin memang selalu menjadikan Nurin sedih dan terseksa. Sungguh pun begitu, Nurin masih ada ramai yang sayang. Dengan adik bongsunya, Fatin.. Abahnya juga sayangkannya walaupun selalu nampak serba salah depan mak. Nurin juga ada abang Alan dan keluarga yang menyayanginya umpama keluarga sendiri.

Hidup Nurin benar-benar teruji bila dia mula jatuh cinta dengan anak majikannya, Ahmad Zanif yang ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sungguh, Ahmad Zanif memang jatuh cinta pada Nurin. Namun ternyata kepulangan Zurin ke tanahair menjadikan hidup Nurin semakin huru hara. Zurin yang juga nekad meraih cinta Ahmad Zanif memang dilihat agak berusaha memenangi hati lelaki itu walaupun dengan cara kotor. Malang buat Nurin, ketika Ahmad Zanif mengetahui kekurangannya, rasa cinta malah jadi rasa jijik dan benci. Apalah daya Nurin apabila Ahmad Zanif beralih hati pada si adik. Menjelang hari perkahwinan yang telah ditetapkan, Ahmad Zanif dan Zurin ditimpa kemalangan yang membuatkan Ahmad Zanif mengalami kecacatan sementara.

Sudah tentulah Zurin enggan mengahwini lelaki tidak sempurna seperti Ahmad Zanif. Mengelak dari mendapat malu, Nurin diminta menggantikan tempat Zurin mengahwini Ahmad Zanif. Sesungguhnya Nurin memang sama sekali tak mahu sebab Ahmad Zanif memang terang-terangan pandang hina padanya. Dia lebih dambakan abang Alan yang memang selalu ada untuknya. Namun perbezaan agama tidak memungkinkan hubungan itu. Nurin akur bergelar isteri kepada Ahmad Zanif. Sungguh walaupun dengan layanan dingin suaminya, dia tetap akur dan patuh.

Malang buat Nurin, ketika Ahmad Zanif sembuh, dia sekali lagi terluka kerana Ahmad Zanif kembali ke pangkuan Zurin. Tanpa kenal dosa, mereka melakukan maksiat. Nurin diceraikan ketika dia hamil dan mengalami keguguran. Luluh hati Nurin mengenangkan nasibnya apatah lagi dia sudah lama kehilangan abang Alan. Kehadiran Qayyum yang tiba-tiba ingin mengahwininya menimbulkan pelbagai persoalan.. Siapakah lelaki itu? Mungkinkah akhirnya Nurin menemui kebahagiaan yang dicari?



Tajuk : Jujurlah Nikahi Aku
Penulis : Umie Nadzimah
Halaman : 640 muka surat
Harga : RM25/RM28





P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ditahan polis


Sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ditahan polis | Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira pukul 2.01 pagi.

"Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini. "Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan,” katanya. Pasangan itu baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semester dan mengaku melakukan perbuatan itu. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!