Monday, September 22, 2014

Tahukah anda, ada banyak kebaikan mandi ais?



Tahukah anda, ada banyak kebaikan mandi ais? | Biasa kita dengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan. Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda. Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan.

Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih. Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan. Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.

Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus. Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.

Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda. Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.




.

Hukuman menanti kepada pelaku homoseksual di Acheh


Hukuman menanti kepada pelaku homoseksual di Acheh | Wilayah Aceh mengusulkan agar pelaku homoseksual dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali. Undang-undang kecil itu akan dikemukakan kepada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh Isnin ini dan dijangka diluluskan sebulat suara. Pemimpin dari Parti Aceh yang bertanggungjawab mendraf undang-undang itu, Ramli Sulaiman berkata, usul tersebut dijangka mendapat sokongan majoriti anggota DPR. "Kami telah mengkaji pelaksanaan undang-undang syariah di negara seperti Arab Saudi, Brunei dan Jordan. Kami gembira dengan draf ini," katanya hari ini.

Rang undang-undang berkenaan mengharamkan perlakuan homoseksual dan turut tertakluk kepada penganut bukan Islam. Selain sebatan, pesalah juga boleh dikenakan denda atau hukuman penjara. Draf undang-undang syriah berkenaan merupakan susulan daripada beberapa undang-undang Islam yang sudah diguna pakai di wilayah ini seperti melarang pengambilan arak, berjudi selain menyentuh dan mencium wanita bukan muhrim.

Sebatan dengan menggunakan rotan nipis sudah menjadi satu kelaziman di Aceh dan hukuman berkenaan dikenakan bukan untuk menyakitkan pelaku, tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada mereka. Semalam, pihak berkuasa Banda Aceh bertindak menjatuhkan hukuman rotan ke atas lapan orang lelaki di hadapan orang ramai, selepas mereka didapati bersalah terlibat dengan judi. Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi pada Julai lalu. Ketika ditahan, polis turut merampas wang tunai sejumlah 1.5 juta rupiah (RM403). - AFP




.

Lelaki ini nekad bakar diri sendiri hingga mati dalam satu kejadian tunjuk perasaan



Lelaki ini nekad bakar diri sendiri hingga mati dalam satu kejadian tunjuk perasaan | Seorang lelaki Tibet membakar dirinya sendiri sehingga mati dalam satu lagi kejadian bagi menunjukkan bantahan terhadap pengawalan Beijing. Menurut Free Tibet Group yang berpusat di Britain, pelajar terbabit, Lhamo Tashi mati selepas membakar dirinya di hadapan balai polis di wilayah Hezuo, kawasan yang ramai penduduk Tibet. Sekurang-kurangnya 130 rakyat Tibet membakar diri mereka di China sejak 2009, menurut angka yang dikumpul oleh kumpulan berkenaan. Kejadian terakhir sebelum ini berlaku April lalu. Berita mengenai kematian Tashi muncul pada penghujung minggu lalu. - AFP




.

Video pasangan lelaki bercumbu dihadapan orang ramai tanpa rasa malu gemparkan masyarakat



Video pasangan lelaki bercumbu dihadapan orang ramai tanpa rasa malu | Apabila nafsu menguasai diri, mereka tidak akan menghiraukan keadaan dan orang di sekeliling. Itu yang terjadi bagi satu pasangan lelaki yang bernafsu songsang yang tidak malu untuk bercumbu dihadapan orang ramai. Kejadian tersebut disedari oleh penumpang lain apabila ada diantara mereka yang merakam aksi tidak senonoh pasangan tersebut dan memuat naik di laman sosial.

 Tambah biadap apabila pasangan ‘muka tembok’ ini menyedari gelagat mereka menjadi tumpuan orang ramai namun, pasangan ini seakan-akan berada dalam dunia mereka apabila meneruskan aksi jijik mereka dan hanya memperbetulkan jaket mereka yang hampir tertanggal disebabkan aksi asmara mereka.

Sudahlah bernafsu songsang malah berbangga dengan kelakuan mereka dan ia jelas membuktikan fikiran mereka berada di kelas yang ketiga. Walaupun negara yang semakin maju seiring dengan fikiran rakyat semakin terbuka, perkara-perkara ini tidak seharusnya berlaku. Sejauh mana peredaran zaman moden itu beredar, namun asal-usul serta adat jangan pernah dilupakan. -MD




.

Video ini jadi viral di media sosial


Video ini jadi viral di media sosial | Rakaman video menunjukkan sebuah lif yang rosak turun naik hingga menyebabkan seorang pelajar mati ketika memasukinya, menjadi viral di China semalam. Pelajar berkenaan yang terperangkap tidak dapat bertindak cepat ketika lif itu naik tiba-tiba ketika dia memasukinya. menyebabkan separuh badannya terperangkap dalam lif dan separuh lagi terjulur keluar. Video itu dirakam kamera pengawasan dalam lif yang rosak itu di Universiti Huaqiao di bandar Xiamen, tenggara China. Klip video selama tiga minit itu menjadi antara paling banyak dikongsi dalam media sosial di China sepanjang semalam.

Mangsa itu yang namanya tidak disiarkan dikatakan pelajar arkitek universiti berkenaan, berdiri di depan sekumpulan pelajar lain apabila pintu lif terbuka. Seorang lagi pelajar berkata, dia dan mangsa menunggu lif itu di tingkat tiga. Pintu lif itu terbuka dan bergerak ketika mangsa melangkah masuk. Dia memberitahu media tempatan, mangsa kelihatan terkejut, tetapi tidak bimbang apabila lif itu naik ke atas. Dia tidak sempat berundur apabila lif itu tutup mengheretnya naik hingga terkena rangka pintu, memerangkap separuh badannya dan kaki kiri di dalam lif, sementara bahagian lain terjulur keluar.

Pekerja penyelamat cuba membantu mangsa, tetapi dia disahkan mati di tempat kejadian kerana peparunya terhimpit menyebabkan dia tidak boleh bernafas. Pihak berkuasa universiti berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu. Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama menyaksikan lif menjadi punca kematian. Baru-baru ini, enam kejadian serius membabitkan lif dilaporkan dalam masa sebulan dan lima daripadanya menyebabkan kematian. -AP




.

Bekas penggali kubur meninggal dunia ketika solat



Bekas penggali kubur meninggal dunia ketika solat | Seorang bekas penggali kubur meninggal dunia ketika solat maghrib berjemaah di Surau Al-Nasirin, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, Abu Othman, 73, yang terpaksa solat duduk dipercayai kerana kurang sihat, tidak bangkit selepas sujud pada rakaat pertama.

Arwah kemudian dikatakan menggelongsor hingga terbaring pada rakaat kedua sebelum jemaah memberikan bantuan sebaik selesai solat. Pasukan paramedik yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian, mengesahkan lelaki itu meninggal dunia. Arwah meninggalkan balu, Asiah Sabtu, 69, sembilan anak, 39 cucu dan 4 cicit selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Rajawali kira-kira jam 10.30 pagi. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!