Tuesday, September 23, 2014

Budak 2 tahun cedera parah tertusuk kayu penyepit makanan pada hidung hingga dekat otak



Budak 2 tahun cedera parah tertusuk kayu penyepit makanan pada hidung hingga dekat otak | Seorang budak berusia dua tahun cedera parah akibat tertusuk kayu penyepit makanan pada hidung hingga kira-kira 7.6 sentimeter ke otaknya. Budak yang berasal dari Wuhan, Hobei, dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan. Jurucakap hospital berkata, pakar pembedahan mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan penyepit makanan berkenaan. “Budak itu dijangka pulih dan dibenarkan pulang tidak lama lagi,” katanya.


Doktor berkata, walapun kayu itu menusuk jauh ke dalam otak, ia tidak merosakkan sebarang saraf atau salur darah penting. Sementara itu, bapa budak berkenaan berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian mengerikan itu boleh berlaku. Katanya, dia sedang memandang ke arah lain apabila anaknya tiba-tiba menjerit. “Saya berpaling melihat dia dan terkejut apabila penyepit makanan masuk ke kepalanya melalui lubang hidung,” katanya.-AP




.

Kenali latar belakang Menteri Besar Selangor ke15, Mohamed Azmin Ali



Kenali latar belakang Menteri Besar Selangor ke15, Mohamed Azmin Ali | “Zaman kanak-kanak, Azmin ni tak ada ramai kawan, kecuali dengan anak-anak Salleh Ghani yang ada lapan orang lelaki. Kami main baling-baling tin, main getah dan biasanya aku dengan Azmin masuk hutan dekat rumah untuk cari kayu nak dibakar pada malam tujuh likur." Begitulah cerita Adam Salleh, rakan sepermainan yang pernah berjiran dengan keluarga Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali sejak 1970.Adam yang juga Pengarang Rencana Metro Ahad adalah anak kepada pengarah filem, Allahyarham Salleh Ghani.

Menceritakan lebih lanjut, katanya, disebabkan perbezaan usianya dengan Azmin hanya setahun dan bersekolah di tempat sama (Sekolah Tinggi Setapak), biasanya Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu akan mencarinya untuk bermain bersama pada kebanyakan masa. Pada waktu petang pula, kata Adam, Azmin sering meluangkan masa menjaga kambing bapanya berhampiran kawasan estet di Kampung Klang Gate yang kini sudah dibangunkan menjadi Desa Melawati.


“Biasanya Azmin akan berborak dengan aku dan bercerita tentang niatnya mahu belajar tinggi,” katanya. Adam dan Azmin juga pernah ke Singapura bersama-sama pada 1980. Kata Adam, mereka mendapat restu ibu Azmin, Che Tom Yahaya (lebih mesra dipanggil Mak Munah) untuk melawat saudaranya di Geylang. Katanya, Mak Munah memberikan mereka satu bungkusan untuk diserahkan kepada ibu saudara Adam di Singapura, Raja Badar Raja Saat, tetapi mereka tidak tahu apakah isinya.Apabila tiba di tempat pemeriksaan kastam di Tanjung Pagar, kata Adam, anjing pengesan di situ menyalak ke arah mereka menyebabkan timbul perasaan sedikit cemas.

“Selepas diarahkan buka oleh pegawai kastam, barulah kami tahu isinya cuma karipap!” katanya. Walaupun dikenali sebagai tokoh yang agak serius, Adam tahu Azmin seorang yang kelakar. “Ketika di Singapura, kami menaiki bas untuk berjalan-jalan di Changi. Tiba-tiba ada seorang lelaki Inggeris yang cacat penglihatan naik meraba-raba. “Melihat keadaan itu Azmin ketawa terbahak-bahak.

Apabila ditanya mengapa, Azmin menjawab: Aku tak pernah tengok Mat Salleh buta!” Satu lagi pengalaman yang sukar dilupakan sepanjang persahabatan mereka ialah setiap Jumaat tentu Azmin dan Adam akan ke masjid lebih awal. “Dia ajar aku membaca surah Yasin. “Dari satu minggu ke minggu lain, dia akan menukar halaman al-Quran itu untuk aku baca,” katanya yang turut berbangga dengan pencapaian Azmin dalam politik.




Angkat Sumpah 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, di sini. Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.40 pagi.Memakai baju Melayu hitam lengkap bersongket emas, Azmin tiba di Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi bersama isteri, Shamsidar Taharin.


Pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Gombak yang kelihatan tenang itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin. Azmin, 50 mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan selepas berhadapan masalah dalaman PKR hingga dipecat. Pelantikan Azmin sekali gus menamatkan kemelut politik bagi perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk mengisi kerusi tersebut. Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu. Selain Azmin, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. -Mstar




.

Ngerinya.. Keadaan bayi yang digigit biawak di kuarters pekerja




Ngerinya.. Keadaan bayi yang digigit biawak di kuarters pekerja | Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah selepas digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja Berjaya Resort, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam. Kejadian itu disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawa mangsa ke Klinik Desa Kampung Tekek namun dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan susulan. Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu malam tadi di pondok polis Kampung Tekek.

Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa. Beliau berkata, kes berkenaan adalah kali pertama dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.




.

Tahukah anda.. Ada peranti khas dicipta untuk kesan pengguna hantar sms ketika memandu


Tahukah anda.. Ada peranti khas dicipta untuk kesan pengguna hantar sms ketika memandu | Sebuah syarikat reka cipta berjaya menghasilkan alat yang mampu mengesan pengguna jalan raya menaip teks mesej di telefon bimbit ketika sedang memandu atau menunggang motosikal. Mail Online melaporkan, alat yang dikenali sebagai Sniffer Sleuth II itu dilengkapi peranti khas yang mampu mengesan frekuensi teks mesej. Reka bentuk dihasilkan Virginia, ComSonics, peranti berkenaan mempunyai fungsi yang sama seperti alat pengesan kabel rosak yang sering digunakan jurutera elektrik.

Penghasilan Sniffer Sleuth II dilihat mampu membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang larangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu di Britain yang menetapkan denda sebanyak 1,000 pound (RM5,306) kepada mereka yang bersalah. Menurut akhbar Virginian-Pilot, alat itu juga mampu membezakan antara frekuensi teks mesej, panggilan telefon dan pemindahan data. "Buat masa ini Sniffer Sleuth II belum lagi dipasarkan kerana sedang mendapatkan kelulusan perundangan atas faktor gangguan hak peribadi. "Bagaimanapun, wakil dari ComSonics, Malcolm MacIntyre berkata, alat berkenaan semakin hampir untuk menjalani proses pengeluaran," jelas Virginian-Pilot. - AGENSI




.

Kiai cabul dan rogol 11 remaja perempuan yang mengikuti pengajian pondok?


Kiai cabul dan rogol 11 remaja perempuan yang mengikuti pengajian pondok | Seorang pemimpin pondok pengajian Islam di Ambulu, Jember, Jawa Timur, dituduh mencabul dan merogol 11 remaja perempuan yang mengikuti pengajian di situ. Jurucakap polis berkata, kiai yang cuma dikenali sebagai IK itu berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan. Katanya, setakat ini tiga mangsa, masing-masing berusia 15, 16 dan 17 tahun, sudah membuat laporan polis. "Berdasarkan keterangan mangsa dan siasatan polis, IK berada dalam keadaan sedar ketika melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya.

Jurucakap itu berkata, perlakuan jahat IK terbongkar selepas seorang daripada mangsanya bercerita mengenai insiden dia dicabul kepada saudara suspek yang ingin menikahinya. Katanya, mangsa enggan menipu pemuda terbabit dan mengaku dia tidak lagi perawan. "Mangsa mengaku kepada pemuda terbabit dia dirogol IK pada suatu malam," katanya. Menurut polis, pesantren itu mengadakan majlis berdoa bersama hampir setiap malam dan IK mengambil kesempatan daripada acara itu untuk memuaskan nafsunya dengan berselindung di sebalik agama.-AP




.

Awas, teknik baru ugut dan pukau.. Mangsa jadi mudah terpedaya



Awas, teknik baru ugut dan pukau.. Mangsa jadi mudah terpedaya | Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500. Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina. Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya. “Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.

 “Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya. Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik. “Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan. “Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya. -Metro




.

[Gambar] Ngeri!! Lelaki maut digilis sebelum mayatnya diseret hampir 100 meter


[Gambar] Ngeri!! Lelaki maut digilis sebelum mayatnya diseret hampir 100 meter  | Mengerikan apabila seorang lelaki mati digilis sebelum mayatnya diseret hampir 100 meter menyebabkan badan mangsa hancur berhampiran Taman Connaught, Cheras di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an dirempuh ketika melintas jalan di Lebuh raya Timur Barat dari Bandar Tun Razak menghala ke Cheras di sini. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, mangsa bagaimanapun dirempuh kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 30 tahun.

“Mangsa yang dirempuh terperosok di bawah kereta itu sebelum terseret lebih kurang 100 meter (m). Akibatnya badan mangsa hancur dan berteraburan di atas jalan. “Pada masa sama sebuah kereta Honda dipandu lelaki berusia 44 tahun yang berada di belakang kereta wanita itu tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa sekali lagi,” katanya, semalam. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!