Wednesday, September 24, 2014

Ibu bapa hilang hak penjagaan anak selepas terbukti mereka mengabaikan mereka



Ibu bapa hilang hak penjagaan anak selepas terbukti mereka mengabaikan mereka | SEPASANG suami isteri, Idle Gillian Hendry dan Craig Dick, masing-masing berusia 34 tahun hilang hak penjagaan anak selepas dituduh mengabaikan dua anak mereka di Teesdale Terrace, Britain. Dalam kertas pertuduhan di bacakan di Mahkamah Crown, pasangan itu dikatakan mengabaikan dua anak mereka berusia 12 tahun dan dua tahun dengan meninggalkan mereka di dalam bilik kotor dan busuk. Menurut Dailymail, lebih menyedihkan, seorang daripada anaknya dilaporkan buta mata kiri kerana pasangan itu gagal membawa anak mereka untuk temu janji di hospital.

Tindakan pengabaian kanak-kanak itu terbongkar selepas sekumpulan pekerja sosial dari hospital berkenaan pergi ke rumah pasangan itu untuk mengetahui alasan mengapa mereka gagal menemui doktor bagi melakukan pembedahan mata berkenaan. Ketika memasuki rumah terbabit, terdapat puluhan plastik sampah di ruang tamu dengan pakaian tidak berbasuh dan tandas kotor yang dipenuhi najis serta tilam berkulat. Hakim Mahkamah Crown berkata, tindakan pasangan itu amat kejam kerana membiarkan anak-anak mereka hidup dalam keadaan mengerikan dan sangat kotor.

 Bagaimanapun, peguam pasangan itu Peter Wishlade berkata, ibu kanak-kanak itu mengalami kemurungan hingga gagal melayan anak-anaknya manakala bapa mereka seorang yang pengotor. "Dia adalah seorang lelaki yang tidak tahu menjaga kebersihan diri dan tertekan dengan masalah isterinya," katanya. Keputusan penghakiman diakhiri dengan hakim memutuskan, kedua-dua pasangan itu hilang hak penjagaan terhadap anak-anak mereka dan pasangan itu ditahan di bawah penjagaan pakar sakit jiwa di hospital tempatan. -AP



.

Suspek reman tutup muka dengan seluar dalam jadi bahan lawak di media sosial


Suspek reman tutup muka dengan seluar dalam jadi bahan lawak di media sosial | Amat mengelikan hati. Gara-gara ingin menutup malu, beberapa suspek yang diiringi oleh pihak polis setelah selesai menghadiri satu prosiding perbicaraan di sebuah mahkamah disini hari ini dilihat ‘menyembunyikan’ wajah mereka menggunakan seluar dalam lelaki (spender). Portal, Berita Harian hari ini memuat naik laporan bertajuk “Reman 15 Anggota, Pegawai Kastam Dilanjut Lima Hari” dimana foto yang disertakan bersama laporan tersebut telah menimbulkan unsur jenaka kepada ribuan pengikut portal berita tersebut.

Suspek yang ditahan berhubung kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian RM4 bilion dilihat menggunakan kaedah yang ‘bijak’ untuk menutup wajah mereka dengan menggunakan seluar dalam berjenama Renoma. Tindakan mereka secara langsung telah mencuit hati ribuan pengguna dilaman sosial tersebut yang menyifatkan ia suatu tindakan yang sangat kelakar. Bagaimanapun, segelintir pengguna dilaman sosial tersebut turut menasihati pengguna laman sosial yang lain agar tidak mengaibkan mereka memandangkan suspek masih belum diputuskan samada bersalah ataupun sebaliknya. -MD




.

Remaja maut dibaham harimau putih kerana ingin selfie bersama haiwan itu



Remaja maut dibaham harimau putih kerana ingin selfie bersama haiwan itu | Seekor harimau putih menyerang dan membunuh seorang remaja lelaki yang dipercayai sama ada terjatuh atau melompat ke dalam sebuah kandang yang menempatkan haiwan pemangsa itu, ketika dia dilaporkan mahu berselfie dengan harimau tersebut di sebuah zoo, di ibu negara India, semalam. Harimau itu dipercayai membaham leher pelajar sebuah sekolah di sini selepas mangsa memasuki kandang Zoo New Delhi manakala pengunjung taman berkenaan menjerit dan membaling kayu serta batu bagi menyelamatkannya.


 "Remaja itu mungkin memanjat pagar kandang yang menempatkan haiwan itu sebelum diserang harimau putih tersebut. Kami sedang cuba mengenalpasti siapa mangsa ini dan mengapa dia berbuat demikian." kata pengurus zoo, Riaz Khan. - AFP




.

Pelakon terkenal mengakui dia dan ibunya ada kebolehan melihat hantu


Pelakon terkenal mengakui dia dan ibunya ada kebolehan melihat hantu | AKTRES Kate Hudson baru-baru ini telah menimbulkan rasa seram dalam kalangan tetamu yang hadir menyaksikan program bual bicara Chatty Man Show apabila mengaku dia mampu melihat hantu. Perkara itu didedahkan Kate kepada hos program tersebut, Alan Carr yang menemu bualnya. Kata Kate, bukan dia seorang sahaja yang mempunyai kemampuan melihat hantu, tetapi kelebihan itu turut dimiliki oleh ibunya, Goldie Hawn.

"Saya dan ibu boleh melihat hantu. Saya sendiri pernah melihat satu sosok hantu tanpa wajah," akuinya yang membuatkan tetamu program tersebut berasa takut. Kate yang bakal muncul dengan filem Rock The Kasbah itu kemudian memberi tips kepada sesiapa yang mempunyai kelebihan melihat hantu. Katanya: "Jika kalian ternampak hantu, berbicaralah dengan mereka. Memang takut, tapi cuba lawan. Beritahu mereka tentang sekarang merupakan tahun apa dan mereka tidak sepatutnya berada pada tahun ini. Bertenanglah sewaktu berbicara, semuanya akan okay." -AP

Terkini!! Jet pejuang ditembak jatuh



Terkini!! Jet pejuang ditembak jatuh | Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon semalam memberi amaran bahawa tentera negara itu terpaksa bertindak balas terhadap sebarang cubaan untuk mengancam keselamatan negara berkenaan. Amaran tersebut dikeluarkan selepas tentera Israel menembak jatuh sebuah jet pejuang milik tentera Syria di Bukit Golan yang dikuasai rejim Zionis. "Pada pagi ini (semalam) sistem pertahanan udara kami menembak jatuh sebuah jet pejuang Syria yang menghampiri wilayah Israel di Bukit Golan, jet itu seperti satu ancaman malah pesawat itu turut melintasi sempadan," katanya dalam satu kenyataan.

Kawasan seluas 1,200 kilometer persegi di Bukit Golan ditawan Israel daripada Syria ketika perang enam hari yang berlaku pada tahun 1967 sebelum mengisytihar kawasan berkenaan sebagai wilayahnya. "Kami tidak akan membenarkan sesiapa sama ada negara atau organisasi pengganas mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan kami. "Kami terpaksa bertindak balas terhadap cubaan tersebut sama ada ia disengajakan atau tidak," tegasnya. Sementara itu, bekas ketua perisikan tentera udara Israel, Ram Shmueli berkata, kejadian tersebut kemungkinan berpunca daripada kesilapan juruterbang jet pejuang Syria itu.

"Kami percaya misi juruterbang itu adalah menyerang kedudukan pemberontak bukannya tentera Israel tetapi pesawat tersebut telah melintasi sempadan. "Malangnya kami tidak boleh bertimbang rasa dengan sebarang pencerobohan terhadap ruang udara Israel," katanya. Menurutnya, kejadian itu adalah kali pertama tentera Israel menembak jatuh sebuah pesawat Syria sejak tahun 1985. - AFP




.

Aneh.. Bayi lahir dengan lebihan daging dibelakang badan umpama ekor



Aneh.. Bayi lahir dengan lebihan daging dibelakang badan umpama ekor | Seorang bayi yang baru lima hari dilahirkan, terpaksa menjalani pembedahan selepas doktor mendapati dia memiliki lebihan daging yang menyerupai ekor di belakang badan. Mail Online melaporkan, bayi yang masih belum diberikan nama itu terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam untuk membuang daging seberat 350 gram tersebut. Menurut doktor, daging berkenaan merupakan saudara kembar bayi tersebut yang mengalami masalah pertumbuhan anatomi tidak lengkap yang dipanggil sebagai kembar siam 'heteropagus' iaitu keadaan di mana kembar kepada bayi tidak berkembang sempurna.

Ibu bayi terbabit, Jamnibhen Patel, 30, berkata, dia terkejut dengan masalah kesihatan yang dialami oleh anak keempatnya itu dan mengakui pembedahan terpaksa dijalankan bagi mengelak daripada berlakunya penyakit kanser di kemudian hari. "Saya tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat keadaan anak saya. Bagaimanapun, saya berasa sangat gembira dia sudah menjalani pembedahan dan doktor mengesahkan anak saya sihat.


"Oleh kerana masalah kewangan yang kami hadapi, kami terpaksa meminjam wang sebanyak 1,000 pound (RM5,268) bagi membolehkan pembedahan dijalankan," kata Jamnibhen. Pengerusi Hospital Ahmedabad, Dr. Rohit Joshi di mana bayi berkenaan menjalani pembedahan berkata, kembar siam 'heteropagus' berlainan dengan kembar siam lain kerana tidak melibatkan penyambungan organ-organ utama badan seperti salur darah, perut atau tulang. "Keadaan ini sering berlaku di India serta negara-negara Afrika dan masalah ini boleh dikesan melalui ujian ultra bunyi dan imbasan MRI," ujarnya. -AP




.

Lelaki kantoi bawa teman wanita masuk rumah keluarga bermadu asmara


Lelaki kantoi bawa teman wanita masuk rumah keluarga bermadu asmara | Demi memenuhi tuntutan nafsu, seorang lelaki sanggup bertindak di luar batasan dengan membawa teman wanita masuk ke dalam rumah keluarganya dipercayai untuk memadu asmara. Difahamkan, perbuatan menyelinap masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur itu dilakukan pada lewat malam ketika ahli keluarga lain sedang tidur. Lebih menyedihkan, perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di dalam bilik tidur tanpa disedari ahli keluarganya.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas polis menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 9 pagi kelmarin bagi menahan pasangan terbabit. Sebaik sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dungun tiba, ahli keluarga lelaki terbabit seakan tidak percaya pasangan kekasih itu berada di dalam bilik tidur rumah berkenaan. Namun selepas membuka pintu bilik, mereka mendapati seorang wanita yang hanya berseluar pendek ada bersama lelaki terbabit yang turut mempunyai rekod dadah.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui lapan pil kemerahan disyaki methamphetamine (pil kuda) dalam poket seluar lelaki berusia 37 tahun itu, malah kekasihnya yang berasal dari Felda Ketengah Jaya turut miliki sebutir pil sama. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan tangkapan berkata, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif pil kuda. -SH




.

Inilah dia biawak yang dikatakan telah menyerang seorang bayi di kuarters pekerja..


Inilah dia biawak yang dikatakan telah menyerang seorang bayi di kuarters pekerja.. | Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi Isnin berkemunginan dalam keadaan lapar. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar. "Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Khairiah berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan biawak terhadap Nurhidayah Abdul Rahman yang mengakibatkan luka sepanjang enam sentimeter di bahagian muka bayi malang tersebut. Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan.


Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan. Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan. Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga telah menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!