Sunday, September 28, 2014

Bekas pekerja syarikat perkhidmatan kargo udara di lapangan terbang curi berlian untuk beli ganja



Bekas pekerja syarikat perkhidmatan kargo udara di lapangan terbang curi berlian untuk beli ganja | Seorang bekas pekerja syarikat perkhidmatan kargo udara di lapangan terbang di sini dituduh mencuri berlian bernilai hampir £100,000 (RM500,000) sebelum menukarkannya dengan ganja yang cuma bernilai £12 (RM60). Walter Earl Morrison, 20, masih bertugas dengan syarikat UPS apabila dia didakwa mencuri satu bungkusan berisi berlian itu dan menyembunyikannya di dalam baju ketika mengendalikan satu kargo memasuki kapal terbang.

Laporan mahkamah menyatakan, Morrison percaya bungkusan itu berisi wang tunai sebaliknya apabila memeriksanya kemudian, dia terkejut mendapati ada sebentuk cincin di dalamnya. Dia kemudian menukarkan cincin itu dengan ganja kerana ketagihan dadah.


Siasatan dalaman ekoran laporan kehilangan cincin itu mendorong pihak berkuasa menangkap Morrison dan mendakwanya di mahkamah, manakala UPS memecatnya serta-merta. Jurucakap UPS berkata, cincin itu berjaya ditemui dan dipulangkan kepada pemiliknya. Bercakap kepada media mengenai insiden itu, jurucakap berkenaan berkata, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Sky Harbor. -AP




.

Terkini : Bayi perempuan melecur punggung didera pengasuh



Terkini : Bayi perempuan melecur punggung didera pengasuh | Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur di bahagian punggung dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Bertam Hulu di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu bayi tersebut, berusia 30-an ketika menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 8.30 malam, Selasa lepas. Beliau berkata, bayi berkenaan tidak henti menangis ketika diambil dari rumah pengasuh tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun, sejam sebelumnya.

"Pada mulanya ibu dan bapa bayi tersebut tidak mengesyaki sebarang kejadian menimpa anaknya sehingga ibunya melihat kesan melecur teruk di kedua-dua belah punggung mangsa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini. Katanya, bayi itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan masih dirawat di hospital tersebut. Raja Shahrom berkata, bapa bayi itu yang berusia 30-an membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak pada Rabu lepas.

Katanya, polis menahan pengasuh berusia 30 tahun terbabit di rumahnya pada 2.40 petang hari sama bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama




P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Video ahli bina badan berusia sembilan tahun ini mengejutkan



Video ahli bina badan berusia sembilan tahun ini mengejutkan | SEORANG ahli bina badan berusia sembilan tahun diberi gelaran 'budak lelaki terkuat di dunia' apabila menghabiskan cuti musim panas dengan membina otot untuk menarik perhatian rakan-rakan sekolahnya. Giuliano Stroe yang diberi nama 'Romanian Hercules' telah menghantar video dia melakukan aksi tekan tubi 90 darjah kepada rakan-rakannya sebelum sesi persekolahan bermula. Selepas mengimbangi berat badannya, dia menolak dirinya secara mendatar dan kemudiannya menegak serta perlahan-lahan menurunkan badannya ke arah bawah menggunakan tangannya.

Giuliano menunjukkan 'kekuatan'nya bersama adik lelakinya Claudiu, tujuh, dalam video berkenaan. Mereka mula membina otot sejak kecil dengan sokongan ayah mereka, Lulian, 35 dan ibu, Ilena. Kedua-dua mereka yang berasal dari Icoana, selatan Romania dianggap sebagai budak yang menjadi ahli bina badan terkuat di dunia, menjalani sesi latihan angkat berat selama tujuh hari seminggu. - mirror



.

Seluar dalam punca suami isteri gaduh besar



Seluar dalam punca suami isteri gaduh besar | Seorang anggota tentera wanita Zimbabwe terlepas daripada hukuman penjara selepas suaminya, anggota polis, menarik balik dakwaan dia didera secara fizikal. Onwell Mtetwa, 36, dikejar oleh isterinya, Martha Mtetwa, 26, minggu lalu selepas dia pulang dengan menunjukkan seluar dalam seorang pelacur yang dilanggannya. “Saya mengadakan seks dengan seorang pelacur,” kata Mtetwa sambil menunjukkan seluar dalam itu.

 Martha yang terkejut dan berang mengejar suaminya dan melontar batu sehingga lelaki itu terpaksa keluar rumah menerusi tingkap dan bersembunyi di dalam kereta. Wanita itu kemudian memecahkan cermin kereta berkenaan dan cuba menikam suaminya sambil berkata, perkelahian itu hanya akan berakhir jika seorang daripada mereka mati. Di mahkamah semalam, Martha mengaku bersalah terhadap tuduhan mendera suaminya secara fizikal. Hakim bagaimanapun membebaskannya selepas suaminya menarik balik tuduhan itu. - Agensi




.

Kelebihan telefon pintar iPhone yang tidak diketahui ramai


 Kelebihan telefon pintar iPhone yang tidak diketahui ramai | Ramai yang tidak mengetahui bahawa telefon pintar iPhone yang dimiliki turut disertakan dengan fungsi log yang mampu merekodkan setiap pergerakan pemiliknya setiap hari, lapor MailOnline semalam. Sistem tersembunyi itu mampu menganalisis segala bentuk data seperti kedudukan atau lokasi tempat tinggal pengguna berdasarkan frekuensi dan tetapan masa yang dijalankan. Fungsi itu yang dikenali sebagai Frequent Location telah direka secara rahsia dalam produk iPhone setahun yang lalu, namun tidak ramai pengguna yang mengetahui program itu.

Apple bagaimanapun mendakwa, perisian rahsia itu dicipta untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pemetaan kepada pengguna dan mereka boleh menghentikannya dengan membuat pilihan dalam menu privasi. "Setiap tempat yang anda pergi, di mana anda membeli-belah dan sebagainya akan direkodkan, bagi saya itu adalah rahsia peribadi yang tidak wajar direkodkan," kata salah seorang daripada pakar komputer terkemuka Britain, Prof. Noel Sharkey. Para pengkritik turut mempertikaikan perisian tersebut kerana bimbang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak lain termasuk majikan yang mahu mengintip pekerja mereka dan isteri yang cemburu. - Agensi




.

Ini kisah sebenar mengenai kejadian wanita sarat mengandung yang digilis kereta api semalam



Ini kisah sebenar mengenai kejadian wanita sarat mengandung yang digilis kereta api semalam | Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya terpisah, begitu juga janinnya, akibat dilanggar kereta api dalam kejadian berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui dalam keadaan anggota badan terpisah pada jarak kira-kira 50 meter manakala janinnya, daripada bahagian pinggang ke bawah, dijumpai di tepi landasan kereta api oleh penduduk kampung.

Penduduk kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis. Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dilihat berjalan di sekitar kampung berkenaan sambil menegur beberapa penduduk. Tanpa disedari, Ku Nurul Shuhada masuk ke kawasan landasan kereta api yang berpagar itu. Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, Ku Nurul Shuhada memaklumkan mahu ke kedai yang terletak berhampiran kediaman mereka.“Bagaimanapun, saya tidak sedap hati apabila isteri masih tidak pulang selepas 30 minit sedangkan kebiasaannya, ia hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.

“Saya bersama bapa mentua, Ku Rosli Ku Hassan yang berusia 50-an, dengan bantuan penduduk kemudian keluar mencari Ku Nurul Shuhada di sekitar kawasan kampung tetapi gagal sebelum pulang ke rumah jam 10 pagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Alor Setar. Menurut Saiful, tidak lama kemudian, penduduk kampung memaklumkan ada kejadian membabitkan orang dilanggar kereta api di belakang kampung, lalu dia pergi ke sana untuk mengetahui siapa mangsanya. “Apabila melihat baju serta serangkai kunci kereta, saya terus sebak kerana tahu ia adalah mayat isteri kerana saya memang mencari kunci kereta dan arwah pula membawanya bersama.

“Isteri saya mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu. Kami sudah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk mengubatinya secara tradisional. Keadaannya berubah agak baik tetapi kembali teruk seperti sejak seminggu kebelakangan ini,” katanya. Ku Rosli pula berkata, dia puas mencari anak sulung daripada lima beradik berkenaan selepas Ku Nurul Shuhada keluar dari rumah. “Dia (Ku Nurul Shuhada) keluar rumah (ke kedai) dan lambat balik lalu saya keluar cari melilau (merata-rata) sampai ke hospital tapi dia tiada. Apabila balik rumah, orang beritahu ada kemalangan di landasan kereta api, saya tak sangka dia boleh ditimpa kejadian itu.

“Arwah salam saya dan salam serta cium ibunya juga sambil minta maaf kelmarin. Saya kata, dari dia beranak (lahir) sehingga la ni (sekarang), sudah maafkan dia (Ku Nurul Shuhada), selepas itu dia hanya gelak,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika mengesahkan perkara terbabit berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari arah Bukit Kayu Hitam menuju ke Pulau Pinang. “Kami menerima laporan berkaitan kejadian jam 10 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar untuk melakukan siasatan di tempat kejadian. “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat,” katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!