Tuesday, September 30, 2014

Juruteknik maut, kenderaan pacuan empat roda dipandunya rempuh lori berhenti


Juruteknik maut, kenderaan pacuan empat roda dipandunya rempuh lori berhenti | Seorang juruteknik berusia 44 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh sebuah lori yang berhenti di bahu jalan dalam kejadian di Jalan Bemban Kampung Pisang, di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa Ahmad Nizam Mohamad Rose yang beralamat di Kampung Ara Payong, di sini meninggal dunia ditempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux dari arah Bemban menghala ke Kampung Pisang dan sebaik tiba dilokasi kejadian dipercayai kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori yang berhentu di tepi jalan berkenaan.

"Akibat daripada pelanggaran itu, pacuan empat roda mangsa remuk dan mangsa maut ditempat kejadian. "Sementara itu, pemandu lori berusia 33 tahun dan berasal Chemor, dekat sini tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi. Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Metro



.

Pertunjukkan berubah menjadi kemalangan ngeri


Pertunjukkan berubah menjadi kemalangan ngeri | Seorang kanak-kanak dan dua dewasa terbunuh, sementara lebih 15 cedera apabila sebuah trak gergasi yang melakukan pertunjukan aksi ngeri hilang kawalan lalu terbabas ke arah para penonton di Belanda semalam. Akhbar Daily Mail melaporkan, tragedi menyayat hati itu berlaku apabila trak tersebut yang baru melompat melepasi lima buah kenderaan, tiba-tiba hilang kawalan lalu meluru ke arah penonton yang menyaksikan acara berkenaan di sebuah tempat letak kereta di timur bandar Haaksbergen.


Datuk Bandar kepada kawasan yang menempatkan 25,000 penduduk itu, Hans Gerritsen berkata, kira-kira 15 hingga 30 orang cedera dalam kemalangan tersebut dan lima di antara mereka cedera parah. Katanya lagi, tiga mangsa terkorban termasuk seorang kanak-kanak. Sementara itu, beratus-ratus penonton yang hadir ke pertunjukan tersebut tergamam apabila trak gergasi itu terbabas ke arah kumpulan penonton yang ramai.


Pasukan ambulans udara, paramedik, jentera bomba dan polis dikejarkan ke tempat kejadian malah sebahagian pasukan kecemasan yang terlibat datang dari sekitar Jerman untuk memberi bantuan. Sebanyak dua buah hospital terlibat melaksanakan pelan pemulihan ekoran kejadian berkenaan. Para pegawai keselamatan memberitahu agensi media NOS, pemandu trak gergasi itu telah ditahan untuk soal siasat.


Katanya lagi, penahanan pemandu itu merupakan prosedur biasa dalam kejadian seumpamanya. Punca kejadian masih tidak diketahui, namun beberapa spekulasi mendakwa kemalangan tersebut berlaku ekoran brek trak berkenaan gagal berfungsi. Presiden Star Events Foundation Haaksbergen, Geerlorf Kanis berkata, pihaknya telah melakukan yang terbaik seperti diperlukan bagi memastikan keselamatan penonton yang datang menyaksikan pertunjukan berkenaan. "Selama tujuh tahun kami telah anjurkan acara ini. Setiap tahun aksi ngeri seumpama ini kerap diadakan membabitkan kereta atau motosikal. Kami pastikan ruang yang ada luas dengan ciri-ciri keselamatan yang perlu," katanya. -AP




.

Penyanyi Aliff Aziz berdepan hukuman penjara kerana mencuri dua telefon bimbit



Penyanyi Aliff Aziz berdepan hukuman penjara kerana mencuri dua telefon bimbit | PENYANYI kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit. Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza. Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan. -SH




.

Ngeri!! Misteri jeritan dari sebuah kubur.. Rupa-rupanya ada pesakit kanser ditanam hidup-hidup?



Ngeri!! Misteri jeritan dari sebuah kubur.. Rupa-rupanya ada pesakit kanser ditanam hidup-hidup? | Seorang penjaga kubur terkejut sebaik terdengar satu jeritan menakutkan datang dari sebuah kubur yang baharu sahaja ditanam pada hari tersebut. Memetik laporan Metro.co.uk hari ini, pekerja tersebut yang ketakutan terus menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut. Dia kemudiannya menggali semula kubur tersebut dan memecahkan keranda yang menempatkan seorang wanita yang telah meninggal dunia sebelum itu. Namun difahamkan, mereka sudah terlambat dan wanita tersebut benar-benar mati kali ini.

Menurut laporan, wanita tersebut merupakan seorang pesakit kanser berusia 49 tahun dan dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapinya. Pihak berkuasa hari ini turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Peraia. Manakala doktor yang mengesahkan kematian wanita terbabit, Chrissi Matsikoudi memberitahu pemberita, wanita tersebut sudah lama meninggal dunia dan mustahil untuk dikebumikan secara hidup-hidup. “Kami telah menjalankan pelbagai ujian ke atasnya termasuk ujian kegagalan hati ke atas wanita tersebut,” jelasnya lagi. Polis setakat ini masih belum mendedahkan nama mangsa. Dalam pada itu pihak keluarga wanita terbabit telah membuat laporan susulan daripada tindakan doktor yang mengesahkan kematian mangsa. -AP




.

Bomoh keji, rogol pesakit dengan alasan rawat gadis itu yang dikatakan ada jin dalam rahimnya


Bomoh keji, rogol pesakit dengan alasan rawat gadis itu yang dikatakan ada jin dalam rahimnya | Seorang bomoh memperkosa remaja yang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas dia membohongi mangsa kononnya terdapat jin dalam rahimnya. Bomoh berkenaan memberitahu gadis itu, dia mempunyai kekuatan untuk menghalau jin berkenaan dalam satu sesi rawatan saja jika dia mahu berubat di rumahnya. Apabila mangsa yang umurnya tidak didedahkan datang ke rumah bomoh terbabit, lelaki itu merogolnya. Polis menahan bomoh berkenaan selepas mangsa yang masih dara itu menyedari kesilapannya dan membuat laporan polis.

 “Lelaki itu memberitahu mangsa rahimnya dihuni jin dan dia mahu menghalaunya,” menurut laporan akhbar tempatan, memetik kata-kata polis. Kisah itu menjadi viral di media sosial Saudi dan ramai pembaca mengecam bomoh itu dan ada juga yang menyelar gadis berkenaan.

“Nampaknya masyarakat kita masih percaya perkara khurafat dan mengamalkan upacara sebegini atas nama agama. Kami meminta kementerian kehakiman dan dalam negeri, menghukum Raqi,” kata aktivis masyarakat terkenal negara itu, Souad Al Shammari. Bagaimanapun, seorang pembaca, Sarah Al Waleed mempunyai pendapat berbeza. “Gadis itu yang senang-senang menyerah diri kepada bomoh itu memang bodoh,” katanya. Seorang lagi pembaca bernama Dalal bersetuju dengan berkata: “Kenapa menyalahkan bomoh saja. Kenapalah bodoh sangat gadis itu sehingga membenarkan dirinya diperkosa.” - Agensi




.

Kenapa polis cari Aznil?



Kenapa polis cari Aznil? | Polis sedang mencari seorang lelaki untuk memberi keterangan berhubung kes dadah di Mahkamah Sesyen di sini, 1 Oktober ini. Jurucakap Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berkata, lelaki itu ialah Aznil Shamsudin (nombor kad pengenalan 921013-07-6087) dan alamat terakhir di 715B MK 13 Sungai Dua, Gelugor di sini.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Jaswit Kaur Ranjit Singh di talian 016-5059590 atau 04-2181822. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!