Friday, October 3, 2014

Penemuan mayat seorang guru wanita yang mati dengan beberapa kesan tikaman



Penemuan mayat seorang guru wanita yang mati dengan beberapa kesan tikaman | Seorang guru wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di ruang tamu rumahnya berhampiran kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, di sini, pagi tadi. Mayat Masinah Samadi, 50, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh suaminya yang pulang dari kerja kira-kira jam 10.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata polis menemui kesan umpil pada bahagian pintu dapur rumah mangsa, dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang memecah masuk kediaman itu. "Polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan, namun masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -BH




.

Curi seluar dalam wanita lain untuk lakukan sihir



Curi seluar dalam wanita lain untuk lakukan sihir | Seorang wanita mendakwa tertekan hingga tidak nyenyak tidur selepas kehilangan seluar dalamnya, dipercayai dicuri oleh bekas kekasih teman lelakinya yang mengancam untuk menyihirnya. Ruth Ndlovu kini hidup dalam ketakutan selepas kekasih teman lelakinya, Shipilakahle Dube dari bandar sama datang ke rumahnya dan mencuri seluar dalam itu. Ruth kelmarin merayu majistret di mahkamah awam Bulawayo, Mrylene Mtshina, mengarah Shipilakahle mengembalikan seluar dalamnya.

“Saya sentiasa dalam ketakutan. Wanita berkenaan mengancam untuk menyihir saya dengan mengguna seluar dalam itu. “Dia mengambilnya ketika saya tidak ada di rumah. Dia menuduh saya merampas teman lelakinya,” kata Ruth. Dalam rayuannya itu, Ruth turut merayu mahkamah mengeluarkan perintah melarang Shipilakahle daripada datang ke rumahnya lagi. - AFP




.

Remaja Tanam Barang Kemas Ibu, Sebelum Menipu Dirompak



Remaja Tanam Barang Kemas Ibu, Sebelum Menipu Dirompak | Remaja perempuan berusia 16 tahun menanam barang kemas ibunya di pekarangan pangsapuri keluarganya, sebelum mendakwa kediaman itu dirompak. Bagaimanapun, polis mengesyaki dia menipu apabila dia mendakwa perompak juga mengambil RM20,000 daripadanya ketika berada di rumah mereka Bandar Baru Bangi dekat sini. Remaja itu yang pernah melarikan diri dari rumah kemudiannya ditahan polis. Ibu berusia 51 tahun yang tidak tahu mengenai perbuatan anaknya menanam barang kemasnya membuat laporan polis mendakwa dua orang merompak kediaman mereka.

 Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, remaja itu mendakwa dua orang memasuki rumah mereka dengan bersenjatakan pisau pada pukul 3.30 petang, Selasa. "Dia mendakwa dua perompak itu memaksanya memberitahu dimana ibunya menyimpan barang kemas, wang tunai RM20,000 dan beberapa barang berharga.

"Kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena terutama berkaitan wang tunai yang banyak di simpan di rumah," katanya kepada pemberita pada Khamis. Abdul Rashid berkata, polis kemudiannya menyoal siasat remaja itu dan akhirnya mendapat tahu mengenai barang kemas yang ditanam di pekarangan kediaman mereka. Katanya, gadis yang ditahan pada Rabu itu kini ditahan reman untuk membantu siasatan kes berkenaan. -Mstar



.

Sharifah Sakinah dedah bakal suami dan akan nikah mac 2015



Sharifah Sakinah dedah bakal suami dan akan nikah mac 2015 | Pelakon, pengacara dan pengamal aktiviti kecergasan, Sharifah Sakinah mengesahkan beliau akan melangsungkan pertunangan pada 25 Oktober ini dengan Aliff Adha manakala pernikahan Mac tahun depan. Tahun depan genap setahun usia percintaan Sakinah dengan jejaka bekerjaya sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan itu. "Majlis pertunangan akan diadakan sebelah petang di Melawati, Insya-Allah kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun depan.

"Saya sudah bersedia ke arah itu. Alhamdulillah, saya pun sudah stabil daripada segi kewangan dan emosi. "Dia pun bekerjaya. Keluarga pun memberi restu hubungan kami untuk hidup bersama," katanya. Ditanya mengenai Aliff, Sakinah menyifatkan jejaka yang berjaya menawan hatinya itu sebagai seorang yang cukup ringkas. "Dia tak banyak hal, jenis tak kecoh. Pendek kata dia selamba. Malahan tak ambil tahu langsung fasal industri seni," katanya. -BH




.

#MH17 : Identiti 2 Jenazah yang belum dikenalpasti




#MH17 : Identiti 2 Jenazah yang belum dikenalpasti | Hanya dua lagi jenazah daripada keseluruhan 44 penumpang warga Malaysia yang terbabit dalam nahas pesawat MH17 di timur Ukraine masih belum dikenal pasti. Jenazah berkenaan termasuk nenek tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Dalam sidang media selepas majlis istiadat penghormatan ketibaan kumpulan keenam jenazah MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini Hishammuddin menegaskan usaha mengesan jenazah berkenaan masih dijalankan.

"Satu daripada dua jenazah yang belum dikenal pasti itu keluarganya adalah saya dan sudah dimaklumkan sebab saya yang kendalikan tetapi yang seorang lagi sudah dimaklumkan. "Ada harapan. Kita berdoa agar dua jenazah berkenaan berada di Belanda," katanya. Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini, 262 daripada keseluruhan 298 penumpang dan anak kapal mangsa nahas pesawat MH17 sudah dikenal pasti di Amsterdam.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk 42 warga negara Malaysia yang sudah dibawa pulang ke tanah air sehingga kini. "Setakat ini, 262 mayat sudah dikenal pasti dan sumber yang kita belum dapat sahkan 27 sedang dalam proses pengecaman dan sembilan lagi belum dikenal pasti, oleh itu kita tengah mengumpul semua data yang ada. "Kita harap kita dapat kenal pasti semua dan tidak perlu kita masuk ke kawasan nahas untuk mencari cebisan mayat yang tertinggal di kawasan kemalangan," katanya. -BH




.

Pencuri dicabar oleh mangsa selepas rumahnya berkali-kali jadi sasaran pencuri



Pencuri dicabar oleh mangsa selepas rumahnya berkali-kali jadi sasaran pencuri | Seorang lelaki yang berang selepas rumahnya berulang kali menjadi sasaran pencuri, meletakkan papan tanda di depan rumah dan mencabar pencuri terbabit mencuri lagi. “Kepada pencuri yang sentiasa masuk ke rumah ini untuk mencuri. Saya sudah mengenali sebahagian daripada anda. “Kerana hilang sabar, saya sudah membeli pistol dan mempunyai lesen. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya. Saya pelawa kamu supaya datang dan mencuri lagi. Saya akan pastikan semua pintu dibuka siang dan malam,” menurut tulisan pada papan tanda berkenaan. Akhbar berbahasa Arab, Al Weam yang melaporkan kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan nama lelaki terbabit, mahupun alamat rumahnya. - Agensi




.

Mayat lelaki ditemui berdekatan pokok mangga di Tawau


Mayat lelaki ditemui berdekatan pokok mangga di Tawau | Mayat seorang lelaki yang dikenali sebagai Yong Den Fah, 57, ditemui di taman permainan di Taman Victoria, Jalan Sin On di sini tengah hari tadi. Ketika ditemui orang awam kira-kira pukul 1.25 tengah hari, mayat mangsa didapati terjerut dengan tali pada leher, berdekatan dahan pokok mangga yang patah. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata Yong yang bekerja di sebuah syarikat menjual kereta dikatakan tidak balik ke rumah sejak dia keluar pada 29 September lalu. Beliau berkata isteri mangsa membuat laporan polis pukul 7.20 malam tadi mengenai suaminya yang tidak balik ke rumah. “Mayat Yong dikenal pasti isterinya menerusi pakaian dan jam tangan yang dipakai mangsa,” katanya. Kes dikategorikan sebagai mati mengejut. - Bernama




.

4 pekerja SYABAS guna tangan korek runtuhan tanah sebagai usaha selamatkan rakan yang tertimbus



4 pekerja SYABAS guna tangan korek runtuhan tanah sebagai usaha selamatkan rakan yang tertimbus | Empat pekerja kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hanya menggunakan tangan untuk mengorek runtuhan tanah dalam usaha menyelamatkan rakan mereka yang tertimbus. Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari semalam, mangsa lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun nyaris maut apabila dinding lubang sedalam lebih dua meter digali runtuh secara tiba-tiba berhampiran Damansara Damai, di sini.


Kejadian dipercayai berlaku ketika dua mangsa itu sedang melakukan kerja menggali bagi menggantikan paip air di kawasan terbabit. Difahamkan, mangsa yang masuk ke dalam lubang berkenaan terperangkap apabila tembok tanah pada lubang itu runtuh sebelum menimbus mangsa.Mangsa warga tempatan berusia 42 tahun yang tertimbus sehingga paras pinggang sempat dibantu empat rakan lain. Mereka kemudian mengorek timbunan tanah menggunakan tangan bagi mengeluarkan mangsa kedua yang tertimbus paras leher. Usaha itu berhasil apabila lelaki Bangladesh itu berjaya ditarik keluar dari lubang itu walaupun mangsa mengalami sesak nafas. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!