Sunday, October 5, 2014

Wanita seksa di penjara selepas silikon pada punggungnya pecah



Wanita seksa di penjara selepas silikon pada punggungnya pecah | Gara-gara silikon pada punggungnya pecah, seorang pesalah pembersihan wang haram terpaksa tidur meniarap untuk tempoh yang lama, kata pihak berkuasa penjara semalam. Malinda Dee yang kini ditahan lapan tahun kerana kesalahan perbankan kelmarin dikejarkan ke hospital apabila silikon pada punggungnya rosak. Ketua Bimbingan Banduan Penjara Wanita Bandung, Ina Imaniati berkata, silikon itu memang diketahui bermasalah sebelum Malinda tiba di situ.

Selain di punggung Malinda, 51, juga mengaku menggunakan silikon untuk membesarkan buah dadanya. Justeru, kata Ina, sejak dipindahkan ke Penjara Wanita Bandung, Malinda tidak boleh duduk dengan selesa. “Tidur pun dia terpaksa meniarap,” katanya. Malinda dimasukkan ke Penjara Wanita Bandung pada 18 Disember tahun lalu selepas Mahkamah Agung mendapati dia bersalah mengubah wang haram. - Agensi




.

Remaja nekad lari dari rumah hanya kerana telefon bimbit



Remaja nekad lari dari rumah hanya kerana telefon bimbit | Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun melarikan diri dari rumahnya kerana salah faham terhadap sebuah telefon bimbit. Bapanya, Khor Ooi Seen,48, tidak dapat menahan kesedihan ketika sidang akhbar yang diadakan bagi mencari anaknya yang melarikan diri itu. Ooi Seen yang bertugas sebagai pembantu dapur menangis ketika ketua Skuad Bantuan Bencana MCA (CRSM) Alor Setar, Daniel Tan membaca surat yang ditulis Yi Qian (gambar) sebelum melarikan diri pada 30 September lalu. Remaja tersebut meminta maaf kerana melarikan diri, namun dia kecewa dengan keluarganya yang tidak memberi peluang kepada dirinya. Yi Qian juga memberitahu bapanya bahawa dia akan pergi ke' satu tempat yang jauh' dan meminta keluarga agar tidak mengganggu kawan baiknya sepanjang kehilangannya itu.

Sambil mengesat air mata, Ooi Seen lebih banyak mendiamkan diri pada sidang media tersebut yang diadakan di Pekan China pada Sabtu. Isterinya, N.Sithara Dewi,46, berkata, anaknya itu yang belajar di Tingakatan Empat mungkin melarikan diri selepas menganggap keluarga tidak mengendah untuk mengambil balik telefon bimbitnya yang dirampas oleh pihak sekolah pada 25 September. Sithara berkata, dia telah pergi ke sekolah pada 28 dan 30 September untuk cuba dapatkan kembali telefon tersebut.

"Namun guru besar tidak ada di sekolah pada dua tarikh itu," katanya sambil menambah anak perempuannya itu menunggu seseorang sekitar pukul 7 malam di rumahnya di Taman Bahagia sebelum melarikan diri. "Dia keluar menerusi pintu belakang selepas memeluk dan mengambil duit RM50 dengan kakaknya. "Kami mendapati bajunya hilang dan sekeping surat untuk bapanya," tambah Sithara. Mereka membuat laporan polis pada Khamis lalu. Yi Qian merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik tidak menghubungi keluarga sejak hari itu. Bapanya percaya, remaja ini masih berada di sekitar negeri ini. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai remaja perempuan ini boleh menghubungi polis atau talian CRSM di 010-565 2011/2012/2013/2014. -Mstar



.

[Gambar] Keriangan Malam Raya Bertukar Tragedi Rumah Terbakar



[Gambar] Keriangan Malam Raya Bertukar Tragedi Rumah Terbakar  | Keriangan suasana sambutan Aidiladha tahun ini bertukar tragedi bagi sebuah keluarga di Kampung Kuala Jengai, Hulu Dungun apabila rumah mereka hangus terbakar, malam tadi. Che Osman Ahmad, 74, berkata ketika kejadian kira-kira 9.30 malam, beliau sedang membakar lemang bersama-sama tiga anak dan menantu di rumah anaknya yang terletak berhampiran rumahnya. "Kami semua terdengar satu bunyi letupan yang kuat, saya menjengah untuk melihat dan tidak sangka ada kebakaran di satu daripada bilik di rumah kami... semua tidak dapat diselamatkan.

"Pak cik sempat lari masuk ke dalam rumah dan capai beberapa dokumen penting saja sebelum api marak. Syukur tiada yang cedera," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi. Katanya, ketika kejadian isterinya, Siti Jaharah Wok, 64, sedang bersendirian memasak di dapur bergegas keluar menyelamatkan diri manakala dua anak yang tinggal bersama mereka kebetulan tiada di rumah.

Menurutnya, jentera Bomba dan Penyelamat hanya tiba selepas rumahnya rentung kerana terletak jauh dari balai bomba terdekat iaitu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, kira-kira 50 kilometer. Che Osman berkata, beliau menganggarkan kerugian keseluruhan kira-kira RM50,000. "Pak cik percaya kebakaran ini berpunca daripada litar pintas dan buat masa ni pak cik sekeluarga tumpang tinggal di rumah anak. Pak cik anggap ini semua ujian Allah SWT untuk pak cik sekeluarga pada hari raya Aidiladha tahun ini," katanya. - Bernama




.

Enam sekeluarga maut dalam keadaan tragis di Rompin




Enam sekeluarga maut dalam keadaan tragis di Rompin | Enam sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata kejadian jam 8.30 malam itu membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta PERODUA Alza dinaiki keluarga berkenaan, bas ekspres dan kereta PERODUA Myvi.


Katanya, enam sekeluarga yang dalam perjalanan dari Segamat, Johor ke Kuantan itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan. Kejadian berlaku apabila kereta PERODUA Alza dinaiki tiga lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.Ia mengakibatkan kereta itu merempuh bas ekspres sebelum serpihan kenderaan berkenaan dilanggar kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Segamat ke Kuantan. -BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!