Monday, October 6, 2014

Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima kongsi gambar beraya bersama madu, Aida Abdul



Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima kongsi gambar beraya bersama madu, Aida Abdul | Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima gembira menyambut Hari Raya Aidiladha buat pertama kali bersama madunya, Aida Abdul. Menerusi gambar yang dimuat naik Erma di dalam Instagram miliknya, dia mengalu-alukan kedatangan Aida ketika sambutan itu di kediaman ibu kepada suami mereka, Badaruddin Azmi atau Bade Azmi.


"Menyambut raya bersama adik saya yang cantik. Selamat datang ke dalam keluarga kami," kata Erma. Erma, Bade dan Aida kelihatan gembira menyambut Aidiladha bersama-sama selain turut ditemani ahli keluarga yang lain. Erma dan Bade bernikah pada 30 November 1990 dan bersama-sama membesarkan lima orang anak. Pada 27 Mei lalu Bade bernikah sekali lagi dengan Aida di sebuah hotel di Cherating, Pahang. - Utusan




.

Rakyat Malaysia Dikatakan Berperangai 'Buruk'



Rakyat Malaysia Dikatakan Berperangai 'Buruk'  | Rakyat Malaysia telah membuktikan mereka mempunyai perangai yang buruk dengan membuang sampah sesuka hati ke dalam tandas. Mereka tidak berusaha untuk mengubah perangai itu, malah menyaksikan peningkat sebanyak 17 peratus terhadap kelakuan itu tahun ini. Sebanyak 60,000 ton sampah ditemui tahun lalu yang dianggap cukup untuk memenuhi 25 buah kolam renang bersaiz Olimpik. Manakala dalam tempuh tujuh bulan pertama tahun ini, peningkatan dapat dilihat dengan jelas dan perlu menambah 'lima buah lagi kolam renang'. Indah Water Konsortium (IWK) yang direka dikhaskan untuk memproses sampah domestik ini telah mengumpul hampir 70,000 ton sampah ketika sistem pemulihan dibuat pada Julai lalu.

"Jumlah 70,000 ton sampah itu mampu dimuatkan dalam 30 buah kolam renang yang bersaiz Olimpik," jelas Ketua Komunikasi Korporat IWK, Azzatullina Pawanchik kepada katanya kepada The Star. Jelas Azzatullina, IWK menyediakan RM1.2 juta bagi kegunaan untuk mengeluar dan menghapuskan sampah-sampah ini. "Mereka merasakan sampah yang dibuang ke dalam tandas itu akan hilang dengan sendiri. "Namun sebaliknya, sampah-sampah ini akan pergi ke tempat lain. Sesetengah pergi kepada tumbuh-tumbuhan dan sesetengah lagi akan menyebabkan tandas tersumbat," katanya. Pada tahun lalu, The Star melaporkan rakyat Malaysia telah membuang sampah sebanyak 60,000 ton ke dalam tandas secara keseluruhannya.

Turut dilaporkan, secara purata lebih kurang lima mayat bayi ditemui dalam sistem IWK setahun. Malah kebelakangan ini dilaporkan lebih 10 mayat bayi ditemui, namun Azzatullina menafikannya dan memberitahu jumlah sebenar kurang daripada sepuluh kes. Bagaimana pun Azzatullina mengakui kes buang bayi terus berlaku dan yang terbaharu minggu lalu apabila menjumpai mayat bayi ketika proses pengendalian sampah dilakukan. "Kebiasaannya mayat bayi ditemui ketika proses awal yang dipanggil 'grit chamber'. Barang-barang asing akan ditapis sebelum proses selanjutnya dijalankan," katanya.

Selain itu, Azzatullina berkata antara barang-barang yang selalu dikumpul ialah peralatan rumah, permainan kanak-kanak, barang plastik, lampin bayi, tuala wanita, dan juga kondom. Laporan mengenai masalah tersumbat juga meningkat tahun ini iaitu dari 1,798 kes kepada 1,827 kes. "Masalah tersumbat berpunca daripada minyak dan sampah sarap yang dibuang ke dalam tandas. "Sesetengah restoran membuang sisa makanan termasuk minyak masak yang tidak digunakan. "Ada juga disebabkan oleh kontraktor yang membuang barang-barang pengubahsuaian rumah ke dalam lubang tandas sekaligus membuatkan ia tersumbat," jelasnya. Tambah Azzatullina, masyarakat perlu mengubah mentaliti ini yang boleh memberi kesan buruk kepada sistem dalam tempoh jangka masa panjang dan boleh meningkatkan kos penyelenggaraan.-Mstar




.

Inilah 7 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang bersama bot tempur CB204 sejak pagi semalam


Inilah 7 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang bersama bot tempur CB204 sejak pagi semalam | Berikut adalah senarai tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang bersama bot tempur CB204, pagi semalam.

1. Leftenan Azri Bakar

2. BK PAP Christopher ak Mani

 3. BM TMK Ince ak Evin

4. BM TMK Steven Hudson ak Miso

 5. BM JTP Nor Azuan Ariffin

6. LK KOM Sulhajji Daah

7. LK PAP Mohd Azhry Maani


Bot tempur jenis CB90 milik TLDM itu dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD Paus ketika dalam pelayaran ke kawasan operasi Terumbu Layang-Layang, kira-kira jam 11.15 pagi semalam. Sementara itu, Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dalam twitter beliau berkata TLDM membahagikan kawasan pencarian kepada empat sektor iaitu A,B, C dan D membabitkan enam kapal TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). TLDM mengerahkan empat kapal iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Pari, KD Serang dan KD Ganas, manakala APMM menghantar Kapal Maritim (KM) Mabul dan KM Berani bagi membantu operasi berkenaan. -BH




.

Anak tiri dan ibu tiri akhirnya melangsungkan perkahwinan selepas undang-undang melarangnya


Anak tiri dan ibu tiri akhirnya melangsungkan perkahwinan selepas undang-undang melarangnya | Seorang bekas anak tiri dan ibu tiri akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka selepas beberapa bulan terbabit dalam isu undang-undang dengan pihak berkuasa Perancis mengenai hak mereka untuk berkahwin. Elisabeth Lorentz, 48, berkahwin dengan Eric Holder yang tiga tahun lebih muda daripadanya di daerah Alsace-Lorraine, timur laut Perancis. Wanita itu sebelum ini berkahwin dengan bapanya tetapi pasangan itu tidak ada hubungan darah.

Undang-undang Perancis melarang perkahwinan antara anak tiri dengan ibu bapa tiri walaupun selepas ibu atau bapa tiri itu sudah bercerai. Pasangan itu merayu hingga ke Istana Elysee. Mereka menerima sepucuk surat pada Mei lalu yang ditandatangani oleh Presiden Francois Hollande, mengesahkan perkahwinan seperti itu dilarang di negara berkenaan.

Bagaimanapun, mereka memperoleh hak untuk berkahwin daripada mahkamah tempatan Alsace-Lorraine. Pejabat pendakwa raya di Paris membantah keputusan itu tetapi tidak merayu. “Akhirnya kami berkahwin,” kata Elisabeth. Bekas suaminya yang juga bapa kepada pengantin lelaki antara 100 tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu. “Dia tidak pernah melarang kami berkahwin,” kata pengantin perempuan itu. - Agensi





.

Pendedahan sebuah akhbar tempatan ini benar-benar mengejutkan



Cuti hari raya dimanfaatkan segelintir warga asing di rumah persundalan | Cuti umum Aidiladha ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya segelintir warga asing dengan menjadikan rumah persundalan di Jalan Alor dan Jalan Thambipillay, Brickfields, di sini, sebagai lokasi melampiaskan nafsu. Malah, tinjauan yang dilakukan semalam juga menguatkan lagi laporan bersiri Harian Metro Jumaat lalu mengenai empat kawasan pelacuran kelas rendah di ibu negara iaitu Lorong Haji Taib, Pasar Pudu, Jalan Alor dan Brickfields di ibu kota yang dipenuhi pelacur wanita tempatan dan warga asing serta pondan yang beroperasi 24 jam sejak puluhan tahun dulu.

 Dalam laporan itu mendakwa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya mencontohi Datuk Bandar Surabaya yang bertindak berani menutup Gang Dolly yang menjadi antara lokasi pelacuran tertua di Asia Tenggara. Tinjauan selama sejam bermula jam 12.30 tengah hari mendapati hampir semua lorong hanyir itu dipenuhi warga asing, kebanyakannya dipercayai buruh kontrak terdiri daripada warga pelbagai negara.Kebanyakan mereka yang datang secara individu atau berkumpulan dilihat keluar masuk bersilih ganti di bangunan lama dua tingkat itu. Malah, di setiap rumah tumpangan dipenuhi warga asing yang beratur menunggu giliran.

Pemerhatian mendapati sepanjang laluan itu ‘lorong gelap’ itu beberapa bapa ayam lengkap dengan walkie-talkie memerhati penuh minat setiap pelanggan dan sekiranya pelanggan terdiri daripada warga tempatan, mereka akan mula berhubung antara satu sama lain sebelum mengekori dari jauh. Semua kawasan itu pernah diserbu polis termasuk premis disita DBKL, namun masih beroperasi seperti biasa berikutan sentiasa ada permintaan daripada pelanggan.

Peniaga di Brickfields yang mahu dikenali sebagai Chandra, 30, berkata, setiap kali musim perayaan kawasan pelacuran bagaikan pesta dengan kesesakan luar biasa membabitkan kehadiran begitu ramai lelaki warga asing itu. “Itu adalah pemandangan biasa di sini berikutan kawasan ini memang terkenal dengan aktiviti pelacuran. “Sepatutnya pihak DBKL menutup terus rumah pelacuran berkenaan supaya kawasan bebas daripada aktiviti tidak bermoral,” katanya. -Metro



.

Nenek maut selamatkan cucu lintas jalan


Nenek maut selamatkan cucu lintas jalan | Seorang wanita warga emas maut dirempuh kereta apabila cuba menyelamatkan cucunya yang melintas jalan raya di Batu 2, Jalan Lintas Utara, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Mohd Zain, berkata dalam kejadian 2 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Garatiah, 70, mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Duchess Of Kent di sini. Zabidi berkata, cucu perempuan mangsa, Nurbayah Saptal yang berusia lima tahun turut mengalami cedera parah di kepala dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi di hospital sama.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah bandar Sandakan ke Batu 7 terlanggar kedua-dua mangsa yang berada di tengah jalan pada masa itu," katanya. Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila cucu Garatiah tiba-tiba berlari melintas dari kiri ke kanan jalan, kemudian disusuli oleh Garatiah yang cuba menyelamatkan cucunya sebelum kedua-duanya dilanggar. Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke hospital oleh pemandu kereta berusia 30 itu. Zabidi berkata, pemandu kereta itu, seorang lelaki, telah membuat laporan polis berhubung insiden itu. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!