Tuesday, October 7, 2014

3 maut termasuk seorang kanak-kanak dalam satu tragedi pusingan 'U'



3 maut termasuk seorang kanak-kanak dalam satu tragedi pusingan 'U'  | Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun manakala tiga lagi parah selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah lori tangki dalam kemalangan di Jalan Hulu Simpang Sebauh, Bintulu-Tatau, petang tadi. Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 4 petang apabila kereta dinaiki enam sekeluarga cuba membuat pusingan 'U' sebelum belakang kereta itu dirempuh lori dalam perjalanan ke Bintulu.


Jurucakap polis berkata, rempuhan itu menyebabkan dua mangsa lelaki dan perempuan berusia lingkungan 30-an serta kanak-kanak terbabit tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, Bomba dan Penyelamat Bintulu terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa tersepit."Setakat ini identiti mangsa belum diperolehi dan tiga yang parah dikejarkan ke Hospital Bintulu untu rawatan," katanya. -Metro




.

Kisah atlet yang tidak dapat menyertai pertandingan hanya kerana tertidur


Seorang atlet yang menghabiskan masa setahun berlatih untuk menyertai pertandingan triatlon akhirnya hanya mampu menggigit jari apabila terlepas acara itu kerana tertidur. Jody George, 34, turut menerima derma daripada rakan-rakannya selain sering memaklumkan mereka mengenai perkembangan terkini persiapannya untuk Triatlon Weymouth yang memerlukannya berenang 3.8 kilometer (km), mengayuh basikal sejauh 180km dan melakukan larian jarak jauh. Penyertaannya itu bagi mengutip derma untuk perkhidmatan Ambulans Udara Devon dan Somerset. Menurut George, dia mengunci jam pada telefon bimbitnya untuk bangun pada jam 3 pagi pada hari pertandingan. Namun malangnya, George tertidur semula selepas jam berbunyi dan hanya bangun pada jam 5.55 pagi menyebabkannya tidak sempat sampai ke lokasi triatlon berkenaan.

 “Memang itu antara detik paling mengecewakan dalam hidup saya malah ketika itu hanya mampu merenung telefon bimbit saya dengan perasaan tidak percaya. “Saya terlalu terkejut namun menerima hakikat tidak dapat berlumba lalu terus menghubungi tunang saya. “Dia menjerit dan memaki hamun kerana kecewa. “Saya mengambil beberapa hari untuk mengatasi kekecewaan itu sebelum mampu membuat pengakuan kepada rakan-rakan yang menyokong dan menderma,” katanya.

Katanya, dia berlatih selama setahun untuk acara itu malah sering menceritakan di Facebook kerana ramai mengikuti perkembangannya. Akibatnya dia terpaksa mengakui kesilapannya kepada semua peminatnya malah turut menawarkan untuk memulangkan wang derma yang disumbangkan. Bagaimanapun, dia mewujudkan satu lagi triatlon berhampiran rumahnya kerana tidak mahu terus mengecewakan rakan-rakan serta peminatnya. Kelmarin, pada jam 6.30 pagi, George berenang di Sungai Sowy sebelum menghabiskan kayuhan basikal dan larian mengelilingi pekan Burrowbridge seterusnya menamatkan cabaran itu dalam tempoh 14 jam. - Agensi




.

Lelaki ini tidak sangka, gatal dan tidak selesa pada telinganya berpunca daripada........



Lelaki ini tidak sangka, gatal dan tidak selesa pada telinganya berpunca daripada...... | SEORANG lelaki yang tidak selesa dengan kegatalan pada telinga terkejut apabila mengetahui seekor cengkerik berada di dalam rongga telinganya. Cengkerik itu ditemui selepas lelaki yang dipercayai dari India itu menemui doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap telinganya.


Hasil pemeriksaan, doktor menemui cengkerik yang masih hidup berada kira-kira tujuh sentimeter di dalam telinga mangsa. Cengkerik itu juga dikesan masih mengeluarkan bunyi ketika berada di dalam rongga teling mangsa.Doktor kemudian berjaya mengeluarkan cengkerik itu tanpa sebarang luka pada rongga telinga. -AP




.

Gambar kejadian banjir berikutan limpahan Sungai Moyog di Penampang, Sabah



Gambar kejadian banjir berikutan limpahan Sungai Moyog di Penampang, Sabah | Beberapa buah kampung sekitar daerah ini mula dinaiki air antara 30 sentimeter hingga dua meter berikutan limpahan Sungai Moyog pagi ini. Antara yang terjejas ialah Kampung Dabak, Tanaki, Babah, Sugut dan Kibabaig selain terdapat kawasan terputus hubungan berikutan beberapa jalan raya ditenggelami air.


Tinjauan turut mendapati pelajar dari Sekolah Menengah (SM) St Michael turut diarah pulang apabila kawasan sekolah dinaiki air bermula jam 7.30 pagi. Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan beberapa agensi penyelamat lain turut membantu memantau keadaan dan memindahkan penduduk yang terjejas.


Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu turut menjejaskan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu negeri termasuk di Telipok dan Menggatal. -Metro




.

Penemuan menggerikan didalam sebuah pangsapuri mewah



Penemuan menggerikan didalam sebuah pangsapuri mewah | Polis Australia hari ini memulakan siasatan berhubung satu kes pembunuhan selepas penemuan mayat manusia di dalam sebuah pangsapuri mewah di Brisbane, kelmarin. Namun, polis enggan mengesahkan laporan yang mendakwa bahagian mayat itu telah dimasak di dapur rumah tersebut. Pihak berkuasa pergi ke sebuah rumah di kawasan kediaman mewah di Brisbane pada malam kelmarin selepas penduduk membuat laporan mereka terhidu bau yang amat busuk.

"Pihak pengurusan prihatin dengan kebajikan penduduk. Sejurus tiba di sini, kami memulakan siasatan berkaitan dengan kes bunuh dan bunuh diri," kata Pegawai Penyiasat Inspektor Tom Armitt kepada media. Polis telah memberikan beberapa butiran tentang kes itu dan mengesahkan bahawa mayat manusia ditemukan di dalam pangsapuri di Teneriffe, sementara mayat seorang lelaki dijumpai di sebuah lorong berhampiran kediaman tersebut.

Akhbar Courier-Mail di Queensland melaporkan, lelaki itu merupakan seorang tukang masak berusia 28 tahun yang bekerja di atas kapal persiaran dan baru-baru ini berpindah ke pangsapuri yang dimiliki teman wanitanya yang merupakan rakyat Indonesia. Polis bagaimanapun enggan mengulas laporan media bahawa lelaki itu mengelar lehernya sendiri selepas melarikan diri dari pangsapuri itu atau mereka menemui bahagian badan wanita yang dimasak dalam sebuah periuk industri di dapur rumah berkenaan. Pegawai forensik dilihat berada di lokasi kejadian, hari ini dengan membawa tong yang digunakan untuk menyimpan sisa perubatan dari pangsapuri tersebut. - AFP




.

Perbuatan terkutuk remaja dan kekasih warga Nigerianya terbongkar



Perbuatan terkutuk remaja dan kekasih warga Nigerianya terbongkar | Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300 kilometer (km) dari selatan tanah air bertemu dengan kekasihnya warga Nigeria yang tinggal di Puchong, di sini, untuk bermadu asmara dan bersekedudukan. Bagaimanapun, perbuatan terkutuk remaja berusia 16 tahun itu bersama kekasihnya terbongkar selepas ahli kariah masjid kawasan terbabit yang menyedari perbuatan mereka melakukan pemeriksaan sebelum menemui gadis terbabit bersama lelaki warga Nigeria itu.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam Khamis lalu, ahli kariah masjid kawasan terbabit menerima aduan penduduk taman itu memberitahu terdapat seorang remaja perempuan tinggal bersama lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan. Menurut sumber, mereka kemudian ke rumah lelaki terbabit dan menerangkan tujuan kedatangan mereka dan meminta keizinan membuat pemeriksaan. “Sebaik masuk ke dalam kediaman lelaki terbabit, mereka menemui remaja itu bersembunyi dalam bilik utama bersama barangannya disimpan di dalam almari. -Metro




.

Suami tergamak maki hamun dan belasah isteri hanya kerana baju Melayu



Suami tergamak maki hamun dan belasah isteri hanya kerana baju Melayu  | Hanya kerana terlupa memasukkan baju Melayu untuk menyambut hari raya Aidiladha di kampung, seorang lelaki tergamak memaki hamun dan membelasah isterinya di kediaman mereka di Putra Height, di sini, Sabtu lalu. Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa berusia 30-an pada mulanya mengemas beg pakaian mereka sekeluarga, namun terlupa memasukkan baju Melayu yang tersimpan di dalam almari. Menurut sumber, lelaki itu yang menyedari hal itu bertanya kepada mangsa menyebabkan wanita itu meminta maaf kerana terlupa.

 “Suspek yang tidak dapat menerima permohonan maaf isterinya menghamburkan kata-kata kesat sehingga berlaku pertengkaran. “Pertengkaran itu bertukar ganas apabila suspek gagal mengawal kemarahannya dan menumbuk muka mangsa,” katanya. Sumber berkata, dia turut menendang perut dan menyepak mangsa beberapa kali menyebabkan isterinya itu mengerang kesakitan. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Height untuk tindakan selanjutnya. -
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!