Wednesday, October 8, 2014

Pemandu maut digilis treler sendiri dalam satu kemalangan ngeri di Ladang Laka Temin



Pemandu maut digilis treler sendiri dalam satu kemalangan ngeri di Ladang Laka Temin | Seorang pemandu treler maut setelah digilis kenderaan itu yang tiba-tiba mengundur dengan sendiri ketika dia memberhentikannya untuk memisahkan kepala dan badan kenderaan tersebut di Ladang Laka Temin, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Khairil Anuar Md. Zain, 37, baru tiba di ladang berkenaan untuk menghantar muatan tanah dibawa kenderaan tersebut. Difahamkan, treler tersebut diletakkan di kawasan yang agak curam menyebabkannya bergerak dengan sendiri lalu menggilis mangsa yang berada di sisi kenderaan berkenaan. - Utusan



.

Wanita ini punya kecacatan yang luar biasa, namun dia berjaya jalani kehidupan normal



Wanita ini punya kecacatan yang luar biasa, namun dia berjaya jalani kehidupan normal | Seorang wanita yang dilahirkan dengan tangan dan kaki yang luar biasa mengejutkan doktor mengenai perkembangannya. Walaupun dilahirkan dengan tangan dan kaki menghadap ke belakang, Wang Fang, berjaya menjalani kehidupan normal. Doktor mulanya bimbang Wang tidak akan dapat berjalan dengan baik kerana keadaan kakinya itu. Bagaimanapun, pelayan restoran yang kini berusia 30-an berkata, dia tidak melihat dirinya cacat.


“Saya boleh berlari lebih laju berbanding rakan saya dan mempunyai kerja tetap sebagai pelayan di restoran milik keluarga. Tiada alasan untuk menganggap saya cacat,” katanya. Dia yang mempunyai anak dengan kaki yang normal berkata: “Saya boleh berjalan seperti orang lain. Saya sama seperti orang lain, kecuali terpaksa memakai kasut terbalik. Wang bukan satu-satunya orang yang yang berjaya mengatasi kecacatan ganjil. Sebelum ini, Claudio Vieira de Oliveira dari Brazil berjaya menjadi penceramah umum walaupun dilahirkan dengan kepalanya terbalik. - Agensi




.

Wanita nekad gali semula kubur bapa kerana percaya wasiat dikebumikan bersama



Wanita nekad gali semula kubur bapa kerana percaya wasiat dikebumikan bersama | Seorang wanita menggali semula kubur bapanya untuk mencari ‘wasiat,’ tindakan yang dikatakannya tidak akan mencetuskan kemarahan bapanya. Melanie Nash, 52, menghadapi tuduhan cuba mengalih mayat bapanya, Eddie Nash, dari tanah perkburan di Colebrook di New Hampshire, Mei lalu. Kubur ahli perniagaan itu yang mati akibat serangan jantung pada usia 68 tahun pada 2004 ditemui terbongkar dengan kerandanya terbuka. Walaupun mayatnya dilihat tidak diusik, namun ia ditemui beralih dari kedudukan sepatutnya.

Dalam kenyataannya kepada polis, Melanie berkata, dia meminta bantuan Ginette Dowse, 71, Michael Day, 37, dan David Grey, 57, untuk menggali semula kubur bapanya yang dipercayai ditanam bersama-sama ‘wasiat sebenar.’ “Semua ini dilakukan untuk tujuan yang baik dan saya tahu bapa saya bersetuju dengan tindakan ini. Kami hanya menggali kuburnya untuk mencari dokumen wasiat. Kami melakukannya dengan penuh hormat,” katanya. Bagaimanapun, selepas menyelongkar mayat bapanya, Melanie hanya menemui sebungkus rokok dalam genggaman mayat bapanya.

Menurut pendakwa, Melanie memberitahu polis dia tidak menerima sebarang harta apabila bapanya meninggal dunia dan sudah lama merancang untuk menggali kubur itu bagi membuktikan kakaknya Susie menyembunyikan wasiat bapa mereka. Bagaimanapun, Susie menafikannya. Mayat Nash terpaksa ditanam semula dengan menelan belanja beribu-ribu dolar sementara Melanie akan menghadapi tuduhan jenayah, termasuk menceroboh tanah perkuburan dan merosakkan mayat.- AFP



.

Masa yang tepat melihat gerhana bulan penuh petang ini



Masa yang tepat melihat gerhana bulan penuh petang ini | Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada waktu Maghrib malam ini. Penolong Pegawai Sains di Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Negara, Karzaman Ahmad berkata, gerhana bulan penuh tersebut berlaku apabila bulan melintasi bayang-bayang bumi. Menurutnya, gerhana pada malam ini akan bermula dengan fasa penuh umbra pada pukul 6.25 petang. “Kemuncak fasa gerhana bulan penuh berlaku pada pukul 6.54 petang dan dijangka tamat pada 7.24 malam. “Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 8.34 malam sebelum secara sepenuhnya pada pukul 9.33 malam,” katanya.




.

Polisi pelik untuk meraih markah bonus dalam peperiksaan



Polisi pelik untuk meraih markah bonus dalam peperiksaan | Sebuah daerah di negara ini menguatkuasakan satu polisi pelik, di mana setiap murid berpeluang menerima markah bonus dalam peperiksaan sekiranya ibu bapa mereka menderma darah. Laman web South China Morning Post melaporkan, Majlis Daerah Pujiang mula mewartakan polisi tersebut pada 24 Julai lalu sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan menderma darah. Setiap empat liter darah yang diderma oleh ibu bapa akan membolehkan murid-murid terbabit menerima satu markah bonus dalam peperiksaan.

Penderma juga boleh memilih hadiah lain yang ditawarkan seperti rawatan perubatan dan menaiki pengangkutan awam secara percuma atau ganjaran wang tunai. Seorang penderma darah yang enggan dikenali berkata, dia sudah menderma darah melebihi empat liter dan membolehkan anaknya yang bakal dilahirkan mendapat markah bonus apabila bersekolah kelak.

"Polisi ini mendorong saya menderma banyak darah sehingga membahayakan nyawa saya. Saya mahu memberitahu anak saya supaya tidak perlu bimbang tentang ujian kerana ayah sudah sediakan markah lebih untuk kamu," jelas penderma berkenaan. Menurut jabatan kesihatan, masa yang diperlukan oleh seseorang untuk menderma darah sebanyak empat liter adalah selama lima tahun mengikut saiz badan penderma. "Setiap penderma darah perlu mendapatkan surat perakuan kesihatan daripada kerajaan sebelum mereka boleh menderma darah," ujar jabatan tersebut. -AP




.

Cara baru curi wang di mesin ATM kini dengan getah nangka



Cara baru curi wang di mesin ATM kini dengan getah nangka | Pencuri di Filipina dilaporkan menggunakan getah pokok nangka untuk merompak mesin pengeluaran wang auto­matik (ATM) dari bank, lapor polis negara ini, semalam. Getah nangka itu menurut polis akan dicalit pada logam yang terdapat di dalam tempat pengeluaran wang yang mengakibatkan sebahagian wang yang dikeluarkan orang ramai akan melekat pada getah tersebut. Pencuri kemudiannya akan datang mengambil habuan mereka selepas pelanggan beredar dari mesin tersebut, tanpa menyedari baki wang yang dikeluarkan masih terlekat pada mesin itu. - AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!