Friday, October 10, 2014

Indahnya majlis pernikahan pelakon Erin Malek dan Farriz Fauzy


Indahnya majlis pernikahan pelakon Erin Malek dan Farriz Fauzy | Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Erin Malek, 20, akhirnya bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang di sini pada malam Jumaat. Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof kira-kira pukul 9.12 malam diwalikan oleh bapa Erin. Pada majlis itu, Farriz, 30, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000.


Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran berupa cincin, Al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam tangan, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik, set wangian dan manisan. Manakala pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, Al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek. Sementara itu, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek yang anggun memakai gaun rekaan Azura Couture meluahkan rasa syukur dia dan Farriz akhirnya disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang lancar.


"Alhamdulillah, semuanya selamat. Moga ikatan kami suami isteri berkahir sehingga akhir hayat. "Hari ini merupakan hari paling bahagia buat kami," katanya selepas majlis pernikahan tersebut.Majlis bertemakan pernikahan dalam taman itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga pasangan pengantin, kenalan rapat serta pihak media. Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada malam Sabtu di Hotel InterContinental, dekat sini. Erin dan Farriz mengikat tali pertunangan pada 14 Januari lalu. -Mstar




.

Pengerusi Tourism Malaysia Berkata, 'Tak Ada Sebab Haramkan Octoberfest'



Pengerusi Tourism Malaysia Berkata, 'Tak Ada Sebab Haramkan Octoberfest' | Walaupun Tourism Malaysia tidak mempunyai peranan dalam mempromosikan acara Octoberfest, pengerusinya Tan Sri Dr Ng Yen Yen berkata adalah tidak adil untuk mengharamkan acara ini memandangkan terdapat komuniti ekspatriat yang besar di Malaysia, termasuk ramai rakyat Jerman. "Kita juga menerima banyak kedatangan orang luar dari seluruh dunia yang ingin mengambil bahagian dalam festival itu," katanya, sambil menambah tidak pernah timbul ada apa-apa isu mengenai acara itu sebelum ini. Dr Ng berkata Tourism Malaysia tidak akan menyokong panggilan untuk mengharamkan acara tersebut.

Diadakan sejak 1810, Octoberfest dilangsungkan setiap tahun di Munich, Jerman. Ia juga diraikan di kebanyakan negara lain. "Jika Octoberfest diharamkan, maka kita langsung tidak boleh mempunyai sebarang program seperti itu (di mana bir dihidangkan). "Bagi saya, ia terpulang kepada individu berkenaan sama ada dia ingin menghadiri festival seperti itu atau tidak. Tiada siapa yang boleh dipaksa untuk berbuat demikian," katanya selepas melancarkan buku panduan Jom Singgah di R & R Seremban di Lebuhraya Utara Selatan di sini Khamis. Buku panduan ini, antara lain, menyediakan maklumat mengenai destinasi pelancongan, kemudahan di sepanjang 16 R & R NSE yang dinaik taraf, dan hidangan istimewa di perhentian dipilih. -Mstar




.

Penemuan mengejutkan mayat seorang bayi cukup sifat di hadapan tandas balai raya



Penemuan mengejutkan mayat seorang bayi cukup sifat di hadapan tandas balai raya | Beberapa orang awam yang melalui kawasan Balai Raya Kampung Simpang Tebing Tinggi dekat Jerantut terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan cukup sifat di hadapan tandas balai raya itu hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail, mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu, ditemui orang awam kira-kira jam 10.30 pagi.

"Orang awam yang melalui kawasan itu terkejut apabila mendapati mayat bayi terbabit terbaring di situ, lantas menghubungi polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata susulan itu, pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Azid berkata mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat. - Bernama




.

Kisah wanita yang selamat hidup walaupun hilang lebih 2 minggu dalam hutan



 Kisah wanita yang selamat hidup walaupun hilang lebih 2 minggu dalam hutan | Seorang wanita yang hilang selama lebih dua minggu di hutan hujan Australia ditemui selamat, dengan meminum air sungai dan makan ikan kecil untuk terus hidup, kata pegawai pada Khamis. Shannon Fraser, 30, dilaporkan hilang pada 21 September lalu dekat Air terjun Josephine di Queensland selepas sesat di dalam hutan. Akhbar Brisbane Courier-Mail melaporkan, Fraser ditemui oleh seorang pemilik kebun pisan pada Rabu. "Dia susut berat badan, dan mempunyai kesan calar, tetapi dia bersemangat kuat," kata abangnya Dylan Fraser kepada akhbar itu.


Polis mengesahkan ibu kepada tiga anak yang ditemui itu selamat dan sihat. Abangnya Dyland memberitahu stesen radio bahawa adiknya menangis seorang diri setiap kali hendak tidur, selama 16 malam berada di dalam hutan. Bagaimanapun adiknya itu bersemangat kuat untuk meneruskan hidup dengan selamat apabila memikirkan anak-anaknya yang disayanginya. "Dia begitu cekal, dan dia berjaya melakukannya," katanya sambil menambah bahawa adiknya itu susut berat badan hampir 17 kilogram. - AFP




.

[Gambar] Farhan Azizan selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi dengan sekali lafaz



[Gambar] Farhan Azizan selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi dengan sekali lafaz | Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat iaitu Farhan Azizan selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz. Pasangan itu selamat diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Masjid Al Hasanah, di sini pada Jummat. Farhan, 29, diwalikan oleh bapanya, Azizan Mohd Khir manakala pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof. Ahmad Rashadan turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.

Selain sebentuk cincin dan mas kahwin, pihak lelaki turut memberikan hantaran barangan seperti set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskah Al Quran, jam tangan. Manakala pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, kelengkapan solat, seutas jam tangan, bunga rampai, manisan, buah-buahan, sejadah dan coklat. Farhan dan Ahmad Rashadan ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka selamat disatukan.

"Selepas lapan tahun kami menyulam cinta dengan pelbagai dugaan akhirnya kami selamat bersatu sebagai suami isteri. "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari ini merupakan hari paling bahagia," kata Farhan. Pasangan ini terdahulu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012 selepas lapan tahun menyulam cinta. Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada sebelah malam Jumaat di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Dianggarkan seramai 700 tetamu bakal hadir pada majlis tersebut. -Mstar



.

Penumpang dalam pesawat mencetuskan panik selepas mengakui dia menghidap ebola



SEORANG penumpang dalam pesawat mencetuskan panik selepas menjerit "Saya ada Ebola!" ketika penerbangan. Lelaki yang tidak dikenali dari Amerika Utara itu sedang dalam perjalanan dari Philadelphia, Amerika Syarikat, ke Punta Cana, Republik Dominican, ketika dia 'mendedahkan' perkara itu. Media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu menjerit "Saya ada Ebola!", manakala pegawai-pegawai di lapangan terbang memberitahu FOX bahawa lelaki itu telah memberitahu bahawa "Saya baru sahaja pergi ke Afrika!", tetapi rekod perjalanan tidak menunjukkan bahawa dia pernah pergi ke Afrika.

Selepas penerbangan 845 US Airways mendarat di pulau Caribbean dia segera dikeluarkan dari pesawat oleh kakitangan kecemasan yang telah lengkap memakai sut Hazmat biru. Lelaki itu telah dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan yang merupakan polisi penerbangan dan kemudiannya akan dihantar ke AS untuk pemeriksaan sekali lagi. -AP




.

Remaja bangga selepas bunuh ibu dan perkosa mayatnya



Remaja bangga selepas bunuh ibu dan perkosa mayatnya | Sebuah mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana seorang remaja belasan tahun membunuh ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperkosa mayat mangsa. Kevin Davis, 18, mengaku membunuh ibunya, Kimberly Hill, 50, di kediaman mereka di Corpus Christi, Texas. Semalam, juri ditunjukkan dokumen soal siasat Davis dengan polis selepas dia ditangkap. Davis menceritakan kepada penyiasat bagaimana dia mula cuba membunuh ibunya dengan menjerut mangsa mengguna wayar elektrik. Apabila ibunya tidak mati, Davis mengambil tukul besi dan mengetuk mangsa kira-kira 20 kali.

Disoal apa yang berlaku kemudian, Davis berkata: “Saya mengadakan seks dengan mayatnya. Itu pertama kali saya mengadakan seks dan ia dengan ibu saya.” Menurutnya, dia tidak keluar dari apartmen berkenaan kerana menunggu adiknya pulang dengan niat untuk membunuhnya juga. Tetapi kerana bosan menunggu, dia meninggalkan kediaman itu. Dalam soal siasat berkenaan, Davis juga memberitahu pegawai, dia sudah sekian lama mengimpikan untuk membunuh ibu dan adiknya dan akan melakukannya sekali lagi jika dibenarkan.

Dia menceritakan bagaimana dia berangan melakukan pembunuhan itu - berpakaian suit, memenggal mangsa, memakainya dengan pakaian cantik sebelum mengadakan seks dengan mayat itu. Apabila ditanya alasan dia membunuh ibunya, Davis berkata, dia bosan dengan hidupnya dan tidak suka bergaul. “Saya tidak gila. Saya waras. Saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya. Davis hanya tersenyum sepanjang perbicaraan semalam. Juri mengambil masa kurang sejam untuk mendapatinya bersalah dan menghukumnya penjara seumur hidup. - Agensi




.

Keadaan terkini jalan Tambunan-Penampang yang terputus sepanjang 50 meter akibat tanah runtuh


Keadaan terkini jalan Tambunan-Penampang yang terputus sepanjang 50 meter akibat tanah runtuh | Orang ramai tidak ada pilihan melainkan terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh dan mengambil masa lebih lama berikutan jalan Tambunan-Penampang terputus sepanjang 50 meter akibat tanah runtuh di Kilometer 22, awal pagi semalam. Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Bryan berkata, dia bersama rakan terpaksa menggunakan laluan alternatif Keningau - Kimanis selepas mengetahui jalan berkenaan terputus.

“Saya bersama rakan yang mahu ke Kota Kinabalu terpaksa melalui laluan alternatif selepas mengetahui berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran Kampung Sunsuron. “Saya tahu melalui Facebook dan aplikasi Whatsapp yang disebarkan rakan-rakan,” katanya.Seorang lagi pengguna, Frederick Herman, 32, berkata dia dan keluarganya yang dalam perjalanan dari Tambunan ke pusat bandar raya untuk bercuti hujung minggu, terpaksa berpatah balik akibat kejadian itu. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!