Saturday, October 11, 2014

Kisah sedih seorang wanita menghidapi kanser yang merancang 'Kematian Bermaruah'


Kisah sedih seorang wanita menghidapi kanser yang merancang 'Kematian Bermaruah'  | Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang baharu berkahwin dan disahkan menghidap kanser telah mengumumkan rancangan untuk menamatkan hayatnya pada 1 November dengan bermaruah dan tanpa melalui kesakitan. Pada Januari, Brittany Maynard, 29, yang menderita akibat kanser otak diberikan jangkaan masa enam bulan untuk hidup dan diberitahu akan mengalami kesakitan akibat tindak balas agresif semula jadi penyakitnya. Pada masa itu dia berusaha untuk mendapatkan anak pertama bersama suaminya, Dan, tetapi putus harapan disebabkan oleh kanser.

"Apa yang terlintas di fikiran anda apabila anda mengetahui anda mempunyai masa yang sedikit hanyalah untuk mengucapkan semuanya kepada semua orang yang anda sayang," katanya dalam video yang telah dilihat lebih dari 5.5 juta kali di YouTube. Maynard dan suaminya Dan, baharu sahaja berkahwin apabila dia mengalami sakit kepala yang teruk, berpindah dari rumah mereka di California ke Oregon, salah satu dari segelintir negara yang mempunyai penguatkuasaan undang-undang mengakhiri hidup dengan cara menenangkan.

Seorang doktor menetapkan ubat yang diperlukan untuk menamatkan hidupnya sendiri, dikelilingi oleh keluarganya di dalam bilik tidur yang dikongsi dengan suaminya. Maynard kini mengambil ubat-ubatan untuk menghadkan bengkak di bahagian otak, tetapi mempunyai kesan sampingan yang membuatkan berat badannya naik. Dia bersetuju untuk membuat video selama enam minit setengah mengenai kesnya tetapi berkata ia bukan untuk mendapatkan perhatian sebaliknya untuk berkongsi kisahnya, menurut laman web kutipan dana untuk Maynard. -AP




.

Gara-gara selfie, nyawa melayang?



Gara-gara selfie, nyawa melayang | KEGILAAN ‘selfie’ kini menjadi satu trend global yang bukan hanya melanda golongan muda, malah pelbagai golongan di dunia ini. Tidak kira di mana jua, siang atau malam, pasti ada yang menggunakan kesempatan yang ada untuk berselfie demi mengabadikan kenangan terindah. Namun, siapa sangka, bagi sesetengah individu, foto ‘selfie’ yang diambil mungkin menjadi gambar terakhir buat rakan dan keluarga mereka. Dipetik dari sebuah blog, beberapa koleksi ‘selfie’ yang berakhir dengan tragedi memilukan. Pada 3 Ogos lalu, mangsa dari Mexico, Oscar Otero Aguilar yang berusia 21, didapati mati akibat tertembak dirinya sendiri dengan menggunakan sepucuk pistol.

Menurut laporan pihak berkuasa, Aguilar didapati berada di dalam keadaan mabuk ketika cuba berselfie dengan sepucuk pistol sebagai pelengkap gayanya. Mangsa kedua pula merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun dari Sepanyol yang dikatakan cuba untuk berselfie di atas landasan kereta api. Namun padah diterima apabila dia dikatakan terkena renjatan elektrik ketika berada di atas landasan tersebut. Mangsa ketiga pula adalah antara mangsa nahas pesawat MAS, MH17 yang ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia. Gary Slok dan ibunya sempat bergambar bersama-sama sebelum berlepas dari lapangan terbang di Ukraine menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan berita, kedua anak-beranak itu dalam perjalanan ke Malaysia untuk menikmati percutian musim panas mereka sebelum menjadi mangsa tragis akibat nahas terbabit. Sementara itu, Xenia Ignatyeva, 17, merupakan mangsa keempat ‘selfie’ yang membawa maut. Memetik laporan portal, remaja Rusia ini dilaporkan hilang keseimbangan sewaktu cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan. Ignatyeva meninggal dunia akibat renjatan elektrik melalui kabel yang cuba dipautnya sewaktu terjatuh.

Tragedi tersebut berlaku pada April lalu di Saint Peterburg, Rusia. Selain itu, pada Disember 2012, bintang pop Mexico, Jenni Rivera dikatakan mengambil gambarnya bersama krew dan rakannya sebelum mereka berlepas ke Bandar Mexico dengan menggunakan jet peribadi. Sejurus selepas itu, jet tersebut dikatakan terhempas di pergunungan Monterrey di utara Mexico. Media barat melaporkan, tidak ada yang terselamat daripada kemalangan tersebut. -AP




.

Cuepacs Tak Puas Hati Dengan Keseluruhan Bajet 2014


Cuepacs Tak Puas Hati Dengan Keseluruhan Bajet 2014 | Bajet 2015 secara keseluruhannya tidak menceriakan penjawat awam, demikian kata Presiden Cuepacs, Azih Muda. Menjelaskan lanjut, beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah 'bunga-bunga' sahaja tanpa memberikan satu gambaran jelas khususnya kepada penjawat awam. "Cuepacs tidak berpuas hati kerana tiada pengumuman tentang semakan gaji atau kenaikan gaji penjawat awam yang mempunyai gaji statik. "Penjawat awam tidak seperti ahli perniagaan yang mana pendapatan mereka berubah-ubah. "Ketiadaan semakan gaji atau kenaikan menyebabkan penjawat awam tertekan dan tidak dapat mengekang kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dari segi bonus, Cuepacs berterima kasih dengan bonus gaji setengah bulan, tetapi ia bukanlah seperti yang diharapkan iaitu bonus dua bulan. "Walaupun dari segi indeks pencapaian antarabangsa menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, tetapi inikah pengiktirafan yang diterima penjawat awam, sedangkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dinaikkan," katanya yang menganggap pencapaian ini tidak setanding dengan gaji. Azih berkata, keputusan kerajaan menghapuskan wang proses pinjaman perumahan, peningkatan pinjaman perumahan dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam tetap dihargai.

Menerusi pembentangan Bajet 2015, selain pengumuman berkaitan bonus, kerajaan memberi perhatian berkaitan pembiayaan memiliki rumah di kalangan penjawat awam dengan menaikkan had kelayakan minimum pinjaman kepada RM120,000 berbanding RM80,000 sebelum ini, manakala had kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000. Selain itu, pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M akan ditingkatkan dengan meluluskan sebanyak 10,639 unit rumah, juga menurunkan harga minimum rumah PPA1M kepada RM90,000 berbanding RM150,000 seunit sebelum ini serta menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!