Monday, October 13, 2014

Bahana curi masuk bilik pencawang TNB, lelaki ini derita terbakar 80% anggota badan



Bahana curi masuk bilik pencawang TNB, lelaki ini derita terbakar 80% anggota badan | Seorang lelaki terbakar hampir 80 peratus anggota badannya selepas dia didakwa memasuki bilik pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 1.15 petang di bilik pencawang di bangunan Lee Rubber di Jalan Tun Perak, Bachang di sini.

Menurutnya, semasa anggota bomba dan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) tiba di lokasi kejadian, kebakaran pada tubuh mangsa sudah dipadamkan. "Mangsa yang terbakar 80 peratus pada bahagian badan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Melaka oleh unit EMRS untuk rawatan," katanya. Sementara itu, pihak TNB telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan menganggarkan kerugian RM200,000 kerana terpaksa menukar alat suis dan peralatan yang rosak.-SH




.

Khabar terkini JAGUH lumba Formula 1, Michael Schumacher selepas mengalami kecederaan otak teruk akibat kemalangan ketika bermain ski



JAGUH lumba Formula 1, Michael Schumacher dikatakan "perlahan-lahan makin sedar" selepas mengalami kecederaan otak yang teruk akibat kemalangan ketika bermain ski di Pergunungan Alps pada Disember lalu. Berita baik mengenai pelumba berusia 45 tahun itu disampaikan anaknya yang juga pemandu litar go-kart, Mick.Pengulas sukan F1 Perancis, Jean-Louis Moncet pula memberitahu stesen radio Europe 1:"Saya bertemu anak lelakinya yang memaklumkan bahawa Schumi secara perlahan-lahan semakin sedar.

"Walaupun semuanya berlaku dengan perlahan tetapi dia masih ada harapan." Moncet juga mengesahkan Schumacher masih 'bertarung' di rumah agam miliknya di Switzerland di mana dia menerima rawatan 24 jam di sebuah bilik khas. Juara tujuh kali kejohanan dunia itu pulang ke kediamannya bersama isteri dan anak mereka dua bulan lalu selepas dibenarkan keluar dari klinik pemulihan di Lausanne.

anak lelaki Schumacher 

Schumacher menghabiskan masa di klinik itu sebaik sedar dari koma selepas kemalangan itu. Sebelum ini, Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa, Jean Todt yang melawat Schumacher bulan lalu berkata:"Apa yang penting dia masih hidup dan keluarganya bersama dengannya. Kami percaya keadaan akan menjadi lebih baik. Dia perlukan masa dan tidak perlu diganggu." Ketika ini, Schumacher dijaga pasukan pakar seramai 15 orang di kediaman mewahnya dengan anggaran kos £100,000 sebulan. -AP




.

Lihat reaksi spontan wanita ini ketika lupa menarik brek tangan selepas meninggalkan keretanya



Lihat reaksi spontan wanita ini ketika lupa menarik brek tangan selepas meninggalkan keretanya | Seperti diketahui, brek tangan merupakan elemen penting pada sebuah kereta. Baru-baru ini seorang pemandu wanita terlupa menarik brek tangan selepas parkir kereta. Malangnya ketika dia meninggalkan kereta, kereta itu terus bergerak. Dan dia dengan pantas terus mengejar kereta itu yang pada mulanya bergerak perlahan. Dia cuba membuka pintu kereta tersebut namun tidak berjaya kerana kereta itu sudah mula bergerak pantas.

Mujurlah dia terlupa menutup tingkap kereta, dan berjaya mengendalikan kereta itu melalui tingkap, menukar laluan kereta agar tidak terlanggar dengan kereta lain. Agaknya akibat mulai lelah, dia mengarahkan kereta ke sebuah tiang elektrik sehingga keretanya berhenti. Selepas berhenti, wanita itu segera masuk ke dalam kereta. Akibat kejadian ini bahagian depan kereta kemek akibat melanggar tiang elektrik. -AP





.

Patung beruang jadi bahan bukti dia melakukan rompakan



Patung beruang jadi bahan bukti dia melakukan rompakan | Seorang perompak yang khayal kerana mengambil dadah methamphetamine ditangkap selepas mengadakan seks dengan patung beruang di rumah mangsa. Mahkamah Blackburn semalam diberitahu, Paul Mountain tidak dapat menahan nafsunya ketika merompak menyebabkan dia mengadakan seks dengan patung beruang itu. Dia ditangkap selepas polis mengambil DNA pada beruang berkenaan dan ia sama dengan DNA perompak berusia 38 tahun itu. Lelaki yang berasal dari Darwin, Lancashire itu mengaku bersalah memasuki rumah mangsa dengan niat untuk mencuri. - Agensi

BEKAS pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja ini jadi individu tertua jalani pembedahan tukar jantina


BEKAS pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja British menjadi individu paling tua di negara itu yang menjalani pembedahan tukar jantina pada usia 81 tahun. Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya. Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah." Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar. Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.

Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu. Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan. Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki. "Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini. Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini.

Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu. "Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya. Prosedua dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu. "Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya. Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya. Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah."


 Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar. Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini. Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu. Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan. Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki. "Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini.

Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini. Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu. "Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya. Prosedur dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu. "Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya. -AP




.

Bekas Jaguh Bina Badan Negara Meninggal Dunia



 Bekas Jaguh Bina Badan Negara Meninggal Dunia  | Bekas jaguh bina badan negara Bujang Taha, 77, meninggal dunia pada pukul 10.47 malam Ahad di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana komplikasi kanser mulut, kanser paru-paru serta asma. Menurut menantu perempuan beliau, Suzana Ibrahim, Allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya.

"Esok (hari ini), bekas jaguh bina badan Datuk Malek Noor sudah beritahu hendak datang tengok bapa, tapi apakan daya bapa pergi dulu," katanya. Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979. Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!