Tuesday, October 14, 2014

[Gambar] Ngerinya kejadian puting beliung di Kedah petang tadi..



[Gambar] Ngerinya kejadian puting beliung di Kedah petang tadi.. | Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi. Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas apabila bumbung bangunan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.


Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar. Turut mengalami kerosakan, tiga rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama. -BH




.

Bayi 10 bulan selamat walaupun dihempap mayat bapanya selama 3 hari



Bayi 10 bulan selamat walaupun dihempap mayat bapanya selama 3 hari | Seorang bayi berusia 10 bulan terselamat walaupun selepas tiga hari dihempap mayat bapanya yang mati akibat serangan jantung. Jason Fields, 43, ditemui mati di atas katil di sebelah komputer riba di rumahnya di Pleasant Hill, sebuah bandar kecil di Louisiana. Anaknya, Betty Jean Fields, tersepit antara mayat bapanya dengan kepala katil. Rumah itu tidak mempunyai penghawa dingin. Timbalan Koroner Sabine Parish, Ron Rivers berkata, suhu di dalam itu melebihi 38 darjah selsius apabila dia memasukinya. "Bayi itu boleh bernafas. Syukur dia terselamat," kata Rivers.

Menurutnya, Fields kelihatan seperti duduk di sebelah katil dan rebah ke belakang. "Dia mungkin mati tiba-tiba kerana tidak ada tanda menunjukkan dia cuba bangun. Dia rebah ke belakang lalu menindih anaknya." Pihak berkuasa dipanggil ke rumah itu kelmarin selepas abang bayi berkenaan yang berusia lima tahun memaklumkan kepada jiran mengenai keadaan adik yang dihempap bapanya. Ibu kanak-kanak itu berada di penjara kerana kesalahan kecil, tetapi kini dibebaskan untuk menjaga kedua-dua anaknya itu. -AP




.

Bahaya e-rokok boleh meletup dan cederakan si perokok



Bahaya e-rokok boleh meletup dan cederakan si perokok | TINDAKAN seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya. Kejadian itu berlaku selepas David Aspinall dari Wigan mengecas alat itu terlalu lama hingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya. Malahan, sebahagian besar perabot rumah pangsa lelaki berusia 48 tahun itu juga rosak akibat letupan itu. Akibat kejadian itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital.

Dia mendakwa kakitangan dan doktor yang merawatnya menganggap kecederaan yang dialami itu umpama luka tembakan. "Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya. Akibat kecederaan itu, lelaki itu terpaksa menjalani rawatan kulit selama tiga tahun. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana ketika kejadian masih mampu memaklumkan kejadian itu kepada jirannya dengan menggambarkan insiden itu umpama babak ngeri dalam filem.

Berikutan kejadian itu, Aspinall akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'. Dia juga mendakwa pekedai yang menjual alat e-rokok itu patut dipersalahkan kerana menyediakan bateri yang rosak. Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun dari Merseyside meninggal dunia akibat kejadian sama, sekali gus kes pertama di United Kingdom membabitkan letupan e-rokok. -AP




.

Huhu.. 2 Sahabat berebut air mayat kerana air itu digunakan untuk lariskan perniagaan



Huhu.. 2 Sahabat berebut air mayat kerana air itu digunakan untuk lariskan perniagaan | Dua penjaja jalanan cedera selepas bergaduh berebut air mayat. Menurut saksi, Viola Tshima dan Molene Hadebe yang sebelum ini berkawan baik, bertengkar selepas Tshima menuduh rakannya mengambil lebih banyak air berkenaan di sebuah rumah mayat sebelum dia tiba. Pertengkaran itu akhirnya membawa kepada pergaduhan sengit. Kedua-dua peniaga itu sering ke rumah mayat berkenaan untuk mengambil air dari mayat yang dibersihkan di situ.

Mereka menggunakannya sebagai pelaris perniagaan. Air berkenaan biasanya digunakan penduduk Zimbabwe yang taksub dengan kepercayaan karut. Kebanyakan penjaja membelinya untuk melariskan perniagaan sementara dalam kalangan wanita, air itu digunakan untuk 'menjinakkan' suami masing-masing. Peniaga yang ditemubual juga mendedahkan, air mayat itu diambil dari mayat yang dimandikan, turut digunakan untuk membasuh buah seperti epal dan tomato kerana dipercayai dapat menarik ramai pelanggan, seramai yang datang untuk menghadiri majlis pengebumian. Menurut mereka lagi, sesetengah penggali kubur meraih keuntungan lumayan dengan menjual air mayat. - Agensi





.

Klip video ini jadi viral di facebook dan menjadi tanda tanya kesahihannya



Klip video ini jadi viral di facebook dan menjadi tanda tanya kesahihannya | Satu klip video yang memaparkan seorang wanita bersama seekor beruang kutub berjalan dan melintas sebatang jalan yang sibuk di bandar ini mencetuskan persoalan kepada orang ramai di Jepun. Video berkenaan yang dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini mencetuskan perdebatan sama ada haiwan ganas berkenaan adalah benar atau palsu serta tujuan video berkenaan dimuat naik.

Beberapa pengguna laman sosial berpendapatan haiwan itu bukan beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak menghiraukan orang ramai yang berdekatan. Banyak pengguna percaya video berkenaan merupakan satu promosi untuk satu persembahan oleh satu kumpulan dari Rusia yang dikenali sebagai Lalsh. “Mustahil haiwan itu adalah beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak berinteraksi dengan orang ramai di sekelilingnya,” kata seorang pengguna Facebook. – Agensi




.

Jiran buat perangai pelik hanya kerana tidak tahan dengar tangisan bayi



Jiran buat perangai pelik hanya kerana tidak tahan dengar tangisan bayi | Akibat tidak tahan mendengar suara tangisan bayi, seorang lelaki bertindak pergi ke rumah jirannya lalu memarahi, mencarut dan menunjukkan kemaluannya kepada nenek bayi itu dalam kejadian di sebuah flat di Semenyih, di sini Sabtu lalu. Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, wanita berusia 40-an berkenaan sedang memujuk cucunya itu yang menangis sebelum didatangi lelaki terbabit yang tinggal di tingkat lima flat berkenaan. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab berkata, sebaik kejadian, mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu memberitahu kejadian itu kepada suaminya.

 "Suami mangsa kemudian ke rumah suspek bersama seorang anak perempuannya untuk mendapatkan kepastian berhubung tindakannya itu. "Bagaimanapun, suspek terus menolak suami wanita itu yang berusia 49 tahun sehingga terjatuh," katanya. Beliau berkata, anak perempuan mangsa yang turut berada di situ cuba membantu ayahnya, namun suspek terus menetak kepalanya dengan parang sebelum melarikan diri.

"Akibat tetakan itu, remaja perempuan berusia 14 tahun itu luka di kanan kepalanya. "Dia dibawa ke Hospital Kajang dan menerima 10 jahitan," katanya. Ab Rashid berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan polis kini sedang memburunya. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan," katanya. -Metro




.

Takziah.. Bapa kepada Menteri Besar Perak, meninggal dunia



Bapa kepada Menteri Besar Perak, meninggal dunia  | Bapa kepada Menteri Besar Perak, Abd Kadir Muhammad, 73, meninggal dunia jam 1.10 pagi tadi. Allahyarham atau lebih dikenali sebagai Pak Karim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Desa Pangkor di Pulau Pangkor kerana serangan jantung. Arwah meninggalkan tujuh orang anak, termasuk Datuk Seri Dr Zambry. Arwah telah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara tahun lalu. Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor. -BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!