Friday, October 17, 2014

Apakah? Penjaga Gol Dilayangkan Kad Merah Kerana Sentuh Punggung Pemain



Penjaga Gol Dilayangkan Kad Merah Kerana Sentuh Punggung Pemain  | SEORANG penjaga gol dilayangkan kad merah selepas menepuk punggung pemain lawan dalam satu perlawanan di Honduras baru-baru ini. Tindakan yang jarang berlaku itu menimpa penjaga gol kelab Marathon, Junior Morales ketika pasukan tersebut menentang Real Sociedad dalam Liga Nacional. Morales didapati bersalah oleh pengadil kerana segaja menepuk punggung pemain pelawat pada minit ke-50 permainan.

Bagaimanapun pemain yang disentuh punggung tidak melakukan sebarang tindakan termasuk melawan atau meminta pengadil mengambil tindakan. Kejadian luar biasa itu kemudian mengundang ketidakpuasan hati pegawai dan pemain Marathon yang enggan meneruskan permainan. Dalam perlawanan itu, Marathon berjaya mengikat Real Sociedad 1-1. -AP



.

Lelaki maut dipanah petir ketika sedang berjoging di Taman Tasik Titiwangsa


Lelaki maut dipanah petir ketika sedang berjoging di Taman Tasik Titiwangsa | Seorang lelaki berusia 52 tahun maut selepas dipanah petir ketika sedang berjoging di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu mangsa dikatakan sedang melalui jalan berhampiran pintu belakang Pusat Latihan Polis Jalan Semarak di taman tasik itu sebelum satu dentuman kuat menyambar sebatang pokok yang kemudian terkena mangsa.

"Mangsa sedang berlari di laluan itu sebelum petir menyambar. Sambaran petir itu turut mengakibatkan laluan joging itu pecah dan berlubang," kata sumber. Menurut sumber itu, akibat kejadian berkenaan mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Sumber memberitahu pihak berkuasa dan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan. -Metro




.

Terselamat dari maut, kepala kanak-kanak 5 tahun berjaya dikeluarkan dari besi jeriji tingkap



Terselamat dari maut, kepala kanak-kanak 5 tahun berjaya dikeluarkan dari besi jeriji tingkap | Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terselamat daripada maut selepas kepalanya tersangkut di besi geriji tingkap selepas dia cuba keluar dari tingkap sebuah apartmen yang terletak di tingkat 15 di sini, lapor Mail Online kelmarin. Kejadian di bandar Chongqing itu berlaku selepas kanak-kanak itu cuba keluar dari rumahnya melalui tingkap selepas dibiarkan berseorangan oleh ibu bapanya yang keluar bekerja. Beberapa jiran yang terkejut melihat kanak-kanak itu tergantung di tingkap di tingkat 15 segera menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.


Satu pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian telah bertindak memecah kediaman tersebut sebelum memotong besi geriji untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan. Seorang jurucakap bomba berkata, kanak-kanak tersebut cuba keluar dari rumah tersebut dengan menyusup di celah geriji tingkap berkenaan. “Badan kanak-kanak itu berjaya melepasi geriji berkenaan tetapi kepalanya yang lebih besar tersangkut menyebabkan dia tergantung. “Kanak-kanak ini berbasib baik kerana kepalanya tersangkut , jika tidak dia mungkin sudah mati,” katanya. – Agensi




.

GEMPAR..!! Kemunculan Ikan bersaiz luar biasa besar di Kg. Tg. Batu Laut, Tawau



[Gambar] GEMPAR..!! Kemunculan ikan bersaiz luar biasa besar di Kampung Tanjung Batu Laut, Kampung Pukat Tawau pagi tadi, menggemparkan penduduk sekitar kampung itu.


Penduduk di kampung itu percaya bahawa ikan itu adalah sejenis spesis Ikan Yu Katak. Ketika ini ikan tersebut masih lagi berada di bawah rumah, di kampung berkenaan yang merupakan kawasan perkampungan atas air. -FB




.

Gelagat seorang penumpang di lapangan terbang mengundang rasa hairan



Gelagat seorang penumpang di lapangan terbang mengundang rasa hairan | LAPANGAN Terbang Antarabangsa Dulles, Washington digemparkan oleh kehadiran seorang penumpang yang memakai sut pelindung kerana takut dengan penularan wabak Ebola. Penumpang berkenaan memakai sut perlindungan kerana panik dan tidak mahu mengambil risiko dijangkiti wabak yang semakin mengganas itu. Seorang lelaki memuat naik gambar penumpang berkenaan di akaun Twitternya dengan keterangan: "Gambar penumpang memakai sut Hazmat (Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya) ketika menunggu penerbangan di Dulles."


Perangkaan rasmi mengenai Ebola menunjukkan seramai 4,447 orang maut akibat penyakit itu. Bagaimanapun, terdapat kebimbangan lain apabila 18,000 orang di seluruh dunia mungkin dijangkiti wabak itu dan bilangannya akan meningkat setiap hari. Minggu lalu, seorang penumpang dalam pesawat mencetuskan panik selepas menjerit "Saya ada Ebola!" Penularan wabak Ebola yang paling mengganas di Afrikat Barat pada Julai lalu, menjangkiti lebih 1,000 orang dan mengorbankan hampir 700 orang. - mirror





.

Tahniah.. Pasangan akademi fantasia, Yazer dan Ekin bakal mendirikan rumahtangga disember ini



Tahniah.. Pasangan akademi fantasia, Yazer dan Ekin bakal mendirikan rumahtangga disember ini | Penyanyi Yazer mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Ekin pada 26 Disember ini selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta. Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 32, juga tidak menyangka perhubungan yang lama itu akhirnya dapat disatukan meskipun cinta mereka pernah putus seketika pada hujung tahun lalu. "Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu. "Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa," katanya.

Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di kediaman keluarga Ekin di kampung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah dan acara resepsi diadakan pada 28 Disember di lokasi sama.Bagaimanapun, Yazer belum merancang sama ada mahu mengadakan majlis di kampungnya, Tawau, Sabah atau tidak. "Majlis kami sederhana sahaja. Tengoklah macam mana, jika ada rezeki lebih makan kami turut akan mengadakan majlis di kampung saya juga," tuturnya.

Dalam pada itu, tambah Yazer, dia juga bersyukur apabila Ekin atau nama sebenarnya Norashikin Abdul Rahman, 30, menerima lamaran itu tanpa berfikir terlalu lama. Katanya, selepas putus cinta selama lima bulan, jiwa mereka berasa kosong dan saling memerlukan antara satu sama lain. "Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama. "Dan saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama. Doakan jodoh kami kuat hingga akhir hayat," ujarnya. Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti siaran Astro, Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada tahun 2005. -Mstar




.

Cara penyediaan tauhu kering atau fucuk yang kotor dan menjijikkan menjadi viral



Cara penyediaan tauhu kering atau fucuk yang kotor dan menjijikkan menjadi viral | Tindakan beberapa pekerja tidak memakai baju ketika memproses tauhu kering atau fucuk di sebuah kilang di Mount Eskrine mengejutkan kakitangan agensi penguatkuasaan yang melakukan pemeriksaan dalam Ops Premis Makanan Bersih Kali 17/2014 di seluruh negeri, kelmarin. Pekerja terbabit memberi alasan terpaksa membuka baju kerana berpeluh akibat keadaan panas, termasuk kerja memproses fucuk menggunakan air kacang soya panas serta suhu bilik yang berbahang. Bagaimanapun alasan itu menyebabkan kilang fucuk berkenaan diarah menutup operasi 14 hari.

Tiga premis lain yakni kilang kicap, mi dan manisan turut dikenakan tindakan sama kerana sikap sambil lewa serta tidak mematuhi arahan aspek kebersihan ketika memproses makanan. Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan negeri, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi berkenaan dilakukan di seluruh negeri membabitkan kawasan Mount Eskrine dan Tanjung Bungah (Timur Laut), Teluk Kumbar (Barat Daya), Butterworth (Seberang Perai Utara), Simpang Ampat (Seberang Perai Selatan) dan Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah). -Metro




.

Gelagat pelancong asing ini mengejutkan masyarakat tempatan



Gelagat pelancong asing ini mengejutkan masyarakat tempatan | Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik. Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan. Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.

 "Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai. "Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!