Saturday, October 18, 2014

Kisah sebenar mengenai fenomena belalai air yang berlaku di Bintulu



Kisah sebenar mengenai fenomena belalai air yang berlaku di Bintulu | Fenomena belalai air yang berlaku di Pantai Kidurong, Bintulu di sini, kira-kira 10.30 pagi, hari ini, menggemparkan penduduk di sekitar kawasan berkenaan. Fenomena itu berlaku antara 10 hingga 15 minit berhampiran kawasan pantai. Jurucakap Jabatan Meteorologi Sarawak ketika dihubungi berkata, tiada apa yang dibimbangkan kerana fenomena itu biasa berlaku di kawasan laut dan ketika ribut petir.

"Pagi tadi (hari ini) berlaku hujan dan ribut petir di kawasan Kidurong, sekali gus menyebabkan berlakunya fenomena ini. Penduduk tidak perlu bimbang kerana fenomena itu tidak berlaku di darat. Cuma agak bahaya untuk nelayan dan aktiviti di laut," katanya. Jurucakap berkata, fenomena blalai air pernah berlaku di Miri beberapa bulan lalu dan difahamkan kali pertama berlaku di persisiran pantai Bintulu. "Ia bukan puting beliung seperti yang disebarkan di laman sosial," katanya. -Metro




.

Kejam.. Lelaki goncang anak kekasih sampai mati



Kejam.. Lelaki goncang anak kekasih sampai mati | TIDAK berhati perut dan berhati binatang. Itulah gelaran sesuai diberikan kepada seorang lelaki selepas dia menggoncang bayi teman wanitanya sehingga mati dalam satu kejadian di Blackpool, England, baru-baru ini. Connor Gibson, 23, didapati bersalah selepas membunuh Kacey Hambleton yang baharu berusia dua bulan. Hasil bedah siasat mendapati, kecederaan dialami bayi malang itu menyamai impak kemalangan kereta.

Menurut fakta kes, Gibson menyerang Kacey selepas dipercayai berselisih faham dengan teman wanitanya, Louise. Selepas menyerang mangsa, Gibson menghubungi talian kecemasan dan mereka cerita bahawa bayi itu terjatuh ketika dia mahu memandikannya lapor Mirror . "Saya meninggalkan Kacey di dalam bilik mandi buat seketika, kemudian saya terdengar bunyi dentuman. Apabila saya masuk semula, dia sudah berada di atas lantai dan sukar bernafas," kata Gibson kepada petugas paramedik. Kacey koma selama beberapa bulan sebelum disahkan meninggal dunia, Sabtu lalu.

Sementara itu, bapa kandung Kacey, Russell Hambleton, 27, dalam satu kenyataan berkata seluruh keluarga meratapi kehilangan puteri kesayangannya. "Hati saya seperti dirobek. Kacey pergi meninggalkan kami dalam waktu yang cukup singkat," katanya. Atas kesalahannya itu, Gibson dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun. -AP




.

11 mayat tidak akan dikebumikan kerana disambar petir


11 mayat tidak akan dikebumikan kerana disambar petir | Seramai 11 orang anggota masyarakat adat Indian Wiwa di daerah Colombia, Amerika Syarikat, maut selepas disambar petir ketika upacara keagamaan. Polis berkata bahawa ke 11 mayat tersebut akan dibiarkan tidak dikubur untuk menghormati tradisi. Penasihat untuk masyarakat adat Wiwa di The National Indigenous Organization of Colombia, Jose Gregorio Rodriguez, berkata komuniti Wiwa yang terdiri dari 60 keluarga akan meninggalkan desanya setelah tragedi tersebut. Tapi maklumat mengenai kemana komuniti ini pindah masih belum jelas.

"Mayat akan tetap berada di 'Uguma' (nama tempat ibadah) di mana mereka meninggal dan komuniti akan meninggalkan tempatnya, sesuai dengan tradisi," kata Rodriguez. Tragedi ini bermula ketika 60 orang masyarakat adat berkumpul di Uguma untuk melakukan upacara ritual. Ketika upacara sedang berlangsung tiba-tiba saja tempat ibadah disambar petir dan terbakar. 11 orang maut dan 15 orang lainnya cedera akibat kejadian ini. Sehabagian besar mangsa cedera memiliki luka bakar tingkat dua dan tiga. Mangsa yang selamat dibawa ke hospital di kota Santa Marta menggunakan helikopter. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!