Sunday, October 19, 2014

SIAPA AKU DISISIMU - ALINA HAIZAR




SIAPA AKU DISISIMU - ALINA HAIZAR | Izwan yang sedang melakukan urusan kerja di Kelly's Inn memang benar-benar jatuh hati pada anak empunya Kelly's Inn itu, Siti Hajar. Siti Hajar yang punya kecantikan memikat hati dan rajin juga membuatkan rakan baik Izwan sendiri, Azrul miliki rasa yang sama. Keperibadian Siti Hajar menjadikan Izwan nekad memiliki hati gadis itu. Bahagia rasanya hati bila dapat tahu Siti Hajar juga miliki perasaan yang sama. Namun hasrat Izwan untuk menjadikan Siti Hajar sebagai isteri ditentang hebat keluarganya.

Ketika mama dan papa Izwan keluar negara, dia mengambil peluang untuk merealisasikan impiannya untuk memperisterikan Siti Hajar. Bahagianya menempuh hari sebagai suami isteri, tibalah masa mama dan papa Izwan pulang ke tanahair, dan Izwan membawa Siti Hajar bersama untuk diperkenalkan sebagai isterinya. Namun impian itu tidak menjadi kenyataan apabila Izwan dan Siti Hajar yang ketika itu sedang hamil terlibat dengan kemalangan tragis. Menjadikan Siti Hajar hodoh dan tempang sementara Izwan hilang ingatan.

Mama Izwan, Datin Zaiton menggunakan alasan penyakit Izwan untuk memisahkan pasangan suami isteri ini. Pada Siti Hajar, dia minta untuk pulang ke kampung, dan pasti apabila Izwan pulih, Izwan sendiri akan menemui Siti Hajar disana. Rupa-rupanya Datin Zaiton punya rancangan lain. Izwan ditunangkan dengan gadis pilihan Datin Zaiton. Namun kehadiran surat permohonan cerai dari Siti Hajar benar-benar mengejutkan Izwan yang sememangnya langsung tidak mengingati kehadiran wanita itu, apatah lagi mengenai hubungan mereka sebagai suami isteri.

Bagi Siti Hajar, penantian selama bertahun itu menyedarkannya bahawa, dia memang sudah benar-benar kehilangan suami tercinta. Biarlah dia dilepaskan. Datin Zaiton yang tiba-tiba tersedar kesilapannya, berusaha untuk kembali menyatukan pasangan suami isteri ini. Pada Izwan, Siti Hajar begitu asing padanya. Entah kenapa, semakin lama, dia terasa jatuh hati pula walaupun ingatannya masih belum pulih..


Tajuk : Siapa Aku Disisimu
Penulis : Alina Haizar
Halaman : 809 muka surat
Harga : RM30/RM33





.


Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tempuh saat memalukan



Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tempuh saat memalukan | Tidak disangka-sangka, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sendiri berhadapan saat memalukan yang biasanya berlaku kepada orang kebanyakan. Sebaik selesai menikmati hidangan makan malam, tiba-tiba kad kreditnya bermasalah hingga menyebabkan kad miliknya itu tidak diterima semasa mahu membuat pembayaran di sebuah restoran di sini. Kejadian berlaku selepas beliau bersama isterinya, Michelle. Mereka berada di sini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya rasa tidak menggunakan kad kredit itu melebihi hadnya, jadi mereka (kakitangan restoran) anggap telah berlaku penipuan. Mujur, Michelle membawa kad kreditnya. “Saya juga cuba jelaskan kepada pelayan itu bahawa saya tidak mempunyai tunggakan bayaran,” katanya yang menceritakan detik itu semasa berucap pada mesyuarat kewangan di sini baru-baru ini menyebabkan hadirin ketawa.


Walaupun Obama tidak mendedahkan lokasi restoran itu, namun beliau dilihat menikmati makan malam dengan isterinya di sebuah restoran yang menawarkan hidangan gaya Sepanyol di Estela, Manhattan pada bulan lalu. Pasangan itu menikmati hidangan burrata (krim keju), roti, sos hijau serta salad dan tomato, namun harga makanan tersebut tidak dinyatakan. Berikutan kejadian itu, Obama berkata, beliau telah mengarahkan syarikat kewangan meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad kredit termasuk penggunaan cip untuk menggantikan jalur magnetik.-AP




.

Oh inikah keburukan membaca dan taksub pada novel??



Oh inikah keburukan membaca dan taksub pada novel?? | Pelajar Politeknik di Johor Bahru yang membuat laporan palsu kononnya diculik, berdepan hukuman penjara dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pihaknya mungkin mengambil tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu kepada polis. Katanya, pelajar berusia 20 tahun itu sudah diserahkan kepada keluarganya yang menetap di Ampang Permai, Ampang, Selangor sementara kertas siasatan mengenainya siap.

"Dalam laporannya, kelmarin, pelajar itu mendakwa dia bersama tujuh kanak-kanak berketurunan Cina, India dan Melayu diculik di Johor Bahru dan dikurung di dalam sebuah lori. "Pelajar itu mendakwa dia berjaya melarikan diri ketika lori berkenaan berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak berdekatan Hospital Dungun pada kira-kira jam 7.05 pagi. "Dia mendakwa mendapatkan bantuan seorang pembeli surat khabar yang kemudian membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk membuat laporan pada kira-kira jam 9.45 pagi," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, siasatan polis juga mendapati pelajar terbabit mereka cerita dia diculik berdasarkan novel yang pernah dibacanya. Malah, kanak-kanak perempuan bernama `Mira' yang dikatakan mangsa penculikan bersamanya juga adalah adalah nama yang diambil daripada cerita novel yang pernah dibacanya. -BH



P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Seram! Sms pada telefon si mati dan dibalas dengan....



Seram! Sms pada telefon si mati dan dibalas dengan.... | Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang yang dikasihi meninggal dunia, timbul persoalan mengenai apa yang hendak dibuat dengan nombor telefon bimbitnya. Ada yang enggan memadamkan nombor telefon itu sementara ada yang berasa selesa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang yang pernah mereka sayang. Bayangkan apa yang berlaku jika SMS yang dihantar itu dijawab.

Sheri Emerson menghantar mesej pesanan ringkas kepada mendiang neneknya, Lesley, yang dikebumikan bersama-sama telefon bimbitnya. Tetapi sehari kemudian, dia menerima jawapan: "Saya memerhatikan anda. Jangan risau. Anda akan berjaya mengatasinya. Anda akan selamat." Sheri yang terkejut menerima mesej itu, menelefon nombor berkenaan dan orang yang menjawabnya mengaku menghantar mesej berkenaan. Sebenarnya, syarikat telekomunikasi 02 menjual nombor yang pernah digunakan nenek Sheri kepada pelanggan lain selepas ia tidak digunakan selama tiga tahun.


"Saya terkejut menerima jawapan itu. Saya menghantar mesej Rabu lalu, menceritakan mengenai keluarga kami dan keesokannya, saya mendapat jawapan. Saya tahu nenek tidak akan menjawab. Tetapi, tiba-tiba saya menerima jawapan daripada nombornya. "Anda sendiri boleh bayangkan keadaan saya ketika itu," katanya. Sementara itu, 02 mengesahkan ia menjual nombor Lesley kepada seorang pelanggan barunya.-AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!