Tuesday, October 21, 2014

Pegawai keselamatan terjun bangunan selepas tragedi berdarah konsert K-Pop


Pegawai keselamatan terjun bangunan selepas tragedi berdarah konsert K-Pop | Seorang pegawai yang bertanggungjawab mengenai urusan keselamatan di konsert K-Pop yang meragut 16 nyawa malam tadi, bertindak membunuh diri, hanya beberapa jam selepas tragedi itu berlaku. Nama lelaki yang dikenali sebagai Oh berusia 37 tahun yang juga seorang pegawai kerajaan diumumkan ketika pegawai penyiasat sedang mencari punca tragedi yang berlaku semasa berlangsungnya konsert kumpulan remaja perempuan 4Minute yang diadakan di bandar Seongnam. Jurucakap pasukan bantuan berkata, Oh terjun dari sebuah bangunan berhampiran lokasi tragedi selepas disoal siat mengenai insiden terbabit oleh pihak polis.

Dalam kejadian itu enam belas orang maut manakala sembilan lagi cedera parah apabila besi penghadang lubang sistem pengudaraan runtuh pada ketinggian 18.7 meter. Ia digunakan penonton konsert untuk melihat dengan lebih jelas. “Mereka sedang berdiri di atas besi penghadang lubang udara itu untuk mendapat pandangan yang lebih baik, tetapi besi penghadang itu runtuh akibat terlebih muatan,” kata jurucakap pasukan bomba. Menurut saksi, meskipun kumpulan terbabit telah dinasihatkan untuk turun dan diingatkan mengenai bahaya tindakan mereka, namun masih berdegil dan tidak mahu berganjak. Kawalan keselamatan juga dikatakan pada tahap minimum dan longgar. Insiden berlaku ketika negara itu masih bersedih dengan insiden feri Sewol yang karam dan mengorban 300 nyawa kebanyakkannya pelajar sekolah tahun ini.-AP




.

Penemuan mengejutkan janin yang tersangkut di perangkap sampah



Penemuan mengejutkan janin yang tersangkut di perangkap sampah | Seorang pekerja pembersihan sampah di Sungai Segambut terkejut apabila menemui satu janin yang tersangkut di perangkap sampah, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, pekerja terbabit terus mengangkat janin terbabit ke atas jalan sebelum melaporkan kepada pihak polis. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis forensik dikerah ke lokasi kejadian. Katanya, hasil siasatan awal mendapati janin terbabit berusia lingkungan lima hingga enam bulan tetapi jantina masih belum dapat dipastikan.

"Janin yang ditemui ini sudah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat. "Polis masih menyiasat keturunan janin terbabit dan usaha mengesan saksi ataupun ibu kepada janin berkenaan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurut Munusamy, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat dengan sulit. Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -Metro



.

Besarnya labu yang ditanam oleh petani di Napa Valley ni..



Besarnya labu yang ditanam oleh petani di Napa Valley ni.. | Sebiji buah labu yang ditanam oleh seorang petani di Napa Valley dalam negeri California diisytiharkan sebagai buah labu paling besar yang pernah ditanam di Amerika Utara. Buah labu seberat 933 kilogram yang ditanam oleh petani itu, John Hawkley berjaya memenangi satu pertandingan buah labu terberat yang berlangsung di sini kelmarin. Pegawai pertandingan itu, David Stelts berkata, pihak penganjur merancang untuk membawa buah labu berkenaan ke New York untuk dipamerkan dalam satu pameran botani tidak lama lagi.

“Buah labu yang ditanam Hawkley ini lebih berat daripada rekod sebelum ini yang juga dicatatkan di daerah Napa Valley. “Sebagai johan pertandingan ini, Hawkley memenangi wang tunai berjumlah AS$13,348 (RM43,704),” katanya. Rekod buah labu paling berat di dunia dicatatkan oleh seorang petani dari Switzerland yang berjaya menanam labu seberat 952 kilogram. – Reuters




.

Lelaki cuba bunuh diri 3 kali, kini merayu bantuan kewangan untuk bayar bil perubatannya



Lelaki cuba bunuh diri 3 kali, kini merayu bantuan kewangan untuk bayar bil perubatannya | Seorang lelaki berusia 36 tahun yang dimasukkan ke hospital selepas cuba membunuh diri tiga kali kini merayu bantuan kewangan untuk membayar bil perubatannya untuk rawatan diterima akibat perbuatannya itu. Nqobile Mlilo, pengurus di Spar Butchery di Plumtree Town dipercayai mempunyai masalah rumahtangga, cuba membunuh diri tiga kali dalam tempoh dua hari bulan lalu. Bagi cubaan pertama, Mlilo minum bahan kimia namun cecair itu gagal membunuhnya malah dia sempat dibawa ke hospital.

Dia berjaya melarikan diri dari wad pada hari sama dan nekad menikam perut serta lehernya dengan pisau. Malangnya, dia sekali lagi gagal mati lalu cuba pula melemaskan dirinya dalam tangki najis namun ditemui jiran yang terus membawanya ke Hospital Bulawayo. Disebabkan tidak mampu membayar kos perubatan berjumlah AS$374 (RM1,200), Mlilo kini merayu pembiayaan malah status Whatsappnya mengatakan: “Bantulah dengan menghantar wang melalui EcoCash menggunakan nombor saya.” - AP




.

Hukum orang Islam bela anjing. Apa kata ulama?



Hukum orang Islam bela anjing. Apa kata ulama? | Para ulama menerangkan bahawa seseorang Islam itu boleh memelihara anjing dengan bersebab dan haram hukumnya jika dibela sebagai binatang peliharaan. Beberapa penjelasan oleh beberapa ulama mengenai hukum membela anjing ini ada dimuatnaik di dalam Youtube. Antaranya adalah Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan bahawa anjing adalah haiwan yang mempunyai hukum dan tafsirannya di dalam Islam. Ia adalah binatang yang tidak diharamkan untuk dibela dan tidaklah wajib dibela.

 Namun begitu sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam.Ustaz Rasul Dahri juga videonya menyatakan bahawa membela anjing hukumnya harus jika bertujuan seperti menjaga ternakan dan harta, petunjuk jalan, memburu dan menjaga rumah seperti yang telah dijelaskan dalam hadis sahih. Ustaz Rasul Dahri turut menjelaskan sebab-sebab mengapa dilarang memelihara anjing sebarangan. -Awani




.

Malangnya pencuri ini yang juga seorang penganggur



Malangnya pencuri ini yang juga seorang penganggur | Seorang penganggur bukan saja ditangkap penduduk kampung selepas 15 minit mencuri sebuah motosikal malah turut diikat di sebatang pokok kelapa bagi mengelakkannya melarikan diri sebelum diserahkan kepada polis di Kampung Gua Salor, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, suspek berusia 40-an datang dari Padang Tembak, dekat Pengkalan Chepa dikatakan sanggup menaiki bas sejauh 25 kilometer sebelum mencuri motosikal jenis Yamaha Ego itu.

Menceritakan kejadian itu, mangsa Yaakob Harun, 45, berkata, sebelum kejadian dia sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit di Kampung Seberang Pasir Mas. "Tidak sampai lima minit di dalam kedai, saya mendapati motosikal dilarikan oleh seorang lelaki sebelum keluar untuk mengejarnya. "Saya minta pertolongan penduduk kampung dengan menaiki motosikal dan mengejar lelaki itu sejauh tiga kilometer (km)," katanya di sini, semalam. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!