Thursday, October 23, 2014

Inilah labah-labah sebesar tapak tangan yang berjaya ditemui oleh saintis


Inilah labah-labah sebesar tapak tangan yang berjaya ditemui oleh saintis | Seorang saintis menemui seekor Tarantula sebesar saiz tapak tangan seorang dewasa sewaktu meneroka hutan hujan Amazon di Guyana. Menurut pakar serangga, Piotr Naskrecki, labah-labah itu ditemui di trek laluan pejalan kaki sewaktu dia menjelajah hutan itu. “Saya boleh dengar dengan jelas saat kakinya menyentuh tanah. Saya juga boleh dengar bunyi daun kering seolah dipijak dengan sesuatu sewaktu binatang tersebut bergerak. “Saya arahkan kamera saya ke arah bunyi tersebut, saya ingat saya mungkin akan terserempak dengan mamalia kecil, mungkin tikus hutan atau tupai,” jelasnya seperti yang dipetik melalui portal Metro.co.uk.


Namun apa yang ditemui ialah seekor tarantula sebesar saiz tapak tangannya. “Labah-labah jenis itu mungkin merupakan satu-satunya tarantula yang menghasilkan bunyi ketika bergerak. “Kakinya yang keras telah menghasilkan bunyi ‘klik’ yang aneh, tidak banyak bezanya dengan bunyi tapak kaki kuda di atas tanah,” tambahnya. Tarantula yang ditemui Naskrecki merupakan jenis Goliath birdeater merupakan spesis labah-labah kedua terbesar pernah direkodkan dan hanya dijumpai di bahagian utara selatan Amerika, Utara Brazil dan bahagian selatan Venezuela. Spesis ini dikatakan boleh menyerang dan memakan burung kelicap. Ia mempunyai kepanjangan kaki yang boleh mencecah sehingga 30 cm dan beratnya pula boleh menyamai seekor anak anjing. -AP




.

Peminta sedekah lakukan sesuatu yang tidak masuk akal untuk raih simpati



Peminta sedekah lakukan sesuatu yang tidak masuk akal untuk raih simpati  | Sekumpulan peminta sedekah di China didakwa sanggup memotong kaki seekor unta untuk menggunakan haiwan tersebut meraih simpati orang ramai, lapor MailOnline semalam. Seorang aktivis hak asasi haiwan di China, Xiong Kung mendakwa, mereka mengesan dua lelaki membawa seekor unta yang kudung keempat-empat kaki untuk meminta sedekah di bandar Fuzhou, dalam wilayah Fujian. “Kami mendapat maklumat mereka memperoleh banyak wang daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib haiwan ini.

“Peminta-peminta sedekah itu mendakwa, unta berkenaan cacat selepas dilanggar sebuah kereta api dan mereka meminta dana daripada orang ramai untuk menjaga haiwan berkenaan. “Polis mengesahkan haiwan itu sengaja dicacatkan sebagai salah satu cara untuk meraih simpati orang ramai,” katanya. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa terhadap individu berkenaan kerana di China tiada undang-undang berhubung penganiayaan terhadap haiwan,” katanya. – Agensi




.

Pembunuhan kejam di Thailand ini menggejutkan ramai



Pembunuhan kejam di Thailand ini menggejutkan ramai | Polis menangkap sepasang suami isteri kerana disyaki merancang dan membunuh seorang lelaki Jepun yang hilang sejak 21 September lalu. Pornchanok Chaiyapa, 47, dan suaminya Somchai Kaewbangyang, dituduh membunuh Yoshinori Tetsuo dan memotong badan mangsa sebelum membuangnya ke dalam sungai di daerah Bang Bo. Semalam polis menemui empat beg berisi bahagian - antara lain - usus, kepala, tangan dipercayai Tetsuo. Pegawai polis Samut Prakan, Srivara Rangsipramanakul berkata, ujian DNA akan dilakukan bagi mengesahkan potongan mayat itu adalah Tetsuo.

Polis percaya Tetsuo sengaja diracun sebelum kepalanya dipenggal. Badannya pula dipotong-potong sebelum dimasukkan ke empat beg berlainan dan disumbat pasir untuk membolehkan ia tenggelam di dalam sungai. Selepas Tetsuo hilang, polis percaya Pornchanok membuat pengeluaran wang dari kad mangsa sebanyak Bt700,000 (RM70,000). Pornchanok ditahan atas tuduhan mencuri namun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak sebelum sekali lagi ditangkap Isnin. Tetsuo adalah lelaki Jepun kedua yang mati selepas berkahwin dengan Pornchanok. Suaminya sebelum ini dikatakan mati akibat jatuh tangga pada 2003, namun keluarga mangsa yakin ada unsur khianat di sebalik insiden berkenaan. -Agensi



.

Jurugambar bertuah berjaya gambar obor-obor pelik



Jurugambar bertuah berjaya gambar obor-obor pelik | Seorang jurugambar di Britain merasa bertuah apabila berjaya mengambil gambar obor-obor berbentuk seperti kuning telur ketika belayar di Laut Mediterranean, baru-baru ini. Portal berita Mail Online melaporkan jurugambar itu, Barry Bland dari St. Albans, Hertfordshire berkata, dia sebelum ini hanya melihat obor-obor itu di kalender majalah National Geographic dan memasang keinginan untuk mengambil gambar haiwan tersebut. “Jadi, ketika berada di Lautan Miditerranean, saya memberi tumpuan khas untuk mencari obor-obor tersebut,’’ katanya.

Bland berkata, obor-obor yang mempunyai warna menarik itu dengan bebola berwarna biru boleh dilihat bertukar bentuk seperti sebuah lampu hiasan dan kuning telur ketika haiwan itu berenang. “Gambar saya menyaksikan obor-obor ini berenang-renang dalam kalangan kawanan ikan,’’ katanya. Habitat obor-obor kuning telur itu boleh ditemui di Laut Mediterranean, selain di Laut Agean dan Adratic. Obor-obor kuning telur dianggap lebih selamat berbanding jenis obor-obor lain ekoran sengatnya tidak memberi kesan kepada manusia. -AP




.

Benarkah ada video rakaman tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine?



Benarkah ada video rakaman tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine? | PENDEDAHAN video pesawat yang terhempas tersebar luas di YouTube baru-baru ini, tiada kaitan langsung dengan Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Rakaman video yang tersebar itu sebenarnya adalah sebuah pesawat tentera Iran yang terhempas berhampiran Tehran, pada 2009. Kemalangan itu berlaku selepas pesawat berkenaan menyertai pertunjukkan udara sempena memperingati peperangan Iraq-Iran yang berlaku pada 1980-1988, pada 22 September 2009 lalu. Rakaman berdurasi 23 saat yang dimuat naik itu, dirakamkan oleh kru pesawat jenis C-130 yang terbang berhampiran dengan pesawat yang jatuh itu. Pesawat jenis Ilyushin IL-76MD kelihatan berapi ketika menjunam sebelum terhempas di sebuah ladang. Kemalangan itu turut meragut nyawa tujuh anak kapal yang berada di dalam pesawat itu. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!