Friday, October 24, 2014

Punca pelajar tingkatan 2 dibelasah 9 pelajar senior di Pulau Pinang



Punca pelajar tingkatan 2 dibelasah 9 pelajar senior di Pulau Pinang | Gara-gara tidak puas hati dipercayai ekoran kehilangan sepasang kasut berharga RM400, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama penuh di Balik Pulau di sini, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dikatakan dibelasah kira-kira sembilan pelajar senior sekolah terbabit dalam kejadian antara pukul 11.45 malam hingga 1 pagi Rabu lalu. Difahamkan, pelajar berkenaan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor dan mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang rusuk. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan Lai Fah Hin yang dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Utusan




.

Lihat apa yang ditemui didalam bilik hotel, selepas penemuan mayat pasangan suami isteri




Lihat apa yang ditemui didalam bilik hotel, selepas penemuan mayat pasangan suami isteri | Dikelilingi pelbagai pil tidur, anti-depresi, anti-kegelisahan dan botol ubat batuk, pasangan suami-isteri warga Britain ditemui mati dalam bilik hotel mereka yang terletak di kawasan pelancongan terkenal iaitu Taj Mahal. Kedua-duanya adalah pemegang ijazah kelas pertama dan merupakan bekas pensyarah bahasa Inggeris di sebuah kolej di Manchester, England. Mereka sedang mengembara di India dengan rancangan untuk mengajar sambil melancong. Polis berkata, James Gaskell, 27, dan isterinya Alex, 24, mati kerana mengambil pil secara berlebihan. Turut ditemui bersama mereka ialah buku panduan pengembaraan, beg, telefon bimbit serta ubat-ubatan.

Penemuan mayat mereka adalah sama sekali kontras dengan foto-foto yang dimuatnaikkan oleh pasangan ini beberapa hari lalu yang menunjukkan mereka sedang bergembira, sentiasa tersenyum dan romantis sepanjang pengembaraan mereka di sini. Bagaimanapun James ada mengirim beberapa siri mesej dalam laman Twitter bercakap mengenai sikap kasualnya berhubung pelbagai jenis dadah dan pil-pil yang mengandungi dadah. Tweetnya yang terakhir iaitu pada Ahad, dua hari sebelum mayat mereka ditemui menceritakan bagaimana mudahnya untuk mereka memperolehi ubat-ubatan di India.

Dia menulis bahawa ubat seperti kodeina hanya boleh diperolehi dari bawah kaunter manakala Valium, Xanax dan Lyrica boleh diperolehi dengan mudah di mana-mana. Yang peliknya sementara suaminya itu tanpa berselindung bercakap mengenai dadah dan penggunaan dadah, keluarga isterinya menegaskan bahawa anak perempuan mereka adalah seorang yang anti-dadah. Pasangan tersebut berkahwin November tahun lalu ditemui mati di Hotel Maya, Agra, berhampiran dengan destinasi popular, Taj Mahal. James Gaskell ditemui mati dalam keadaan terbaring disisinya manakala isterinya rebah dalam posisi membongkok. Terdapat tanda-tanda di dalam bilik itu yang salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sedang sakit sebelum mati.


Pemilik hotel bajet itu, Rajesh Gupta memberitahu yang pasangan tersebut mendaftarkan diri pada Isnin malam. "Mereka kemudiannya memesan makan malam pada lebih kurang jam 9 malam dan sejam kemudian ketika pesanan dihantar, James Gaskell yang membuka pintu bilik untuk menerima makanan.Dia tidak benarkan pekerja kami memasuki bilik dan terus menutup pintu. "Mereka hanya membuat tempahan untuk bermalam selama satu malam sahaja. Tetapi apabila pasangan itu tidak turun ke kaunter untuk melanjutkan tempahan, pekerja kami telah pergi mengetuk pintu bilik mereka pada jam 11:30 pagi Selasa tetapi tidak ada respon.

"Pintu bilik mereka masih berkunci dari dalam dan oleh kerana tidak ada respon pengurus kami telah menghubungi polis. Selepas memecah masuk, polis menemui mereka sudah pun meninggal dunia dengan televisyen dan alat penghawa dingin masih terpasang," katanya. Polis kemudiannya menemui lima buah botol ubat batuk yang sudah kosong, berkeping-keping pil tidur, pil tahan sakit, pil anti-depresi dan ubat anti-kegelisahan yang dibekalkan oleh Hospital Sir Ganga Ram, Delhi. Ketua Polis Agra, Shalabh Mathur berkata, daripada preskripsi tersebut, adalah jelas bahawa mangsa wanita itu mengalami sakit kepala. "Kami tidak menemui sebarang tanda yang bilik mereka telah dipecah masuk melainkan oleh pasukan polis yang membuat pemeriksaan selepas menerima panggilan daripada pemilik hotel dan satu-satunya kesimpulan yang boleh kami buat ialah kedua-dua mangsa telah mengambil ubat-ubatan ini secara berlebihan," ujarnya.

Mengenai pil anti-kegelisahan, Dr Ish Anand, pegawai perubatan yang memberikan pil tersebut kepada James Gaskell berkata, mangsa mendakwa telah lama mengambil pil berkenaan dan berada pada tahap perlu memakannya. "Dia kelihatan seperti ketagihan pil tersebut dan orang yang berada di dalam situasi ini tidak selamat untuk berhenti secara mendadak. Jadi saya memberinya dos yang berlainan sebagai langkah berjaga-jaga. "Saya juga dapati yang keadaannya ketika itu adalah stabil, tenang, berjaga-jaga dan boleh berjalan dengan elok. Apabila dia bercakap, dia kelihatan mempunyai pengetahuan yang luas mengenai ubat tersebut jadi saya menganggap yang dia boleh mengendalikannya dengan selamat," kata doktor itu. Bapa tiri Alex pula memberitahu akhbar Britian the Mail, bahawa menantunya itu mengambil dadah yang terkawal untuk merawat depresi.

"Ini bukanlah dua remaja yang sedang dalam pengembaraan dadah di India...James memang sedang dalam preskripsi pil depresi dan mereka ke sana untuk mengenali lebih dekat budaya dan cara kehidupan masyarakat India, bukannya untuk bersuka ria dengan dadah," katanya lagi. Alex dikatakan seorang yang sangat berhati-hati dengan dadah apatah lagi budaya mengambil dadah. Kedua-duanya mengajar bahasa Inggeris di Kolej Antarabangsa Manchester dan berhasrat suatu hari nanti mengajar bahasa Inggeris di luar negara seperti di India atau Indonesia. Dan kedua-duanya adalah graduan yang cemerlang - memperolehi ijazah kelas pertama. Mereka telah mengembara di benua kecil India sejak Julai lalu. -AP




.

Penemuan mengejutkan dalam telinga seorang lelaki selepas pendengarannya terganggu dengan bunyi aneh


Penemuan mengejutkan dalam telinga seorang lelaki selepas pendengarannya terganggu dengan bunyi aneh | SEORANG lelaki menjadi tidak keruan apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seolah-olah ada sesuatu sedang bergerak-gerak dan mengibaskan kepak dalam telinganya. Hanya dikenali sebagai Mikey, lelaki itu ditemui rakannya terbaring di lantai sambil mengadu mengesyaki ada serangga masuk ke dalam telinganya dan ia mungkin rama-rama. Mikey juga memberitahu rakannya, dia dapat mendengar pergerakan serangga itu dalam telinganya terutama ketika kepaknya dikibas.

Menggambarkan saat serangga itu terbang ke dalam telinganya, Mikey berkata: "Saya dapat rasakan ia masuk, saya cuba menepis tetapi gagal." Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat ini menyebabkan rakannya terpaksa menggunakan lampu suluh dan penyepit untuk mengeluarkan rama-rama itu. Tambah menyukarkan keadaan apabila telinga Mikey juga dipenuhi tahi telinga menyebabkan rakannya perlu membersihkannya dahulu, sebelum meneruskan usaha untuk mengeluarkan rama-rama yang bersembunyi jauh ke dalam lubang telinga lelaki malang itu.


Selepas beberapa kali cubaan gagal, akhirnya mereka berjaya menarik keluar rama-rama coklat sepanjang kira-kira tiga sentimeter dan ia masih hidup. Sambil serangga itu mengibaskan kepaknya di lantai, Mikey yang ternyata lega berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakan yang membantunya. Pada awal bulan ini, Mirror melaporkan bagaimana pengembara Britain terpaksa menahan rasa sakit dan tidak selesa apabila lintah melekat pada hidungnya. Daniella Liverani ke Vietnam dan mengalami pendarahan hidung dan sebaik pulang ke Edinburgh dan mendapatkan rawatan, doktor mengesan adanya lintah pada hidungnya. Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya. -AP




.

Misteri penemuan 6 mayat bayi reput dalam sebuah rumah



Misteri penemuan 6 mayat bayi reput dalam sebuah rumah | Seorang wanita didakwa selepas polis menemui enam mayat bayi reput dalam rumahnya di Winnipeg. Jurucakap polis berkata, Andrea Giesbrecht, 40, ditahan atas tuduhan menyembunyikan mayat kanak-kanak.. “Pemilik unit penyimpanan itu sudah dikenal pasti dan polis menahannya di luar kediamannya kerana disyaki terbabit. “Wanita itu yang juga dikenali sebagai Andrea Naworynski, kini dalam tahanan,” katanya.

 Sebelum ini, polis mengesyaki ada empat mayat dalam tempat simpanan itu, namun hasil siasatan menemui dua lagi mayat reput. “Pemeriksaan forensik dan bedah siasatan sedang dijalankan, keputusannya mengambil masa beberapa bulan,” kata jurucakap itu. Setakat ini belum diketahui punca sebenar kematian semua mayat berkenaan atau usia mereka.

Selasa lalu, polis mendedahkan beberapa individu disoal berhubung penemuan itu. Menurut media, pekerja tempat penyimpanan mula mengesan bau yang teramat busuk Isnin lalu dan membuat pemeriksaan sebelum menemui mayat berkenaan. Andrea sebelum ini pernah didakwa menipu wang jirannya, seorang warga emas dengan CAD$7,000 (RM20,388) kerana masalah perjudian. - AFP




.

[Gambar] TMJ sah bergelar suami Cik Puan Khaleeda


[Gambar] TMJ sah bergelar suami Cik Puan Khaleeda | Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selesai menyempurnakan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Cik Puan Khaleeda Bustamam, sebentar tadi. Tunku Ismail bersama Cik Puan Khaleeda berangkat memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini tepat jam 10 pagi dan keluar sekitar jam 12 tengahari selepas sah bergelar suami isteri. Pasangan diRaja yang mengenakan busana pengantin berwarna putih sempat melontarkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar di luar pekarangan istana.


 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan anakandanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dilihat berangkat hadir ke istiadat itu. Turut kelihatan hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan tetamu kenamaan yang mula memasuki pekarangan istana kira-kira jam 8 pagi. Istiadat akad nikah disempurnakan oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin. Kesemua majlis istiadat dilaksanakan mengikut adat Melayu dan DiRaja Johor selain ada unsur ketenteraan. Pasangan diRaja itu dijangka disandingkan di Istana Besar Johor, di sini, pada jam 7.30 malam, 8 November ini. -SH




.

60 penghuni menderita hidup dalam sisa kumbahan



60 penghuni menderita hidup dalam sisa kumbahan | Kira-kira 60 penghuni di sebuah bangunan hidup menderita sejak lebih setahun lalu apabila kerana kediaman mereka dinaiki air dan sisa kumbahan kira-kira setengah meter. Masalah itu bermula pada 26 Julai tahun lalu apabila mereka mendapati halaman utama bangunan itu dinaiki air kotor dan busuk dari sistem pembetungan. Selepas menggunakan mesin khas untuk menyalur keluar air berkenaan, mereka terkejut apabila mendapati masalah sama berulang keesokan harinya.

Tukang paip yang dipanggil menemui pelbagai barangan di dalam saluran itu, termasuk pakaian yang menyekat aliran air kotor ke tempat sewajarnya. Namun masalah itu belum diselesaikan pihak berkuasa. Wakil penduduk, Nguyen Dinh Tuan berkata, ada kalanya air kotor itu naik sehingga 40 sentimeter menyebabkan penduduk terpaksa membina laluan terdiri daripada batu bata dan papan untuk melintasi kawasan berkenaan.

“Keadaan ini amat menyukarkan kami. Sukar dipercayai masalah ini berlaku di tengah-tengah Hanoi pada zaman ini,” katanya, semalam. Menurutnya, dulu, halaman utama bangunan berkenaan menjadi tempat penduduknya membasuh serta menyidai baju namun kini dibanjiri air kotor dan sampah-sarap serta busuk. Seorang lagi penduduk Nguyen Thi Tu, 85, berkata, keadaan itu turut mengancam kesihatan mereka. - Agensi




.

Peragut jadi sasaran orang ramai yang geram selepas dia cuba meragut rantai



Peragut jadi sasaran orang ramai yang geram selepas dia cuba meragut rantai | Seorang peragut 'dihadiahkan' tinju dan penampar oleh orang ramai yang geram selepas suspek diberkas sejurus cuba meragut rantai emas seorang wanita. Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, suspek lelaki berusia 20-an itu dikesan menjadikan seorang wanita berusia 40-an sebagai sasaran berhampiran Jalan Bukit di sini. Sumber polis berkata, suspek dikesan cuba meragut rantai emas mangsa yang ketika itu sedang berjalan bersendirian. "Suspek yang menunggang motosikal bertindak menarik rantai emas milik pada leher mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan cuba melawan.

 "Mangsa bagaimanapun enggan mengalah apabila bergelut dengan suspek sambil menjerit meminta tolong," katanya. Dia berkata, orang ramai yang mendengar jeritan mangsa kemudian bertindak datang membantu sebelum menahan suspek. "Suspek kemudian dibelasah dua lelaki sebelum tiga lagi lelaki yang berada di kawasan berhampiran turut membantu memukul mangsa hingga rebah.

"Suspek kemudian diikat orang ramai sebelum diserahkan kepada anggota polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu," katanya. Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan peragut terbabit dan siasatan lanjut sedang dilakukan. Menurutnya, uspek dipercayai turut terbabit dengan beberapa kes ragut di daerah ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap suspek warga tempatan itu. - Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!