Saturday, October 25, 2014

Penemuan mengejutkan mayat lelaki dalam keadaan berulat dijumpai di George Town



Penemuan mengejutkan mayat lelaki dalam keadaan berulat dijumpai di George Town | Misteri bau busuk yang dihidu oleh penduduk Bukit Jambul Court terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam satu unit pangsapuri itu, di sini, Sabtu. Mayat Wong Boon Chuang, 53, dijumpai dalam keadaan kembung dan berulat, dipercayai telah meninggal dunia seminggu lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian pukul 1.40 tengah hari itu pihaknya terpaksa memecah masuk pintu rumah mangsa yang berkunci dari dalam.

 "Menurut jirannya sudah lebih seminggu lelaki itu tidak dilihat keluar dari rumah dan dia tinggal bersendirian di tingkat sembilan unit pangsapuri itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sementara itu satu lagi mayat lelaki ditemui di sebuah pangsapuri di Halaman Damai Lintang Kampung Rawa I di sini hari ini. Mayat Yeoh Eng Beng, 68, ditemui anak perempuannya dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah yang terletak di tingkat 12 itu pukul 10.55 pagi tadi.

Mior Faridalathrash berkata siasatan awal lelaki itu dipercayai telah mati kurang dari tempoh 24 jam dan tiada seberang kesan kecederaan luaran dikesan pada tubuhnya. "Kali terakhir lelaki itu dihubungi pada hari Isnin lepas dan dia tinggal seorang diri di rumah itu kerana isterinya ke luar negara," katanya. Katanya pintu rumah itu berkunci dari dalam dan tiada kesan geledah atau kehilangan barang berharga dilaporkan keluarga mangsa. Beliau berkata polis tidak mengesyaki unsur perlakuan jenayah yang menyebabkan kematian kedua-dua lelaki itu dan mayat mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. -MStar




.

Pendedahan mengejutkan.. Wujudnya pesawat rahsia yang telah mengelilingi dunia sejak dua tahun lalu



Pendedahan mengejutkan.. Wujudnya pesawat rahsia yang telah mengelilingi dunia sejak dua tahun lalu | Sebuah pesawat rahsia Amerika Syarikat (AS) yang telah mengelilingi dunia sejak dua tahun lalu mendarat di kem tentera Vandenberg pada Jumaat. Pesawat yang dikenali sebagai X-37B mendarat pada pukul 9.24 pagi di kem tentara udara AS selepas didakwa melakukan tugas rahsia dari udara. Berikutan itu, misi rahsia selama 674 hari pesawat berkenaan kini menjadi perkara yang ingin diketahui pelbagai pihak sama ada di AS atau dari luar. Sesetengah pakar menyifatkan pesawat yang membawa keperluan intipan telah selesai melakukan tugasnya seperti di dalam filem James Bond.

Wujud juga teori bahawa pesawat tanpa pemandu berkenaan telah selesai melakukan intipan terhadap pesawat negara lain yang berada di udara termasuk mengintip makmal satelit China.Terdapat yang mendakwa, pesawat itu hanya menjalani eksperimen terhadap orbit. X-37B merupakan pesawat intipan kedua yang dibina sejak 1999 untuk melakukan misi rahsia dari udara. Pesawat itu mempunyai ketinggian 2.8 meter dan 8.8 meter panjang. Ia bergerak menggunakan kuasa solar ketika berada di udara.-AP




.

Guru disiplin dipenjara 15 tahun dan sebat kerana rogol murid sendiri



Guru disiplin dipenjara 15 tahun dan sebat kerana rogol murid sendiri | Seorang bekas guru disiplin diperintah menjalani hukuman penjara 15 tahun dan sebatan empat kali selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman kerana merogol anak muridnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun. Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan keputusan terdahulu yang dijatuhkan terhadap Ahmad Shukran Ramli, 37.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman tersebut pada 19 Mac tahun lalu manakala Mahkamah Tinggi mengekalkannya pada 17 September tahun yang sama. Ahmad Shukran disabitkan merogol mangsa kira-kira pukul 3.30 petang, 5 Mei 2011 dalam bilik tidur tingkat atas sebuah kuarters guru sebuah sekolah menengah di daerah Jerantut, Pahang. - Utusan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!