Monday, October 27, 2014

Apa kata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) mengenai dakwaan bumi bakal bergelap selama 3 hari


Apa kata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) mengenai dakwaan bumi bakal bergelap selama 3 hari | Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan dakwaan kononnya bumi akan bergelap selama tiga hari berturut-berturut pada 21, 22 dan 23 Disember ini seperti yang tersebar dalam laman sosial dan blog tempatan. Menurut kenyataan agensi tersebut, khabar angin yang mengatakan bumi akan bergelap selama tiga hari berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari itu disahkan palsu. Malah Angkasa memberitahu, siasatan terhadap laman web rasmi Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) juga mendapati tiada sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan dikeluarkan.

“Kenyataan tersebut didakwa dikeluarkan secara rasmi oleh NASA, namun selepas pihak kami meneliti laman rasmi NASA, perkara itu didapati palsu. Malah, untuk pengetahuan umum, ribut suria dari matahari tidak menyebabkan kejadian siang atau malam, jauh sekali menyebabkan bumi bergelap. “Bumi juga dilindungi oleh medan magnet (magnetosphere) yang menyebabkan kesan sebarang ribut suria dibelokkan (deflected) dan menjadi lemah sebelum sampai ke bumi,” kata kenyataan tersebut. - Utusan




.

Inilah bayi paling kecil pernah dilahirkan di Malaysia



Inilah bayi paling kecil pernah dilahirkan di Malaysia | Ketika dilahirkan lima tahun lalu, beratnya hanya 530 gram dengan saiz sama besar seperti botol susu sehingga membolehkan dia mencatat rekod sebagai bayi paling kecil pernah dilahirkan di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Voasha J Kumar yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9 Oktober 2009 itu kini seberat 12.5 kilogram (kg). Ibunya, Jashila Preya, 35, berkata, dia mengharungi saat sukar ketika melahirkan Voasha dan hampir putus asa apabila melihat kesengsaraan anaknya yang bertarung nyawa dan berada dalam keadaan kritikal selepas dilahirkan.

 "Ketika itu, doktor memberitahu bayi yang bakal saya lahir tidak matang dan peratusan hidup sangat rendah dan mungkin tidak dapat diselamatkan. "Saya diberi pilihan sama ada untuk meneruskan proses bersalin dan berhadapan dengan risiko tinggi atau tidak meneruskannya tetapi saya pilih untuk selamatkan zuriat ini," katanya selepas majlis penyerahan sijil pengiktirafan MBOR di sebuah hotel di sini. -Metro



.

Jepun dilaporkan bakal lenyap akibat letusan gunung berapi



Jepun dilaporkan bakal lenyap akibat letusan gunung berapi | Jepun mungkin musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi pada abad akan datang dengan semua 127 juta penduduknya terbunuh. Pakar yang menganalisis corak letupan gunung berapi di negara itu berkata, bukan sesuatu yang melampau untuk meramalkan bencana alam itu akan melenyapkan negara Matahari Terbit itu dari muka bumi ini. Saintis di Universiti Kobe meramalkan demikian selepas membuat kajian di kawah gunung berapi di Pulau Kyushu yang meletup tujuh kali sepanjang 120,000 tahun lalu.

 Mereka meramalkan satu lagi letupan di pulau di selatan negara itu akan menimbus 7 juta penduduk dengan lahar, sementara angin arah barat akan bertiup membawa sama debu tebal ke pulau lain. Awan toksik itu akan menjadikan pulau sekitar tidak boleh didiami sementara usaha menyelamat 120 juta penduduk di sekitar bandar besar akan menjadi sia-sia. Professor Yoshiyuki Tatsumi dan Keiko Suzuki berkata, ancaman letupan sedemikian berlaku dalam masa 100 tahun lagi adalah sekitar satu peratus.

Bagaimanapun, mereka berkata, anggaran itu tidak boleh dipandang ringan. Menurut mereka, kajian kemungkinan gempa bumi melanda Kobe dalam masa 30 tahun adalah satu peratus, sehari sebelum gegaran 7.2 magnitud itu memusnahkan bandar pelabuhan berkenaan pada 1995, meragut 6,400 nyawa. "Kerana itu, tidak mengejutkan jika letupan kuat berlaku di Pulau Kyusu akan berlaku bila-bila masa," menurut profesor berkenaan. Hasil kajian itu diumumkan beberapa minggu selepas Gunung Ontake di tengah Jepun meletup bulan lalu, mengorbankan 61 orang.-Agensi




.

Pemilik anjing hadapi tuduhan lakukan kekejaman terhadap haiwan selepas kantoi punya nafsu pada haiwan itu



Pemilik anjing hadapi tuduhan lakukan kekejaman terhadap haiwan selepas kantoi punya nafsu pada haiwan itu | Seorang pemilik anjing menghadapi tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas dia mengadakan seks dengan binatang itu. Jonnie Boggess ditangkap selepas kumpulan hak asasi haiwan membuat laporan mendakwa lelaki berusia 47 tahun itu mengadakan seks dengan anjingnya, Piglet. Menurut pihak berkuasa, Bogges mendakwa dia tidak bertindak kejam dan tidak menyalahi undang-undang kerana berat Piglet melebihi 18 kilogram dan ia sudah dimandulkan. Lelaki itu juga mendakwa dia tidak bertindak kasar ketika mengadakan seks dengan Piglet.

“Bogess berkata, selepas mengadakan seks dengan anjing itu, dia akan memeluk Piglet, membelainya dan memberitahunya dia mencintainya,” kata jurucakap polis Kanawha County, Sarjan Larry O’Brien. Menurut polis, Bogess akhirnya berkata, dia sepatutnya tidak mengadakan seks dengan anjingnya. Dia mendakwa mabuk ketika itu. Bagaimanapun, jirannya tidak mempercayainya. “Dia sering mengadakan seks dengan haiwan. Kami tidak hairan dia ditangkap,” kata seorang jirannya. O'Brien berkata, anjing berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa dan Boggess kini menanti hukuman. -AP




.

Nenek asyik dengan telefon bimbit sehingga tidak sedar cucu masuk mesin mainan



Nenek asyik dengan telefon bimbit sehingga tidak sedar cucu masuk mesin mainan | Seorang nenek panik apabila cucunya terperangkap di dalam sebuah mesin menjual anak patung ketika wanita itu sedang menunggu bajunya dicuci di sebuah kedai dobi di Maryville di sini. Portal Mail Online melaporkan, Diane O’Neill sedang membaca mesej pesanan ringkas (SMS) apabila dia sedar cucunya berumur 18 bulan, Colin Lambert hilang daripada pandangannya. Apabila mencari di sekitar mesin pencuci tersebut, dia melihat kaki cucunya di luar ruang kecil yang terletak di bahagian bawah mesin jualan berkenaan. Dia cuba menarik Lambert keluar, namun kanak-kanak itu terus merangkak masuk ke dalam mesin tersebut. “Saya terus menghubungi talian kecemasan, 911. Saya bimbang cucu saya cuba keluar dari mesin tersebut sedangkan kaca pada ruangan kecil di mesin itu sudah pecah.


“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Saya sedang membaca SMS apabila menyedari Colin sudah memasuki ruang kecil tersebut (mesin itu),’’ katanya. O’Neill bagaimanapun berkata, walaupun dia cemas, kejadian itu merupakan satu perkara lucu. “Saya melihat dia mengetuk kaca mesin itu untuk mencari jalan keluar,’’ katanya. Kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan dari mesin tersebut, sebaik-baik pasukan bomba tiba di tempat kejadian. -AP




.

Lelaki buat perangai pelik kerana takutkan isteri



Lelaki buat perangai pelik kerana takutkan isteri | Seorang lelaki mabuk jatuh ke dalam kolam kumbahan najis kerana mahu mengambil jalan pintas dengan harapan dapat mengelak daripada bergaduh dengan isterinya. Chi Fang, 42, menghabiskan masa minum bersama rakannya di Wuhu di daerah Anhui, timur China apabila isterinya telefon mengarah dia balik serta merta. Dalam keadaan tergesa-gesa dia mengambil jalan paling dekat untuk pulang, melintasi sebuah jambatan yang boleh menjimatkan beberapa minit masanya. Kerana 'pening' akibat minum arak, Chi berhenti seketika untuk muntah. Dia membongkok melepasi besi penghadang, tetapi tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam kolam kumbahan itu. -AP




.

Pemandu kancil maut kereta rempuh lori ais



Pemandu kancil maut kereta rempuh lori ais | Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori ais di Jalan Kluang-Batu Pahat berhadapan Balai Bomba Ayer Hitam dekat Batu Pahat, petang tadi. Roslee Bungkile, 50, maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya merempuh lori ais. Manakala, pemandu lori berkenaan hanya mengalami cedera ringan. Komander Operasi Fadly Abu Hassan bersama lima anggota dari Balai Bomba Ayer Hitam terus ke tempat lejadian dengan satu jentera selepas menerima panggilan kecemasan, kira-kira jam 5.20 petang tadi. Menurutnya, dalam kemalangan itu seorang kanak-kanak berusia enam tahun turut mengalami kecederaan. Bagaimanapun dia sudah dihantar ke hospital oleh orang awam ketika bomba tiba di lokasi kejadian, katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!