Tuesday, October 28, 2014

Punca Zinedine Zidane Digantung Sebagai Jurulatih Selama Tiga Bulan



Punca Zinedine Zidane Digantung Sebagai Jurulatih Selama Tiga Bulan | BEKAS bintang Perancis, Zinedine Zidane digantung selama tiga bulan gara-gara tidak mempunyai sijil kelayakan kejurulatihan yang lengkap. Zidane,42, tidak dibenarkan membimbing skuad Real Madrid B sehingga dia berjaya memiliki status Level 3 Kelayakan Kejurulatihan yang disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol. Bekas pemenang Piala Dunia itu menjadi pembantu jurulatih Carlo Ancellotti membimbing pasukan utama Real Madrid pada tahun 2013 sebelum mengambil alih melatih skuad Castilla B walaupun pembantunya Santiago Sanches dipilih sebagai ketua jurulatih ketika itu.


Bagaiamanapun Jawatankuasa Pertanding badan induk tersebut yang ketuai Francisco Rubio mengambil keputusan untuk menggantung Zidane dan Sanchez selama tiga bulan. Rubio sebelum itu menerima aduan daripada Miguel Galan, presiden Jurulatih Bola Sepak kebangsaan Sepanyol. Pada Jun lalu, Madrid mengumumkan Zidane yang bermain dengan kelab ini ini 2001 sehingga bersara 2006 sebagai jurulatih pasukan simpanan musim ini. Namun Galan tidak bersetuju kerana Zidane tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dan Rubio bersetuju. -AP




.

Inilah keadaan kaki selepas dipatuk ular



Inilah keadaan kaki selepas dipatuk ular | SEORANG remaja perempuan berusia 13 mengalami pengalaman perit apabila kakinya reput selepas dipatuk ular. Gadis yang tidak dikenali itu dibawa ke Hospital Carcaras, Venezuela selepas dia gagal dalam rawatan tradisional selama sebulan untuk memulih kakinya yang mereput sehingga meninggalkan tulang.Doktor yang merawatnya turut terkejut dengan penyakit remaja berkenaan sebelum dimaklumkan bahawa dia pernah dipatuk ular berbisa.


Seorang Doktor dari Liverpool, Arun Ghosh yang melihat gambar tersebut berkata, kaki remaja terbabit mereput kerana bisa tersebut telah mematikan sel dan tisu. "Gambar itu jelas menunjukkan bahawa tisu pada kaki remaja terbabit telah mati sepenuhnya dan yang tinggal hanya tulang," katanya. Berdasarkan gambar itu juga, doktor berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa remaja terbabit berisiko untuk maut selepas ini. -AP



.

Lelaki nyaris maut apabila sebuah pagar konkrit di rumahnya runtuh dan menghempapnya



Seorang lelaki nyaris maut apabila sebuah pagar konkrit di rumahnya runtuh lalu menghempap mangsa dalam kejadian di Kampung Abdullah, di sini malam tadi. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa Cheong Yoon Sin, 53, berada seorang di dalam rumah berkenaan. Jurucakap bomba negeri berkata, maklumat awal diterima adalah membabitkan pokok yang tumbang menyebabkan sebuah rumah runtuh. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati rumah terbabit sebenarnya ditimpa pagar dan tembok konkrit mengakibatkan struktur rumah berkenaan runtuh.

"Ketika kejadian seorang lelaki berada di dalam rumah berkenaan. "Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa tersepit serta mengalami kecederaan," katanya. Menurutnya, mangsa yang berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat dihantar ke Hospital Kampar untuk rawatan lanjut. Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. -Metro




.

Lelaki maut sesak nafas terhidu asap yang berpunca dari kebakaran pada sistem audio kereta yang dinaikinya



Lelaki maut sesak nafas terhidu asap yang berpunca dari kebakaran pada sistem audio kereta yang dinaikinya | Seorang lelaki maut sesak nafas kerana terhidu asap yang berpunca daripada kebakaran pada sistem audio kereta dinaikinya di Lebuh Chulia Street, di sini, malam tadi. Mangsa yang berusia 63 tahun menaiki kereta bersama rakan yang juga pemandu kenderaan terbabit. Namun setibanya di lokasi kejadian sistem audio kereta terbabit terbakar dan mengeluarkan asap membuatkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang depan sesak nafas.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Mohd Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.24 pagi dan tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian. Menurutnya, ketika itu mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan namun dia tidak sedarkan diri dan terpaksa dikejarkan ke hospital. "Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada wayar pada sistem audio kereta terbabit," katanya. Selepas mengeluarkan mangsa, pasukan bomba memberi bantuan awal pernafasan ekoran pihaknya mendapati mangsa berada dalam keadaan sesak nafas kritikal selain tidak sedarkan diri. -Metro




.

Kubur makin kreatif khususnya di kebanyakan bandar padat penduduk



Kubur makin kreatif khususnya di kebanyakan bandar padat penduduk | Kesesakan tanah perkuburan kini menjadi isu besar di seluruh dunia, khususnya di kebanyakan bandar padat penduduk dan dalam kalangan penganut agama yang mengharam atau tidak menggalakkan pembakaran mayat. Realiti bergantung kepada sumber tanah yang terhad bagi mengatasi kematian yang berlaku setiap hari mendorong kepada beberapa idea untuk membantu menyelesaikan masalah itu secara kreatif. Antaranya, penyelesaian pilihan satu ruang iaitu menempatkan satu kubur atas satu sama lain dengan dipisahkan oleh lapisan konkrit serta mempunyai batu nisan yang dikongsi bersama.

Ini sesuai untuk digunakan pada pasangan suami isteri atau satu keluarga. Pilihan kedua ialah menyusun mayat di ruang yang dibina di atas tanah, seperti di rumah mayat, tetapi mempunyai batu nisan masing-masing. Idea ketiga ialah mengebumikan si mati dalam sebuah bangunan yang dibina dengan setiap tingkat menyerupai kubur tradisional atau dengan erti kata lain-menara kubur. Menara kubur seperti ini pernah dicadangkan oleh pihak berkuasa Paris dan Mumbai.

Di Mexico City terdapat satu projek besar yang dinamakan 'Menara Untuk Si Mati,' yang akan menggabungkan bangunan kubur menegak dan kompleks kubur bawah tanah sedalam 250 meter. Penduduk bandar raya itu ketika ini dipaksa menggali dan mengalihkan mayat anggota keluarga mereka selepas dikebumikan lima tahun. Mayat yang tidak dituntut akan dikebumikan di bawah mayat baru atau dilonggokkan di kawasan terbuka berhampiran gereja.-AP



.

Guru agama perkosa remaja sehingga hamil. Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa



Berselindung di sebalik imejnya sebagai guru agama, seorang lelaki dipercayai memperkosa sehingga hamil seorang remaja sejak 2012. Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa. Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Muhammad Aldi Sulaiman berkata, guru agama itu dikenali sebagai Agus Jurianto, 50, yang bertugas di Sekolah Kristian Surabaya. Berdasarkan keterangan diperoleh, katanya, Agus melakukan perbuatan terkutuk itu tiga kali dan dibuat di dalam kawasan sekolah.

“Ayah mangsa pula memperkosa anaknya di rumah mereka,” katanya. Muhammad Aldi berkata, guru agama itu membelikan telefon bimbit sebagai ‘upah’ bagi menutup mulut mangsa. Pelajar terbabit dibawa bertemu polis oleh seorang aktivis masyarakat yang dimaklumkan mengenainya. “Kedua-dua suspek ditangkap, manakala mangsa ditempatkan di pusat perlindungan,” katanya. - Agensi




.

Penemuan haiwan ganjil di padang pasir



Penemuan haiwan ganjil di padang pasir | Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu. Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.


“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut. “Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.- Agensi




.

Orang Islam makan daging biawak panggang sekadar untuk ikhtiar hidup?



Orang Islam makan daging biawak panggang sekadar untuk ikhtiar hidup? | Selepas kontroversi program menyentuh anjing di ibu negara baru-baru ini, kini timbul pula dakwaan orang Islam memakan daging biawak panggang dalam satu program di sini Sabtu lalu. Isu tersebut timbul apabila ada pihak tertentu memuat naik gambar dan status di dalam laman sosial Facebook (FB) sejak jam 3 petang Sabtu lalu. Status di laman FB berkenaan menyatakan 'test merasa daging biawak dari booth unit infantri di Karnival Semarak Minda Komuniti 1Malaysia Negeri Perak 2014 di Dataran Pavilion bersebelahan Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar berhampiran dekat masjid Ridzuaniah'.


Seorang pengunjung beragama Islam yang ditemui, tetapi enggan dikenali turut mendakwa ada menjamah daging berkenaan bersama beberapa rakannya selepas melihat ia dihidangkan di atas pinggan yang terletak dalam satu ruang pameran di karnival itu. "Daging itu diletakkan dalam pinggan dan saya diberitahu itu daging biawak dan apabila melihat rakan lain menjamahnya, saya turut memberanikan diri mencuba dan mendapati ia sedikit keras dan liat. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!