Wednesday, October 29, 2014

Remaja maut dalam kemalangan tragis digilis kereta api



Remaja maut dalam kemalangan tragis digilis kereta api | Seorang remaja lelaki maut selepas dilanggar kereta api barang, di sini, kelmarin. Penasihat Komunikasi Kanan Kiwi Rail, David Miller, mengesahkan mangsa, Ngaremu King, 14, berada di tepi landasan dan tiba-tiba muncul di hadapan kereta api yang dalam perjalanan dari Wellington ke Auckland. Pemandu kereta api yang trauma dengan insiden tersebut diberikan cuti. Difahamkan remaja tersebut bermain di taman berhampiran sebelum melintasi landasan untuk ke taman di seberang landasan ketika kejadian tersebut berlaku.

Menurut sepupu mangsa, Jaime-Leigh Matthews, seorang rakan mangsa jatuh dari basikal dan mangsa berlari untuk membantu rakannya. Namun ketika berlari semula ke taman berhampiran dia dilanggar kereta api tersebut. Insiden itu menyebabkan landasan tersebut ditutup lebih kurang empat jam untuk pihak polis melakukan siasatan. Menurut Miller, pihak Kiwi Rail turut menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut, serta mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika berada berhampiran dengan landasan. -AP




.

Aidil Zafuan kekal dihukum!



Aidil Zafuan kekal dihukum! | Hasrat kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini tidak kesampaian selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menolak rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) agar penggantungan satu perlawanan yang diterima pertahanan berusia 27 tahun itu dibatalkan. Lebih malang buat Adil, ini adalah kali kedua berturut-turut dia gagal menyarung jersi JDT dalam perlawanan besar selepas turut terlepas final Piala FA 2013 menentang Kelantan kerana penggantungan dua perlawanan.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, pemberian kad kuning yang diterima oleh Aidil pada separuh akhir kedua menentang Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu lalu adalah wajar setelah dibincangkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) dan Jawatankuasa Pengadil. Katanya lagi, keputusan itu muktamad dan tiada rayuan boleh dikemukakan, malah perkara tersebut telah dimaklumkan kepada PBNJ. - Utusan




.

[Gambar] Inilah blogger pasangan kembar cantik Indonesia yang menjadi viral di laman sosial



[Gambar] Inilah blogger pasangan kembar cantik Indonesia yang menjadi viral di laman sosial | Sepasangan gadis kembar yang juga penulis kepada blog terkenal ElleJess menjadi viral apabila orang ramai berkongsi gambar mereka di semua saluran-saluran media sosial. Elissa yang juga kakak kepada Jessica, kedua-duanya menulis blog berkenaan sejak 4 tahun lepas dan tidak menyangka apabila orang ramai berkongsi gambar mereka. Topik seperti kecantikan dan fesyen menjadi topik utama Elissa dan Jessica berkongsi pengalaman dan pendapat mereka kepada para pengunjung blognya.


Pasangan ini cukup minat dengan keunikan blog daripada xiaxue(xiaxue.sg) dari Singapura dan menganggapnya sebagai idola dalam dunia penulisan blog. Bagi mereka blog berkenaan penuh dengan informasi, menarik dan cukup tersusun. Gadis kelahiran Jakarta ini membuka perniagaan atas talian (shopping online) bagi memudahkan orang ramai membeli terus atas talian kerana bukan rata-ratanya pengunjung blog datang dari negara republik Indonesia semata-mata tetapi dari seluruh negara antaranya Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina dan Australia.


“Kami telah membuat laman web rasmi kami iaitu (www.gowigasa.com), di situ orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut tentang produk-produk yang kami jual,” katanya kepada Majalah CosmoGirl. Pasangan ini mengaspirasikan penjualan secara “second hand” apabila mereka berpendapat pakaian tersbut tidak perlu dibuang kerana masih boleh dipakai. “Sehubungan itu nama laman web rasmi gowigasa itu sendiri merupakan singkatan dari ‘Good Will Garage Sale’ kerana perniagaan secara terus dari koleksi pakaian kami," Pasangan ini turut menyumbangkan sebahagian keuntungan perniagaan mereka kepada persatuan yayasan amal sewaktu membuka bazar selama dua minggu di Jakarta baru-baru ini. -AP




.

Unik.. Berani ke anda menaiki pesawat masa depan yang transparen?



Unik.. Berani ke anda menaiki pesawat masa depan yang transparen? | Pesawat komersil masa depan yang dipaparkan ini seolah-olah gambaran masa hadapan yang mungkin membuatkan sesetengah orang kagum. Bagaimanapun, jika semuanya menjadi kenyataan, ia mungkin menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang kurang gemar menaiki kapal terbang. Tapi, apa yang cuba ditengahkan ialah sebuah pesawat masa depan yang tidak mempunyai tingkap yang membolehkan penumpang melihat awan, langit, gunung dan laut serta dilengkapi pelbagai kemudahan digital dan akses tanpa wayar tanpa batas. Pesawat komersil generasi akan datang yang dicadangkan ini mungkin menyaksikan tingkap digantikan dengan skrin penuh yang membolehkan penumpang melihat pemandangan luar.


Malah, penumpang juga boleh menghidup atau mematikan skrin paparan di tempat duduk mereka mengikut kehendak masing-masing serta melayari Internet. Konsep awal pesawat tanpa tingkap adalah idea sebuah organisasi yang bekerjasama dengan beberapa syarikat di England untuk menghasilkan produk baru dikenali sebagai Centre for Process Innovation (CPI). Direka berdasarkan teknologi yang digunakan telefon bimbit dan televisyen, CPI membayangkan bagaimana skrin definisi tinggi yang ringan dan besar berupaya memaparkan imej yang dirakam kamera di luar pesawat.


“Skrin akan diperbuat daripada diod cahaya organik atau OLED yang fleksibel seperti yang diperkenalkan syarikat elektronik LG, baru-baru ini. “Jika kita berupaya menghasilkan OLED yang mudah lentur kita juga boleh mencipta paparan skrin yang fleksibel," kata Dr Jon Helliwell daripada CPI. Katanya, konsep untuk pesawat berkenaan muncul selepas perbincangan bersama pihak industri aeroangkasa dan dijangka boleh menjadi realiti dalam 10 tahun lagi. - Guardian




.

Subhanallah.. Mayat bayi berbau harum walaupun ditemui dalam tong sampah



Subhanallah.. Mayat bayi berbau harum walaupun ditemui dalam tong sampah | "Bayi itu berbau harum meskipun mayatnya ditutupi sampah-sarap. Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu," kata seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati di sini, yang menemui mayat bayi lelaki di dalam tong sampah. Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Santa, 40-an, hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan penghuni kediaman mewah itu.

Menurutnya, penghuni terbabit terserempak mayat bayi lelaki itu ketika mahu membuang bungkusan sampah di dalam tong itu. "Saya segera membuka tong sampah itu sebelum menemui mayat bayi yang baru dilahirkan. "Anehnya saya tidak menghidu bau busuk sebaik pembuka tong sampah itu dibuka. Sebaliknya mayat bayi itu berbau harum walaupun sudah mati dalam tempoh lebih 24 jam," katanya. -Metro




.

Kumunculan jarang Cristiano Ronaldo dan kekasihnya Irina Shayk mendapat tumpuan


Kumunculan jarang Cristiano Ronaldo dan kekasihnya Irina Shayk mendapat tumpuan | Mereka sudah berpacaran sejak 2010, tetapi jarang sekali berjalan di karpet merah bersama-sama. Dan Irina Shayk membuat pengecualian pada malam baru-baru ini apabila dia menghadiri Anugerah Liga Bola Sepak Profesional (LFP), bersama kekasihnya bintang Real Madrid, di Principe Felipe auditorium di Madrid, Sepanyol. Model Rusia itu hadir untuk menyokong Cristiano Ronaldo yang meraih hatrik anugerah termasuk Best Player, Best Forward and Best Goal for the 2013-14 Liga BBVA season.


Ronaldo yang kelihatan bangga berdampingan dengan kekasihnya, dilihat begitu ceria. Ya, mereka memang jarang dilihat bersama dalam majlis-majlis besar, namun ini tidak bermakna hubungan mereka bermasalah. Malah hubungan mereka tetap mesra sehingga ke hari ini. -AP




.

Lelaki dituduh rogol ibunya yang tidak waras



Lelaki dituduh rogol ibunya yang tidak waras | Pendakwa raya di sini menuduh seorang lelaki berusia 30-an tahun merogol ibunya yang tidak waras. Suspek ketika disoal siasat polis berkata, dia mabuk ketika kejadian. Satu sumber pendakwaan yang mengesahkan kes itu berkata, abang suspek melaporkan peristiwa itu kepada polis selepas melihat adiknya dalam keadaan telanjang berada di atas ibu mereka. Sebelum ini, anggota keluarga berkenaan berulang kali melihat suspek membawa ibu mereka yang berusia 50-an ke biliknya, tetapi tidak tahu apa yang mereka lakukan di dalam bilik.

Pada hari kejadian perkara itu terbongkar, abang dan adik suspek memecahkan tingkap bilik berkenaan dan terkejut melihat apa yang dilakukan lelaki itu. “Mereka melihat suspek dalam keadaan telanjang berada di atas ibu mereka. Suspek dikatakan mengaku ia bukan kali pertama dia memperkosa ibunya. Dia juga mengaku sering mabuk dan mengambil dadah,” kata sumber itu.- Agensi




.

Pemain bola menyamar sebagai bintang Chelsea untuk menjalani gaya hidup mewah


Pemain bola menyamar sebagai bintang Chelsea untuk menjalani gaya hidup mewah | Seorang pemain bola sepak dipenjara kerana melakukan kesalahan dengan menyamar sebagai bintang Chelsea untuk menjalani gaya hidup mewah. Mahkamah Manchester Crown mendapati Medi Abalimba melakukan kesalahan apabila membelanjakan lebih £20,000 (RM105,435) di pusat membeli-belah di Selfridges serta menetap di hotel mewah dan juga menyewa helikopter menggunakan identiti bintang bola sepak itu. Pemain yang pernah beraksi bersama Derby County pada 2009 dengan nilai lebih dari £1 juta (RM5.2 juta) gagal menyerlah dalam kariernya dan memilih menyamar sebagai pemain remaja antarabangsa Perancis, Gael Kakuta untuk terus menjalani gaya hidup mewah.

Medi Abalimba, 25, mengaku melakukan beberapa penipuan dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun. Antara kesalahan yang pernah dilakukan oleh Abalimba dari Burton Street, London itu adalah membuat panggilan telefon dengan mendakwa dia sebagai ejen kepada pemain sayap Chelsea, Kakuta sebelum menyamar sebagai pemain Chelsea itu. Mahkamah dimaklumkan bahawa dia menelefon untuk memaklumkan ketibaan bintang bola sepak elit itu dan memohon budi bicara untuk membayar segala barangan dengan menggunakan kad kredit palsu yang butirannya dicuri. Abalimba memperoleh maklumat dengan mengambil gambar kad kredit American Express yang dijumpai dalam loker yang dibuka menggunakan kunci utama ketika mencuri masuk ke gimnasium di utara London.

Pada Jun lalu dia mengunjungi kelab malam di Manchester dan memesan champagne bernilai £2,600 (RM13,700) dan kemudiannya mendakwa dia tertinggal dompet di dalam limousine. Abalimba membayar lebih dari £2,000 (RM10,552) menggunakan kad kredit palsu itu dan kemudiannya memaklumkan kepada pekerja kelab malam itu dia akan kembali keesokan harinya menjelaskan baki terhutang sebelum memesan lebih banyak champagne dan meninggalkan kelab malam itu menggunakan kereta Bentley GT. Pada Julai lalu, dia membeli pakaian bernilai lebih £20,000 (RM105,435) di Selfridges yang terletak di Trafford Centre biarpun menunjukkan skil bermain bola sepak ketika membeli belah namun gagal me­yakinkan pengawal bertugas yang mencurigai tindakannya itu.

Tipu helah yang dilakukan itu membolehkan dia menginap di hotel mewah, makan di restoran mahal dan pada satu ketika membawa empat wanita dari Manchester ke London menggunakan helikopter. Polis Manchester mengesannya berada di sebuah rumah mewah yang disewa dengan harga £800 (RM4,200) semalam di Berkshire. Sarjan Adam Cronshaw dari GMP berkata Abalimba seorang yang 'menarik dan berkarisma' dan pengalamannya bermain bola sepak sebelum ini dan 'mukanya yang mirip Gael Kakuta digunakan untuk menipu mangsa'. Dia berkata: "Abalimba memaklumkan ramai mangsa yang ditipu melayannya dengan terhormat kerana menyangkakan dia seorang selebriti bola sepak. Pemain itu pernah beraksi bersama Derby, Oldham Athletic, Southend United, Fulham serta Crystal Palace dan ketika zaman remajanya pernah cuba menyertai Manchester City, Manchester United dan Liverpool.

Dia mengaku melakukan 12 kesalahan penipuan di London West Yorkshire, Manchester dan Derby dan memohon 19 pertuduhan ke atasnya dikurangkan. Menurut peguamnya Vic Wozny, anak guamnya itu dididik dengan cara salah dan kerana itu dia melakukan kesalahan selepas datang ke London ketika berusia lima tahun. Dia berkata, kerjaya bola sepaknya tidak begitu menyerlah yang menyebabkan wang gaji yang diterima Abalimba habis dibelanjakan. Apabila Abalimba "mula berasakan wang gajinya semakin berkurangan, anak guam saya tidak dapat menerima dan masih meneruskan gaya hidup mewah," katanya. Kakuta, 23, me­nyertai kelab La Liga Sepanyol Rayo Vallecano sebagai pemain pinjaman untuk musim 2014-15.  -AP




.

Pelajar tanggung kesakitan lebih 10 minit, kaki kanan tersepit pada jeriji penutup longkang di sekolah



Pelajar tanggung kesakitan lebih 10 minit, kaki kanan tersepit pada jeriji penutup longkang di sekolah | Seorang budak perempuan berusia lapan tahun menanggung kesakitan lebih 10 minit apabila kaki kanannya tersepit pada jeriji penutup longkang di sebuah sekolah di Desa Cempaka di sini, semalam. Murid tahun dua sekolah berkenaan dikatakan melalui kaki lima sebuah bangunan sebelum tiba-tiba kakinya terperosok dalam jeriji penutup longkang menyebabkan dia tidak dapat bergerak.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa cuba dibantu rakan dan guru untuk mengeluarkan kaki kanannya, namun gagal sebelum pihak sekolah menghubungi bomba untuk meminta bantuan. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Shamir berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.51 petang sebelum sebuah jentera bersama 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian. -Metro




.

Kejam! Warga emas simbah air panas ke muka isteri



Kejam! Warga emas simbah air panas ke muka isteri | Seorang warga emas ditahan kerana menyimbah air panas ke muka isterinya yang enggan keluar membeli serbuk minuman, di sebuah rumah di Bachang di sini pada Ahad. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di rumah itu bagi membantu siasatan kira-kira jam 4 petang semalam. Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila peniaga itu yang ingin membancuh minuman mendapati serbuk minuman di rumah mereka telah habis sebelum menyuruh isterinya ke kedai kira-kira jam 2 pagi Ahad. "Lelaki tersebut berang apabila isterinya itu enggan ke kedai lalu menyimbahnya dengan air panas," katanya.

Beliau berkata, wanita berusia 49 tahun dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di pondok polis di hospital tersebut kira-kira jam 6 pagi pada Ahad. Katanya lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. "Mangsa yang melecur di bahagian pipi kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!