Saturday, November 1, 2014

Inilah punca masalah pengangguran yang serius di Malaysia


Inilah punca masalah pengangguran yang serius di Malaysia | Golongan siswazah dan generasi muda di negara ini yang belum bekerja tidak sepatutnya menjadi penganggur kerana peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang menarik sentiasa tersedia untuk diisi. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata beliau yakin masalah mendapatkan pekerjaan bukan masalah utama yang menyebabkan berlakunya pengangguran terutama kalangan siswazah. Beliau berkata graduan di negara ini perlu terus memasuki dunia pekerjaan sebaik tamat pengajian dan mengetepikan sikap memilih pekerjaan yang menjadi punca berlakunya pengangguran.

"Saya tidak nampak kenapa siswazah dan golongan remaja lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di negara ini perlu jadi penganggur dengan alasan tiada pekerjaan. Mereka perlu berani mencuba kerana lebih dua juta pekerja asing menjadikan negara ini tumpuan kerana peluang kerja yang lumayan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Azam 1Malaysia 2014 Peringkat negeri Kedah di sini, Sabtu. Lebih 30 agensi pekerjaan dan syarikat swasta membuka kaunter sempena karnival itu dengan mendapat sambutan hampir 2,300 pemohon yang hadir. Ismail berkata terdapat hampir 14 negara sumber pembekal tenaga kerja asing ke negara ini, rakyat Malaysia terutama golongan lepasan insitusi pengajian tinggi sepatutnya merasa cemburu dengan berbagai peluang pekerjaan yang direbut oleh pekerja asing.

Turut hadir anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim. Bagi Siti Nor Hanifa Mohd Tauhid, 26, berkata penganjuran karnival itu memberi peluang kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai selepas berjaya memperoleh diploma. "Saya tidak pernah ke mana-mana karnival kerjaya sebelum ini setelah tamat pengajian dan inilah kali pertama saya mencuba," katanya. Lepasan SPM, Mohd Azlan Yahya, 23, mengalu-alukan penganjuran karnival itu yang memberi pendedahan kerjaya dan peluang mengisi kekosongan kerja dalam pelbagai bidang. -Mstar




.

Inilah 30 buah lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 Januari 2015



Inilah 30 buah lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 Januari 2015 | Sebanyak 30 buah lagu bakal berentap di Separuh Akhir dan seterusnya 12 buah lagu akan mara ke Anugerah Juara Lagu 29 yang bakal diadakan pada bulan Januari 2015. Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 ini bakal bermula pada 14 November yang mempertandingkan 10 buah lagu. Diikuti dengan 11 buah lagu lagi pada 21 November, dan 9 buah lagu pada 28 November di mana pada episod ini bakal diumumkan juga kesemua 12 lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 29.

Berikut adalah senarai lagu yang berjaya ke pusingan Separuh Akhir ini mengikut turutan persembahan:

14 November 2014 
1. Malaikat (Hazama) 
2. Dia Yang Kau Pilih (Shahir) 
3. Hilang (Najwa Latif) 
4. Romancinta (MOJO) 
5. Si Putih Si Merah (Black & RJ) 
6. Akhiri Penantianku (Alif Satar) 
7. Dunia & Syurga (Akim) 
8. Masih Aku Cinta (Shila Amzah) 
9. Cinta Tak Pergi (Tomok & Yana Samsudin) 
10. Gilalah (Stacy) 
Persembahan Artis Jemputan : Amir Ukays 


21 November 2014 
1.Infiniti Cinta 
2. Kau Pergi Jua (IamNeeta ft. Najwa Latif 
3. Percayalah (Indah Ruhaila) 
4. Aku Juga Manusia (Amir Jahari) 
5. Rindukanlah (Encik Mimpi) 
6. Gadis Jolobu (Dato Hattan & Waris) 
7. Arjuna Beta (Fynn Jamal) 
8. Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah) 
9. Ayuh Tinggalkan Dia (Encik Mimpi) 
10. Pasti Sempurna (Hyperact) 
10. Kau Pergi Jua (IamNeeta ft. Najwa Latif 
11. Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun) 
Persembahan Artis Jemputan : Elly AXL's 


28 November 2014 
1. Al Haq Yang Satu (Mawi & Dato' AC Mizal) 
2. Cinta Makrifat (Awie & Erra Fazira) 
3. Rentak Laguku (Bunkface) 
4. Sesal Separuh Nyawa (Alyah) 
5. Lelaki (Yuna) 
6. Matahari (Hafiz) 
7. Mewangi (Akim Majistret) 
8. Tak Pernah Berjumpa (Forteen) 
9. Apa Khabar (Joe Flizzow ft. Sona One 
Persembahan Artis Jemputan: Ezad Exists 

Para penonton berpeluang menyaksikan persembahan artis-artis pujaan mereka secara percuma di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam atau secara langsung di TV3 pada jam 9 malam hingga 10.30 malam. -mD





.

Inilah sebabnya kemunculan Beyonce dan anaknya, Blue Ivy mencuri perhatian ramai



Inilah sebabnya kemunculan Beyonce dan anaknya, Blue Ivy mencuri perhatian ramai | PENYANYI Beyonce dan anaknya, Blue Ivy mencuri perhatian ramai apabila kedua-dua mereka muncul dengan imej berbeza dalam satu pesta Halloween di New York pada Jumaat. Beyonce, yang menerima penghargaan anugerah Vanguard Michael Jackson pada Anugerah Muzik MTV Video pada tahun ini, memakaikan anak perempuannya dengan imej sebagai Michael Jackson sementara dia pula muncul dengan gaya Janet Jackson.


Dalam pada itu pasangan Beyonce, Jay Z memilih untuk tidak bergaya pada acara tersebut. Kemunculan Beyonce dengan imej sedemikian bersama anaknya yang berusia dua tahun itu benar-benar membuatkan orang ramai teruja kerana mereka kelihatan begitu comel. Dalam gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milknya, kelihatan Blue memegang mikrofon merah jambu dengan jaket merah lengkap berkaca mata hitam persis imej raja pop itu. – mirror




.

Wakil rakyat malu besar kerana salah muat turun status di twitter



Wakil rakyat malu besar kerana salah muat turun status di twitter | KEGHAIRAHAN wakil rakyat Britain, Guy Opperman memberitahu mengenai kehadiran penyerang Liverpool, Mario Balotelli di bangunan Parlimen menerusi Twitternya membawa padah apabila memalukan dirinya. Menerusi tweet itu, anggota Parlimen itu memaklumkan pemain bolasepak dari Itali itu dikatakan berada di galeri awam di bangunan berkenaan dengan memakai kot dan kemeja merah jambu.

Wakil Parlimen Hexham itu bagaimana terkedu apabila diberitahu bahawa lelaki yang dilihatnya itu sebarnya adalah Ken Hinds, penari yang berusia 31 tahun lebih tua daripada Balotelli, 24. Bercakap di luar bangunan Parlimen, Hinds, 55 berkata, dia hadir untuk mengikuti perbahasan mengenai dasar kerajaan berkaitan dadah. Dia yang aktif dengan kerja amal mengakui ditemui beberapa wakil rakyat, malah ada yang bertanya sama ada dia adalah Balotelli.


"Saya terpaksa memberitahu perkara sebenar, bagaimanapun saya bangga kerana disamakan dengan seseorang yang hebat sepertinya (Balotelli)," katanya kepada Teleraph. Jurucakap Kelab Bola Sepak Liverpool turut mengesahkan: "Mario Balotelli sedang menjalani latihan di Melwood." Kata Hinds lagi, dia berada di bangunan Parlimen itu kerana tugasnya sebagai pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Haringey. -AP




.

Lelaki derita jalani pembedahan selepas ikan masuk dubur dan diketawakan kakitangan hospital


Lelaki derita jalani pembedahan selepas ikan masuk dubur dan diketawakan kakitangan hospital | Selain menanggung derita menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan paru-paru (sejenis ikan seperti belut) yang tersekat dalam duburnya, seorang lelaki Brazil juga terpaksa menanggung malu apabila jururawat dan kakitangan bilik bedah mentertawakannya ketika pembedahan dijalankan. Bagaimana ikan berkenaan boleh memasuki dubur lelaki yang tidak dikenali itu, tidak diketahui. Bagaimanapun, pembedahan untuk mengeluarkannya dirakam oleh kakitangan hospital.

Sebaik berada di dalam, ikan berkenaan enggan keluar, menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan di Hospital Universitario di Londrina, menurut LiveLeak.com, semalam. Doktor berjaya mengeluarkan ikan sepanjang 30.5 sentimeter itu dengan maruah pesakit berkenaan terjejas. Video berkenaan mula dimuatnaik dalam BestGore.com Disember lalu tetapi menjadi viral selepas dimuatnaik dalam LiveLeak.com. Dalam video itu kedengaran suara orang ketawa ketika ikan itu ditarik keluar dari ususnya. Ramai kakitangan dilihat merakam pembedahan berkenaan.

Kejadian seperti itu, walaupun jarang berlaku, ia bukan kes terpencil. Pada April 2013, seorang lelaki di Guandong, wilayah di tenggara China, mengaku kepada pegawai perubatan dia memasukkan belut ke dalam duburnya selepas menonton filem porno. Dia terpaksa menderita sepanjang malam sebelum menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan itu. Kejadian sama berlaku di New Zealand pada 2012. Pada 2010, seorang lelaki China mati selepas rakannya memasukkan belut di dalam duburnya kerana berjenaka. - Agensi



.

Reaksi lelaki ini mengejutkan selepas mengesyaki kekasihnya curang



Reaksi lelaki ini mengejutkan selepas mengesyaki kekasihnya curang | Gara-gara cemburu kerana menyangka teman wanitanya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang warga emas di Taiwan bertindak memotong telinga, hidung dan bibir wanita itu dengan pisau pemotong buah. Media Central News Agency melaporkan, selepas memotong bahagian anggota badan Zhu, 47, suspek dikenali sebagai Huang, 79, membuangnya di dalam mangkuk tandas. Ketika serangan, Huang dikatakan mengikat kaki dan tangan wanita itu dengan tali semasa tidur sebelum memotong anggota berkenaan.

 Polis tempatan memaklumkan, apabila mangsa menjerit kesakitan, Huang menyumbat mulut Zhu dengan tuala dan terus melakukan kekejaman tanpa rasa belas kasihan. "Dia kemudiannya membuang anggota tersebut dalam mangkuk tandas sebelum menghubungi ambulans. Mangsa dibawa ke Hospital Changhua Christian dan kini berada dalam keadaan stabil,"menurut polis. Difahamkan, Huang pernah mengancam teman wanitanya dengan nota amaran bahawa akan berlaku pertumpahan darah jika dia dapat menangkap teman wanitanya makan dengan lelaki lain, dipetik dari laporan Straits Times. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!