Wednesday, November 5, 2014

[Gambar] World Trade Center Dibuka Semula Selepas 13 Tahun



[Gambar] World Trade Center Dibuka Semula Selepas 13 Tahun  | 13 tahun selepas serangan pengganas pada 11 September 2001, bangunan World Trade Center mula beroperasi pada Isnin. Kakitangan syarikat penerbitan gergasi, Conde Nast mula berpindah ke bangunan setinggi 104 tingkat yang kini dikenali 'One World Trade Center'. 'One World Trade Center' merupakan bangunan tertinggi di Amerika Syarikat (AS) dibina semula dengan kos pembinaan hampir U$3.9 billion (RM12.9 billion). Selain 3,400 pekerja Condé Nast yang menghuni sepenuhnya lima tingkat di bangunan itu, syarikat pengiklanan Kids Creative, operator stadium Legends Hospitality, dan penasihat pelaburan BMB Group antara beberapa nama besar yang akan memenuhi ruang syarikat pada awal tahun hadapan.

Bangunan Pencakar langit yang turut dikenali sebagai ‘The Freedom Tower’ itu memiliki ketinggian 104 tingkat dan tersergam indah di bandar Manhattan. One World Trade Center dibina di atas tapak bangunan berkembar yang tumbang lebih sedekad lalu akibat serangan pengganas yang mengorbankan nyawa 2,700 orang yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan tersebut pada 11 September 2001. 60 peratus ruang sudah disewakan dan Pentadbiran Pengurusan Awam AS juga sudah menandatangani penyewaan ruang seluas 275,000 kaki persegi.


"Pemandangan udara New York kini lengkap semula," kata Patrick Foye, Pengarah Urusan pihak berkuasa pelabuhan, pemilik tapak pembangunan semula itu. Bangunan pencakar langit setinggi 541 meter yang terletak di tengah tapak runtuhan asal akan turut dilengkapi dengan memorial tapak bangunan asal dan muzium yang akan dibuka pada tahun ini. Sebuah dek peninjau di puncak bangunan pejabat yang disifatkan 'Foyer' paling selamat di seluruh AS juga akan dibuka kepada awam. -AP




.

Gila! Lelaki bertindak kejam, bunuh dan rogol mayat rakan serumahnya



Gila! Lelaki bertindak kejam, bunuh dan rogol mayat rakan serumahnya | SEORANG lelaki bertindak kejam apabila membunuh kemudian merogol mayat teman serumahnya sendiri dalam satu kejadian di Orange County, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Menurut laporan polis, Bryan Santana melakukan jenayah itu dengan mencekik dan menikam leher Shelby Fazio. Selepas merogol mayat gadis berusia 23 tahun itu, Santana yang bekerja sebagai penghantar piza merancang untuk membunuh seorang lagi teman serumahnya, John Heermance.

Namun, Heermance terselamat apabila berjaya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Ketika memberi keterangan, Heermance berkata dia baru pulang ke rumah tersebut dan terkejut melihat lantai dan dinding dipenuhi darah sebelum terserempak dengan Santana yang sedang mencuci tangannya yang berlumuran darah. Kata Heermance lagi, Santana cuba menyerangnya menggunakan semburan lada dan pisau. Santana diberkas polis sebaik sahaja dia selesai memotong rambutnya di kedai gunting berhampiran, beberapa jam selepas pembunuhan tersebut dalam laporan Daily Mail.-AP




.

Kisah sedih cinta 3 segi yang berakhir dengan kematian salah seorang daripada mereka



Kisah sedih cinta 3 segi yang berakhir dengan kematian salah seorang daripada mereka | Seorang wanita mati selepas terjun ke dalam Sungai Yangtze kerana mengikut teman lelakinya yang terjun ke dalam sungai itu beberapa minit sebelumnya untuk menyelamatkan bekas teman wanitanya. Akhbar tempatan memetik seorang saksi berkata, dia melihat dua orang di dalam sungai berkenaan sebelum melihat seorang lagi terjun, seolah-olah mahu mengejar mereka. Lelaki berbaju hitam dan wanita berskirt merah berjaya berenang ke tebing dengan lelaki itu kelihatan menangis sambil berulang kali mengherdik wanita berkenaan dengan berkata: “Semua ini kerana kamu...”

Lelaki itu dikatakan mengadakan pertemuan dengan kekasihnya dan bekas teman wanitanya untuk membincangkan hubungan antara mereka. Tetapi usahanya gagal, menyebabkan bekas teman wanitanya terjun ke dalam sungai berkenaan. Lelaki itu juga terjun kerana mahu menyelamatkannya. Apabila teman wanita barunya melihat kekasihnya terjun, dia berang lalu ikut terjun. Lelaki itu berjaya menyelamatkan bekas teman wanitanya tetapi kekasih barunya mati lemas. - Agensi




.

Lelaki pulas leher pada pagar hingga mati dalam satu kejadian bunuh diri paling ngeri di luar sebuah restoran



Lelaki pulas leher pada pagar hingga mati dalam satu kejadian bunuh diri paling ngeri di luar sebuah restoran | Seorang lelaki meletakkan kepalanya di antara pagar besi kemudian memulas badannya hingga lehernya patah di luar sebuah restoran di sini, semalam. Lelaki berkenaan sebelum itu dilihat beratur dalam restoran, tetapi keluar sebelum tiba gilirannya. Saksi, Murat Laginov berkata, kejadian berlaku ketika pelanggan berbaris untuk membeli piza dan burger di restoran berkenaan. “Keadaan agak sibuk di dalam restoran. Saya melihat dia berdiri di belakang pekerja yang menyajikan makanan dan bercakap dalam telefon dengan nada agak kuat, mengenai pekerjaan. “Mungkin ibu atau teman wanitanya.

Dia kemudian keluar dari restoran itu dengan masih bercakap menerusi telefon. “Tidak lama selepas itu, saya mendengar orang menjerit. Di luar restoran, saya melihat lelaki itu tergantung pada pagar dengan lehernya terkulai,” kata Laginov. Menurutnya, lelaki itu dipercayai memasukkan kepalanya di antara pagar itu dan kemudian memulas badannya, hingga menyebabkan lehernya patah. “Keadaan sungguh mengerikan,” kata saksi itu. Sumy terletak berhampiran kawasan ketegangan etnik yang menyebabkan Ukraine berpecah kepada wilayah yang dikuasai Russia dan Ukraine. Peperangan yang berlaku memusnahkan ekonomi serantau dan menyebabkan ramai yang menganggur. Polis sehingga ini masih belum dapat mengenal pasti lelaki yang berusia kira-kira 30-an itu. -AP




.

Gambar Halloween persenda MH370, MH17



Gambar Halloween persenda MH370, MH17 | Tindakan ‘tidak sensitif’ se­gelintir pihak menggunakan kostum berkaitan tragedi MH370 dan MH17 pada sambutan Halloween baru-baru ini, mendapat kritikan ramai pengguna laman sosial termasuk anak kepada Ketua Pramugara MH370. Mail Online melaporkan, tahun ini ramai pengguna laman sosial sama ada Facebook, Twitter atau Instagram memuat naik gambar ‘menjelikkan’ sempena perayaan Halloween dengan menggunakan hashtag #Malaysia, #terlaluawal dan #MH370, seolah-olah ‘mengejek’ ahli keluarga mangsa.

Antara gambar yang dimuat naik adalah aksi tiga orang wanita berpakaian seperti pramugari dan bersolek seperti zombie sambil minum dengan menggunakan cawan tertera nama Malaysia, sementara satu lagi foto menunjukkan dua lelaki memakai pakaian seragam juruterbang yang compang-camping dan mempunyai kesan warna merah menyerupai darah. Rakyat Malaysia yang kecewa dengan perbuatan sedemikian mengutuk tindakan tersebut dan menggesa individu berkaitan supaya segera memadam gambar berkenaan.


“Jenaka atau sindiran seperti itu akan menyebabkan ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang terluka. Menganjurkan pesta Halloween yang menggambarkan tragedi MH370 dan MH17 tidak memberikan sebarang mesej positif. “Jangan cuba menambah luka kepada keluarga mangsa,” kata Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin kepada Malay Mail.

Sementara itu, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari iaitu Maira Elizabeth Nari, menya­makan tindakan tidak sensitif itu dengan ‘rakyat Malaysia cuba berlawak jenaka dengan tragedi sera­ngan di World Trade Centre’. “Sesetengah orang fikir perbuatan mereka adalah satu lawak tapi sebenarnya tidak. Nahas berkenaan bukanlah satu bahan jenaka dan jika ada yang fikir sedemikian, saya rasa mereka tidak waras,” jelas Nari. Nahas udara MH370 dan MH17 mengakibatkan 537 orang penum­pang dan anak kapal dari 19 buah negara terkorban.-Utusan




.

Rafael Nadal selamat jalani pembedahan, dan pasti terlepas aksi penutup tirai tenis di ATP Final London



Rafael Nadal selamat jalani pembedahan, dan pasti terlepas aksi penutup tirai tenis di ATP Final London | Pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal selamat menjalani pembedahan untuk membuang apendiks, awal pagi Selasa namun akan kekal di hospital selama dua hari bagi proses pemulihan. Kenyataan daripada jurucakap Nadal berkata pembedahan itu dijalankan di Pusat Perubatan TEKNON, oleh Dr Segura Movellan dan pasukannya. "Semuanya berjalan dengan amat baik. Terima kasih kepada sokongan anda,” kata Nadal dalam laman Twitter selepas pembedahan itu. Nadal merasai simptom pertama apendiks pada empat minggu lalu ketika kejohanan Shanghai Masters di China. Akibat pembedahan itu, bekas pemain nombor satu dunia itu akan terlepas aksi di kejohanan penutup tirai tenis, ATP Final di London yang bermula hujung minggu ini. -AP




.

Gambar pada label air mineral dikatakan menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011


Gambar pada label air mineral  dikatakan menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 | Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa sebuah syarikat pengilang air mi­neral supaya menghentikan pengeluaran salah satu produknya yang didakwa memaparkan satu objek berkaitan aktiviti keagamaan pada label botolnya. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, perkara itu jelas menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 yang tidak membenarkan mana-mana pengilang atau pengeluar meletakkan simbol berunsur keagamaan pada label produk yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat.

Katanya, siasatan yang dibuat PPIM berdasarkan aduan orang ramai itu mendapati, tindakan meletakkan gambar objek yang mempunyai kaitan dengan aktiviti keagamaan pe­nganut Hindu tersebut juga dikhuatiri mengelirukan pengguna terutamanya masyarakat Islam di negara ini. “Justeru PPIM menggesa pihak berkuasa khusus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menjalankan siasatan segera terhadap pengilang air mineral terbabit,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Ujar beliau, sebagai langkah bertanggungjawab, syarikat pengilang terbabit seharusnya menghentikan pengeluaran dan penjualan produk air mineral yang mempunyai gambar berkenaan. -Kosmo




.

Lelaki obes tidak mandi sejak lima tahun dan hidup dalam keadaan yang terlalu kotor, kini diselamatkan



Lelaki obes tidak mandi sejak lima tahun dan hidup dalam keadaan yang terlalu kotor, kini diselamatkan | Anggota bomba di sini semalam terpaksa memakai topeng gas untuk menyelamatkan seorang lelaki obes yang tidak mandi sejak lima tahun lalu. Jiran lelaki yang berat badannya 158 kilogram itu mulanya menyangka blok apartmen mereka menjadi sasaran serangan kimia apabila anggota bomba tiba lengkap dengan pakaian khas dan peralatan pernafasan.

Bagaimanapun, ia sebenarnya disebabkan keadaan dalam apartmen lelaki berusia 65 tahun itu yang disifatkan sebagai terlalu teruk hingga mendorong anggota bomba mengambil langkah berjaga-jaga drastik itu. "Apartmen berkenaan penuh dengan sampah setinggi lutut-dari kotak piza hinggalah tin dan makanan yang sudah berulat. "Baunya sungguh busuk," kata salah seorang anggota bomba. -AP




.

Harga terkini sekotak rokok



Harga terkini sekotak rokok | Penghisap rokok terpaksa mengeluarkan wang tambahan mulai hari ini apabila harga enam jenis rokok keluaran British American Tobacco (M) Berhad (BAT Malaysia) mengalami kenaikan sebanyak RM1.50 sekotak. Harga baharu untuk setiap sekotak rokok yang mengan­dungi 20 batang itu diumumkan oleh syarikat BAT Malaysia menerusi satu pengumuman di laman sosial. Pengumuman tersebut me­maparkan satu senarai harga rokok baharu yang dikeluarkan oleh Commercial Marke­ters and Distributors Sdn. Bhd. melibatkan enam jenama rokok keluaran syarikat tersebut.

Kenaikan itu menyebabkan harga sekotak rokok Lucky Strike dan Rothmans International yang mengandungi 20 batang kini dijual pada harga RM14. Ekoran kenaikan itu, sekotak rokok Dunhill, Benson & Hedges dan Kent pula berharga RM13.50. Sekotak rokok Peter Stuyvesant juga mengalami kenaikan harga yang menyebabkan ia dijual pada harga RM12. Syarikat BAT Malaysia itu merupakan syarikat pengeluar rokok yang terbesar di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada syarikat British American Tobacco yang merupakan pengeluar rokok kedua terbesar di dunia.


Dalam pada itu, sumber industri memberitahu, kerajaan Malaysia telah menaikkan cukai eksais rokok pada 1 November lalu menyebabkan harga rokok me­ningkat kira-kira 3 sen sebatang. “Kenaikan ini tidak dapat dielak dan syarikat-syarikat pengeluar rokok terpaksa menaikan harga rokok masing-masing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit di Serdang yang cuma ingin dikenali sebagai Akhbar berkata, dia telah menerima pengumuman yang dikeluarkan oleh syarikat rokok berkenaan. “Saya akan mula menjual rokok pada harga baharu yang berkuat kuasa tengah malam ini (semalam),” katanya. -Kosmo




.

Kenali gadis ular, Rahiza Abdul Rahim, yang tinggal bersama 60 ekor ular berbisa



Kenali gadis ular, Rahiza Abdul Rahim, yang tinggal bersama 60 ekor ular berbisa | “Memang pada mulanya saya rasa agak gementar,” kata Rahiza Abdul Rahim, yang tinggal bersama 60 ekor ular berbisa dalam sebuah bilik kaca selama sebulan.Tetapi demi memberi aksi terbaik kepada pengunjung, Rahiza berkata, beliau cekalkan hati dan akhirnya berjaya mengatasi perasaan gementarnya. Rahiza, 28, seorang setiausaha syarikat swasta di Pulau Pinang memberitahu demikian kepada pemberita di Pameran dan Pertunjukan Ular di Muzium Kelantan yang bermula di sini hari ini.

Selama tempoh pameran, beliau akan tinggal bersama antara lain, tedung selar, ular senduk dan ular kapak dalam bilik berkenaan dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam. Rahiza, yang lebih mesra dengan panggilan Baby Andryanna, berkata, ini merupakan penampilan pertamanya selepas terbabit secara serius dalam bidang berkenaan sejak enam bulan lepas. - Bernama




.

'Setelah laung azan, baru kami jumpa arwah’.. Ini kisah pasukan sukarelawan yang temui mayat Rafikin



'Setelah laung azan, baru kami jumpa arwah’.. Ini kisah pasukan sukarelawan yang temui mayat Rafikin | “Selepas beberapa kali kami melaungkan azan dan memanggil nama Ahmad Rafikin Azman, barulah kami mendapat petunjuk di mana mayat mangsa berada dan menemuinya.” Itu cerita Mohd. Johari Abu Bakar, ketua pasukan sukarelawan yang menemui mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud itu di celah batu besar di pinggir Sungai Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, Kuala Berang di sini pukul 3.30 petang ini. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri itu berkata, beliau dan tiga anggota sukarelawan lain memulakan pencarian kira-kira pukul 10 pagi sehinggalah tiba berdekatan kawasan sungai.


 “Selepas itu saya melaungkan azan dan memanggil nama mangsa sambil berjalan. “Tiba-tiba saya terhidu sesuatu dan ternampak objek seperti tangan terselit pada batu dan bila kami periksa itu memang orang yang kami cari,” katanya kepada pemberita di sini. Tambah Mohd. Johari, lokasi mayat mangsa terletak kira-kira 100 meter dari tempat kasutnya ditemui semalam. Ujar beliau, berdasarkan keadaan mayat, Ahmad Rafikin mungkin terjatuh dari tempat tinggi.-Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!