Thursday, November 6, 2014

Video kisah hidup seorang kanak-kanak 8 tahun yang begitu menyentuh perasaan



Video kisah hidup seorang kanak-kanak 8 tahun yang begitu menyentuh perasaan | Danli Tan, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun tinggal di desa pergunungan daerah Chaimen, Nanxiang wilayah autonomi Guangxi, China. Kisah Danli mula mendapat perhatian masyarakat apabila sebuah saluran televisyen di China telah mengeluarkan video kisah hidupnya yang begitu menyentuh perasaan. Tatkala ditanya wartawan berapa masa yang diambil olehnya untuk pergi dan pulang ke sekolah, Danli berkata, dia mengambil masa hampir dua jam untuk meredah hutan ke sekolah. Menjelajahi keheningan hutan, Danli akan membuat suara seperti serigala jika ingin pulang dari sekolah.

“Itu cara untuk saya mengusir binatang buas sepertimana yang diajar ayah kepada saya . Setiap kali pulang ke sekolah kalau dijalan tidak bersama orang lain saya akan melolong seperti itu,” katanya. Sementara ketika ditanya mengenai jari kakinya yang kelihatan seperti sakit, Danli menjawab kesakitan itu sudah biasa baginya. Dalam pada itu, tinjauan wartawan itu mendapati bahawa dalam ‘hutan’ tersebut hanya kelihatan satu-satunya rumah kayu suku Maonan yang masih tinggal iaitu rumah Tan Danli. Rumahnya berselerak, bumbung rumahnya bocor.


Ayahnya seorang ‘doktor’ haiwan, namun sekarang menghidapi penyakit tua. Sementara itu, rutin harian Danli adalah menyediakan makanan untuk ayahnya kerana ayahnya sudah tidak mampu untuk melakukan ‘aktiviti’ memasak, kerana sakit. “Sebaik sahaja saya pulang daripada sekolah saya akan masak untuk ayah, dulu ayah yang masak tetapi sekarang ayah sakit, terutama matanya. “Dia sudah bertahun-tahun menjaga saya, kini tiba masanya saya menjaganya pula,” kata Danli. Untuk rekod Danli merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah, dia menduduki ranking kedua untuk keseluruhan pelajar di sekolahnya. -AP




.

Kertas soalan Matematik Kertas 2 Kod 1449/2 SPM 2014 bocor?



Kertas soalan Matematik Kertas 2 Kod 1449/2 SPM 2014 bocor? | Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menafikan berlaku kebocoran kertas soalan Matematik Kertas 2 Kod 1449/2 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014. Menurut kenyataan KPM, khabar angin yang tersebar menerusi laman media sosial Facebook itu juga mendakwa peperiksaan bagi kertas terlibat akan diulang pada 5 Disember ini.

"KPM menegaskan dakwaan kebocoran kertas tersebut di Melaka, Selangor dan Sabah adalah tidak benar," menurut kenyataan itu di sini. Sehubungan itu, peperiksaan SPM berjalan mengikut jadual. Sejumlah 455,839 calon menduduki peperiksaan SPM 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula 3 Nov lalu hingga 4 Disember depan. - Bernama




.

Lelaki tempatan ikat dan kurung wanita warga Indonesia kerana cintanya ditolak


Lelaki tempatan ikat dan kurung wanita warga Indonesia kerana cintanya ditolak | Ikatan cinta dengan seorang lelaki penagih dadah selama tiga tahun yang cuba diputuskan oleh seorang wanita, menyebabkan dia diikat dan dikurung di sebuah hotel di bandar raya ini Selasa lalu. Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 34 tahun itu tidak bertahan lama apabila wanita itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pengawal keselamatan hotel berkenaan pukul 1.30 petang yang memaklumkan kejadian berkenaan. “Wanita warga Indonesia berusia 28 tahun itu yang ditemani seorang rakan pergi ke hotel berkenaan setelah teman lelakinya itu ingin berjumpa bagi menyelesaikan masalah hubungan mereka. “Mangsa sempat memberitahu rakannya itu untuk menghubungi polis sekiranya dia tidak keluar dari bilik hotel dalam tempoh 20 minit,’’ katanya di sini hari ini.- Utusan




.

Remaja perempuan berusia 15 tahun dipenjara kerana jadi ibu ayam?


Remaja perempuan berusia 15 tahun dipenjara kerana jadi ibu ayam? | Seorang remaja perempuan dipenjara enam setengah tahun selepas didapati bersalah memberi dadah dan memukul sekumpulan kanak-kanak berusia seawal 13 tahun untuk memaksa mereka menjadi pelacur. Dalam kejadian di Ottawa itu, remaja terbabit - yang tidak didedahkan identitinya atas faktor perundangan - memperdaya mangsa melalui rangkaian media sosial. Ketika kejadian, dia baru berusia 15 tahun. Dia ditangkap pada 2012 bersama dua remaja perempuan lain. Pada asalnya dia berdepan hukuman maksimum tiga tahun penjara, namun pendakwa mengambil langkah lebih tegas memohon kepada mahkamah supaya dia dihukum sebagai pesalah dewasa.

Seorang daripada rakan subahatnya dihukum penjara tiga tahun, manakala seorang lagi masih menunggu ketetapan hakim. Bertindak tanpa bantuan orang dewasa, ketiga-tiga remaja itu menggunakan media sosial untuk ‘menggoda’ mangsa di sekitar Ottawa sebelum dipujuk atau dipaksa mengambil dadah. Apabila khayal dan lemah, mereka kemudian dihantar kepada pelanggan dewasa. Menurut sumber, mangsa tidak berani melawan kerana diancam untuk dipukul atau dibunuh. “Ada antara mangsa ditendang dan diherdik supaya mengikut pelanggan.

“Jika melarikan diri, mereka akan dikejar, ditangkap dan dibelasah,” katanya. Seorang mangsa turut dibogelkan sebelum dikurung di tingkat bawah tanah rumah seorang dari tertuduh dan diambil gambarnya. Dokumen mahkamah menyatakan, mangsa paling muda dihantar ibunya ke rumah tertuduh dengan sangkaan mereka akan selamat di situ. Keesokan harinya, mangsa pulang dalam keadaan kusut masai, bermekap dan memakai kasut tumit tinggi yang bukan miliknya. Tertuduh menggunakan telefon untuk menghantar gambar mangsanya kepada pelanggan. Jika dipersetujui, tertuduh menghantar teksi ke rumah mangsa dan mengarahkan pemandu menghantarnya ke tempat dipersetujui pelanggan.-AP



.

Kisah pencuri tegar yang kini dihadapkan ke mahkamah untuk kali ke-266 kerana mencuri



Kisah pencuri tegar yang kini dihadapkan ke mahkamah untuk kali ke-266 kerana mencuri | Pencuri paling ‘hebat’ Britain dihadapkan ke mahkamah untuk kali ke-266 semalam menyatakan harapannya memiliki anjing untuk membantunya mengubah tabiat buruknya itu. David James Archer (gambar), 59, ditangkap mencuri tali pinggang murah di sebuah kedai Ahad lalu - hanya seminggu selepas didakwa atas satu lagi tuduhan iaitu yang ke-265. Archer menghabiskan 28 tahun kehidupannya di dalam penjara dan sepanjang 40 tahun lalu hanya satu perayaan Krismas disambut di luar tahanan.

Bagi kes terbaru ini, Archer mengaku bersalah dan peguam belanya Huw Roberts berkata anak guamnya mempunyai anjing baru yang diharapkan mampu membantunya berubah. Jurucakap polis berkata, dia baru mendapat anjing itu dan tidak sampai hati kerana haiwan itu rindukannya apabila dia tiada di rumah. Katanya, Archer penagih heroin selama tiga dekad kini menjadi bahan ketawa di dalam penjara menyebabkannya berazam memperbaiki kehidupannya.

Pendakwa Diane Williams berkata, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Archer memakai tali pinggang yang dicurinya - berharga £2.99 (RM16) - di pinggangnya. “Ketika ditahan polis dia mendakwa membelinya daripada seorang rakan dengan harga £5 (RM27) namun pemeriksaan di kedai itu menunjukkan tali pinggang itu milik mereka,” katanya. - Agensi




.

[Gambar] Kebakaran melibatkan 4 rumah terbakar di Kg. Pasir Putih, Tawau pagi tadi



[Gambar] Kebakaran melibatkan 4 rumah terbakar di Kg. Pasir Putih, Tawau pagi tadi | Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, di sini, kira-kira 8 pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Rudy Fredzeka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.15 pagi.


“Seramai 25 anggota bomba bersama dua jentera dan dibantu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikejar ke lokasi kejadian. “Kebakaran memusnahkan empat rumah jenis papan dan operasi memadamkan api segera dilakukan bagi mengawal kebakaran," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Menurut Rudy, api berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan tekanan air yang dalam keadaan baik memudahkan operasi memadamkan kebakaran. “Bagaimanapun, operasi kini masih dilakukan dan belum ditamatkan lagi.


 “Punca kebakaran dan nilai kerugian yang dialami mangsa belum dapat dikenal pasti kerana masih dalam siasatan bomba," katanya -Metro




.

Punca Seniwati Mariani masuk hospital sejak tiga hari lalu



Punca Seniwati Mariani masuk hospital sejak tiga hari lalu | Seniwati Mariani, 81, dimasukkan ke hospital swasta di ibu negara semalam selepas mengalami muntah-muntah dan sakit perut. Menurut anak beliau, Rozita Rohaizad, keadaan ibunya sudah pulih hari ini bagaimanapun pihak hospital masih menjalankan beberapa pemeriksaan untuk memastikan punca penyakit ibunya itu. “Semalam kira-kira pukul 12 tengah hari, ibu mengadu sakit dan dia dibawa ke hospital oleh Melissa Saila ke hospital. “Setakat ini apa yang saya boleh pastikan ibu mengalami komplikasi di bahagian usus, bagaimanapun dia masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail, kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma amat terkenal dengan watak Manisah dalam filem Labu Labi pada tahun 1962. Seniwati yang dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura itu juga dikurniakan 13 anak melalui tiga perkahwinannya. Semalam Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia(YA1M), Datuk DJ Dave turut melawat dan sempat menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada Mariani.- Utusan

Pelik! Pensyarah Universiti ini dikatakan sering menyerang ambulans.. Kenapa agaknya dia berkelakuan seperti itu?



Pelik! Pensyarah Universiti ini dikatakan sering menyerang ambulans.. Kenapa agaknya dia berkelakuan seperti itu? | Bunyi siren ambulans mungkin tidak sedap didengar namun tidaklah menimbulkan kemarahan, namun sebaliknya berlaku terhadap seorang pensyarah universiti yang sering ‘menyerang’ kenderaan berkenaan. Pensyarah Universiti Tsukuba, Tetsuji Hirayama, 54, dilaporkan ditahan kerana mengganggu tugas penjawat awam apabila menyerang pelbagai ambulans.

Sepanjang enam tahun lalu, Hirayama didakwa melakukan kesalahan itu sekurang-kurangnya 12 kali sehinggalah dia akhirnya ditahan, minggu lalu. Media semalam melaporkan, Hirayama bukan saja menengking anggota paramedik yang berada di dalam ambulans, malah pernah juga melompat di depan sebuah kenderaan ketika dipandu di jalan raya.

Dia juga menjerit “Bodoh! Bodoh!” kepada ambulans yang diparkir di pekarangan universiti itu atau hospital. Secara keseluruhannya, dua kejadian direkodkan masing-masing pada 2008 dan 2009; satu pada 2013 dan tujuh kali tahun ini. Dia ditangkap selepas dilihat menendang sebuah ambulans yang sedang diparkir. Ditanya mengenai perangai peliknya itu, Hirayama mengakui amat bencikan bunyi siren. “Jadi ada peluang, saya akan menendangnya lagi,” katanya. - AFP




.

Kanak-kanak lelaki meraung kesakitan punggung tertusuk besi



Kanak-kanak lelaki meraung kesakitan punggung tertusuk besi | Seorang kanak-kanak lelaki hanya mampu meraung kesakitan lebih 20 minit apabila punggungnya tertusuk besi yang nyaris meragut nyawa. Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa, Zaim Salleh, 10, dikatakan terjatuh dari atas kontena berhampiran rumahnya di Taman Ukay Indah di sini, sebelum punggungnya ditembusi besi sedalam lebih enam sentimeter. Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bermain seorang diri di sebuah kontena yang ditinggalkan berhampiran kawasan perumahannya sebelum terjatuh.

 Akibatnya mangsa tidak berupaya bangun berikutan batang besi itu ‘melekat’ pada punggungnya. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ampang Ahmad Kamal Affandi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.09 petang. “Pihak bomba terpaksa mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong batang besi itu menggunakan alat pemotong khas,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan segera dikejarkan ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan. Ahmad Kamal berkata, mangsa bernasib baik kerana besi tidak mengenai bahagian organ yang boleh menyebabkan kecederaan parah. Sementara itu, tinjauan wartawan ke Hospital Ampang mendapati ibu bapa kanak-kanak terbabit berada di wad kecemasan sementara menunggu laporan perubatan. -Metro




.

Penemuan menggemparkan.. Mayat lelaki tempatan berkecai jatuh kondo



Penemuan menggemparkan.. Mayat lelaki tempatan berkecai jatuh kondo | Orang ramai terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki tempatan terbaring mati berlumuran darah di hadapan sebuah kondominium di Damansara Utama di sini. Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali sebagai Tan Kheng Hua, 47, berasal daripada Kelana Jaya maut akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.14 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa terjatuh dari tingkat atas kondominium berhampiran. "Polis masih menyiasat punca kejadian sama ada terdapat unsur jenayah atau mangsa terjun membunuh diri. "Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes kematian mengejut (SDR). Mangsa didapati mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, orang ramai ataupun ahli keluarga mangsa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. -Metro




.

Mengejutkan! Warga asing diserbu proses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan



Mengejutkan! Warga asing diserbu proses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan | Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.

Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan. Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain. Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui. -Metro





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!