Thursday, November 13, 2014

OKU Cedera Dipukul Kerana Didakwa Cuba Pecah Kereta. Apa Kata Ibunya..



OKU Cedera Dipukul Kerana Didakwa Cuba Pecah Kereta. Apa Kata Ibunya..  | Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) mengalami cedera parah di kepala selepas dipukul orang awam kerana disyaki cuba memecah masuk sebuah kereta di Kampung Telok Panji, Kelantan. Dalam kejadian pukul 9 malam, OKU berumur 22 tahun itu terpaksa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, untuk menerima rawatan. Ibu OKU berkenaan, Noraini Hassan, 50, berkata luluh hatinya apabila melihat keadaan anaknya yang cedera parah dan beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, Khamis. "Anak saya itu mengalami kecacatan di bahagian tangan kiri dan kaki kiri selepas kemalangan sejak dua tahun lalu.

Sebak melihat keadaannya yang cedera parah, namun mujurlah dia masih hidup. "Kalau dia buat salah pun, janganlah bertindak melulu dengan memukulnya, luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan sedemikian tanpa belas kasihan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Rohaimi Md Isa, mengesahkan menerima laporan kejadian itu. "Di sini saya ingin tegaskan, supaya orang ramai jangan bertindak mengikut perasaan dan menghukum suspek di tangan mereka sendiri kerana ia salah di sisi undang-undang," katanya.-Mstar



.

Remaja mengaku bunuh ibu dan adik tiri atas alasan jaga maruah keluarga



Remaja mengaku bunuh ibu dan adik tiri atas alasan jaga maruah keluarga | Dua remaja Pakistan mengaku membunuh ibu dan dua adik tiri mereka atas alasan menjaga maruah keluarga. Menurut polis, kedua-dua beradik itu menyerang ibu mereka, Sughra, 50, dan adik perempuan mereka, Amma dan Muqqada yang berusia belasan tahun, semalam. Mereka menuduh mangsa terbabit dalam pelacuran. Pembunuhan dilakukan di rumah keluarga itu di Lahore, ketika mangsa tidur.

Kedua-dua beradik berkenaan mengaku mengelar leher mangsa dalam usaha untuk ‘mengembalikan maruah’ keluarga. Mereka mengesyaki adik tiri mereka terbabit dalam pelacuran dan membunuh ibu mereka kerana ‘menyokong’ kedua-dua mangsa.

“Kami tidak menyesal kerana melakukan pembunuhan itu kerana mahu menjaga maruah keluarga,” kata seorang daripada mereka kepada akhbar The Express Tribune. Mayat ketiga-tiga mangsa di bawa ke Hospital Jinnah, tempat pakar forensik mengesahkan mereka mati akibat dikelar di leher. Kejadian berlaku beberapa hari selepas sepasang suami isteri dibunuh di sebuah kilang bata di selatan Lahore, kerana menghina kitab suci al-Quran. - Agensi




.

8 wanita maut dan 32 lagi serius selepas jalani kaedah pemandulan



8 wanita maut dan 32 lagi serius selepas jalani kaedah pemandulan | Seramai lapan wanita maut manakala 32 lagi dimasukkan ke hospital selepas menjalani pembedahan pemandulan di sebuah pusat kesihatan di India, menurut media, semalam. Headlines Today melaporkan, pembedahan tubektomi telah dijalankan ke atas 83 wanita di kampung Pendari di Chhatisgarh, Sabtu lalu, oleh seorang doktor dan pembantunya dalam tempoh lima jam.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Gujarat menetapkan setiap calon penjawat awam di negara itu perlu mempunyai tandas di rumah bagi mengelakkan amalan membuang air secara terbuka. Kerajaan negeri dalam satu kenyataan berkata, Dewan Undangan Negeri Gujarat telah meluluskan satu rang undang-undang yang memerlukan semua kakitangan kerajaan untuk mengisytiharkan mereka mempunyai tandas di rumah dalam tempoh enam bulan, atau bakal berdepan hukuman dilucutkan jawatan. “Tindakan membendung amalan membuang air secara terbuka adalah penting daripada sudut mewujudkan persekitaran yang bersih dan mencegah pencemaran air,"menurutnya. -AFP.




.

Video hero muda di Syria terus viral



Video hero muda di Syria terus viral | Sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki di Syria yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan daripada tembakan penyerang hendap kini semakin viral di laman sosial. Rakaman yang dimuat naik di laman video Youtube pada 10 November lalu memaparkan kanak-kanak lelaki itu berusaha mencapai tangan kanak-kanak perempuan yang berlindung di sebalik sebuah kereta yang telah musnah. Usahanya berjaya apabila dia berjaya menarik tangan kanak-kanak itu dan membawanya ke tempat lebih selamat walaupun tembakan berterusan dilepaskan ke arahnya. -AP




.

Punca lelaki ini tidur diluar rumah sambil peluk orang-orang


 Punca lelaki ini tidur diluar rumah sambil peluk orang-orang | Apabila seorang lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya membeli-belah dalam talian sempena ‘Hari Single’ ( 11 November), dia merajuk dan enggan pulang ke rumah. Dalam keadaan mabuk selepas minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur dan akhirnya menemui paip konkrit. Dia turut menemui orang-orang yang dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk mengurangkan kesejukan.

Keesokannya, seorang pekerja binaan yang melakukan tinjaun di kawasanitu, terkejut melihat lelaki itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yang dipakaikan pakaian wanita. Dia mengejutkan lelaki itu selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya apa yang terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ. Lelaki berkenaan berkata, dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10,000 yuan (RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.

Lelaki itu bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan dan selepas mengetahui gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah. Dengan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan teman sepanjang malam itu. Dia memberitahu pekerja binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya.” - Agensi




.

Inilah bukti kemewahan tidak menjamin kebahagiaan



Inilah bukti kemewahan tidak menjamin kebahagiaan | Kemewahan tidak menjamin kebahagiaan. Itulah yang dialami oleh pengasas syarikat perniagaan laman web Alibaba, Jack Ma yang merupakan lelaki terkaya di China. Sumber, ibtimes.co.uk melaporkan, Ma yang memiliki kekayaan bernilai AS$24 bilion (RM80 bilion) mendedahkan, dia tidak gembira seperti yang disangka serta menyifatkan lebih sukar untuk membelanjakan duit daripada berusaha untuk mendapatkan wang. “Saya tidak berasa senang hati, sebaliknya sangat tertekan.

Ramai yang berkata, menjadi kaya adalah menyenangkan, tetapi tidak kepada lelaki paling kaya di China. “Saya tertekan kerana semua orang menghampiri saya disebabkan wang. Hari ini ketika saya berjalan kaki di luar, orang ramai memerhatikan saya. Saya mahu menjadi diri sendiri,” katanya dalam wawancara stesen televisyen, CNBC TV. Menurut senarai kekayaan tahunan, The Hurun Report, nilai kekayaan Jack meningkat enam kali ganda berbanding tahun lalu.

Lelaki berusia 50 tahun itu memiliki enam peratus saham syarikat Alibaba yang bernilai AS$164 bilion (RM547 bilion) dan mempunyai 46 peratus pegangan dalam laman web transaksi, Alipay. Ma juga merupakan seorang daripada lima pendatang baharu dalam senarai 10 individu paling kaya di China yang kebanyakannya terlibat dalam sektor teknologi negara ini.-AP




.

Doktor pelatih aktif pikat ramai gadis dan remaja guna ayat novel cinta, kini di tahan polis


Doktor pelatih aktif pikat ramai gadis dan remaja guna ayat novel cinta, kini di tahan polis | Seorang doktor muda kasanova dipercayai aktif memikat ramai gadis dan remaja menggunakan ayat novel cinta sebelum memujuk mangsa mengadakan hubungan seks. Doktor lelaki berusia 20-an itu dikesan menggunakan laman sosial Weechat untuk berkenalan dengan mangsa sebelum diajak pulang ke rumahnya bagi melakukan seks. Suspek dikesan menjadikan kediaman kondominium miliknya di Pandan Indah, di sini, sebagai lokasi untuk melakukan temu janji asmara. Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru, suspek dikatakan berkenalan dengan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melalui laman sosial Wechat awal Oktober lalu.

Menurutnya, remaja perempuan yang masih bersekolah dan berasal dari Terengganu itu kemudian diajak melakukan temujanji beberapa kali oleh suspek. “Mangsa dikatakan ‘cair’ dan terpikat dengan suspek yang bijak bermain kata-kata cinta. Malah, mangsa akhirnya mengikut suspek ke kondominium didiami sebelum melakukan hubungan seks. “Mangsa hanya pulang ke rumah keesokan harinya selepas bermalam di rumah lelaki terbabit. Tindakan mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu bapanya gusar sebelum menyoal siasat punca kegagalannya pulang ke rumah,” katanya.

Dia berkata, mangsa akhirnya mengaku beberapa kali melakukan hubungan seks dengan doktor muda terbabit. “Susulan itu mangsa dibawa ke Balai Polis Ampang, di sini, untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu. “Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Ampang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan doktor pernah melakukan hubungan kelamin,” katanya. Menurutnya, susulan itu, polis memberkas doktor terbabit sebelum ditahan reman enam hari bermula Khamis lalu.

“Polis turut melakukan pemeriksaan di kediaman suspek sebelum menemui bukti menunjukkan suspek turut menjalin hubungan dengan ramai wanita lain yang turut dibawa pulang ke rumahnya. “Siasatan mendapati suspek sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor dan bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi,” katanya. Menurutnya, suspek dipercayai bijak memikat gadis dengan kata-kata manis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.




.

Punca kanak-kanak enam tahun dicampak dari tingkat dua Sekolah dan kini parah



Punca kanak-kanak enam tahun dicampak dari tingkat dua Sekolah dan kini parah | Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah dipercayai dicampak dari tingkat dua Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya, Senawang, dekat sini, semalam. Difahamkan, mangsa yang juga kanak-kanak prasekolah di sekolah itu patah tangan kiri dan kaki kanan serta cedera pada tulang punggung sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, untuk rawatan. Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa dikatakan naik ke tingkat dua untuk mencari ibunya yang juga guru di sekolah berkenaan.

"Namun, mangsa terserempak dengan seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang agresif dan berbadan besar. Murid itu dipercayai bertindak mengangkat mangsa lalu mencampaknya ke bawah bangunan. "Kejadian terbabit turut disedari beberapa murid lain yang kebetulan berada di tingkat sama. Bagaimanapun, tindakan itu tidak sempat dihalang menyebabkan mangsa parah dicampak," katanya ketika dihubungi, semalam. -Metro




.

Orang awam belasah dan ikat suspek yang meragut rantai leher emas



Orang awam belasah dan ikat suspek yang meragut rantai leher emas | Geram dengan tindakan dua penjenayah meragut rantai leher emas milik seorang ahli perniagaan, beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu bertindak membelasah dan mengikat salah seorang suspek di Lorong Pisang Barat 3 di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku apabila mangsa berusia 53 tahun yang baru keluar dari keretanya tiba-tiba didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal lalu meragut barang kemas dipakai mangsa. Sumber berkata, orang ramai yang menyedari kejadian tersebut kemudian mengejar suspek. -Kosmo




.

Lori rempuh kenderaan, penuntut kolej maut dan 3 parah



Lori rempuh kenderaan, penuntut kolej maut dan 3 parah  | Seorang penuntut kolej swasta maut manakala tiga pemandu kereta parah selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah lori tanah di persimpangan Jalan Ampang-Hulu Langat menghala Jalan Taman Putra di sini, semalam. Kejadian jam 11 pagi itu berlaku selepas lori tanah berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika menuruni laluan curam dari Jalan Hulu Langat.

Jurucakap polis trafik berkata, lori itu kemudiannya merempuh penuntut berusia 20-an itu yang menunggang motosikal sebelum merempuh tiga lagi kereta yang berhenti di persimpangan berkenaan.

Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala kerana terperosok di bawah lori manakala tiga pemandu kereta yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan. Katanya, pemeriksaan awal mendapati brek lori berkenaan tidak berfungsi menyebabkan pemandu gagal memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!