Saturday, November 15, 2014

Panas!! Dalang utama yang rakus merosakkan alam sekitar di Cameron Highlands didedahkan



Dalang utama yang rakus merosakkan alam sekitar di Cameron Highlands didedahkan | Seorang lelaki yang pernah dikenakan hukuman buang daerah didakwa antara dalang utama yang rakus merosakkan alam sekitar di sini melalui tindakan meneroka tanah secara haram bagi aktiviti pertanian. Sumber mendakwa, walaupun sudah meneroka beratus-ratus hektar dan perbuatannya diketahui umum namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa ke atas individu yang dianggap ‘tauke besar’ itu berikutan hubungan rapat dengan beberapa pemimpin politik. “Malah, lelaki tersebut juga dikatakan turut memberi habuan kepada segelintir anggota agensi pengu­at kuasa bagi memastikan kegiatan haramnya tidak diganggu,” dakwanya.

Baru-baru ini pada 9 November lalu, Mingguan Malaysia mendedahkan amalan rasuah yang berlaku dalam kalangan segelintir pegawai kerajaan negeri bagi melindungi kegiatan penerokaan tanah secara haram dan mereka didakwa dibayar RM10,000 untuk setiap 0.4 hektar tanah yang diteroka. Sumber itu mendakwa, aktiviti pertanian yang dijalankan oleh lelaki berkenaan ialah di salah satu kawasan penanaman sayur terbesar di daerah ini. “Individu berkenaan bukanlah ahli politik namun bijak menutup kegiatannya menerusi hubungan rapat dengan pemimpin politik sehingga di peringkat negeri berikutan itu tanah-tanah yang dice­robohnya mudah ‘dihalalkan’ walaupun menyalahi peraturan dan undang-undang,” dakwanya.

Sumber tersebut turut mendedahkan bagaimana modus operandi penerokaan tanah secara haram di sini sama seperti mana sesebuah kumpulan kongsi gelap menguasai sesuatu kawasan. “Mereka sudah ‘membahagi-bahagikan’ had ka­wasan yang dikuasai. Sebagai contoh, ‘tauke besar’ di Brinchang tidak boleh meneroka tanah ke kawasan lain seperti di Bukit Raja atau Tanah Rata yang dikuasai oleh individu lain,” dakwanya. Ujar sumber itu, peraturan itu dipatuhi sebagai menghormati persefahaman sesama mereka. “Kegiatan tauke besar ini menambahkan lagi jumlah tanah haram yang diteroka selain orang perseorangan yang turut berbuat demikian,” katanya.-Utusan




.

Tunjuk perasaan dengan tanam kepala dalam pasir beramai-ramai



Tunjuk perasaan dengan tanam kepala dalam pasir beramai-ramai | Lebih 400 warga Australia bertindak menanam kepala mereka ke dalam pasir di pantai Bondi, Sydney kerana tidak berpuas hati dengan polisi Perdana Menteri negara itu, Tony Abbott yang tidak mengambil berat tentang perubahan iklim dunia. Abbott pada tahun 2009 pernah menyatakan kajian mengenai perubahan iklim bukan satu perkara penting dan mahu memberi fokus pada perkembangan ekonomi. Tunjuk perasaan dilakukan menjelang persidangan tahunan G20 yang akan berlangsung di Brisbane, Australia pada 15 dan 16 November. Mereka mendesak agar isu ini menjadi salah satu agenda dalam persidangan berkenaan.

Menurut penganjur, Eden Tehan, demonstrasi ini dilakukan bagi menarik perhatian pemimpin-pemimpin dunia bahawa iklim adalah satu isu signifikan. “Kami ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin dunia yang dating ke Persidangan G20 di Brisbane bahawa demonstrasi di pantai ini adalah satu cara untuk dunia tahu kami tidak bersetuju dengan kerajaan terhadap isu perubahan iklim dan mahu melihat tindakan segera dilakukan secara global.” katanya. Ia mendapat liputan meluas media dan masyarakat yang membuat perkongsian di laman media sosial. Penunjuk perasaan datang dari pelbagai latar belakang seperti pekerja profesional, pelajar sekolah dan ibu bapa.

Lelaki tersekat dicelah dinding sebuah kedai selama tiga hari ketika cuba mencuri



Lelaki tersekat dicelah dinding sebuah kedai selama tiga hari ketika cuba mencuri | Seorang lelaki dikeluarkan dari celah dinding sebuah kedai selepas tersekat selama tiga hari ketika cuba mencuri. Paul Felyk, 35, teperangkap di celah dinding di bumbung bangunan kedai itu di Longmont, utara Denver. Pekerja membuat laporan polis kelmarin selepas mendengar bunyi bising. Bagaimanapun, polis yang datang menyiasat tidak menemui apa-apa. Keesokannya, pekerja kedai memanggil polis sekali lagi selepas mendengar seorang lelaki menjerit di dalam dinding berkenaan.

 Jurucakap polis tempatan Molly Meehan berkata: “Anggota kami berjaya mengesan lelaki itu antara dinding dalam dan luar bangunan itu.” Anggota bomba terpaksa mengguna gergaji bulat untuk memotong bahagian dalam dinding untuk mengeluarkan Felyk. Dia kini dirawat di hospital kerana keletihan dan kecederaan pada bahagian bawah badan. Pegawai penyiasat, Matt Cage berkata, Felyk akan berdepan dengan tuduhan jenayah apabila keluar hospital kelak. “Dia masih belum ditangkap. Tetapi kami menyiasatnya atas tuduhan cubaan merompak,” kata Cage. Dia berkata, tempat lelaki itu terperangkap hanya muat untuknya berdiri dan ia amat gelap sementara suhu pula terlalu sejuk. - Agensi




.

Kenali wanita penjinak ular, Wan Siti Suzana Yusof



Kenali wanita penjinak ular, Wan Siti Suzana Yusof | Ular adalah sejenis reptilia berbisa yang amat digeruni semua peringkat usia kerana bisanya mampu membawa maut.kepada mangsa yang terkena patukan spesies haiwan itu. Walaupun menyedari ular spesies berbisa, namun ada yang menjadikan reptilia berkenaan sebagai haiwan peliharaan. yang menjadi kesayangan pemilik. Bagi Wan Siti Suzana Yusof, 30, minatnya terhadap reptilia berbisa itu timbul sejak dia diberi tugas sebagai jurulatih menangkap ular sejak setahun lalu selepas menyertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 2007.

"Memang pada mulanya, saya takut dan geli melihat ular, tetapi selepas mendalami sifat ular, perasaan takut semakin hilang, sebaliknya timbul rasa seronokkeseronokan pula setiap kali beraksi dengan reptilia ini," katanya yang ditemui ketika menjalani Kursus Khidmat Kemanusiaan Menangkap Ular Siri ke-2 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), Wakaf Tapi, di sini., baru-baru ini. Wan Suzana yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkata, kali pertama dia menangkap ular pada program rakaman cara-cara menangkap ular yang diadakan di akademi berkenaan pada tahun lalu. -Metro




.

Bayi lelaki bertali pusat ditinggalkan di atas bonet kereta pekerja kilang



Bayi lelaki bertali pusat ditinggalkan di atas bonet kereta pekerja kilang | Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas bonet kereta seorang pekerja kilang di Kampung Bukit, Bayan Lepas, di sini, jam 4.30 pagi tadi. Bayi yang dibalut dengan kain cadar itu ditemui oleh pekerja kilang berkenaan selepas beliau terdengar bunyi bayi menangis sebaik sampai di rumah selepas pulang kerja syif malam. Bayi berkenaan kemudian dihantar ke Balai Polis Bayan Lepas sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan ke Menumbok di tanah besar Sabah bakal jadi kenyataan


Pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan ke Menumbok di tanah besar Sabah bakal jadi kenyataan | Cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan ke Menumbok di tanah besar Sabah terus mendapat sokongan dengan dua pemimpin sependapat mengenainya. Isu berkenaan dibangkitkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury yang berpendapat pembinaan jambatan itu akan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi Menumbok, Kuala Penyu dan kawasan sekitarnya. Kajian kebolehlaksanaan tentang daya maju jambatan itu oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dibiayai Kementerian Wilayah Persekutuan dan telah selesai dijalankan pada 2009. Namun, belum ada sebarang reaksi positif dari kerajaan negeri.

 Limus berkata, kerajaan negeri harus secara serius mempertimbangkan pembinaan jambatan berkenaan kerana ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri dan menyediakan kemudahan lebih baik kepada rakyat dan pelancong. Beliau berkata sektor swasta berminat untuk menjadi sebahagian daripada projek pembinaan jambatan sepanjang 7.8 kilometer itu melalui kerjasama awam-swasta dengan anggaran kos beberapa bilion ringgit. Sementara itu Anggota Parlimen Labuan Datuk Rosman Isli berkata pembinaan jambatan itu akan memberi manfaat dari aspek ekonomi kepada pulau berkenaan untuk jangka masa panjang.

"Isu pembinaan jambatan ini seharusnya terus dibincangkan memandangkan ia berdaya maju dari segi ekonomi bagi kedua-dua Labuan dan tanah besar Sabah," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Isu ini pernah dibangkitkan pada persidangan Parlimen kali ini. Katanya, jambatan itu akan membolehkan penduduk di Beaufort, Menumbok dan Kuala Penyu menikmati kemudahan yang ada di Labuan seperti pelabuhan, lapangan terbang, institutsi latihan perindustrian pengajian tinggi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kolej Matrikulasi Labuan, kolej vokasional dan peluang pekerjaan. "Labuan mempunyai unsur komersial dan industri untuk menawarkan pekerjaan kepada orang yang tinggal di sekitar daerah ini," katanya.

Rosman berkata jambatan itu juga akan membantu menjadikan harga tanah dan harta di dalam Labuan pada tahap yang munasabah. "Dengan adanya jambatan itu, kami percaya bahawa harga tanah dan harta di Labuan akan meningkat meliputi dua daerah Kuala Penyu dan Menumbok," katanya. Katanya, memandangkan Labuan mempunyai tanah yang terhad, maka harga hartanah di Labuan akan melambung tinggi sejak tahun kebelakangan ini dan dianggap antara yang tertinggi di negara ini. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!