Sunday, November 16, 2014

NADRATUL NISA' - MARDIHAH





NADRATUL NISA' - MARDIHAH | Alangkah indahnya dunia seorang lelaki bernama Tan Jie Kang apabila rasa kasih sepenuh jiwanya disambut oleh gadis idaman, Nadratul Nisa. Sebuah kisah cinta indah namun menyedihkan, apabila mereka yang berbeza budaya dan agama, sememangnya tiada jodoh untuk bersama dan saling memiliki dalam satu ikatan yang sah. Masa yang singkat, Tan Jie Kang sebelum menjadi suami kepada gadis sebangsa dengannya, yang ketika itu juga sedang hamil, dipergunakan sebaiknya pasangan muda ini untuk saling meraih cinta dan mencipta kenangan indah.

Sejujurnya, ketika Nadratul Nisa diarahkan berkahwin dengan lelaki pilihan babanya, Maleq Rafie, tiada sekelumit pun rasa cintanya pada lelaki itu melainkan melayan rasa laranya kerana terpisah dengan Tan Jie Kang. Setiap kenangan yang tercipta antara Nadratul Nisa dan Tan Jie Kang, seolah-olah menjadi penghalang untuk hatinya mencintai suami sendiri. Namun sikap sabar dan lemah lembut Maleq Rafie akhirnya berjaya menawan jiwa Nadratul Nisa. Sejak itu dia berusaha menyintai Maleq Rafie.

Berbeza dengan Tan Jie Kang yang akhirnya memeluk agama islam selepas isterinya menipu dan meninggalkannya papa kedana, kehadiran anak yang dinamakan sempena nama si cinta hati, kembali bangkit dengan perasaan cinta dan kasih yang tetap utuh dan tidak berbelah bagi terhadap Nadratul Nisa. Ya, Tan Jie Kang sedar akan hakikat yang mereka berdua tidak mungkin akan menyatu, namun pertemuan tanpa diduga antara dua hati ini menjadikan kenangan indah tu seolah-olah kembali. Wajar kan Maleq Rafie risau bakal kehilangan isteri yang tercinta? 



*Sebuah kisah yang sangat indah, dan selepas novel pertama, Mr. Pai Epal, nampaknya penulis sekali lagi menulis novel yang berjaya membuatkan lulu terbuai ketika membacanya. Bayangkan, ketika baca, belum habis, lulu intai halaman terakhir dan dapat tahu Tan Jie Kang tidak akan kembali bersama Nadratul Nisa, terus lulu rasa kecewa dan tak nak sambung baca sampai habis.. hehe.. Tapi akhirnya novel indah ini berjaya lulu habiskan :)


Aku memilih untuk kekal mengukir nama dia sebagai kenangan.
Aku juga memilih untuk kekal mendoakan dia agar dia sentiasa 
bahagia bersama pilihannya..





Tajuk : Nadratul Nisa'
Penulis Mardihah
Halaman : 755 muka surat
Harga : RM28/RM31




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Inilah Artis Paling Popular Di Internet



Inilah Artis Paling Popular Di Internet  | PENYANYI lagu Almost Is Never Enough Ariana Grande mencatat prestasi baharu dalam kerjaya nyanyiannya apabila diumumkan sebagai artis paling popular di Internet. Kajian yang dibuat oleh Social 50 merangkumi 103 minggu melalui YouTube, Vevo, Facebook, Teitter, Soundcloud, Wikipedia, Instagram dan Myspace. Ariana pilih sebagai artis mendapat trending dan hangat diperkatakan di laman-laman Internet. Penyelilidikan yang dibuat Social 50 melalui kaedah mengambil jumlah kawan, peminat dan pengikut penyanyi tersebut.


Penilaian juga diambil daripada jumlah tontonan, kekerapan lagu dimainkan dan respons pendengar. Ariana Grande dilihat mendapat sokongan mudah daripada peminatnya melalui muzik video baharunya Love Me Harder. Selain itu, penyanyi Taylor Swift yang baharu sahaja keluar dengan album baharunya berjudul 1989 hanya berjaya menduduki tempat ketiga. Tempat kedua diduduki oleh penyanyi Rihanna. -AP




.

Pengakuan suami curang.. Apa patut si isteri lakukan?



Pengakuan suami curang.. Apa patut si isteri lakukan? | PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar... Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak. Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan... Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... Saya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

 “Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

 “Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

 Soalan saya terbiar tanpa jawapan... Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...


Minta terus terang 

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain..

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

 Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.


Surat jadi penyebab 

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa... Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf... 

Mah... 

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling. 

 Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang. 

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri? 

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati. 

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang. Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu... -SH





.





.

Negara ini punya inisiatif pelik untuk musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes



Negara ini punya inisiatif pelik untuk musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes | Sebuah bandar di selatan Taiwan menggunakan air laut untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menyebabkan demam denggi, menurut pegawai kesihatan, semalam. Kaohsiung City merupakan bandar paling teruk diserang denggi pada tahun ini, dan inisiatif penggunaan air laut terbukti berkesan memerangi pembiakan nyamuk tersebut. Difahamkan, eksperimen menyuntik air laut ke dalam longkang di daerah Sanmin memperoleh hasil positif di mana pegawai kesihatan telah meletakkan 10 beg mengandungi larva nyamuk dan kesemuanya mati dalam eksperimen berkenaan. "Kami akan terus memantau situasi ini. Kita tidak menolak kemungkinan untuk melarutkan air laut ke dalam longkang," katanya dipetik dari laporan dpa. -AP




.

Ngeri!! Wanita putus dua dilanggar tram



Ngeri!! Wanita putus dua dilanggar tram | Seorang wanita putus dua selepas dilanggar sebuah tram. Menurut saksi, Elena Filotti, 65, dilanggar ketika dia cuba menyeberang jalan di bandar Arad, barat Romania, ketika lampu merah. Seorang saksi, Mircea Radulescu, 37, berkata: “Elena mungkin menyangka dia sempat melintas. Dia tidak mengendahkan hon dibunyikan berulang kali oleh pemandu tram berkenaan. “Badannya putus dua. Sungguh mengerikan. Anak saya ada bersama-sama. Saya menutup matanya kerana tidak mahu dia melihat keadaan mangsa.”

 Seorang penumpang Constantin Ponta, 29, berkata: “Mulanya saya tidak pasti apa yang berlaku. Saya melihat orang ramai menunjuk sesuatu di bawah tram. Saya melihatnya dan nampak mayat wanita terjulur keluar di bawah.” Sementara itu, polis berkata, pemandu berkenaan kecewa dengan kejadian itu. “Laporannya sama dengan laporan saksi. Mungkin dia tidak akan didakwa kerana jelas wanita itu yang bersalah,” kata jurucakap polis. - Agensi




.

Dakwaan pesawat pejuang Ukraine menembak jatuh MH17 dilaporkan palsu



Dakwaan pesawat pejuang Ukraine menembak jatuh MH17 dilaporkan palsu | Tindakan badan penyiaran rasmi Russia yang seolah-olah mahu membantu Presiden Vladimir Putin mengatasi kritikan berhubung tragedi MH17 pada persidangan G20 mungkin memakan diri selepas dakwaan timbul laporan itu dipalsukan. Channel One menyiarkan imej didakwanya dari satelit British atau Amerika Syarikat (AS) yang konon menunjukkan pesawat pejuang Ukraine menembak jatuh pesawat malang itu pada 17 Julai lalu.

 Wartawan Mikhail Leontyev berkata, pihaknya tahu Perdana Menteri Australia Tony Abbott bercadang menyoal Putin berhubung kejadian itu jadi “biarlah kita membantunya” katanya sejurus sebelum menyiarkan imej satelit didakwa terbocor itu. Berita itu turut memetik Timbalan Preisden Kesatuan Jurutera Russia, Ivan Andriyevsky yang mengesahkan kesahihan gambar itu selepas menelitinya. Pakar laman web mendakwa gambar itu palsu kerana logo MAS diletakkan di tempat salah selain imej dikatakan menunjukkan Boeing 767, bukannya 777.- Agensi




.

Cuti keluarga berakhir dengan tragedi



Cuti keluarga berakhir dengan tragedi | Kegembiraan 40 sekeluarga bercuti di atas rumah bot di Sungai Lawit, Tasik Kenyir, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka yang berusia sembilan tahun maut, selepas bot laju dinaiki mereka terbalik, 10 pagi semalam. Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Daniel Rosapawi yang menaiki bot laju bersama bapa saudara dan dua sepupunya dalam perjalanan ke sebuah lokasi untuk mandi manda, sebelum bot dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan terbalik. Sebelum kejadian, mangsa bersama kira-kira 40 ahli keluarganya yang lain bercuti dengan menaiki dua rumah bot dan berlabuh di Sungai Lawit kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Selepas bermalam di atas rumah bot berkenaan, mangsa bersama dua sepupu dan bapa saudaranya merancang untuk mandi manda, sebelum menaiki sebuah bot laju kira-kira jam 10 pagi untuk ke lokasi sesuai. Bagaimanapun, selepas kira-kira 50 meter bot laju berkenaan meninggalkan rumah bot, bot laju itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbalik menyebabkan kesemuanya tercampak ke dalam air. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, kejadian menimpa mangsa disedari seorang pemancing yang memancing tidak jauh dari lokasi kejadian, sebelum memanggil beberapa rakannya untuk membantu mangsa.

"Pemancing itu dan beberapa rakannya berjaya membantu menaikkan semua mangsa yang memakai jaket keselamatan. Bagaimanapun, Mohd Daniel tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya. Menurutnya, mayat Mohd Daniel yang juga murid Sekolah Kebangsaan Jerangau Barat itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat, sebelum dituntut ahli keluarga mangsa untuk urusan pengebumian. Sementara itu kakak mangsa, Nor Aisyatul Aziera Rosapawi, 15, yang turut menyertai percutian itu berkata, dia ternampak bot laju berkenaan terbalik, namun tidak menyangka sehingga meragut nyawa adik lelakinya itu kerana semua mereka memakai jaket keselamatan. Dia yang masih bersedih dengan kejadian menimpa adiknya berkata, Mohd Daniel tinggal dengan neneknya, Che Samariah Omar, 59, sejak ibu bapa mereka berpisah kira-kira setahun lalu. -Metro




.

Penjenayah putus tangan kanan ditetak ketika menceroboh


Penjenayah putus tangan kanan ditetak ketika menceroboh | Seorang penjenayah putus tangan kanan akibat ditetak oleh tuan rumah yang dicerobohinya di Taman Sikamat Utama di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memasuki rumah teres setingkat yang dihuni sepasang suami isteri dengan memotong besi tingkap. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata dua daripada empat lelaki terbabit memasuki sebuah bilik dan menyerang tuan rumah dengan menumbuk mukanya bertubi-tubi. Bagaimanapun, katanya mangsa melawan balik dan berjaya mengambil sebilah parang lalu melibas seorang penyerang.

"Penyerang terbabit putus tangan kanan dan melarikan diri dari rumah itu, tetapi ditemui terbaring di kawasan semak berdekatan. Tiga rakannya yang lain melarikan diri dengan menaiki sebuah van putih," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, penjenayah terbabit bersama tangan yang putus dan mangsa yang cedera pada muka dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan. "Siasatan mendapati pasangan suami isteri yang kerugian kira-kira RM5,000 akibat kehilangan barang kemas dan wang tunai serta empat penjenayah terbabit adalah etnik Rohingya dari Myanmar," katanya. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. -BH



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!