Monday, November 17, 2014

Doktor bentuk wajah baharu mangsa renjatan elektrik




Doktor bentuk wajah baharu mangsa renjatan elektrik | Doktor di China terpaksa menyuntik bahagian dada seorang lelaki sehingga membentuk benjolan seperti bola keranjang bagi mewujudkan struktur wajah baharunya. Portal Mirror.co.uk melaporkan, prosedur itu dilakukan selepas wajah Yan Jianbin melecur akibat terkena renjatan elektrik, menyebabkannya hilang mata kanan dan hidung. Ketika kejadian, dia cuba membuka pintu sebuah transformer elektrik bervoltan tinggi semasa bekerja.

 Suntikan itu membolehkan kulit pada dada Jianbin membesar supaya doktor boleh membentuk struktur wajah pada bahagian kulit sebelum digantikan pada wajahnya yang rosak. Proses pemulihan itu telah berjalan selama enam bulan di Hospital Besar Tentera Shenyang di wilayah Liaoning. Menurut doktor, keseluruhan pembedahan itu dibahagikan kepada lima fasa dan mengambil tempoh selama dua tahun untuk siap.-AP



.

Alahai.. Nenek dipenjara dan didenda kerana curi langsir dan sarung kusyen di pasaraya



Alahai.. Nenek dipenjara dan didenda kerana curi langsir dan sarung kusyen di pasaraya | Seorang nenek dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri langsir dan sarung kusyen di sebuah pasar raya di sini semalam. Hamsiah Ahmad, 56, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh juru bahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak. Dia didakwa mencuri satu set langsir dan dua set sarung kusyen yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM617 di Pasaraya Aeon Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini pada kira-kira 9.00 malam.

Hamsiah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. Ketika rayuan, Peguam Zulkifli Awang memohon Mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh menghidap penyakit darah tinggi selain bergantung hidup sepenuhnya pada anak-anak beliau. Hamsiah menjaga cucu ketika anak-anaknya keluar bekerja. - Bernama



P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Bungkusan paling pelik dan ngeri yang sepatutnya dikirim ke Amerika daripada Asia.. Apakah ia?



Bungkusan paling pelik dan ngeri yang sepatutnya dikirim ke Amerika daripada Asia.. Apakah ia? | Seorang pelancong Amerika Syarikat (AS) disoal siasat oleh polis selepas sebuah syarikat perkapalan mengimbas bungkusan yang dikirim dan mendapati ia mengandungi beberapa anggota badan manusia yang diawetkan, termasuk kepala bayi, kaki bayi dan jantung. Pesuruhjaya Polis, Kolonel Chumpol Poompuang, berkata lelaki berusia 31 tahun itu memberitahu polis dia membeli anggota badan itu dipasar terbuka Bangkok dan menghantar kepada rakannya di Las Vegas kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang pelik.

Chumpol berkata anggota badan yang dijumpai pada malam Sabtu lalu itu diawet dalam 'formaldehyde' dan pakar forensik berpendapat ia sudah berusia lebih 10 tahun. Katanya, anggota tubuh manusia itu mungkin dicuri dari institusi perubatan, di mana teknik pengawetan boleh dilakukan. Pelancong terbabit dibebaskan tanpa didakwa. Menurut kepercayaan Thai, janin atau anggota badan bayi boleh digunakan dalam amalan sihir. - AP




.

Ngeri! Lahar Gunung mengalir sejauh 20.9 kilometer dan rosakkan kediaman penduduk


Ngeri! Lahar Gunung mengalir sejauh 20.9 kilometer dan rosakkan kediaman penduduk | Lahar Gunung Kilauea telah mengalir sejauh 20.9 kilometer dan merosakkan kira-kira 1,000 kediaman penduduk Pahoa, Hawaii sejak gunung berapi itu memuntahkan laharnya pada 27 Jun lalu. Terbaharu, lahar gunung berapi dirakam menuruni tebing dekat sebuah pusat kitar semula di sini seolah-olah seperti ‘sungai berapi’ ketika fenomena berkenaan masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Laman web, Mail Online memetik satu rakaman video yang menunjukkan tiga ‘air terjun lahar’ yang bergerak perlahan, memusnahkan pagar besi di kawasan itu awal minggu lalu.


Lahar yang merentasi kawasan kebun dan penempatan orang awam membawa asap serta api dengan suhu mencecah 1,093 darjah Celcius. Gunung Kilauea dilapor meletus secara berterusan selama lebih 31 tahun. Sebelum ini, muntahan lahar pernah memasuki kawasan Royal Garden dan Kalapana pada tahun 1980-an dan 1990-an. Antara tahun 1983 dan 1990, aliran lahar telah memusnahkan lebih 180 buah rumah tetapi sejak 2012, tiada kerosakan dilaporkan akibat fenomena semulajadi itu.-AP



.

Kenapa adiwira lain tidak boleh angkat tukul Mjolnir milik Thor?


Kenapa adiwira lain tidak boleh angkat tukul Mjolnir milik Thor? | Thor mungkin seorang karekter fiksyen dari siri komik Marvel dan juga mitologi kaum Norse. Namun pandangan saintifik diperoleh untuk mengetahui kenapa adiwira perkasa lain seperti Hulk dan Captain America tidak boleh mengangkat senjata milik Thor? Artikel dikeluarkan majalah Wired menceritakan tukul berkuasa milik thor, Mjolnir yang tidak boleh diangkat mana-mana pihak kecuali Thor menerusi alasan saintifik. Seorang ahli fizik astronomi dan pengarah Planetarium Hayden di Amerika Syarikat, Doktor Neil Degrasse Tyson, menganggarkan Mjolnir seberat 12,000 trilion pound.

Tyson membuat anggaran berdasarkan spekulasi Mjolnir dibuat daripada jirim bintang neutron kerana mitologi Norse meramalkan ia dibuat daripada besi jenis uru oleh seorang tukang besi di sebuah bintang yang uzur. Jadi kiraan berat Mjolnir dibuat dengan membandingkan ketumpatan air dengan jirim bintang neutron yang mempunyai ketumpatan seratus juta gram bagi setiap sentimeter padu.

Namun tidak logik sebuah meja di rumah Tony Stark, malah apa sahaja barang yang dicipta atau wujud di muka bumi ini mampu menahan beban Mjolnir. Sedutan filem terbaru Avengers: Age of Ultron menunjukkan hanya Captain America ataupun Steve Rogers berjaya menggerakkan Mjolnir.Pelbagai teori dibuat bagaimana ia boleh bergerak termasuk menggunakan teori Newton. Stark yang juga karekter adi wira Iron Man pula menjangkakan Mjolnir hanya berfungsi selepas mengenal pasti cap jari Thor. Namun Thor hanya cerita rekaan dan hanya yang difikirkan layak mampu mengangkat tukul Mjolnir.-AP




.

Kali ni perompak ini kantoi


Kali ni perompak ini kantoi | Seorang perompak ditangkap di bandar ini di wilayah Shandong sebaik kembali dari kuil. Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zhang dilapor ke kuil berkenaan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhannya kerana berjaya mengelak daripada ditangkap polis selepas melakukan beberapa rompakan. Menurut polis, lelaki itu sebelum ini melakukan tiga rompakan, termasuk mencuri basikal elektrik yang dihadiahkan kepada teman wanitanya.

 Zhang ditangkap sebaik keluar dari lif di bangunan kediamannya sejurus selepas kembali dari kuil untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhannya. Dia memberitahu polis, dia menyembah Tuhan Guang Gong dan membakar colok setiap hari dengan harapan dia tidak ditangkap. Zhang ditangkap bersama adik dan beberapa suspek lain. Mereka kini ditahan dipenjara kerana memiliki barangan curi, termasuk puluhan kereta elektrik, sementara menanti dibicarakan. - Agensi




.

Mahkamah benar lelaki lafaz talak selepas kahwin 4 hari kerana isteri dirasuk jin



Mahkamah benar lelaki lafaz talak selepas kahwin 4 hari kerana isteri dirasuk jin | Mahkamah Rayuan di sini membenarkan seorang lelaki tempatan menceraikan isterinya tanpa perlu membayar sebarang pampasan atau ganti rugi, hanya selepas berkahwin empat hari. Lelaki berkenaan sebelum ini memohon mahkamah supaya membenarkan dia bercerai kerana isterinya enggan tidur bersama atas alasan dia dirasuk jin.

 Si suami memberitahu mahkamah, dukun yang merawat isterinya tidak dapat mengusir jin berkenaan kerana ia ‘terlalu kuat’ dan jin itu tidak membenarkan isterinya tidur bersamanya. Si isteri sebelum itu mendakwa suaminya mahu menidurinya kerana mahukan wangnya. Sebuah mahkamah sebelum ini membenarkan si suami bercerai tetapi mengarahnya membayar ganti rugi Dh30,000 (RM27,330), sewa rumah sebanyak Dh6,000 (RM5,460) sebulan dan nafkah berjumlah Dh2,000 (RM1,820).- Agensi




.

Apakah? Wiski dan vodka halal akan mula dijual di Eropah


Wiski dan vodka halal akan mula dijual di Eropah | Selepas melancarkan barisan produk minuman keras halal tanpa alkohol, syarikat ArKay Beverages kini mengembangkan lagi perniagaannya dengan mencipta minuman vodka dan wiski halal. Dua produk tersebut dijangka bakal menembusi pasaran Eropah tahun hadapan. Produk-produk Arkay sebelum ini berjaya menarik minat penggemar yang rata-ratanya adalah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang merupakan golongan yang tidak boleh mengambil minuman beralkohol.

Menurut presiden Arkay, Sylvie Grattagliano, wiski dan vodka halal akan mula dijual pada tahun 2015 di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis. Selain vodka dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis brandi, gin, amaretto dan blue curacao. Jenama ArKay buat masa ini boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Mexico serta mula mendapat tempat di sekitar Eropah. Kebanyakan penggemar jenama Arkay berkata, mereka membeli produk ini kerana rasanya yang menarik dan tidak membahayakan kesihatan seperti pengambilan minuman keras. -AP




.

Pelanggan kedai terkejut, lelaki baring depan premis rupanya sudah meninggal dunia


 Pelanggan kedai terkejut, lelaki baring depan premis rupanya sudah meninggal dunia | Beberapa pelanggan sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan terkejut mendapati seorang lelaki yang terbaring di hadapan premis berkenaan di Batu 5, Jalan Ipoh, di sini sebenarnya sudah meninggal dunia. Mayat mangsa ditemui orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkannya kepada polis kira-kira jam 8.30 pagi, semalam. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 41, berkata, mereka pada mulanya menyangka lelaki itu tertidur di hadapan kedai dan tidak mengendahkannya. Bagaimanapun, apabila diperhatikan secara dekat lelaki itu kelihatan seperti tidak lagi bernafas membuatkan mereka menghubungi polis.

“Kami tidak berani menyentuhnya dan terus menghubungi polis. “Tidak dapat dipastikan bila lelaki ini terbaring, tetapi kami hanya menyedarinya kira-kira jam 8.30 pagi ketika melalui kawasan ini,” katanya ketika ditemui, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menerima dua panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat di hadapan sebuah kedai menjual alat ganti.

Katanya, polis bergegas ke lokasi dan turut disertai unit Forensik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur. “Kematian mangsa disahkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut hadir di lokasi kejadian. “Hasil siasatan mendapati, tiada objek ataupun senjata ditemui berhampiran badan mangsa dan tempat kejadian. “Pemeriksaan terhadap badan mangsa mendapati terdapat sedikit kesan luka di jari kelingking serta jari manis kanan sebelah kanan dipercayai akibat geseran pada batu dinding,” katanya ketika dihubungi, semalam. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!