Tuesday, November 18, 2014

Model terkenal ditemui mati beberapa hari selepas ulang tahun kelahirannya


Model terkenal ditemui mati beberapa hari selepas ulang tahun kelahirannya | MODEL beberapa produk terkemuka, Katerina Netolicka ditemui mati bersama dua anjing peliharaannya hanya beberapa hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya. Lebih menyedihkan apabila mayatnya ditemui abangnya yang curiga apabila wanita jelita itu tidak menjawab panggilan telefonnya, menyebabkan abangnya memecah masuk ke kediaman adiknya itu. Mayat model yang dikenali ramai menerusi iklan Prada, L'Oreal dan Elle itu ditemui dalam bilik mandi kediamannya.Berusia 26 tahun, mayat Katerina ditemui dalam tab mandi di kediaman yang didiaminya bersama teman lelakinya, pemain hoki ais, Jakub Petruzalek, 29.

 Ketika kejadian, atlet itu berada di Rusia untuk menyertai kejohanan hoki ais mewakili kelab Avtomobilist Yekaterinburg. Pasangan itu tinggal bersama sejak lima tahun lalu. Menurut rakannya, model yang mula melibatkan diri dalam kerjaya peragaan sejak 2004, selain aktif dalam sukan kick boxing apabila memenangi kejohanan Czech bulan lalu itu dikatakan berhadapan masalah kemurungan. "Ada masanya dia sangat gembira dan pada masa lain tiba-tiba dia begitu tertekan dan pernah mencederakan dirinya."


Bagaimanapun, ada rakannya yang menjelaskan bahawa perbuatan mencederakan dirinya adalah sejarah kerana kini Katerina bahagia bersama teman lelakinya. Kesedihan di kalangan peminat dan kenalannya mendorong mereka meluahkan perasaan simpati menerusi laman Facebook model itu kerana terlalu terkejut dan sedih di atas kejadian yang menimpanya. Sementara itu, jurucakap polis, Lumila Svetlakova berkata: "Mayat seorang wanita muda ditemui di Litvinov, daerah Hamr. "Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan." -AP




.

Misteri ribuan ikan gelama muncul di permukaan Sg. Muar



Misteri ribuan ikan gelama muncul di permukaan Sg. Muar | Penduduk daerah ini gempar apabila ribuan ikan terutama gelama muncul di permukaan Sungai Muar berhampiran Masjid Sultan Ibrahim di sini, tengah hari tadi. Kejadian dikenali sebagai fenomena 'ikan mabuk' menyaksikan ribuan ikan timbul dan melompat-lompat di sungai ketika air surut. Ia berlaku dipercayai disebabkan peralihan air sungai dan campuran air hujan di sungai berkenaan. Keadaan itu menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjaring atau menangkap ikan hingga mampu membawa pulang lebih 10 kilogram seorang. Kebanyakan pengunjung yang hadir akan membawa jaring atau sanggup membeli jaring baru kerana tidak mahu melepaskan peluang menjaring 'ikan mabuk' di sungai itu. -Metro



.

Pengorbanan kanak-kanak 3 tahun selamatkan nyawa kakak yang menghidap leukimia



Pengorbanan kanak-kanak 3 tahun selamatkan nyawa kakak yang menghidap leukimia | PENGORBANAN seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Australia telah menyelamatkan nyawa kakaknya yang menderita leukemia limfoblastik akut. Ibu mereka, Michelle Abbott dari Gold Coast, Queensland, memberitahu dia dan suaminya berasa sangat gembira selepas mendapati sumsum tulang Lachy sesuai dan sepadan dengan kakaknya, Amelia, 5. Budak tersebut telah didiagnosis menghidapi penyakit itu pada tahap rendah, namun ia menjadi lebih serius dalam tempoh tiga bulan selepas Amelia menjalani rawatan kemoterapi, Disember lalu.

"Peluang untuk dia sembuh hanya 40 peratus dan kami turut menjalani ujian untuk melihat kesesuaian sumsum tulang dengan Amelia. Keputusan ujian tersebut menunjukkan hanya Lachy yang dapat mendermakan bahagian itu kepada kakaknya," kata Michelle. Pada Julai lalu, proses pemindahan sumsum tulang telah dilakukan ke atas Amelia dan prosedur itu berjaya dilaksanakan. Kedua-dua adik beradik itu akhirnya bertemu semula buat pertama kali kira-kira lima minggu kemudian. "Mereka saling berpelukan untuk melepaskan rindu masing-masing. Amelia turut menggelar adiknya sebagai superhero kerana telah menyelamatkan nyawanya. Ikatan mereka menjadi lebih kuat sejak insiden itu," menurut Michelle. -DM




.

Penemuan ular tedung selar sepanjang lebih 4 meter dekat rumah warga emas



Penemuan ular tedung selar sepanjang lebih 4 meter dekat rumah warga emas | Seekor ular tedung selar sepanjang lebih empat meter ditangkap di dalam longkang berhampiran rumah seorang warga emas di Paya Terubong, di sini, 8.40 malam Ahad lalu. Kehadiran reptilia berkenaan disedari seorang penduduk yang pada awalnya terlihat satu cahaya di dalam longkang sebelum ia didapati seekor ular. Penduduk terbabit kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk meminta bantuan.

Pegawai Operasi JPAM Daerah Timur Laut Mohd Khairul Izhar Ismail berkata, pada peringkat awal usaha untuk mengeluarkan ular berkenaan dari dalam longkang mengalami sedikit kesukaran berikutan saiz ular yang agak besar dan mengambil masa hampir setengah jam sebelum berjaya mengeluarkan reptilia berkenaan. Katanya, ular tedung selar itu dipercayai cuba mencari jalan keluar dan kemungkinan mahu menyelinap masuk ke dalam rumah penduduk di situ. -Metro



.

Tahukah anda sejauh manakah kuasa pasport Malaysia?



Tahukah anda sejauh manakah kuasa pasport Malaysia? | Rakyat negara ini umumnya sudah mengetahui tentang kualiti pasport Malaysia dan ia diakui antara yang terbaik di dunia. Istilah ‘terbaik’ dari aspek pembuatan pula membawa kepada kelebihan lain yang ditawarkan kepada pemegangnya. Persoalan seterusnya yang sering ditanyakan adalah: “Sejauh manakah kuasa pasport Malaysia?” Pasport Malaysia sebenarnya berkongsi kedudukan di tangga kesembilan bersama Malta dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia. Kedua-dua pasport ini menawarkan akses tanpa visa ke 163 buah negara. Tempat kelapan adalah milik pasport Iceland dengan akses tanpa visa ke 165 buah negara. Ia diikuti pasport Korea Selatan di tangga ketujuh (166 negara).

Tempat keenam dikongsi tiga negara iaitu Australia, Singapura dan Greece (167 negara) manakala tempat kelima dikongsi pasport negara Switzerland, Austria dan New Zealand (168 negara). Ireland, Kanada, Perancis, Jepun, Norway, Portugal dan Sepanyol berkongsi kedudukan di tempat keempat dalam senarai pasport paling berkuasa dunia. Pemegang pasport dari negara-negara berkenaan boleh melawat ke 170 buah negara tanpa visa. Tempat ketiga adalah milik Itali, Belgium dan Belanda (171 negara) sementara tempat kedua dikongsi Amerika Syarikat, Jerman, Denmark dan Luxembourg (172 negara). Pasport paling berkuasa di dunia adalah milik United Kingdom, Finland dan Sweden dengan akses tanpa visa ke 173 buah negara.

Ciri keselamatan dan pelaksanaan pasport Malaysia, sama seperti kebanyakan pasport negara lain dalam senarai itu digariskan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Selain meningkatkan integriti dokumen perjalanan, pasport Malaysia juga ditingkatkan kualitinya bagi mengekang dan mencegah gejala pemalsuan pasport serta melindungi identiti rakyat Malaysia. Kewujudannya membolehkan rakyat Malaysia bergerak dengan selesa di pintu-pintu masuk antarabangsa melalui dokumen yang mempunyai keupayaan pengesahan ketulenan atau kesahihan maklumat pemegang pasport.

Pemegang pasport Malaysia juga menikmati kemudahan e-servis dan pintu pemeriksaan automatik (autogate) yang disediakan oleh negara-negara anggota ICAO di seluruh dunia. Sementara itu, pasport paling lemah di dunia adalah milik Afghanistan iaitu pemegangnya hanya boleh merantau ke 28 buah negara tanpa visa. Senarai pasport paling lemah itu diikuti oleh pasport Iraq (31 negara) dan kedudukan ketiga terlemah adalah dikongsi Somalia dan Pakistan (32 negara). -Awani



.

Mayat wanita ditemui lemas dipercayai terjun ke Sg. Klang selepas bertengkar dengan suami


Mayat wanita ditemui lemas dipercayai terjun ke Sg. Klang selepas bertengkar dengan suami | Mayat seorang wanita ditemui lemas selepas dipercayai terjun ke Sungai Klang di Kemuning Utama, di sini, malam tadi. Mangsa yang dikenali sebagai Ling Siew Lin ditemui pihak bomba kira-kira jam 11 pagi tadi selepas lebih 12 jam operasi mencari. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam Penguasa Kanan 2 Ahmad Zaidi Safuan berkata, mangsa yang berusia 48 tahun sebelum itu dikatakan bergaduh dengan suaminya.


"Dia kemudian bertindak terjun ke Sungai Klang di lokasi kejadian sebelum pihak kami menerima panggilan kecemasan. "Mayat mangsa ditemui pagi tadi dan suaminya sudah membuat pengesahan. "Kes ini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. -Metro




.

Nenek hidup semula selepas disahkan meninggal dunia dan 11 jam berada di bilik mayat



Nenek hidup semula selepas disahkan meninggal dunia dan 11 jam berada di bilik mayat | Seorang nenek yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor, didapati masih lagi hidup selepas 11 jam berada di dalam bilik mayat. Laman web UPI.com melaporkan, Bogumila Kolkiewicz anak saudara kepada Janina Kolkiewicz berkata, dia terpaksa menghubungi Dr. Wieslawa Czyz selepas mendapati ibu saudaranya tidak bernafas dan nadinya tidak lagi bergerak di rumah mereka di sini. Katanya, Czyz mengesahkan wanita berusia berusia 91 tahun itu sudah meninggal dunia dan turut mengeluarkan sijil kematian bagi ibu saudaranya.

Bagaimanapun, ujar Bogumila, kakitangan hospital yang bertugas di bilik mayat menyedari beg plastik yang membungkus mayat Janina kelihat seperti bergerak-gerak sebelum mereka mendapati wanita itu masih hidup selepas 11 jam berada di bilik tersebut. “Janina tidak mengingati apa yang sudah berlaku kerana dia telah nyanyuk,” jelasnya.

Tambah Bogumila, ibu saudaranya kini berada dalam keadaan normal dan tahap kesihatannya semakin baik selepas keluar dari hospital. “Saya pasti dia sudah meninggal dunia ketika itu. Saya terkejut dan tidak faham dengan apa yang berlaku. Jantungnya tidak lagi berdegup dan dia sama sekali tidak bernafas,” kata Czyz. Polis Daerah Lublin kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan sudah memulakan prosiding bagi mendakwa doktor berkenaan atas kesalahan jenayah.-AP




.

Pelik! Kenapa jam mewah ini dikatakan miliki sumpahan?



Pelik! Kenapa jam mewah ini dikatakan miliki sumpahan? | Sebentuk jam randik mewah berharga 15 juta pound (RM79 juta), didakwa memiliki sumpahan apabila tiga individu termasuk pemilik serta insan tersayang mereka meninggal dunia sewaktu jam berkenaan berada dalam simpanan mereka. Terbaharu, kerabat diraja Qatar, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani, 48, meninggal dunia minggu lalu, dua hari sebelum beliau merancang untuk melelong jam jenama 1933 Patek Phillipe itu. Akhbar Daily Mirror melaporkan, Sheikh Saud yang merupakan pengumpul barangan antik, meninggal dunia akibat komplikasi serangan jantung di kediamannya, di sini.

 Jam tersebut dibeli jutawan berkenaan pada 1999 pada harga 7 juta pound (RM36.7 juta). Pemilik asal jam berkenaan, Henry Graves menempah barangan mewah itu daripada pembuat jam mewah, Patek Phillipe pada 1925. Tujuh bulan selepas disimpan sebagai koleksi, rakan baik Graves meninggal dunia, diikuti anak lelakinya, George yang maut dalam satu nahas jalan raya. Kematian tiga individu itu membuatkan banyak pihak mendakwa jam tersebut memiliki sumpahan. Jam itu dilelong di Geneva minggu lalu kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada harga RM15.3 juta pound (RM80.2 juta). -AP



.

Bapa letupkan diri selepas pertelingkahan keluarga



Bapa letupkan diri selepas pertelingkahan keluarga | Seorang bapa bertindak meletupkan diri di dalam sebuah kereta selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarganya. Tindakan itu menyebabkan dia maut dan tujuh orang lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di sebuah pekan kecil di Jerman Barat. Semasa kejadian, bapa kepada dua anak itu telah memandu keluar dari rumahnya di Homberg dan mengugut untuk mencederakan dirinya selepas berlaku pergaduhan besar dalam keluarga, lapor akhbar Jerman dpa pada Ahad.

Pihak polis sudah menunggu kepulangan lelaki itu, namun sebaik tiba di rumah, bapa berusia 49 tahun itu terus meletupkan dirinya yang masih berada di dalam kereta. Tujuh yang cedera termasuk dua anggota polis. Ledakan akibat letupan itu menyebabkan sebuah kawah besar terbentuk selain turut memecahkan tingkap di rumah jiran. Jurucakap polis, Thomas Rodemer berkata jiran tetangga terkejut dengan bunyi letupan tersebut dan keluar mengerumuni tempat kejadian. Motif tindakan lelaki tersebut masih dalam siasatan polis.-AP




.

Pemuda cedera di kedua-dua tangannya akibat ditetak kawan baik



Pemuda cedera di kedua-dua tangannya akibat ditetak kawan baik | Seorang pemuda cedera di kedua-dua tangannya akibat ditetak kawan baik di Kampung Kutan Hilir, di sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika Mohamad Sharul Sudin, 25, dalam perjalanan bertemu rakannya itu bagi menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, sebelum sempat berjumpa di tempat dijanjikan, dia diserang rakannya dengan senjata tajam mengakibatkan kedua-dua tangannya patah dan terdapat kesan kelar. Kakak Mohamad Sharul, Nor Hafiza, 33, berkata, adiknya dan suspek sudah berkawan sejak kecil dan mereka sekampung. "Sebelum keluar rumah, dia ada terima panggilan telefon daripada kawannya untuk berjumpa bagi menyelesaikan masalah mengenai 'sport rim' kereta milik adik yang diambil suspek. -Metro



.

Isteri jadi saksi suami memadu asmara dengan kekasih gelap di bilik tidur mereka


Isteri jadi saksi suami memadu asmara dengan kekasih gelap di bilik tidur mereka | Luluh hati seorang isteri apabila melihat suaminya memadu asmara bersama ‘kekasih gelap’ di dalam bilik tidur di kediaman mereka di Chow Kit di sini. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin. Wanita berusia 30-an itu dikatakan baru pulang dari kerja sebelum terserempak adegan maksiat itu. Sumber polis berkata, mangsa mulanya menyangka suami tiada di rumah kerana lampu kediaman tidak dibuka sebaik dia membuka pintu kediaman.

“Bagaimanapun sebaik masuk ke dalam bilik dan membuka suis lampu, wanita terbabit terkejut apabila melihat suaminya berlaku curang bersama seorang wanita tidak dikenali. “Tindakan lelaki terbabit membawa kekasih ke dalam bilik tidur menyebabkan wanita terbabit berang sebelum memarahi suaminya selain menghalau mereka keluar. “Pertengkaran mereka menjadi ganas apabila lelaki terbabit sebaliknya bertindak ganas menumbuk muka isterinya,” katanya. -Metro




.

Premis buat roti benggali yang sangat popular didapati kotor dan menjijikkan



Premis buat roti benggali yang sangat popular didapati kotor dan menjijikkan | Sebuah premis membuat roti benggali yang popular di negeri ini beroperasi di Jalan Datuk Keramat diarah tutup selama 14 hari selepas didapati gagal mematuhi aspek kebersihan hasil pemeriksaan oleh sepasukan pegawai Jabatan Kesihatan negeri 9 pagi tadi. Pemeriksaan dilakukan Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri menemui najis tikus dan hurungan lalat pada bahan digunakan untuk membuat roti itu.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Ku Nafishah Ku Ariffin mengesahkan arahan pemberhentian operasi terhadap premis berkenaan. Selain arahan penutupan premis selama dua minggu pengusaha terbabit turut dikenakan denda sebanyak RM2,500. Pengusaha syarikat roti itu juga didapati mengabaikan aspek kebersihan apabila dikesan membuang sisa adunan roti di atas lantai selain pekerja memproses makanan itu tanpa memakai penutup kepala, sarung tangan dan penutup mulut. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!