Thursday, November 20, 2014

Wah!! Bekas penyerang Chelsea tidak hadir latihan kerana takutkan kucing yang berada dekat pintu keretanya



Wah!! Bekas penyerang Chelsea tidak hadir latihan kerana takutkan kucing yang berada dekat pintu keretanya | BEKAS penyerang Chelsea dan Birmingham City, Mikael Forssell tidak menghadiri latihan harian bersama kelabnya apabila seekor kucing berada berhampiran pintu kereta. Forsell yang juga bekas pemain Finland dikatakan takut terhadap kucing dan kejadian itu telah menyebabkan dia gagal hadir latihan bersama kelab VFL Bochum di Jerman.


Dalam laman sosial Twitter miliknya, pemain berusia 33 tahun itu berkata," Saya alergi pada kucing... saya perlu lepaskan latihan... separuh ketakutan... telah menunggu selama 20 minit termasuk menganggunya (kucing) dengan getah." Forsell pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris sepanjang 1998-2008 dengan mewakili Chelsea, Crystal Palace dan Birmingham, selain menjaringkan 50 gol sebelum mengalami kecederaan. Dia kemudian mewakili Hannover di Bundesliga sebelum kembali beraksi bagi Leeds United dan akhirnya ke Jerman. -AP




.

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Selepas Penemuan Mayat Ibu



Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Selepas Penemuan Mayat Ibu  | Mayat seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui tertanam di sebuah ladang kelapa sawit di Kalumpang, di sini, pagi Khamis. Mayat itu ditemui pada pukul 11.30 pagi, selepas polis melakukan siasatan susulan berhubung penemuan mayat seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berkenaan di lokasi berhampiran. Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Zulkepli Bedin berkata, lokasi bayi tersebut ditanam telah ditemui selepas didedahkan oleh seorang lelaki warga Indonesia yang kini merupakan suspek utama.

"Pasukan forensik terpaksa mengorek tanah sedalam kira-kira satu meter sebelum menemui mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu," katanya. Pada Selasa, mayat seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi itu ditemui tertanam di kawasan sama. Zulkepli memberitahu, hasil bedah siasat mendapati wanita terbabit meninggal dunia ketika melahirkan anak. Bagaimanapun punca kematian bayi akan diketahui selepas siasatan lanjut dilakukan. Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan keguguran dengan niat menyembunyikan kelahiran. -Mstar



.

Ribuan penduduk riuh, ingin lihat bayi istimewa yang dianggap dewa



Ribuan penduduk riuh, ingin lihat bayi istimewa yang dianggap dewa | Ribuan orang berpusu-pusu ke Baruipur di Benggala Barat untuk melihat bayi yang dilahirkan dengan dua pasang tangan serta kaki malah digelar 'God Boy' (Budak Tuhan) kerana nampak seperti dewa Hindu. Ibu bapanya tidak terkejut malah faham dengan reaksi orang ramai terhadap bayi baru mereka. "Sudah pasti mereka mahu melihatnya," kata seorang anggota keluarga mereka. Katanya, mereka sekeluarga terkejut dengan bayi yang dianggap istimewa itu. "Jururawat berkata dia cacat teruk namun saya dapat melihat kelahirannya satu petanda daripada Tuhan. -AP



.

Bahaya dan akibat pesakit terima organ yang dijangkiti kuman



Bahaya dan akibat pesakit terima organ yang dijangkiti kuman | Dua pesakit buah pinggang di Wales meninggal dunia gara-gara menerima organ yang dijangkiti kuman, yang didermakan oleh seorang gelandangan yang juga merupakan seorang kaki botol. Menurut laporan portal Mirror, mangsa yang dikenali sebagai Ro­bert Stuart, 67 dari Cardiff dan Darren Hughes, 42, dari Bridgend melakukan pembedahan tersebut di Hospital Universiti Wales pada tahun lalu apabila menerima buah pinggang itu yang tidak diterima oleh beberapa hospital lain atas sebab tidak sesuai.

Bapa Hughes, Ian berkata, dia dimaklumkan bahawa seorang lelaki muda hanya dikenali sebagai Z, 39, yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta mendermakan buah pinggang kepada anaknya tanpa menge­tahui penderma tersebut merupakan seorang kaki mabuk dan gelandangan. Jelas Ian, selepas pembedahan, baru dia mengetahui bahawa buah pinggang yang didermakan itu di­jangkiti kuman berbahaya iaitu ca­cing halicephalobus.

“Jika saya tahu asal usul buah pinggang itu, saya tidak akan menandata­ngani borang kebenaran bagi meneruskan pembedahan pemindahan organ tersebut ke atas anak lelaki saya. “Disebabkan saya tidak memeriksa terlebih dahulu latar belakang penderma, akhirnya saya menandatangani surat kematian Hughes,” katanya. Hughes melakukan pembedahan tersebut buat kali pertama, manakala Stuart sudah tiga kali dibedah untuk menerima buah pinggang baharu. Kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat jangkitan kuman di bahagian otak disebabkan parasit buah pinggang yang mereka terima itu. -AP




.

Misteri kewujudan cahaya misteri yang terangi bandar Rezh di Rusia.. Apakah ia?


Misteri kewujudan cahaya misteri yang terangi bandar Rezh di Rusia.. Apakah ia? | Satu cahaya cerah berwarna oren yang muncul selama 11 saat di bandar Rezh dekat sini mencetuskan misteri dalam kalangan penduduk setempat. Cahaya berkenaan berjaya dirakam oleh sebuah kamera video milik seorang pemandu kereta pada Jumaat lalu yang menunjukkan langit yang gelap ketika itu tiba-tiba menjadi terang seperti waktu siang selama beberapa saat.


Lelaki tersebut berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Rezh sebelum satu cahaya terang tiba-tiba muncul di bandar berkenaan. “Cahaya itu sungguh terang sehingga menyebabkan keadaan yang gelap ketika itu menjadi cerah seperti waktu siang,” katanya.


Sementara itu, akhbar The Siberian Times melaporkan bahawa beberapa pakar mengesyaki cahaya tersebut mungkin berpunca daripada pelancaran peluru berpandu atau sebuah tahi bintang yang jatuh ke bumi. Bagaimanapun, saksi yang melihat kejadian berkenaan tidak mendengar sebarang bunyi dan pihak berkuasa Rusia juga enggan memberikan sebarang komen. – Agensi




.

Kenapa kanak-kanak ini digelar sebagai Puteri Instagram?


 Kenapa kanak-kanak ini digelar sebagai Puteri Instagram? | Usianya baru mencecah lima tahun, tetapi Breanna Youn, digelar sebagai Puteri Instagram apabila mempunyai lebih sejuta pengikut dari seluruh dunia dalam laman perkongsian gambar, Instagram, hampir menyamai jumlah pengikut aktres terkemuka, Cameron Diaz. Malah populariti Breanna yang berasal dari Korea Selatan, telah mengubah kehidupan keluarganya yang sebelum ini hanya mendiami pangsapuri sempit kepada gaya hidup mewah seperti bintang Hollywood, apabila menikmati barangan mahal termasuk beg tangan Louis Vuitton, Chanel dan barangan kemas Tiffany hasil tajaan yang di­terimanya.


Aksi kanak-kanak itu mula dikesan oleh beberapa orang kaya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) apabila ibunya, Jocelyn, 27, memuat naik gambar anaknya yang comel itu melalui Instagram, dan sejak itu Breanna menjadi tarikan pelayar Internet di Asia Barat dan mempunyai pengikut seramai 1.1 juta orang. Jocelyn bijak mengambil kesempatan itu dengan mengajar anaknya berbahasa Arab untuk menarik lebih ramai lagi peminat, sehingga golongan yang berada di UAE sanggup menanggung penerbangan kelas business Breanna sekeluarga ke Dubai. Selain itu, Breanna sekeluarga diberi tempat tinggal percuma se­umur hidup di hotel lima bintang sejak Mei lalu dan menaiki limusin untuk bersiar-siar di UAE.


Menurut Jocelyn, yang kini menganut agama Islam sejak berpindah ke UAE, dia tidak tahu kenapa ramai orang menyukai Breanna kerana anaknya tidak mempunyai sebarang bakat istimewa seperti menari dan hanya pandai berlakon dan bergaya. “Breanna cuma suka tersenyum dan mungkin ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan orang lain suka padanya dan apabila berada di hadapan kamera, dia akan bergaya secara spontan. “Di Korea, Breanna mendapat perhatian kerana rupanya yang comel, tetapi di sini, mereka mahu bergambar bersamanya kerana mengenali anak saya melalui Instagram,” kata Jocelyn kepada portal berita Mail Online. Kini Breanne boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Korea, Tatalog dan Arab. Dia turut mempunyai beribu-ribu pengikut di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Arab Saudi. -AP




.

Inilah keadaan terkini bintang lagenda F1, Michael Schumacher


Inilah keadaan terkini bintang lagenda F1, Michael Schumacher | Seorang bekas pemandu Formula Satu (F1) mendakwa legenda sukan itu, Michael Schumacher kini 'lumpuh' dan terpaksa menggunakan kerusi roda, 'tidak berupaya bercakap dan mengalami masalah ingatan'. Bekas pemandu F1, Philippe Streiff yang juga menggunakan kerusi roda sejak nahas di Brazil pada 1989 ketika ujian pra musim berkata, Schumacher tidak berupaya untuk bercakap dan mengalami masalah ingatan. Streiff, yang juga kawan baik Schumacher berkata: "Dia semakin baik tetapi semuanya agak relatif. Ia amat sukar. Dia tidak boleh bercakap.

 "Sama seperti saya, dia guna kerusi roda, lumpuh. Dia mengalami masalah ingatan dan tidak boleh bercakap." Streiff, 59, melawat Schumacher ketika pemandu Jerman itu dirawat di Hospital Grenoble, Perancis selepas dia terbabit dalam nahas ski pada Disember sehingga mengalami kecederaan di bahagian otak. Schumacher, 45, dipindahkan ke Hospital Lausanne di Switzerland pada Jun lalu dan kini dirawat di rumahnya di Lake Geneva. Sehubungan itu, jurucakap Schumacher, Sabine Kehm berkata, komen Streiff adalah "pandangan peribadinya" dan beliau tidak mahu mengulas lanjut.

"Streiff tidak pernah berhubung dengan kami," katanya. Sementara itu, doktor yang merawat Schumacher pada Oktober lalu berkata, bekas juara F1 itu menunjukkan perkembangan positif tetapi memerlukan masa beberapa tahun untuk sembuh. Doktor Perancis, Jean-Francois Payen juga memuji isteri Schumacher atas kasih sayang yang ditunjukkan sejak suaminya terbabit dalam nahas berkenaan. Dr Payen merawat Schumacher di Hospital Grenoble selepas dia dibawa dari lokasi nahas. "Saya dapati ada sedikit perkembangan tapi kita perlu memberinya masa. Sama seperti pesakit lain, kita perlu beri masa setahun hingga tiga tahun, jadi anda perlu bersabar," katanya. Dr Payen berkata, beliau masih merawat bekas pemandu berusia 45 tahun itu di hospital Lausanne dan di kediaman Schumacher. - Agensi




.

Jiran berjaya selamatkan kanak-kanak dari terus jadi mangsa cabul dan penderaan bapa sendiri



Jiran berjaya selamatkan kanak-kanak dari terus jadi mangsa cabul dan penderaan bapa sendiri | Tindakan berani seorang jiran akhirnya berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dari terus menjadi mangsa cabul dan penderaan fizikal oleh bapa kandungnya sendiri. Mangsa yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Besi di sini, dikatakan dijadikan 'hamba seks' oleh bapa kandung sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun beberapa jiran yang prihatin bertindak 'melarikan' mangsa dari rumah didiami sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Sumber berkata, mangsa didera itu sering mengadu tindakan kejam bapa selain kesan luka dialami kepada anak jiran berhampiran. "Rakan mangsa pada mulanya takut untuk memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa. Bagaimanapun kanak-kanak berusia 13 tahun itu akhirnya memberitahu ibunya mengenai nasib dialami mangsa. -Metro




.

Penemuan mengejutkan.. Mayat wanita yang dipercayai hamil ditanam dalam sebuah kubur di Hulu Selangor



Penemuan mengejutkan.. Mayat wanita yang dipercayai hamil ditanam dalam sebuah kubur di Hulu Selangor | Mayat seorang wanita warga Indonesia berusia 39 tahun yang dipercayai mengandung ditemui ditanam dalam sebuah kubur sedalam kira-kira semeter di Kalumpang, Hulu Selangor, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, mayat yang ditanam di dalam ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Gumut Tambahan itu ditemui kira-kira jam 5 petang selepas polis menggali kubur berkenaan.

 Menurutnya, anak saudara mangsa berusia 36 tahun menghubungi polis selepas dia dimaklumkan rakannya mengenai penemuan kubur berkenaan. "Anak saudara mangsa kemudian menghubungi polis dan kita bergegas ke lokasi kejadian. "Kita menggali kubur itu dan menemui mayat berkenaan yang ditanam sedalam kira-kira semeter. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita masih menyiasat sama ada mangsa mati akibat kecederaan atau ketika melahirkan anak," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi. Menurutnya, seorang lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun yang tinggal serumah dengan mangsa ditahan polis untuk membantu siasatan. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!