Sunday, November 23, 2014

Perdana Menteri Thailand buat sesuatu yang pelik dan aksi itu mengejutkan pelbagai pihak



Perdana Menteri Thailand buat sesuatu yang pelik dan aksi itu mengejutkan pelbagai pihak | Dalam usaha menggembirakan petugas media, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengambil langkah luar biasa apabila menepuk-nepuk kepala wartawan yang berlutut serta menggaru-garu belakang telinganya. Di sebalik usahanya berbaik-baik dengan wartawan, rakaman aksi itu sebaliknya mengejutkan pelbagai pihak. Klip disiarkan wartawan Wassana Nanuam dalam Facebook kemudian menjadi viral dan ditonton lebih 19,000 kali. Di YouTube pula, ia dicapai lebih daripada 46,000 kali.


Mengulas kemarahan orang ramai, kerajaan berkata, apa yang dilakukan Prayuth tidak lebih daripada “kemesraan” seorang pemimpin dengan media. Jurucakap kerajaan, Sansern Kaewkamnerd berkata, Prayuth tidak mempunyai niat buruk, sebaliknya hanya bergurau dengan wartawan. Kejadian itu berlaku ketika Prayuth melawat wilayah Khon Kaen di timur laut Thailand dan dia ditanya wartawan mengenai protes dalam pemerintahannya.- Agensi



.

Lelaki nekad letupkan diri selepas bergaduh


 Lelaki nekad letupkan diri selepas bergaduh  | Seorang lelaki yang berang berikutan perbalahan antara keluarganya bertindak membunuh diri dengan meletupkan bahan letupan di luar rumahnya. Kejadian itu turut mencederakan tujuh orang. Jurucakap polis Thomas Rodemer berkata, pergaduhan yang berlaku di rumah lelaki berusia 49 tahun itu menyebabkan dia memandu keretanya dan pulang serta meletupkan dirinya di dalam kenderaan yang diletakkan di luar rumah itu.

Tujuh orang, termasuk ahli keluarga dan jiran serta dua anggota polis yang dipanggil bagi menyelesaikan perbalahan keluarga itu cedera akibat terkena serpihan. Beberapa rumah jirannya juga rosak akibat kejadian berkenaan. Rodemer berkata, lelaki yang namanya tidak didedahkan mempunyai lesen untuk menggunakan bahan letupan. - Agensi




.

Akaun Sebuah Bank 'Kosong' Dikebas Penggodam



Akaun Sebuah Bank 'Kosong' Dikebas Penggodam  | Seorang penggodam didakwa telah menggodam akaun sebuah bank di bandar kecil di Mexico dan mencuri kesemua wang yang ada untuk cawangan berkenaan. Dalam kejadian itu, penggodam berkenaan dikesan telah melakukan 33 transaksi daripada enam akaun untuk memindahkan sebanyak AS$500,000. Datuk Bandar Ursulo Galvan, Cesar Dominguez berkata, penggodam itu telah menggodam akaun cawangan Bank Santander sebelum meninggalkan bandar berkenaan.

"Tiada satu sen pun yang ditinggalkan penggodam untuk transaksi seterusnya di bank itu," jelasnya. Berikutan kejadian berkenaan, seramai 26,000 pemegang akaun menyalahkan kelemahan sistem keselamatan bank dan bertindak menghubungi cawangan tersebut untuk mendapatkan komen mengenai simpanan mereka. -AP




.

Bapa ditahan polis jadikan anak perempuan keldai dadah dengan telan 104 kapsul berisi kokain




Bapa ditahan polis jadikan anak perempuan keldai dadah dengan telan 104 kapsul berisi kokain | Seorang bapa ditahan polis pada Jumaat selepas menjadikan anak perempuannya sebagai keldai dadah dengan menelan 104 kapsul berisi kokain. Tindakan lelaki itu menjadikan anaknya sebagai penyeludup dadah terbongkar apabila kanak-kanak berusia 11 tahun itu dimasukkan ke wad akibat sakit perut. Suspek, Fernando Mancilla Aguilar bagaimanapun berjaya ditahan dan bakal berdepan dakwaan cubaan membunuh dan penyeludup dadah.

Dia ditahan di bandar Cali yang terletak di barat Colombia selepas polis menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$9,000 kepada individu yang berjaya menangkap suspek.Pada Minggu lalu, kanak-kanak terbabit mengadu mengalami kesakitan selepas pulang ke rumah ibunya sebaik sahaja menemui suspek. Pemeriksaan doktor kemudian menemui kira-kira 500-600 gram kokain di dalam usus mangsa. Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, kanak-kanak terbabit bakal diterbangkan ke Eropah - mungkin ke Sepanyol dengan membawa kapsul berkenaan. Sebagai rekod, selain Peru, Colombia merupakan negara pengeluar kokain di dunia. -AP




.

Lelaki gantung diri kerana kecewa bercinta



Lelaki gantung diri kerana kecewa bercinta | Mayat lelaki warga Nepal ditemui tergantung dalam bilik di Jalan Sri Bahari, di sini, 8.10 malam tadi. Mayat lelaki berkenaan, Daya Shankar, 34, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditemui dalam bilik tidur dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat ke belakang. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemilik kedai yang menyewakan bilik kepada mangsa sejak beberapa bulan lalu.

"Pemilik kedai itu memanggil mangsa beberapa kali, tetapi tidak terjawab menyebabkan dia memecahkan pintu bilik berkenaan untuk membuat pemeriksaan. "Mangsa ditemui mati tergantung di dinding dengan tali dan meninggalkan sekeping nota menyatakan kecewa bercinta dan tiada unsur jenayah ditemui pada tubuh mangsa," katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!