Monday, November 24, 2014

Penemuan mengejutkan bayi berusia 7 bulan yang ditinggalkan dalam longkang lebuh raya



Penemuan mengejutkan bayi berusia 7 bulan yang ditinggalkan dalam longkang lebuh raya |  SEORANG lelaki dan anak perempuannya berjaya menyelamatkan nyawa bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam longkang di sebuah lebuh raya di New South Wales, Australia. Ketika ditemui, bayi lelaki berusia tujuh hari itu ditinggalkan berbalut di dalam lubang longkang sedalam tiga meter dan ditutup dengan kepingan konkrit. Bayi itu ditemui apabila dua beranak yang sedang berbasikal berhenti rehat di lebuh raya berkenaan. Menurut Daily Mirror, seramai enam orang termasuk tiga anggota polis berusaha membuka penutup longkang tersebut untuk menyelamatkan bayi terbabit.


David Otte memberitahu, dia dan anaknya tidak sangka akan menemui bayi dari dalam longkang di tengah-tengah lebuh raya berkenaan. "Pada mulanya kami ingatkan ia tangisan anak kucing, tapi apabila mendengarnya dari celah konkrit itu, kami dapati ia suara bayi," ceritanya. Polis tempatan berkata, penemuan bayi di dalam longkang merupakan kejadian pertama di kawasan itu. "Kita percaya bayi ini telah berada di dalam longkang selama beberapa jam berdasarkan kecederaan yang dialaminya," jelasnya. -AP




.

Ngeri.. Lelaki mati ditikam hingga perut terburai di pusat beli belah



Ngeri.. Lelaki mati ditikam hingga perut terburai di pusat beli belah | Seorang lelaki warga Indonesia maut dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam hingga menyebabkan perut terburai dalam kejadian di Angsana Ipoh Mall, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Al Amin, 30, ditemui dalam keadaan perut terburai di tingkat satu pusat beli belah terbabit dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa rakannya ke premis terbabit untuk karaoke, dan selepas selesai karaoke mangsa dipercayai didatangi sekumpulan 10 hingga 15 lelaki warga Indonesia, sebelum berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan. "Mangsa kemudian dipercayai dibelasah sebelum ditikam dengan senjata tajam. "Sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian, anggota dari Balai Polis Sungai Senam di sini, ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan, namun sebaik sampai di hospital mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya dalam sidang media di sini hari ini. -Metro



.

Keadaan terkini penerjun negara, Pandelela Rinong selepas terbabit kemalangan di Jalan Mahameru



Keadaan terkini penerjun negara, Pandelela Rinong selepas terbabit kemalangan di Jalan Mahameru  | Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan Parlimen, hari in. Dalam kejadian pada 1 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke Pusat Sukan Bukit Jalil tidak mengalami sebarang kecederaan.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang menukar arah laluan secara tiba-tiba. Menurutnya, mangsa yang memandu kereta model Chevrolet hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan. “Bagaimanapun, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. -Metro




.

Warga emas seolah mimpi ngeri apabila doktor menemui sesuatu yang mengerikan dalam otaknya


Warga emas seolah mimpi ngeri apabila doktor menemui sesuatu yang mengerikan dalam otaknya | SEORANG warga emas berusia 50 tahun terkejut apabila mengetahui seekor cacing telah hidup di dalam otaknya selama empat tahun. Kehadiran parasit yang dikenali sebagai cacing pita itu hanya dikesan setelah saintis daripada Hospital St Thomas di London melakukan biopsi ke atas otaknya. Menurut warga emas itu, dia sering berulang alik ke hospital sejak tahun 2008 setelah dikatakan hilang ingatan dan mengalami sakit kepala yang agak teruk. “Saya sering mengadu sakit di bahagian tangan kanan. Saya dapat mengingat semula peristiwa lampau dan deria bau saya berubah.

“Saya pernah didiagnos dan diperiksa untuk pengesahan HIV, sifilis, dan batuk kering, namun semuanya negatif,” katanya seperti yang dipetik melalui portal Metro.co.uk pada semalam. Pakar perubatan kemudiannya melakukan pembedahan bagi mengeluarkan parasit tersebut dari otaknya. Menurut pakar bedah, semasa melalui prosedur tersebut, cacing pita sepanjang 1 cm itu bergerak sejauh 5 cm ke bahagian kanan otak, menjadikan proses pembedahan lebih sulit dari jangkaan doktor. Semasa pembedahan dilakukan, pakar bedah melaporkan turut menemui sebilangan telur cacing di dalam otak warga emas terbabit.


Menurut ketua pasukan saintis Institut Wellcome Trust Sanger, Dr Hayley Bennett, cacing pita jenis Spirometra erinaceieuropaei, adalah spesis parasit yang jarang ditemui. Katanya, spesis itu hanya dilaporkan sebanyak 300 kali dalam tempoh 60 tahun lepas. “Penemuan ia (cacing pita jenis ini) sangat jarang berlaku tetapi yang paling biasa dijumpai di Asia Tenggara, China dan Jepun. “Pesakit terdedah kepada parasit jenis ini dengan memakan makanan tercemar atau melalui bahan yang digunakan dalam perubatan Cina khusus untuk sakit mata termasuk katak mentah,” katanya. Menurut doktor, mangsa mempunyai latar belakang dari keluarga Cina dan menetap di UK selama 20 tahun namun mangsa didapati sering melawat negara China. -AP



.

Wanita menghidap penyakit kulit yang sangat pelik



Wanita menghidap penyakit kulit yang sangat pelik | Seorang wanita muda di sini menghidap penyakit kulit pelik sejak 2009 yang menyebabkan kuku tumbuh dari liang bulu roma di seluruh badannya. Selepas menjalani beberapa siri ujian dan rawatan, doktor masih tidak menemui penawar untuk mengatasi masalah itu.


Malah, menurut pakar yang merawatnya di Pusat Perubatan Johns Hopkins di Baltimore, Shanyma Isom ialah satu-satunya orang di dunia yang mengalami keadaan pelik ini, lapor odditycentral.com. Masalah itu bermula sejak lima tahun lalu, ketika dia diserang asma yang teruk. Shanyma, pelajar undang-undang, kemudian dikejarkan ke bilik kecemasan dan diberikan steroid. -AP




.

Sejenis ikan aneh ditemui di California



Sejenis ikan aneh ditemui di California | Sejenis ikan yang dikenali sebagai Black Seadevil dikesan buat kali keenam dalam sejarah di sebuah perairan di sini, lapor Daily Mirror semalam. Pusat Penyelidikan Akuarium, Monterey Bay yang merakam gambar hidupan laut itu berkata, haiwan itu merupakan sejenis spesies ikan yang luar biasa. Ikan yang hidup di laut dalam Monterey Canyon itu memiliki wajah yang menakutkan selain boleh mengeluarkan cahaya untuk menarik perhatian mangsanya. Malah, ikan itu akan menangkap mangsanya dengan menikam menggunakan sebatang sengat tajam yang keluar daripada kepalanya.


Sengat itu mirip seperti mata kail. Lazimnya, ikan pelik itu makan ikan-ikan lain yang lebih kecil dan sotong dengan menyambar menggunakan gigi yang tajam.Sementara itu, seorang saintis Pusat Penyelidikan Akuarium, Monterey Bay, Dr. Bruce Robison berkata, ikan itu merupakan antara ikan yang paling jarang ditemui di laut dalam. “Walaupun kelihatan mengerikan, namun ikan itu hanya sepanjang 8.8 sentimeter,” katanya. Gambaran mengenai ikan itu dirakam secara video buat pertama kali di sebuah laut dalam pada awal bulan ini. – AGENSI




.

Penjaga tanah perkuburan, gali kubur ibunya dan selfie



Penjaga tanah perkuburan, gali kubur ibunya dan selfie | Seorang penjaga tanah perkuburan, Deab Saiqly menggali kubur ibunya dan mengambil gambar bersama mayat berkenaan, menurut laporan TV MBC. MBC TV Channel menemuramah lelaki itu dan menjemput pakar psikiatri untuk memberi keterangan mengenai kes berkenaan. Bagaimanapun, dia kelihatan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental.


Deab memberitahu pengacara dan pakar psikiatri bahawa dia suka menghabiskan masa di tanah perkuburan kerana suasana di situ membuat perasannya tenteram dan bahagia berada bersama orang yang sudah mati. Dia juga menolak lamaran seorang wanita dari Amerika Syarikat kerana tidak mahu meninggalkan tanah perkuburan itu. -AP




.

Pemuda maut ketika ambil wuduk



Pemuda maut ketika ambil wuduk | Hasrat seorang pemuda untuk mengambil wuduk bagi mengimami solat bersama enam rakannya ketika memancing ikan di Air Terjun Jeram Kopeh dekat sini berakhir tragedi selepas dia maut tergelincir dari batu yang licin petang kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa, Muhammad Azli Khanafiah, 28, yang bekerja sebagai kelindan van menjual biskut itu tergelincir setelah terjatuh ke dalam lubuk jeram dan mayat lelaki yang dijangka akan berkahwin Mei depan itu ditemui oleh anggota penyelamat kira-kira dua jam kemudian iaitu pada pukul 7.20 malam.

 Rakan mangsa, Mohd. Azri Sham Yahya, 27, ketika mence­ritakan semula detik cemas itu memberitahu, mereka bertujuh ke jeram berkenaan dengan motosikal untuk memancing buat kali kedua selepas sehari sebelum itu mangsa memperoleh ikan tengas bersaiz besar. Menurutnya, selepas tiba di jeram tersebut, mereka memancing di situ sebelum mengambil keputusan untuk menunaikan solat fardu Asar di tempat berkenaan. -Kosmo




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!