Tuesday, November 25, 2014

Kenali Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima yang dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri



Kenali Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima yang dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri | Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun. Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation. Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun 1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.

Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut. Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina. Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835 orang dalam satu kilometer persegi. Sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemudahan di pulau tersebut ditambah baik dengan adanya kemudahan kabel, radio dan sebagainya.


Selain itu, penanaman taman-taman dan tanaman sayuran mula diwujudkan di atas bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut. Namun pada tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak, menyebabkan lombong di Pulau Hashima ditutup dan penduduk akhirnya mula meninggalkan pulau tersebut. Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja. Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar. Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana. Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut. -AP




.

Lelaki maut terjun dari tingkat atas sebuah hotel



Lelaki maut terjun dari tingkat atas sebuah hotel | Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat terjun dari tingkat atas sebuah hotel di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Choy Hou Mun, 38, ditemui dalam keadaan telentang di kawasan luar hotel dengan darah yang keluar di bahagian telinga dan hidung. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, turut kesan luka calar pada lengan dan bahagian belakang badan mangsa yang bekerja sebagai ejen jualan langsung itu. "Siasatan awal mendapati mangsa mendaftar masuk hotel terbabit seorang diri kira-kira jam 2.23 petang semalam. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya. -Metro




.

Kebakaran musnahkan mayat isteri yang diawet


Kebakaran musnahkan mayat isteri yang diawet | Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah malam kelmarin turut merentungkan mayat isteri pemilik kediaman berkenaan, kata polis semalam. Pegawai polis Thanyaburi, Phumret Inkong berkata, rumah dua tingkat di kawasan Bueng Sanun itu didiami enam orang. “Semua mereka sempat menyelamatkan diri, tetapi lebih THB1 juta (RM102,132) wang simpanan serta sejumlah besar emas hangus.

“Turut musnah, mayat isteri pemilik rumah berkenaan,” katanya. Ket Boonsri, 66, berkata, dia menjalankan bisnes menjual minyak diesel dan minyak tanah di rumah berkenaan. Mayat isteri Ket pula diawet sejak setahun lalu dan disimpan sementara sebelum dikebumikan 11 Januari depan. - Agensi




.

Misteri lelaki bogel jatuh dari siling tandas wanita didedahkan



Misteri lelaki bogel jatuh dari siling tandas wanita didedahkan | Seorang lelaki bogel yang terjatuh dari siling sebuah bilik air wanita di Lapangan Terbang Logan menyerang seorang warga emas berusia 84 tahun sebelum dia berjaya ditahan polis. Kejadian disedari ketika seorang wanita mahu menggunakan tandas yang terletak berdekatan pusat pemeriksaan keselamatan di Terminal C, Lapangan Terbang Logan di sini, kata seorang jurucakap polis Boston, David Procopio. Kata Procopio, lelaki itu dipercayai menyelinap masuk ke dalam tandas berkenaan tanpa memakai pakaian lalu memanjat dan cuba merangkak di atas tandas tersebut sebelum dia tiba-tiba terjatuh. Lelaki yang dikenali sebagai Shenk itu kemudian cuba melarikan diri sebelum bertembung dengan seorang lelaki berusia 84 tahun dan menyerang lelaki berkenaan.

“Dia menggigit telinga dan mencekik leher warga emas itu dengan menggunakan tongkat mangsa,’’ katanya. Shenk kemudian ­menyerang seorang anggota polis yang cuba menahannya menyebabkan anggota polis itu mengalami kecederaan ringan di tangan. Shenk dibawa ke Hospital Besar Massachusetts untuk mendapatkan rawatan akibat cedera terjatuh dari siling. Polis berkata, Shenk akan didakwa kerana cubaan membunuh, melakukan keganasan dan serangan terhadap warga emas dan anggota polis selain berkelakuan lucah serta merosakkan harta awam. – AP




.

Janin ditemui dalam tandas sekolah menengah



Janin ditemui dalam tandas sekolah menengah | Seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan penemuan janin dalam tandas sebuah sekolah menengah di Machang Bubok, 3.30 petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, janin berkenaan ditemui seorang guru wanita yang menggunakan tandas itu sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis. Janin berkenaan dipercayai berusia tiga bulan dan mati akibat keguguran. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kami juga sudah mengambil keterangan daripada guru dan beberapa individu lain bagi membantu siasatan," katanya. -Metro



P/S - Sekadar gambar hiasan



.

Pengusaha kedai terkejut temui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala manusia di hadapan restorannya


Pengusaha kedai terkejut temui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala manusia di hadapan restorannya | Seorang pengusaha kedai makan terkejut apabila menemui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala manusia yang ditinggalkan di hadapan restorannya di Lorong Impian Ria 5, Taman Impian Ria di sini, petang semalam. Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dia sedang menyapu sampah sebelum terlihat bungkusan mencurigakan yang pada mulanya disangkakan mengandungi bom. Katanya, dalam keadaan cemas dia meminta rakannya membuka plastik berkenaan dengan perlahan-lahan bagi melihat isi kandungannya.


“Kepala manusia dipercayai milik seorang lelaki itu dibungkus menggunakan tiga lapis plastik hitam dan selepas membukanya kami mula berasa berdebar kerana melihat rambut yang disangka bulu bangkai haiwan. “Namun, selepas semuanya dibuka saya tergamam kerana melihat kepala manusia tanpa kedua-dua belah telinga berlumuran darah dalam bungkusan itu,” katanya. Man yang mengusahakan restoran itu sejak lima tahun lalu berkata, penemuan kepala itu turut menyebabkan dia merasa loya untuk menjamah makanan dan sungguh terkejut. -Metro




.

Gambar 20 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Apas, Batu 2, Tawau



Gambar 20 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Apas, Batu 2, Tawau | Kira-kira 20 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Apas, Batu 2, dekat sini, semalam. Bagaimanapun dalam kejadian jam 4 petang itu, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah Mohd Afendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 petang.


"Sebanyak empat jentera dengan kekuatan seramai 38 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. "Api berjaya dikawal pada jam 5.19 petang dan dianggarkan sebanyak 20 rumah musnah," katanya ketika dihubungi. Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -Kosmo




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!