Wednesday, November 26, 2014

Wanita jatuh dan terperangkap di dalam lubang jerlus ketika jemur pakaian di rumahnya



Wanita jatuh dan terperangkap di dalam lubang jerlus ketika jemur pakaian di rumahnya | Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terjatuh dan terperangkap di dalam lubang jerlus ketika menjemur pakaian di rumahnya di Melbourne, semalam. Wanita berusia 45 tahun itu, terperangkap selama 20 minit di dalam lubang sedalam 3 meter sebelum jeritannya disedari jiran. Jurucakap paramedik, Stephanie Palamberis berkata, mangsa bernasib baik kerana lubang tersebut tidak digenangi air sepenuhnya. Menurutnya lagi, lubang jerlus itu terbentuk apabila salah satu saluran paip bawah tanah sekitar kawasan tersebut pecah, dipetik dari laporan DPA.




.

Pekerja am masjid terkejut temui mayat bayi dalam almari yang dibungkus kain pelikat



Pekerja am masjid terkejut temui mayat bayi dalam almari yang dibungkus kain pelikat | Seorang pekerja am masjid yang sedang mengemas almari telekung terperanjat apabila membuka satu bungkusan kain pelikat yang berisi mayat bayi perempuan di Masjid Jamek Bandar Tangkak, lewat pagi ini. Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pekerja am terbabit dikatakan mahu melipat telekung apabila ternampak bungkusan kain pelikat berkenaan dan memeriksanya. Pekerja terbabit segera melaporkan penemuan mayat bayi yang sudah cukup sifat itu kepada noja masjid sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Menurutnya, polis sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit dan individu yang bertanggungjawab termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid itu. -Metro




.

Ini adalah penemuan yang paling berharga dan menakjubkan..



Ini adalah penemuan yang paling berharga dan menakjubkan.. | Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota purba, Thonis-Heracleion hanyalah sebuah kota lagenda. Namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak, menjadikan kota yang selama ini dikatakan mitos, sebenarnya wujud di bumi ini! Kota purba ini dikatakan lenyap di sekitar kawasan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu. Menurut laporan yang dipetik menerusi portal Mirror.co.uk, ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota tersebut hampir menyerupai kota purba Atlantis. Sekumpulan penyelidik yang merupakan ahli arkeologi berkata, penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir.

Kata seorang penyelidik, Franck Goddio, kumpulannya mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama itu yang berada jauh di dasar laut. “Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut. “Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya. Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut.


Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan ‘tergelincir’ ke dasar laut 1,000 tahun selepas ia dibina pada abad kelapan sebelum Masihi. Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil. “Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut. “Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut. Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa, menyebabkan kota tersebut ‘terkubur’ ribuan tahun lamanya.-AP




.

APA nak jadi? Sesiapa pun yang membaca artikel ini pasti menggelengkan kepala



APA nak jadi? Sesiapa pun yang membaca artikel ini pasti menggelengkan kepala. |  Kisahnya, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengemparkan penduduk di Bellshill, England apabila merogol wanita warga emas berusia 91 tahun. Kriss Strachan menyerah diri kepada polis atas arahan ibunya lapor Mirror Online. Strachan membuat pengakuan kepada polis: "Saya tidak percaya yang saya telah melakukannya. Saya adalah sampah masyarakat." Mengikut fakta kes, serangan seksual itu berlaku kira-kira pukul 7 pagi pada 27 Julai lalu. Strachan yang berada dalam keadaan mabuk menceroboh rumah wanita malang itu dan mengetuk pintu bilik tidurnya. Ketika mangsa membuka pintu dia terkejut apabila Strachan meminta untuk mengadakan hubungan seks. Selepas menyerang dan merogol wanita itu, dia pulang ke rumah. Nasib Strachan akan ditentukan oleh mahkamah bulan depan. -AP




.

Pasangan yang ingin kahwin wajib hadiri 'Smart Start'. Apa itu 'Smart Start'?



Pasangan yang ingin kahwin wajib hadiri 'Smart Start'. Apa itu 'Smart Start'? | Kursus 'Smart Start' yang selama ini dihadiri secara sukarela akan diwajibkan bagi semua pasangan dari semua kaum yang ingin berkahwin, sebelum akhir tahun depan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementerian kini dalam proses perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan institusi keagamaan lain, bagi mewajibkan kursus ini.

Kursus itu bertujuan mencegah berlakunya perceraian, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 'Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2014' di sini, hari ini. "Modul ini telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak Mei 2003 untuk semua kaum bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru berkahwin atau yang akan berkahwin," katanya. "Kementerian yakin dengan adanya kursus ini masalah rumah tangga dapat dikurangkan," tambahnya.

Rohani berkata, kursus itu memberi fokus kepada pelbagai aspek perkahwinan dan keibubapaan, selain memberi sokongan psikososial kepada pasangan bagi menempuh alam perkahwinan dan rumah tangga agar lebih sejahtera. Beliau juga berkata, rekod polis menunjukkan 3,673 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sepanjang tahun ini, meningkat 43.6 peratus berbanding 2,558 kes pada tahun lepas. "Ini menunjukkan meningkatnya tahap kesedaran wanita untuk tampil melaporkan keganasan rumah tangga yang dialami," katanya. - Bernama




.

Punca Range Rover saman syarikat kecil di China



Punca Range Rover saman syarikat kecil di China | Tindakan sebuah syarikat kecil pembuat kereta di China melancarkan model kereta terbaharunya yang menyerupai mo­del kereta Range Rover, membawa padah apabila syarikat gergasi kereta dari Britain itu menimbangkan untuk mengemukakan saman terhadap syarikat dari China itu atas dakwaan melanggar hak cipta. Kereta model X7 keluaran firma LandWind itu hanya berharga 14,000 pound (RM73,443), dan hampir menyamai model kereta Range Rover Evoque keluaran syarikat Jaguar Land Rover yang berharga 40,000 pound (RM209,839). Menurut laporan portal Mail Online, kereta buatan firma China itu mempunyai bentuk badan, lampu, penghadang radiator dan logo berwarna hijau di bonet hadapan, seolah-olah meniru reka bentuk ken­deraan keluaran Jaguar Land Rover.

Kereta X7 dipamerkan pada pertunjukan kenderaan di Guangzhou pada minggu lalu dan mengelirukan ramai peminat Range Rover Evoque serta membangkitkan kemarahan firma British berkenaan. Ketua Eksekutif Jaguar Land Ro­ver, Dr. Ralf Speth berkata, isu syarikat China meniru reka bentuk produk syarikat lain sangat mengecewakan. “Hak cipta (Range Rover Evoque) merupakan milik Jaguar Land Rover dan jika mereka meniru reka bentuk berkenaan, tindakan tersebut secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.-AP




.

Wanita trauma gambar peribadi di FB ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab dan disalah guna



Wanita trauma gambar peribadi di FB ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab dan disalah guna | Seorang wanita kini trauma selepas beberapa keping gambar peribadinya di laman sosial Facebook (FB) ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab sebelum disebarkan bersama pelbagai kata-kata lucah pada keterangan gambar itu. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fizah, 34, berkata, dia mula menyedari beberapa keping gambar miliknya dicuri individu tidak dikenali Khamis lalu. Menurutnya, gambarnya itu kemudian dimuat naik ke satu akaun FB yang tertulis nama ‘Bertudung Tapi Terserlah’ (BTT). “Beberapa keping gambar saya disalahguna individu terbabit bagi menjatuhkan maruah saya apatah lagi ia turut mengandungi keterangan gambar tidak senonoh,” katanya.

Menurutnya, individu yang membuka laman FB itu diyakini cuba meraih perhatian daripada pengguna laman sosial lain dengan cara menghina wanita bertudung. “Jika sekalipun kami kelihatan berpakaian sedikit seksi, namun itu adalah gambar peribadi dan bukan untuk tontonan umum. “Malah jika ia mengundang rasa kurang senang, adalah baik sekiranya individu terbabit menasihati daripada sengaja memalukan ramai wanita Islam yang baru berhijab,” katanya.

Fizah berkata, ekoran kejadian itu dia kini berasa tertekan berikutan beberapa rakan dan saudara mula bertanyakan hal itu. Ekoran kejadian itu, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara di sini, untuk siasatan lanjut selain merancang untuk mengambil tindakan undang-undang. Dia turut menasihati individu terbabit supaya membuang kembali gambarnya dan beberapa wanita lain yang dijadikan mangsa hinaan di FB itu. Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan berkata siasatan sedang dijalankan. -Metro



.

Kenali Muhammad Mukhriz Muhammad Marzuki kanak-kanak 8 tahun yang berbeza dengan rakan-rakan seusianya


Kenali Muhammad Mukhriz Muhammad Marzuki kanak-kanak 8 tahun yang berbeza dengan rakan-rakan seusianya | Dalam usia baru mencecah lapan tahun, Muhammad Mukhriz Muhammad Marzuki sepatutnya riang bermain dengan rakan-rakan seusia, namun itu semua tidak dapat dinikmatinya berikutan beratnya kini mencecah 120 kilogram menyebabkan pergerakannya terhad. Bapa kepada kanak-kanak berke-naan, Muhammad Marzuki Che Haron, 47, berkata, tubuh Muhammad Mukhriz yang besar menyebabkan dia menghadapi masalah untuk bergerak. Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan anaknya memerlukan bantuan orang lain setiap kali ingin bangun dari tempat duduk atau tidur. “Berat badan anak saya mula naik sejak dia berusia empat tahun selepas kerap diserang penyakit sawan. Saya percaya pertambahan berat badan Muhammad Mukhriz berpunca daripada kesan ubat yang diambil ketika merawat penyakitnya.

“Pola pemakanan anak saya sama seperti kanak-kanak lain yang seusianya, malah dia tidak begitu kerap mengambil makanan ringan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pohon Gelugor, Chetok dekat sini hari ini. Muhammad Marzuki berkata, sejak menerima rawatan penyakit sawan, berat badan anak lelakinya itu tidak pernah turun sehingga sekarang walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor dan mencuba pelbagai produk untuk menguruskan badannya, namun semua usaha tersebut gagal. Pesara tentera itu memberitahu, setiap hari dia akan mememani anak keempat daripada lima beradik itu berjalan kaki sejauh satu kilometer bagi membantunya me-nguruskan badan.

“Sebagai bapa saya cukup risau dengan keadaan fizikalnya kerana beratnya ternyata jauh berbeza de-ngan kanak-kanak lain. “Setiap kali ke sekolah, saya akan bekalkan Mukhriz dengan makanan kerana dia mengambil masa yang lama untuk bergerak ke kantin,” ujarnya. Muhammad Marzuki berharap ada pihak yang sudi membantu anaknya untuk menguruskan badan bagi membolehkan dia kembali menikmati kehidupan normal se-perti kanak-kanak lain.-Utusan




.

Suami harap isteri kembali selepas hilangkan diri sejak 13 ogos



Suami harap isteri kembali selepas hilangkan diri sejak 13 ogos | "Saya sangka dia merajuk hanya sehari dua, tetapi sehingga kini sudah lebih tiga bulan menghilangkan diri," kata Azrin Talib, 37, yang buntu selepas isterinya, Yasminda Abdul Majid, 36, menghilangkan diri sejak 13 Ogos lalu. Menurutnya, ketiadaan isterinya itu menyebabkan kehidupannya termasuk enam anak tidak terurus dan tiga anaknya turut tidak bersekolah dalam tempoh berkenaan. Katanya, dia juga terpaksa berhenti kerja sejak ketiadaan isterinya itu kerana terpaksa menjaga anak mereka.

"Lebih memburukkan keadaan, anak bongsu kami yang berusia enam tahun, Ariyana dan paling rapat dengan ibunya kerap demam dan gemar menyendiri hingga membimbangkan kami," kata Azrin yang juga bekas juruteknik di Taman Bukit Tiram, di sini, semalam. Azrin berkata, dia semakin buntu dengan nasib rumah tangganya yang dibina sejak 17 tahun lalu berikutan tindakan isterinya itu menghilangkan diri dan hingga kini gagal menghubungi keluarganya. -Metro




.

Niat 2 penyamun menyamun wang RM20,000 tidak menjadi kenyataan kerana ambil beg yang salah


Niat 2 penyamun menyamun wang RM20,000 tidak menjadi kenyataan kerana ambil beg yang salah | Seorang ahli perniagaan menempuh detik cemas apabila dua penyamun bersenjatakan parang dan besi memecahkan cermin keretanya ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun. Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun hanya mampu berdiam diri selepas penjenayah mengacukan parang ke arahnya.

Menurut sumber, mangsa sebelum itu mengeluarkan wang RM20,000 di sebuah bank berhampiran lokasi kejadian. "Penjenayah dipercayai mengekorinya namun mereka tersalah mengambil beg yang hanya mengandungi dokumen miliknya di tempat duduk belakang. "Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, di sini," katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!